Tuesday, 1 January 2013

Ilmu Akhirulzaman Oleh Sheikh Imran Hosein




Semua rakyat Malaysia tahu pasal akhir zaman
dalam bahasa English kita ada perkataan  yang lebih teknikal iaitu 'Islamic Escatology'
cabang ilmu ini atau eskotologi Islam adalah merupakan kunci untuk menerangkan
tentang keadaan sebenar politik, ekonomi, kewangan, sebenarnya lebih dari itu.
Untuk memperkenalkan subjek ilmu akhir zaman, bahagian yang paling bagus untuk
dimulai ialah mengenai konsep esketologi Islam. Mana satu tanah suci?
Adakah Mekkah atau Madinah? Penganut Hindu ada tanah suci di Badaras dan mereka juga
menganggap seluruh India atau Bharat sebagai tanah suci.
Adakah kita ada konsep tanah suci?
Adakah kaum Yahudi ada konsep tanah suci? Adakah Kristian ada konsep tanah suci?
Ya kita ada. Dan ianya ada dalam Taurat. Kristian, Yahudi dan muslim semuanya sama penerimaan
terhadap konsep tanah suci. Ianya merupakan tanah istimewa yang telah di berkati
oleh Allah. Tuhan yang satu. Negara moden Israel yang wujud pada 1948 sekarang
merupakan setinggan di tanah suci. Untuk sementara sahaja. Quran merujuknya sebagai tanah suci.
Tapi dunia moden memilih untuk memanggilnya Palestine.
Sebab ada kabilah yang tinggal di tanah itu pada awal sejarah, Palestine.
Ianya merupakan tanah di mana Allah telah tetapkan yang kebenaran mesti dilaksanakan,
agama yang benar mestilah dilaksanakan dan tiada saingan kebenaran boleh mengambil alih
tanah suci dan ia merupakan tanah di mana amal soleh mestilah dilaksanakan.
Kitab Taurat memberitahu kita bahawa Allah telah memberikan tanah itu kepada Yahudi,
apa pula kata Allah dalam Quran? Dalam surah al Maidah, surah ke 5, Quran telah mengesahkan
bahawa tanah itu telah diberikan kepada bangsa Israel tapi dengan bersyarat.
Apakah syarat2nya? No 1, kamu mesti berpegang kepada kebenaran, agama yang sebenar.
No. 2, kamu mesti berakhlak mulia. Seseorang telah mengubah kitab Taurat
untuk membuang syarat2nya dan kitab Taurat sekarang menyatakan, bukan sebab akhlak
yang baik, yang Allah telah berikan kamu tanah suci ini.
Kerana kamu merupakan orang yang sombong dan bongkak. Akibat dari penulisan semua
kitab Taurat itu, ialah tanah suci itu milik kamu tanpa apa2 syarat. Samada kamu
berakhlak baik atau kamu penindas, tanah suci itu masih tetap milik kamu.
Manusia mesti memilih di mana adanya kebenaran, samada dalam Quran atau Taurat
yang telah dicemari. Bukannya susah untuk memilih kerana setiap kali orang Israel
melanggar syarat2 itu untuk berakhlak mulia,
Allah mengusir mereka dari tanah suci itu. Dan mereka sendiri mengesahkan perkara
itulah yang berlaku.
Buku saya yang bertajuk 'Jerusalem dalam Quran' telah mengupas subjek itu.
Jadi saya boleh teruskan dan tidak perlu lagi menerangkan kepada kamu berapa kali
mereka melanggar syarat, apa yang mereka telah lakukan ketika melanggar syarat itu,
itu kerja rumah kamu. Kali terakhir mereka melanggar syarat itu, Allah telahpun
mengusir mereka dari tanah suci. Dan mereka telah di hantar ke Babylon,
sekarang ini di panggil Iraq sebagai hamba abdi sebagai hukuman,
dan ketika mereka berada di Iraq, di Babylon, Allah telah mengutuskan Nabi
kepada mereka untuk memberitahu kepada mereka bahawa perjanjian Allah yang Allah
akan mengutuskan kepada mereka, seorang Nabi yang akan merupakan Nabi mereka sahaja.
Yang akan mengembalikan zaman kegemilangan bila negara suci Israel, memerintah dunia
dari Jerusalem melalui Nabi Daud as dan Nabi Sulaiman as.
Memerintah dunia di mana tidak wujud saingan selain pemerintahan mereka.
Itulah maksud sebenar yang menyatakan mereka merupakan negara yang memerintah.
Jadi zaman kegemilangan itu akan kembali bila Al Masih kembali.
Bila Allah mengutuskan Al Masih, sesetengah dari mereka menerimanya
tapi rabai menolaknya. Mereka berkata, emak dia yang melahirkan dia, sedangkan dia
belum berkahwin, jadi dia dikatakan anak luar nikah dan anak luar nikah tidak boleh
menjadi Al Masih. Bila mereka menghukumnya sampai mati kerana kekufuran, sebab dia
mengaku menjadi Al Masih, putera Maryam, Nabi Isa as,
jadi kerajaan Roman atau kerajaan Roman yang tidak bersetuju menghukumnya.
Dan mereka nampak dia mati disalib depan mata mereka sendiri.
Mereka sekarang yakin yang dia tidak mungkin jadi Al Masih. Kenapa?
Kerana dia telah mati. Zaman kegemilangan tidak pernah berulang kembali,
dia tidak pernah memerintah dunia dari tanah suci Israel.
Israel masih dibawah takluk kerajaan Roman.
Dan ke 2 tengok bagaimana cara dia mati. Dia mati disalib
dan dalam kitab kita, Taurat mengatakan sesiapa yang mati dalam keadaan demikian
adalah disumpah oleh Tuhan. Ada sumpahan keatasnya.
Jadi mereka merasa yakin dan tidak lagi ragu2 yang dia bukan Al Masih yang dijanjikan.
Jadi mereka menanti Al Masih untuk datang. Apa yang mereka tidak tahu dan
tiada sesiapa tahu.
Dalam masa 600 tahun tiada siapa yang tahu sehinggalah Quran diturunkan.
Mereka tidak tahu mereka tidak berjaya membunuhnya, mereka tidak berjaya menyalibnya,
Allah membuatkan seolah2 dia disalib. Bagaimana Allah menjadikan ianya
kelihatan yang dia disalib?
Tolong dengar baik2, bukan sahaja mereka yang ada di sini, tapi mereka yang
mendengar melalui internet.
Allah berfirman; Allah membuatnya kelihatan seolah2 ia berlaku.
Atas sebab2 yang misteri, kadang2 ada tercatat dalam buku yang dikeluarkan
oleh Vatican 100 tahun dahulu yang dipanggil 'Gospel Barnabas',
semua yang didapati dari Vatican, saya akan pegang dengan sedikit garam,
juga letakkan sedikit cuka sekali.
Yang Allah, nauzubillah, membuatkan seseorang yang lain untuk menyamar sebagai
Nabi Isa as.
Dan lelaki yang tidak bersalah itu, yang tidak pernah mengaku menjadi Al Masih,
dan adalah tidak selari untuk kamu mendatang satu cerita dongeng
yang dia melakukan suatu perkara lain yang menyebabkan dia dihukum mati.
Ianya mengarut dan patut di buang dalam tong sampah! Saya tak nak dengar perkara itu.
Lelaki yang tidak bersalah itu, yang tidak pernah mengaku menjadi Al Masih telah
di salib kerana mereka menyangkanya dia adalah Al Masih.
Itu adalah perbuatan yang tidak adil dan Allah bukan seorang yang tidak adil.
Jadi teori penggantian mestilah di tolak bagi semua yang mempunyai fikiran yang
rasional dan kita mahu menolaknya sekali lagi, penolakkan yang tidak di terima
terhadap perkara mengarut ini. Ini menerangkan seolah2 Allah swt tidak adil.
Untuk menyebabkan seorang yang tidak bersalah, tidak bersalah kerana dia tidak
pernah mengaku menjadi Al Masih, untuk menganggap rupa bentuknya sebagai Al Masih
dan untuk menyalibnya. Ianya mengarut dan tidak adil, dan sesiapa yang berpandangan
demikian kena bersoal jawab dengan Allah suatu hari nanti.
Saya terpaksa menegaskannya dengan bahasa yang kasar kerana
mereka yang ada mata tapi tidak melihat dan mereka dan terus masuk dalam api neraka
atas sebab ini jika mereka tidak mendengar.
