Pilihanraya dan Demokrasi - Siapa Akan Kita Undi oleh Sheikh Imran Hosein
Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Pilihan raya akan berlangsung di Malaysia tak lama lagi. Pihak mana
patut kita pangkah? Bila sahaja kamu berjumpa seorang ahli politik,
yang berkata yang saya mahu kembalikan balik pemerintahan khilafah,
dan saya mahu mengembalikan negara Islam dan tentu sahaja negara Islam
bermakna, bila sahaja anda seorang muslim, kamu tidak memerlukan sebarang
visa untuk memasuki mana2 negara islam. 'LailahaillALLAH Muhammadarasulullah'
maka kamu sudah dapat memasuki negara itu. Jika itu negara Islam, kamu
tidak memerlukan permit kerja untuk bekerja di negara itu. Jika ianya
negara Islam kamu tidak memerlukan PR, tidak. Kamu
boleh meletak jawatan di negara itu. Jika ianya negara Islam, kamu
tidak perlu menjadi penduduk tetap untuk menyertai dalam proses politik
yang berasaskan kualiti politik dengan muslim yang lain. Alangkah indahnya
agama yang kita ada dalam Islam. Jika kamu berjumpa dengan mana2 ahli politik,
yang sujud dan menyembah ALLAH, dan berkata saya mahu mengembalikan negara Islam,
saya mahu mengembalikan khilafah, saya mahu mengembalikan dinar dan dirham
sebagai wang dan saya mahu menghapuskan kejahatan yang amat besar itu,
sistem perbankan dan mengeluarkannya dari sini. Maka saya katakan orang itu
merupakan seorang yang baik untuk didekati tapi saya ingin katakan
sesuatu mengenainya. Dia tidak akan pernah berkata 'Undilah saya!'
kerana dia tidak akan jadi begitu cuai untuk percaya yang dia boleh
melalui jalan yang boleh menyebabkan syirik untuk menegakkan kembali Islam.
Bila saya beritahu mengenai perkara itu kepada PAS, mereka menjadi
sangat marah kepada saya. Dan mereka masih marah kepada saya sehinggalah
hari ini. Dan bila saya katakan perkara itu kepada Ikhwanulmuslimin di
Mesir, dan pihak salafi di Mesir amat marah kepada saya.
Tapi inilah kebenaran, kamu tidak patut mengikut jalan syirik untuk
menegakkan Islam. Itu bukanlah mengikut sunnah Rasulullah saw.
Bolehkah kita menggunakan sistem demokrasi untuk mengembalikan khilafah?
Itu bukanlah sistem demokrasi ia adalah sistem Zionis.
Duitlah yang menentukan bagaimana hasil pengundian itu.
No comments:
Post a Comment