Selepas membuang kekarutan ini, teori penggantian, kemudian apa yang berlaku?
Apa yang berlaku? Adakah tidak Quran mengatakan yang dia diutus untuk menerangkan
apa yang berlaku?
Surah an Nahl, ia menerangkan semua perkara jadi ia mesti menerangkan apa yang berlaku.
Bagaimana Allah membuatkan seolah2 yang Nabi Isa as disalib sedangkan perkara itu
tidak berlaku? Jawapannya ada dalam Quran. Dalam surah al Imran surah ke 3 dan
sekali lagi dalam surah al Maidah yang mana surah ke 5 dari Quran
Allah menggunakan perkataan wafat, maksud wafat dalam konteks ini, maksudnya mengambil
nyawa/roh.kerajaan tidak mengambil nyawa, bank dunia tidak mengambil nyawa kamu.
Hanya malaikat. Dan Allah telah memerintahkan malaikat untuk mengambil nyawa kamu
hanya malaikat boleh ambil nyawa kamu. Jadi dalam konteks ini,
implikasinya ialah Allah mengambil nyawa/roh itu dari Nabi Isa as.
Adakah boleh jika Dia mengambil nyawanya dan kembalikannya? Adakah itu mungkin?
Dalam surah az Zumar dari Quran, Allah menerangkan dan saya menerangkan secara
perlahan2 sekarang. Sebab perkara ini amat penting untuk esketologi Islam,
esketologi Islam berkisar kepada perkara ini.
Dalam surah az Zumar dari Quran, Allah berfirman;
"Allah mengambil nyawa bila maut, maut ialah kematian,
Allah mengambil nyawa/roh ketika kematian.
Dan nyawa/roh yang tidak di ambil, ketika mereka masih sedar,
Allah akan mengambil nyawa/roh kamu ketika kamu tidur.
Dan Dia akan menyimpan roh orang yang ditentukan kematiannya.
Kematian telah ditentukan.
Bagi mereka yang belum sampai ajalnya, Allah akan mengambalikan rohnya.
Kita tahu dari ayat ini bahawa satu bentuk iaitu tidur.
Bahawa insyaAllah bila Dia ambil roh itu, Dia akan pulangkannya.
Tentu saja ini bukan saja satu caranya. Tapi ini adalah salah satunya,
yang ketika kamu tidur, dia akan ambil roh kamu.
Kamu perlu maafkan saya kerana saya kerap mengulanginya.
Kerana ada orang yang susah untuk memahaminya, tidak dapat mendengarnya.
Jadi tolong maafkan saya.
Jadi ketika kamu tidur Allah akan mengambil roh kamu.
Dan jika maut tidak ditentukan ke atas kamu, ajal kamu belum sampai,
Dia kemudiannya akan memulangkan roh kamu sehinggalan ke masa yang tertentu.
Dalam kes ini kamu tidak mati. Tidak! Jadi sebab itulah kamu ada di sini.
Kalau Allah simpan roh kamu, kamu tidak akan berada di sini,
kamu akan berada dalam tanah.
Jadi sekarang kamu sudah faham, jika Allah mengambil roh kamu,
inilah konteks dimana perkataan wafat digunakan dalam kedua-dua surah,
al Imran dan surah al Maidah. Inilah konteksnya yang Allah mengambil roh.
Jika Dia mengambil roh dan Dia tidak memulangkannya maka Nabi Isa as akan meninggal.
Dia di salib tapi Allah kata tidak!, mereka tidak berjaya untuk menyalibnya.
Mereka tidak menyalibnya, mereka tidak membunuhnya.
Jadi hanya ada satu penerangan sahaja yang tinggal yang
selepas Allah ambil roh itu, dan mereka yakin yang dia telah mati,
dan mereka membawa turun tubuh itu,
ada yang berkata, saya tak mahu dengar perkara itu! Tidak!
Kerana mereka ada cerita dongeng dari tafslran Quran yang
Nabi Isa as tidak pernah diletakkan pada salib,
saya tidak tahu dari mana mereka dapat tahu perkara itu,
mungkin dari teori penggantian atau dari sumber lain
atau mungkin dari 'Disneyland' tapi saya tidak bersetuju dengan mereka.
Saya tidak bersetuju dengan keadaan keadaan tidak kritikal ini.
Mereka membawa tubuh itu turun kerana mereka yakin yang dia telah mati.
Mereka sediakan badannya untuk pengkebumian iaitu jenazah.
Kemudian mereka meletakkan badannya dalam gua, mereka menutup rapat gua itu.
Ada seorang jaga berbangsa Roman di luar.
Kemudian Allah memulangkan roh itu kembali, jadi dia tidak mati.
Jadi rohnya dipulangkan ke badannya dan bukan ke Chicago.
Rohnya dipulangkan kedalam badannya. Jadi bila Roh dipulangkan ke dalam badannya,
kamu akan tersedar dan berdiri. Adakah susah sangat untuk memahaminya?
Ada orang yang dapat memahaminya. Jadi dia sekarang hidup kembali.
Dia tidak pernah mati. Tapi jika mereka tahu dia hidup kembali mereka akan
menangkapnya kembali. Jadi Allah mengangkatnya semua, jasad dan rohnya.
Bukankah Allah mengangkat Nabi Muhammad saw dalam perjalanan Israk dan Mikraj?
Mengangkat dalam maksud dengan mengambilnya dari alam nyata ini
ke alam lain di dimensi dan masa yang lain.
Saya tiada perkataan lain untuk menerangkannya selain perkataan 'angkat'.
Dan saya dibenarkan menggunakan perkataan angkat kerana dalam Quran
Allah menggunakan perkataan sama, 'Allah mengangkatnya kepadaNya'
maknanya Nabi Isa as, tidak lagi berada di alam nyata ini,
dia telah di bawa ke alam lain yang didalam Quran ianya dipanggil 'samawat'
ada 7 semuanya dan dalam fizik ianya dipanggil sebagai 'parallel universe'.
Semua ahli fizik tahu mengenainya. Tanya Einstain, dia akan beritahu kamu.
Oleh kerana dia tidak pernah mengalami kematian
dan kerana Allah menyatakan dalam Quran, semua orang akan merasa kematian,
ia juga akan mengikuti Nabi Isa as, ketika kembali nanti.
Pihak ulamak Islam yang sekular akan melihat kepada kita dengan cemuhan,
dan menghina dan ketawa kepada kita kerana mempercayai apa yang dikatakan
oleh Nabi as yang suatu hari nanti dia akan kembali dengan tangannya diletakkan
di atas sayap 2 malaikat. Tapi mereka tidak mempercayainya.
Mereka menganggap ianya dari Disneyland. Biar mereka dengan cara mereka dan
kita dengan cara kita. Dan jangan buang masa dengan mereka.
Tapi mereka tidak tahu perkara itu, mereka menyangka yang dia telah mati.
Tapi mereka tahu jika Allah berjanji, Allah akan menepatinya.
Jadi mereka masih menanti Al Masih, yang ketika dia datang nanti,
dia akan memerintah dunia dari tanah suci dari Jerusalem dengan pemerintahan
yang akan berlanjutan hinggalah hari kiamat.
Saya tinggal di New York selama 10 tahun dan dalam masa itu
saya berhubungan dengan rabbai dan Yahudi dan saya dapat mengesahkan kepada kamu'
oh ya mereka sedang menunggu Al Masih dan mereka percaya yang Al Masih
akan muncul tak lama lagi. Kita juga percaya yang Al Masih akan kembali,
suara Nabi Muhammad saw merupakan suara
yang paling berkuasa dalam sejarah dalam meramalkan akan kembalinya Nabi Isa as.
Dan inilah tapak dalam esketologi Islam. Selamat datang kepada subjek Islam dan
akhir zaman. Peristiwa yang akan berlaku dalam proses bersejarah ini,
yang paling terpenting antara semua ialah kembalinya Al Masih yang sebenar,
putera Maryam, Nabi Isa as. Kepulangannya akan berlaku di akhir zaman.
Dan kita dapat mengenali bila kita sedang hidup di akhir zaman.
Oh ya! Dan orang yang berada di Kuala Lumpur terutamanya, kerana sebelum
Nabi Muhammad saw wafat satu peristiwa luar biasa berlaku.
Baginda sedang duduk di masjid dengan para sahabatnya, seorang lelaki asing datang.
Tiada siapa yang tahu siapa lelaki ini. Pakaiannya serba putih dan rambutnya hitam.
Dan tiada siapa mengenalinya dan dia berjalan melalui kumpulan itu dan terus duduk
depan Nabi Muhammad saw. Dan bertanyakan 5 soalan. Dan Nabi Muhammad saw memberi jawapan
dan lelaki itu menggesahkannya. Kemudian dia berlalu.
Sebagaimana misterinya dia datang begitulah juga cara dia pergi.
Setelah dia pergi Nabi bertanya, 'kamu tahukah siapa dia?'
jadi mereka menjawab 'hanya Allah dan rasulNya yang  tahu.'
'Itulah Jibrail as, yang datang dan memberi petunjuk dalam agama kamu'
salah satu soalannya, soalan yang terakhir, 'apakah tanda akhir zaman?'
dan antara salah satu jawapan yang dia berikan ialah 'kamu akan jumpa penggembala
yang telanjang dan tidak berkasut, bersaing sesama sendiri dalam membina bangunan tinggi.'
itulah sebabnya saya kata, kamu yang ada di Kuala Lumpur dah biasa dengan subjek itu.
Bila kamu bina bangunan berkembar kamu, korea akan cemburu dan akan membina
sesuatu yang lebih tinggi di Seoul. Dan Dubai akan mengatakan tidak!
Kita akan melakukan lebih baik lagi
dan mereka membina Burj di Dubai dan China akan mengatakan, kami akan ajar kamu! Dan China
akan membina bangunan yang menembusi awan.
Dan mereka yang melihat dengan satu mata akan melihat bangunan tinggi ini dan
mengatakan ianya melambangkan kemajuan. Mereka inilah penggembala
yang telanjang dan tidak berkasut.
Tapi mereka yang melihat dengan dua mata akan mengatakan tidak!
Apa yang tersimpan dalam hati adalah apa yang lebih penting berbanding
dengan bangunan tinggi yang  kamu dapat bina.
Jadi kita sekarang ini tinggal dalam akhir zaman.
Jika kamu tidak dapat melihat bangunan yang tinggi, pergi jumpa pakar mata.
Akhir zaman akan sampai kemuncaknya dengan kembalinya Al Masih yang sebenar,
Nabi Isa as.
Esketologi Islam ada sesuatu yang amat penting untuk diperkenalkan sekarang.
Sesuatu yang akan melibatkan proses politik dan sesuatu yang akan memberi kesan
kepada ekonomi dunia, sesuatu yang akan memberi kesan pada sistem kewangan,
sesuatu yang akan memberi jawapan pada keadaan realiti yang misteri dan aneh yang
berlaku didunia sekarang ini.
Ada antara mereka yang masih terus pergi kerja pada pagi hari,
menghadapi kesesakan lalu lintas,
dan pulang ke rumah pada petangnya, kemudian balik masak makanan sedap,
dan duduk dan menonton TV sehingga waktu tidur. Dan anda akan ulanginya
hinggalah tiba hari hujung minggu.
Dan pada hujung minggu merupakan masa untuk berseronok dan inilah kehidupan kamu.
Kamu menyembah dunia, kamu hidup untuk dunia dan mati untuk dunia.
Tapi ada orang lain yang ada pendirian dan jantung mereka berdegup dalam
rentak yang berlainan, mereka merupakan orang yang ingin mencapai lebih lagi,
sesuatu yang menerangkan sebab wujudnya keanehan dunia ini.
Saya tidak bersedia untuk bergantung pada kayu reput dan
membiarkan diri saya hanyut ke mana sahaja, saya akan mengambil perahu yang akan
membawa saya ke pelabuhan, destinasi yang hati saya ingin capai.
Saya kena memahami dunia yang kita sedang jalani sekarang ini dan
saya mesti memberi tidak balas yang sepatutnya. Saya mahu ketenangan dalam hati saya,
dan saya hanya boleh dapatkan ketenangan itu bila saya memahami realiti
dunia yang saya hidup sekarang ini dan saya akan bertindak sewajarnya.
Pada mereka ini, kita katakan pada mereka di Malaysia yang hanya Quran dan
Rasulullah saw yang menerangkan realiti kehidupan kita hari ini.
Tiada sesiapa yang dapat melakukannya. Esketologi Islam menerangkan dunia hari ini.
Hanya bergantung kepad kamu sahaja sekarang ini
apa yang kamu tunggu bila kamu datang kepada Islam.
Kerana Islam akan menerangkan keadaan dunia hari ini.
Malangnya ilmuan dan ulamak Islam tidak melakukan perkara itu
termasuk para ulamak, syuyuh, mufti dan ustaz2.
Itu merupakan suatu tragedi yang kita hadapi hari ini.
Tapi Quran sedang melakukannya dan Nabi Muhammad saw sedang melakukannya.
Dan terserah pada kamu untuk mempelajari esketologi Islam supaya melalui suara kamu
manusia sejagat akan menerima kebenaran itu.
Nabi Muhammad saw berkata, sebab mereka menolaknya dan mengatakan yang
tak mungkin dialah Al Masih dan mereka masih menanti Al Masih untuk datang
yang bila dia datang, dia akan memerintah dunia ini.
Biar saya ulangi sekali lagi. Memerintah dunia tidak bermaksud memerintah
setiap inci dunia dan bandar Manhattan! Tidak! Memerintah dunia bermaksud,
pemerintahan yang tidak dapat ditandingi.
Yang tidak dapat disaingi oleh kuasa sesiapa atau pakatan apa2 kuasa.
Itulah makna negara yang memerintah. Dalam bentuk apa yang kita sedang alami.
2 negara pemerintah. Kita dah alami pemerintahan Britain.
Dan bila Britain memerintah dunia, dan mengisytiharkan ianya 'Pax Britanica'.
Kemudian suatu perkara aneh berlaku dan
kuasa pemerintahan bertukar dari Britain ke Amerika.
Bila Amerika memerintah dunia dan mereka menamakannya 'Pax Americana'
pax maknanya 'aman' tapi ini merupakan penipuan, ianya bukan keamanan
tapi peperangan, darah dan penindasan dan penipuan.
Jadi bila Al Masih datang, dia akan memerintah dunia ini
dan mereka menanti kedatangannya. Bagi membolehkan dia memerintah dunia ini,
dia perlu melakukannya dari tanah suci,
dia perlu melakukan dari negara Israel tapi masalahnya orang Islam sedang
memerintah tanah suci  sehinggalah 1917.
Jadi Al Masih kena memerdekakan tanah suci untuk kaum Yahudi.
Bila dia melakukan perkara ini orang Islam tentunya akan menjadi hamba di tanah suci.
Al Masih perlu melakukan sesuatu yang lebih dari sekadar memerdekakan tanah suci.
Dia kena membawa orang Yahudi balik ke tanah suci untuk mengakunya sebagai milik mereka.
Selepas mereka berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan kepada Nabi Isa as,
mereka membunuhnya, Allah mengusir mereka dari tanah suci sekali lagi.
Tapi kali ini Dia tidak menghantar mereka ke Babylon, kali ini Dia berkata;
"Kami dah pecahkan kumpulan mereka ke kumpulan yang kecil dan letak mereka
berselerak ke seluruh dunia. Jadi Yahudi di Argrentina dan Yahudi di Rusia,
dan Yahudi di Yaman dan Yahudi di Morocco, dan Yahudi di Mesir dan Yahudi di Irak dan Iran,
dan Yahudi di China, dan Kami pisahkan mereka berselerakan ke seluruh dunia.
Ini adalah hukuman yang Esa, tapi mereka jahat,
mereka menerangkan perkara itu dengan cara yang lain.
Ini adalah cara Allah supaya menyebarkan kebenaran ke setiap penjuru dunia,
mereka tidak menerimanya sebagai suatu hukuman.
Bila Allah mengusir mereka buat kali terakhir,
selepas dakwaan mereka telah menyalib Nabi Isa as, Allah kemudian berkata
dalam surah al Isra', jika kamu kembali ke tanah suci dengan kejahatan kamu,
pelanggaran syarat yang kamu patut berbuat kebaikan Kami akan kembali menghukum kamu.
Setiap kali kamu melanggar syarat untuk berbuat kebaikan Kami akan mengusir kamu.
Kalau kamu datang sekali lagi kami akan menghalau kamu sekali lagi.
Jika Al Masih mahu menzahirkan ramalan mengenai memerintah dunia,
pertama dia kena memerdekakan tanah suci untuk kaum Yahudi. No 2, dia kena
mengembalikan kaum Yahudi balik ke tanah suci untuk mengaku
bahawa tanah suci itu milik mereka.
No. 3 dia kena kembali mendirikan negara Israel dan no 4 dia kena
membuatkan negara Israel negara yang menguasai dunia. Hanya setelah itu,
Al Masih boleh berdiri di Jerusalem
dan mengaku dialah Al Masih. Jadi mereka masih menunggu kedatangan Al Masih itu.
Nabi Muhammad saw mempunyai suara yang amat berkuasa di dunia kerana menerangkan
bahawa Allah telah mencipta satu makhluk, yang wujud dan memprogramkan makhluk itu
untuk menyamar sebagai Al Masih. Ianya dikenali sebagai Al Masih Dajjal.
Dajjal Al Masih yang palsu. Dan bila Allah menzahirkannya di dunia ini, inilah apa
yang akan dia lakukan. Dia akan memerdekakan tanah suci untuk kaum Yahudi,
dia dahpun melakukan perkara itu. Dia akan mengembalikan kaum Yahudi balik
ke tanah suci dan mengaku bahawa negara itu milik mereka,
dia dahpun melakukan perkara itu ketika kita sedang makan roti canai dan minum teh tarik,
dia dahpun melakukan perkara itu.
Dia akan kembali mendirikan negara Israel di tanah suci. Dan Israel akan menjadi palsu
tapi menyakinkan mereka yang itulah negara Israel yang sebenar.
Dia dahpun melakukan perkara tersebut.
Jangan tanya saya, 'Syeikh Imran mana hadisnya?'. Jangan tanya saya kerana ia merupakan
perkara yang logik. Jangan tanya saya 'mana hadis yang menerangkan
perkara yang kamu kata?' Pergi cari guru lain untuk mengajar kamu.
Tinggalkan saya sendiri. Sebab kamu tidak faham ini merupakan perkara yang logik
dan  mereka masih bertanya mana hadisnya? Dia dahpun melakukan perkara berikut.
Dia dahpun mendirikan kembali negara Israel di tanah suci.
Negara Israel yang palsu dan menyakinkan mereka yang itulah negara Israel yang suci.
Hanya satu benda sahaja lagi yang tinggal. Hanya satu sahaja lagi. Dia kena membuatkan
negara Israel itu sebagai negara pemerintah dunia.
Dan itu adalah proses dalam membawa negara itu ke posisi yang memerintah dunia
dan cuba analisa bagaimana dia akan melakukannya.
Sebab ianya bakal berlaku bila2 masa sahaja.
Kita akan memahami keadaan realiti politik hari ini.
Kita akan memahami sejarah politik.
Kita akan memahami keadaan ekonomi hari ini. Dan kita akan memahami sejarah ekonomi.
Kita akan memahami sistem kewangan yang terhasil dari Britain.
Kita akan memahami dana kewangan antarabangsa di bank dunia.
Kita akan memahami wang kertas yang haram dan menipu.
Apakah peranan yang mereka telah mainkan selepas mereka mengambil
dinar emas dan dirham perak keluar dari pasaran, dan mereka melakukan sesuatu
yang dr. Mahathir juga tidak menyedarinya. Artikel perjanjian dalam
dana kewangan antarabangsa telah melarang penggunaan emas sebagai wang.
Dr. Mahathir tidak tahu pasal itu.
Ulamak dan ilmuan Islam nampaknya tidak berminat dengan perkara tersebut
apa lagi untuk belajar.
Jadi bila kita belajar, apakah strategi yang digunakan yang telah membawa Israel
ke posisi tersebut. Di mana dia dapat memerintah dunia.
Kita akan memahami realiti dunia politik hari ini,
ekonomi dan kewangan dan semua perkara lain yang  berkaitan,
termasuk revolusi wanita. Sebelum kita mulakan mengenai sejarah politik dan ekonomi
biar saya melangkah ke belakang sekejap sahabat Nabi saw yang bernama
Tamim ad Dari berjumpa dengan  Nabi Muhammmad saw di Madinah.
Dan memberitahu sesuatu kepada baginda. Rasulullah saw kemudian berkata
kepada kumpulan itu, duduk dahulu, Tamim ad Dari telah datang kepada saya
dan memberitahu sesuatu mengenai Dajjal yang mengesahkan apa yang telah saya katakan
pada kamu dahulu. Hadis ini ada dalam sahih muslim. Dan inilah peristiwa yang berlaku.
Bila saya menganalisa peristiwa itu saya mendapat kesimpulan yang itu merupakan visi
tapi bila saya memberitahu pendapat saya, jangan kamu terimanya bulat2. tidak!
Saya tidak mahu kamu menerima pendapat saya melainkan dan sehingga kamu yakin
yang ianya betul. Jika tidak kamu tidak menghormati pemikiran rasional kamu.
Saya tidak pernah melakukan perkara itu terhadap guru saya.
Saya memberikan kepadanya lebih masalah berbanding pelajar lain.
Saya tak pernah menerima apa-apa sahaja yang dia ajar saya,
sehinggalah saya yakin yang ianya betul. Dialah yang melatih saya.
Supaya saya tidak menjadi seperti burung nuri, seseorang yang datang dari
kilang maulana. Dan itulah yang saya mahukan dari anak murid saya.
Inilah pendapat saya yang ianya merupakan visi dan bukan perkara sebenarnya
yang berlaku. Dalam sessi soal jawab kamu boleh tanya saya
bagaimana saya boleh mencapai kesimpulan tersebut.
Tamim ad dari dan sebahagian dari 40 temannya telah menaiki sebuah kapal
dan kapal biasanya melalui kawasan berair. Saya tak tahu mengenai Malaysia.
Jadi kamu kena mencari air. Ini merupakan hasil fikiran logikal.
Dan kamu berlepas dari kawasan tanah Arab, di mana ada bandar Madinah
jadi arah utara Jerusalem. Jadi kamu ada laut Mediteranean dan sebelah lagi
kamu ada laut merah tapi ribut kencang datang dan menghanyutkan kapal itu
selama sebulan, jadi kita ketepikan laut merah kerana  jika ada ribut,
dalam masa 5 minit sahaja kamu akan mendarat. Tapi yang ini mengambil masa
selama sebulan sebelum ia berjumpa daratan.
Jadi kita ketepikan laut merah. Kemudian mereka sampai ke sebuah pulau.
Dan saya kenali pulau itu sebagai pulau Britain tapi sesetengah orang tak
faham bagaimana sebuah kapal belayar melalui laut Mediteranean dan sampai ke Britain.
Jadi bagaimana tentera laut dan kapal pedagang Amerika, sejak Amerika ditubuhkan
2 ratus tahun lebih, berdagang dengan Afrika utara?
Bagaimana mereka sampai ke Mediteranean?
Jadi ianya tak mustahil untuk pergi ke keluar dari Mediteranean menggunakan
kapal laut. Ilmu alam sekolah rendah. Saya dapati negara itu adalah Britain.
Tapi kamu jangan terima pendapat saya sehingga kamu yakin yang ianya betul.
Ada orang yang fikir pulau itu adalah Singapura.
Jadi mereka mendarat atas pulau ini, mereka pergi ke pantai dan
mereka bertemu dengan satu makhluk yang berbulu, bulunya terlampau banyak
hingga kamu tak boleh bezakan mana satu kepala dan mana satu ekor.
Macam bandar manhattan kamu tak tahu mana satu perempuan dan mana satu lelaki
kamu tak boleh bezakan mana satu kepala dan mana satu ekor.
Makhluk ini di panggil jassasah makna pengintip.
Jadi ini merupakan pulau yang lebih kurang 1 bulan perjalanan melalui laut,
menggunakan angin dari tanah Arab dan pulau itu ada kemahiran dalam
bidang pengintipan.lebih kurang macam James Bond.
Jasasah itu menunjukkan ke arah biara yang roboh
dan berkata ada seseorang sedang menuggu kamu di sana.
Jadi di pulau itu ada agama yang sedang menuju kehancuran
dan gereja akan dijual kepada restaurant dll kerana ianya tidak digunakan lagi.
Tiada siapa yang pergi ke gereja lagi. Jadi mereka cepat2 pergi.
Bila mereka sampai ke biara yang roboh itu mereka berjumpa dengan seorang manusia
nampak macam manusia tapi badannya dirantai. Tangannya di rantai ke lehernya
dan kakinya dirantai kedua-duanya dan dia menyoal mereka.
Ia adalah merupakan soalan yang amat menarik, oleh itu kamu mesti baca buku ini.
Kemudian dia mengatakan 'saya adalah Dajjal' dan 'jika saya dilepaskan'
pada ketika itu dia masih belum dilepaskan. Ini adalah lebih kurang tahun ke 2 atau 3
selepas hijrah di Madinah. 'Bila saya dilepaskan saya akan memasuki setiap
pekan dan bandar' tapi dia tak cakap kampung. Kamu dengar tak?
Saya akan memasuki setiap pekan dan bandar termasuk Kuala lumpur
tapi dia tak cakap kampung, kapada pendengar luar Malaysia, ia bermakna kampung,
jadi sebagai pelindung dari Dajjal lebih baik berada di kampung berbanding di bandar.
Jadi bila Dajjal dilepaskan, jadi dari pulau inilah, dia akan memulakan usahanya,
untuk memerintah dunia dari Jerusalem dari tanah suci. Pulau manakah?
Saya capai kesimpulan yang ianya adalah Britain.
Rasulullah saw bersabda yang ketika Dajjal dilepaskan,
dia akan tinggal di muka bumi selama 40 hari.
Jangan buat kesilapan dengan mengira 40 hari sebagai 1 bulan dan 10 hari,
atau 1 bulan 11 hari. Tidak!, jangan buat begitu.
Seseorang bertanya Rasulullah saw. Masjid mana yang pertama sekali didirikan?
Dia kata yang terletak di tanah Arab, Kaabah, oleh Nabi Ibrahim as
kemudian seseorang bertanya kepadanya, manakah masjid yang kedua yang dibina oleh Nabi?
Dia kata yang ada di Jerusalem, masjid al Aqsa, oleh Nabi Sulaiman as.
Kemudian dia ditanya, berapa lama tempoh masa antara keduanya di bina?
Dia kata 40 tahun. Dia berkata 40 tahun ketika setiap bangsa Arab tahu,
yang ianya jauh lebih lama dari tempoh 40 tahun. Ianya ribuan tahun jaraknya.
Jels sekali bila baginda berkata 40 tahun, dia bercakap secara simbolik.
Jadi bila dia berkata Dajjal akan tinggal di bumi selama 40 hari,
jangan faham ianya secara bahasa. Dia berkata dalam masa 40 tahun itu, 1 hari seumpama
dengan 1 tahun, dia bukan berkata satu hari ialah 1 tahunkan?
Dia kata 1 hari seumpama 1 tahun, 1 hari lagi seumpama 1 bulan,
dan 1 hari lagi seumpama 1 minggu dan hari2 yang seterusnya adalah seperti hari2 kamu.
Jadi tolakkan 3 dari 40. matematik yang anehkan. Jadi jawapannya adalah 37.
Jadi katanya bila Dajjal berada dalam hari2 kita, dia akan hidup selama 37 hari.
[ Bagaimana kamu lahir dan masih pakai lampin, selepas 37 hari, masih menyusu ibu kamu, ]
kemudian jadi seorang lelaki yang berbadan sasa dan berambut kerinting?
Sebab matematik kamu salah! Bukan, ia bukannya dikira sebagai 40,
ianya adalah bahasa yang simbolik. Ia hari sama dengan 1 tahun merupakan
misinya yang pertama.yang akan berakhir dalam masa yang panjang.
1 hari sama seperti 1 bulan adalah merupakan tahap ke 2 yang akan merupakan
masa yang agak pendek, 1 hari sama seperti 1 minggu akan merupakan tempoh masa yang
paling singkat. Dan hanya setelah tiga tahap ini telah selesai,
hanya setelah itu maka Dajjal akan muncul dalam alam nyata kita.
Dalam dimensi tempat dan masa alam kita. Hanya ketika itu baru kita mampu melihatnya.
Sebelum tempoh itu kamu tidak dapat melihatnya.
Dia dah dilepaskan, dia dah ada di sini tapi kamu tidak dapat melihatnya.
Adakah ada malaikat dalam dewan ini? Tentu sekali selain dari isteri kamu.
Ya kita ada malaikat disebelah bahu kita. Bolehkah kamu melihat malaikat itu?
Tidak tapi mereka ada di sini. Kamu tidak dapat melihat mereka.
Adakah ada jin dalam dewan ini? Saya tahu ada banyak di washington tapi adakah
adakah ada jin dalam dewan ini? Ya mereka ada. Dapatkah kamu melihat mereka?
Tidak kamu tidak boleh melihatnya. Sama juga dengan Dajjal yang sudah dilepaskan.
Dia telah ada di sini tapi kamu tidak dapat melihatnya.
Sehinggalah tahap 1, 2 dan 3 telah selesai. Dan dia akan memasuki alam kita
di dimensi yang sama waktu dan tempatnya. Artis Melayu membuat design
muka buku ini. Dan kamu melihat 3 bulatan dan 3 bulatan itu melambangkan
3 tahap Dajjal itu.adakah kamu cam yang tahap 1, satu hari sama dengan 1 tahun,
Britain menjadi penguasa dunia.
Kita tidak katakan yang Britain adalah satu2nya negara pemerintah dunia.
Kita tak pernah katakan perkara itu. Jadi jangan datang dengan benda mengarut
dan cakap tahun berapakah Britain memerintah dunia? Dan bilakah
perubahan kuasa beralih pada us supaya kita boleh mengira bila Israel
akan menjadi penguasa dunia. Saya tak nak terlibat dalam perkara itu.
Kamu buat sendiri pengiraan kamu, dan jika dah selesai bawa tempat lain
dan jangan bawakan pada saya. Tidak pada tahap satu yang akan berakhir
pada masa yang lama tahap satu menyaksikan kewujudan Britain sebagai
negara pemerintah dunia
Britain menjadi negara pemerintah dunia dengan perhubungan misteri dengan tanah suci
tentera Britishlah yang mengalahkan tentera kerajaan usmaniyah
dan mengambil alih Jerusalem. Pihak Britishlah yang mengadakan pengisytiharan balfour
dan jika kamu tidak tahu apa itu pengisytiharan Balfour maka lakukan kerja rumah kamu.
Pihak Britishlah yang memerintah tanah suci. Pihak Britishlah yang memerintah
tanah suci dengan mandat yang dikuasai oleh liga negara pada 1917/18 to 1948.
Pihak Britishlah yang membidankan kelahlran kelahlran negara Israel,
pada 1948. oleh sebab itulah kita yakin yang ia adalah pulau Britain.
Tapi jika anda kata ia adalah pulau Singapura, itu adalah pilihan kamu.
Kemudian datang tahap ke 2 yang mana sehari umpama sebulan,
kita dapat mengecam yang Dajjal dah mencipta negara pemerintah yang ke 2,
negara pemerintah yang ke 2 ialah usa dengan hubungan yang misteri dengan Israel,
yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan kaedah biasa analisis politik.
Kemudian datang pula tahap ke 3, bila kuasa dipindahkan dari usa
ke negara pemerintah ke 3.
Dan kita katakan bahawa negara pemerintah yang ke 3 itu adalah Israel.
Dan diperingkat itulah kita berada sekarang dalam proses sejarah itu.
Hanya esketologi Islam dapat membuat kenyataan itu. Hanya Quran dan
Nabi Muhammad saw dapat menerangkan perkara proses politik itu.
Kita sekarang berada di peringkat itu. Jadi bila Dajjal dilepaskan?
Mari kita melangkah ke belakang balik. Nabi Muhammmad saw mengesyaki
seorang budak lelaki Yahudi di Madinah sebagai Dajjal. Dan baginda membawa
umar ra bersamanya untuk menyoal budak lelaki itu tapi budak lelaki
itu agak kurang sopan dalam memberikan jawapan dan umar naik marah.
'ya Rasulullah saw, berikah saya keizinan, saya akan memancung kepalanya'
jawab Rasulullah saw ,'tidak umar, jangan lakukan perkara itu,
jika betul dia Dajjal, kamu tidak akan dapat membunuhnya' tapi
kita telah diberikan satu mesej dalam kata-kata ini.
Jika dia Dajjal, itu tidak mustahil. Kamu tidak dapat bercakap mengenai perkara ini
jika Dajjal Masih dlrantai. Yang ini tidak dlrantai.
Memberi maksud yang Dajjal dahpun dilepaskan. Baginda tidak berkata
yang budak lelaki ini Dajjal, tidak! Nama budak itu ialah Ibni Sayyad
jika dia Dajjal, kamu tidak dapat membunuhnya, jika bukan maka adalah
berdosa untuk membunuhnya. Jadi insiden ini adalah untuk memberitahu kita
bahawa Dajjal dah pun dilepaskan. Ada perbezaan di antara lepas dan 'khuruj'.
Hadis itu menggunakan perkatan 'khuruj' untuk situasi yang lain.
Cuba dengar hadis ini yang ada dalam sunan Abu Daud. Rasulullah saw bersabda,
'pada ketika itu bila Jerusalem dalam keadaan pesat membangun,
ketika itulah Yathrib(Madinah) dalam keadaan terpinggir.
No 1 keadaan yang ditinggalkan, itu salah satu maknanya,
tidak memainkan sebarang peranan penting samada dalam urusan agama Islam,
atau urusan selainnya. Bandar yang telah dilupakan.
Tapi ada satu makna lagi, saya rasa ada syeikh dari Jordan yang
akan menarik perhatian saya kepada perkara itu.
Dia kata ketika bangunan sedang rancak di bangunkan di sana,
bangunan sedang dirobohkan disini. Cultus wahabi yang aneh,
yang muncul di Arab Saudi yang menjadi sekutu pihak Zionis,
hingga ke suatu tahap dimana Arab Saudi telah menjadi sekutu yang
strategik bagi Israel. Mereka meroboh setiap bangunan yang mempunyai
sejarah yang berkaitan dengannya. Jadi bila bangunan sedang didirikan disana
disini pula ianya dirobohkan. Jadi bila masa itu tiba, kemudian
perhatikan pada masa itu akan muncul perang besar.
Perang besar itu dinamakan 'armageddon', Rasulullah saw memanggilnya
sebagai malhamah. Ianya merupakan peperangan yang akan membuatkan
perang dunia 1 dan ke 2 seolah2 perkelahian berebutkan sebiji kacang!
Itulah betapa dahsyatnya perang yang akan berlaku itu.
Pada ramalan saya perang besar itu atau malhamah akan meyebabkan
pengurangan yang amat besar dari populasi penduduk dunia.
Jadi saki baki penduduk dunia setelah malhamah itu akan senang
diuruskan oleh Israel untuk memerintah dunia.
Jika ada 8 billion penduduk dunia hari ini, kamu mungkin ada
1/2 darinya sahaja selepas itu. 1/2 darinya sudah meninggal dalam malhamah itu.
Itulah keadaan dimana kita berada sekarang.
Perkara yang akan berlaku selepas itu adalah malhamah.
Jika Turki menyerang Syria dan menakluk Syria sebagaimana yang saya jangkakan.
Jika Rusia membantu mempertahankan Syria, sebagaimana saya sedang jangkakan,
NATO akan mendapat apa yang dia mahukan. NATO mahukan satu peperangan yang besar.
Jika itu yang kamu mahukan itulah yang kamu akan dapat.
Dan perkara itu akan menyebabkan berlakunya malhamah. Perang nuklear.
Yang akan mengurangkan jumlah penduduk dunia. Inilah esketologi Islam
dalam proses. Memberitahu kamu apa yang akan berlaku.
Menjangka apa yang bakal berlaku dan bukannya meramal nasib
seperti apa yang mr reagan ada dirumah putih. Bukan!
Ini merupakan jangkaan dengan perkara yang bakal berlaku
berdasarkan esketologi Islam dan kemudian baginda bersabda,
bila perang besar berlaku, ianya akan diikuti oleh penaklukan kota Konstantinopel
setiap orang Turki tahu bahawa sultan Muhammad al Fateh telah
menakluk kota  Konstantinopel pada tahun 1953, dan dunia Islam telah diterajui oleh
sedang tidur untuk menerima kebohongan itu yang penaklukan kota  Konstantinopel
pada 1453, merupakan penzahlran hadis yang mengatakan orang Islam akan menakluk
kota  Konstantinopel, itu salah!, ada satu buku kecil diluar,
hanya lebih kurang 30 mukasurat,
Madinah kembali ke persada pentas dunia pada akhir zaman.
Dan buku kecil itu menerangkan pasal ini penaklukan kota  Konstantinopel yang
mana akan berlaku. Kita boleh bincangkannya dengan lebih lengkap
lagi dalam sessi soal jawab.
Jadi hanya setelah kota  Konstantinopel telah di takluki oleh orang Islam,
yang mana akan berlaku, yang akan mengakhiri kuasa NATO ke atas
kota itu, dan bila NATO tidak lagi berkuasa keatas  Konstantinopel, dan
bhosporus akan terbuka pada tentera laut Rusia untuk melaluinya,
dan memasuki Mediteranean. Hanya setelah itu Dajjal akan 'khuruj'
maknanya hanya ketika itulah Dajjal akan muncul dalam bentuk seorang manusia.
Hanya ketika itulah kamu akan dapat melihatnya memerintah negara Israel.
Bila dia memerintah negara Israel, perkara terakhir dia akan buat ialah
menyerang Madinah dan tentera bersenjata Israel akan menempati kawasan
luar Madinah bersama Dajjal. Ianya diterangkan dalam buku kecil itu.
Hanya 30 muka surat sahaja. Tiada alasan untuk tidak membacanya.
Tapi malaikat akan menghalangnya dari memasuki Madinah.
Dan Madinah akan bergegar selama 3 kali, saya tidak tahu apa
universiti Islam Madinah akan melakukan apa pada hari itu.
Madinah akan bergegar selama 3 kali dan setiap orang kafir dan munafik,
kafir, orang yang bukan Islam, munafik ialah orang yang hipokrit/yg pura2.
Akan terkeluar dan mereka akan menyertai Dajjal.
Oleh kerana dia tidak dibenarkan memasuki Madinah maka dia akan
melencong ke damaskus dan ketiga2 kumpulan itu akan berada di damaskus.
Tiga pelakon yang amat penting pada akhir zaman, ketiga2 mereka akan
berada di damaskus pada masa yang sama. Imam Mahdi akan berada di sana.
Dajjal akan berada di sana. Dajjal akan berada diluar masjid dan Imam Mahdi
akan berada di dalamnya. Dan konfrantasi akan berlaku dan sejarah akan
berulang dengan sendirinya. Dengan cara yang sama yang kita sedang mendatangi air,
melarikan diri dengan Nabi Musa as dan tentera Firaun sedang mengejar di belakang,
dan konfrontasi akan berlaku. Sesetengah kita berada dalam keadaan putus asa
pada ketika saat akhir, Allah berfirman kepada Nabi Musa as,
pukullah laut dengan tongkat kamu dan laut terbelah dua,
'dan kami belahkan laut itu untuk kamu dan Kami menyelamatkan kamu.
Dan Kami binasakan Firaun dan tenteranya didepan mata kamu.
Dengan cara yang sama, sejarah akan berulang kembali.
Dan Imam Mahdi berada di dalam masjid dan Dajjal ada di luar,
menunggu konfrantasi itu. Dan pada saat-saat akhir itu,
Allah menurunkan kembali Nabi Isa as dan dia turun ke masjid itu,
dan bila Imam Mahdi melihatnya dia berkata inilah putera Maryam.
Sebagaimana 'John the baptist' berkata inilah dia, inilah lelaki yang kamu
sedang tunggu, inilah al masih. Sejarah berulang kembali.
Nabi Isa as dijemput, kamulah menjadi imam solat, dia berkata
tidak! Kamu telah dipilih, kamulah yang jadi imam.
Jadi Imam Mahdi mengimami solat itu. Dan Nabi Isa as solat
sebagaimana kita orang Islam solat. Tunduk rukuk, sujud, kepala
mencecah debu tanah dalam penyembahan. Setelah solat berakhir,
dia kata bukalah pintu pagar, kerana masjid itu dipagari,
dan bila dia melangkah keluar, Dajjal melihatnya dengan perasaan terkejut,
Dajjal akan ketakutan yang amat sangat seolah2 ibarat garam
yang larut dalam air dan mereka cepat2 melarikan diri.
Jadi hari ini mereka menginjak2 kamu dengan kaki berdarah di tanah suci,
membina tembok2 perkauman, memandang rendah kepada umat Islam
yang dianggap seperti lipas, kita bukan manusia, sebahagian saja manusia,
merekalah manusia yang terpilih, syurga dikhususkan untuk kamu sahaja.
Bukan semua Yahudi seperti itu, tidak!, bukan semua Yahudi seperti itu.
Ada Yahudi yang bersama menyokong kita dalam berlawan menentang penindasan,
dan orang Yahudi seperti itu dialu-alukan untuk tinggal bersama kita
dikampung muslim tapi Yahudi lain yang merupakan penindas,
pada hari itu kamu akan melarikan diri dan Nabi Isa as akan mengejar Dajjal,
dan dapat menangkap dia di suatu tempat di panggil ludh dan membunuhnya
dan selepas itu Yakjuj dan Makjuj akan dihancurkan oleh Allah,
dan itulah tajuk yang amat penting untuk kita belajar mengenai akhir zaman.
Yakjuj dan Makjuj dan saya ada buku berkenaan tajuk itu diluar,
kemudian tentera Islam akan memerdekakan tanah suci dan kebenaran akan
mengalahkan kebatilan dan kebaikan akan memenangi penindasan dan kejahatan
itulah bagaimana sejarah akan berakhir.
Saya mendapat e-mail dari seorang penyokong dari Israel seminggu lepas
sepucuk surat yang ditulis dengan sopan menjemput saya kesebuah
dialog 'kenapa orang Islam tidak mahu untuk mengiktiraf yang
kami orang Yahudi mempunyai hak'
saya menjawab, 'saya tidak dapat menghadiri dialog yang baik
dengan penyokong negara Israel dan Rasul saya telah bersabda
mengenai suatu hari nanti yang batu akan bercakap ditanah suci
dan saya lebih suka jika batu sepatutnya bercakap dengan anda.'
itulah jawapan saya kepadanya.
Tapi kita kena berpatah balik sekarang, setelah memberikan ceramah ini,
mengenai esketologi Islam, kita harus membincangkan mengenai strategi.
Bagaimana Dajjal akan mencapai objektifnya dalam membuatkan
negara Israel sebagai pemerintah dunia.
Mula2 sekali kamu kena mendapat kuasa memerintah politik dunia.
Bagaimana nak mencapai pemerintah politik dunia sekarang ini?
Jawapannya ialah kamu kena membawa masuk satu sistem politik yang baru.
Dan pastikan sistem politik itu menggantikan semua sistem politik
sedia ada yang di dunia ini. Sebab itulah anda ada sekarang apa yang
dipanggil imperialisma barat dan tentera barat menjajah semua
tempat di dunia ini dalam usaha untuk memusnahkan semua
sistem politik yang ada. Jadi bila anda ada sesuatu yang dikatakan penjajahan
bila anda pergi dari tanah jajahan itu anda meninggalkan
sistem politik anda disana. Dan sistem politik itu didirikan atas
unit yang dipanggil negara, negara yang moden dan negara itu kini sekular
sekular dari maksud apa? Dalam salah satu maksud sekular ialah
mengikut barat moden, ianya juga dikenali sebagai'divine soverignty'/kedaulatan Ilahi
walaupun bagi orang asli, masa tamaddun awal, mereka mengiktiraf kedaulatan
adalah dari tuhan. Dalam kes orang kristian, Tuhan berdaulat tapi
Dia mencipta gereja dan gereja sebagai wakil. Hindu juga mempunyai
konsep kedaulatan tuhan begitu juga dengan penganut agama buddha
dan bagi kita orang Islam, kita ada sistem negara khilafah,
yang menganggap Allah sebagai 'al Malik', yang berdaulat,
jika kamu mengiktiraf selain Allah sebagai yang berdaulat, kamu telah
melakukan satu dosa yang dipanggil syirik.
Ianya merupakan satu dosa yang Allah tidak akan ampunkan
Dia bersedia untuk mengampun semua dosa2 ,
'beritahu hamba2Ku, jika kamu datang kepadaKu dengan dosa setinggi langit,
Aku akan ampunkan mereka semua, kecuali syirik', dan itu adalah syirik!
Bukan hanya mereka mendirikan sebuah negara yang baru, mereka
mengatakan negara itu sendiri berdaulat, negara itu ialah Allah,
begitu juga dengan kuasa tertinggi, Allah tidak lagi sebagai kuasa tertinggi,
negara itulah yang mempunyai kuasa tertinggi,
Allah bukan lagi penggubal undang2, negara itulah yang menggubal undang2.
Allah boleh membuat sesuatu sebagai haram, tapi negara itu boleh menjadikannya halal,
apa yang Allah jadikan halal, negara itu jadikan haram.
Untuk menjadikan halal apa yang diharamkan oleh Allah adalah syirik,
surah at taubah, untuk menjadikan halal apa yang diharamkan oleh Allah adalah syirik,
dan menjadikan haram apa yang Allah halalkan juga syirik.
Sekarang ini negara itu telah menghalalkan segala benda yang Allah haramkan.
Tiada apa lagi yang tinggal. Adakah kamu dengar apa yang obama beritahu baru2 ini?
Yang dia membuat undang2 untuk membolehkan lelaki mengahwini lelaki,
kamu dengar tak? Dan semua orang mahu dapatkan tiket ke Washington.
Semua orang mahukan kad hijau. Adakah mereka ada tahap rasional seperti keldai?
Inikah apa yang dunia sedang tujui? Mereka ada mata tapi mereka tidak mendengar,
mereka ada telinga tapi mereka tidak mendengar, mereka ada hati tapi tidak memahami,
dan mereka menari ikut setiap rentak yang disukai oleh Dajjal,
itulah dunia hari ini. Itu adalah realiti politik hari ini.
Dan mereka mengambil sistem sekular dalam negara kerana mereka tidak mengakui
kedaulatan Ilahi.mereka mengambil sistem negara sekular dan memperkenalkan kepada
organisasi antarabangsa dipanggil Liga Negara2 dan Negara2 Bersekutu/UN
jadi mereka menyatukan negara dalam satu sistem politik dan
mereka mempunyai Majlis Keselamatan dengan kuasa tertinggi
jika perang tercetus dalam beberapa pihak dan Majlis Keselamatan kata
'berhenti berperang', kamu akan, berhenti, kamu tidak ada kuasa untuk
meneruskannya, jika kamu meneruskan juga maka Majlis Keselamatan,
ada hak untuk meminta semua negara ahli untuk menghantar tentera
supaya tentera antarabangsa akan meyerang kamu.
Jadi bila negara bersekutu ditubuhkan dangan piagam Majlis Keselamatan,
kamu telah menubuhkan asas kepada pemerintahan dunia.
Bila kerajaan dunia dicapai, Dajjal akan menjadi penguasanya.
Dan apa yang kita saksikan sekarang, terutama di Eropah,
tapi orang Eropah tidak faham ialah penghapusan negara moden,
yang dikuasai supaya kerajaan dunia akan muncul yang akan memerintah
semua manusia di dunia ini. Itu merupakan penerangan asas mengenai
situasi politik yang sedang berlaku sekarang.
Mereka melakukan perkara yang sama pada ekonomi.
Allah telah melarang riba, meminjamkan dan memberi pinjam wang menggunakan faedah,
kadang2 pemberi2 pinjam memberi anda pinjaman wang kepada anda dengan faedah'
supaya kamu kerugian keuntungan mereka. Orang biasa mengamalkan perniagaan
dan semua ahli perniagaan tahu, bila kamu melakukan perniagaan,
kamu bergantung pada nasib, ada risiko yang terlibat.
Seorang ahli perniagaan yang pandai akan meminumumkan risiko
tapi semua ahli perniagaan tahu yang mereka tidak boleh menghilangkan risiko itu.
Jadi dalam perniagaan kamu mungkin akan dapat untung atau
mengalami kerugian. Dan apabila kamu alami kerugian, maka Allah
telah ambil dari seseorang dan memberikannya kepada orang lain.
Jadi Allah membahagi-bahagi kekayaan. Ianya bukan fungsi kerajaan,
untuk bahagi-bahagikan kekayaan sebab ianya akan menyebabkan pasaran runtuh.
Tapi peminjam wang tidak mahu mengalami kerugian,
jadi peminjam wang memberi pinjam dengan faedah, jadi samada
anda untung atau rugi anda kena membayar faedah,
jadi itu memberi gerenti kepada mereka untuk mendapat keuntungan
atas pelaburan itu dengan tiada kerugian sama sekali.
Dalam dalam kes dimana anda tidak membuat bayaran, mereka pastikan
dengan apa yang dipanggil gadai janji supaya mereka boleh
mengambil 'pound of flesh'/mendapat gantirugi.
Kamu tahu tak apa 'pound and flesh' tu? Tidak?
Tidakkah kamu dengar mengenai seorang lelaki inggeris
yang juga syeikh yang hebat? Menulis buku paling baik mengenai riba
yang pernah anda jumpa. Buku 'Merchant of Venice/saudagar dari Venice'
siapakah namanya? William Shakespheare dan dia mengatakan riba sebagai
'pound of flesh'. Itu amat bijak sekali. MasyaAllah.
Dia memang syeikhkan? Jadi kadangkala dia akan pinjamkan anda wang dengan faedah
dengan tujuan agar kekayaannya akan sentiasa meningkat dan tidak pernah
mengalami kerugian. Jadi maknanya dia untung dan anda rugi.
Tapi selain dari itu  bila dia meminjamkan anda wang dengan faedah,
bukan sebab dia ingin bertambah kaya tapi kerana dia mahu menjadikan
anda hamba. Dan jika anda masih tidak memahaminya, tolong baca
tulisan John Perkins. Jika saya yang menulis buku itu mereka tidak
akan mempercayai saya. Tapi bila John Perkins tulis buku itu, mereka
tidak boleh tidak mengindahkannya. Pengakuan oleh ahli ekonomi 'hitman'
'Confession of an Economic Hitman'. Tolong baca buku tersebut.
Inilah sebabnya Allah mengharamkan riba. Sebab riba seumpama racun.
Bila sahaja ianya disuntik ke dalam sistem badan kamu, ia akan lakukan
pada kamu apa yang ia telah lakukan pada empayar Usmaniah,
ia akan memperhambakan kamu sehingga kamu lumpuh dan sehingga
mereka boleh memusnahkan kamu. Mereka telah melakukan perkara itu.
Dengan sistem perbankan di seluruh dunia. Sistem bank hari ini telah
dicipta oleh Dajjal. Dan sistem perbankan hari ini telah
melaksanakan fungsinya dengan cara amat cerdik sekali.
Ianya merupakan kejayaan yang tidak dilayakkan dalam memiskinkan
dan memperhambakan semua yang menolak Dajjal dan menghantar kekayaan
yang sukar ditandingi kepada semua yang tunduk dan menyembah Dajjal.
Jika anda tinggal di negara yang sedang membangun ekonominya, anda tahu
bahawa anda sedang menyembah Dajjal. Jika anda tinggal di Indonesia
atau Bangladesh atau Mesir atau Pakistan atau sebahagian besar Afrika,
kamu akan tahu bahawa kamu telah di hukum sebab kamu menolak Dajjal
mereka tidak mengajar perkara ini dalam kelas ekonomi, tapi
Rasulullah saw bersabda bahawa Dajjal akan mendatangi manusia,
jika manusia menerimanya dia akan menurunkan hujan, dan binatang akan
pulang ke rumah dengan bonggolnya tinggi dan memberikan banyak susu,
dan hidup manusia akan makmur dan Dajjal akan mendatangi mereka yang menolaknya,
dan dia akan menghentikan hujan dari turun dan mereka akan mengalami kemarau
dan kepayahan dan binatang akan pulang ke rumah dengan keadaan kempis,
dengan ketiadaan susu. Mereka akan kelaparan.
Inilah cara Rasulullah saw menerangkan keadaan realiti ekonomi
yang berlaku disebabkan oleh riba. Tapi bukan itu sahaja.
Saya dah beritahu kamu sebelum ini yang kamu tidak dapat menerangkannya
tanpa kaitan dengan Dajjal. Itulah realiti keadaan kewangan yang
kamu tidak dapat terangkan tanpa kaitkan dengan Dajjal.
Keadaan realiti kewangan hari ini.
Allah bercakap mengenai wang dalam Quran. Oh ya, dalam Quran anda akan
jumpa dinar dan dirham. Dinar dalam Quran ialah duit syiling emas,
dirham dalam Quran adalah syiling perak. Inilah duit dalam Quran.
Dalam hadis, bukan sahaja ada dinar dan dirham. Bila ada kekurangan
bekalan syiling emas dan perak dalam pasaran maka dalam Madinah,
mereka akan menggunakan buah kurma sebagai duit atau gandum
atau barli atau garam. Sebagai ganti emas dan perak mereka menggunakan makanan
sebagai ganti. Jadi anda boleh sahkannya kan. Bahan makanan yang ada banyak
dalam pasaran bukan kekurangan yang ada jangka hayat yang lama,
bukannya buah mangga. Ia akan bertahan beberapa lama dan yang
dalam benda itu sendiri mempunyai nilainya. Bukannya diluar supaya
George Soros boleh bermain2 dengannya. Ia mempunyai nilai intrinsik.
Inilah duit dalam Islam. Inilah duit dalam sunnah. Inilah duit yang halal.
Bila kita membina kampung muslim kita inilah apa yang kita akan buat.
Untuk menggunakan balik duit sunnah itu supaya jual beli kami adalah halal.
Apa yang mereka lakukan setelah mereka menjajah kita ialah dengan
memperkenalkan duit yang haram dan menipu, duit kertas.
Apakah nilai duit kertas? Nilai satu duit kertas adalah sama dengan
satu kertas yang lain. Kamu tak perlu phD untuk mengenali perkara tersebut.
Bagaimana kamu boleh beritahu saya yang nilai kertas itu sama dengan
sekeping roti canai? Saya tak boleh faham benda itu.
Dan pada kertas lain kamu cuma boleh letak nombor dan tukar warna
dan kertas itu nilainya adalah sama dengan kereta BMW.
Adakah saya ni kelihatan sama dengan orang yang ada pemiklran
yang sama dengan keldai? Cuma tukar warna sahaja dan tukar nombornya
dan kamu boleh tukar nilai benda itu. Adakah kamu seorang ahli magik?
Jika ada sesiapa yang ingin cabar saya, sila ingat saya dahpun
belajar mengenai ekonomi kewangan antarabangsa. Saya dah lakukannya
di 2 buah universiti. Jadi saya ada pengetahuan dan ilmu dalam apa
yang saya perkatakan. Itulah duit kertas kita hari ini.
Jika kamu layari internet dan cari ceramah saya dalam topik,
dinar emas dan dirham perak  ada juga buku kecil di luar dalam topik itu.
'dinar emas dan dirham perak, Islam dan duit akan datang'
jadi kamu boleh membacanya. Datuk kamu pernah menggunakannya.
Kamu tak pernah sentuh dinar dan dirham, kita ada sedikit di luar.
Jadi mereka memperkenalkan sistem kewangan yang menipu dan
membuatkan seluruh dunia menggunakannya. Jadi mereka mencetak wang
dan kita juga mencetak wang. Semua orang mencetak wang.
Tapi ada perbezaannya. Saya ada menyertai konferen di Berunai,
dengan ulamak Islam dari berbagai tempat di dunia.
Saya membuat jenaka tapi tiada sesiapa yang ketawa.
Saya rasa pelik, kenapa tiada sesiapa yang ketawa dan mereka
adalah ilmuan Islam saya sekarang sedar bahawa mereka tidak tahu
mengenai perkara ini. Saya berkata bila orang Eropah dan orang Amerika
orang Australia, bila mereka mencetak duit mereka, mereka mempunyai
dakwat yang rahsia dan mereka celupkan wang itu dalam dakwat itu,
dan ia keluar sebagai 'hard currency'/matawang utama. Tapi kita tidak ada dakwat yang
rahsia tu, jadi wang kita tidak jadi 'hard currency'/matawang utama. Tiada siapa ketawa.
Mungkin mereka betul2 percaya yang memang wujud dakwat rahsia itu.
Dan mereka adalah ilmuan Islam. Kamu buat lawak dan tiada siapa ketawa.
Ya tapi itulah realiti yang amat pahit. Yang kamu boleh mencetak
duit us dollar dan membawanya ke mana sahaja di dunia ini dan
kamu boleh membeli apa sahaja yang kamu mahu. Selagi mana keldai
menerima wang kamu, kamu boleh membeli semua minyak Arab Saudi, percuma.
Apa yang kamu perlukan ialah kertas dan dakwat dan alat pencetak
inilah umat Nabi Muhammad saw sekarang ini.
Sebab ilmuan Islam tidak memahami ekonomi kewangan sebab institusi
pengajian tidak mengajar mata pelajaran tersebut tapi mereka
mengeluarkan fatwa yang mempertahankannya.
Bila kita mencetak wang kita, dan kamu membawa satu bakul penuh
Bangladesh takka ke tengah bandar Manhattan, kamu tidak akan dapat
membeli walaupun secawan kopi, tiada sesiapa mahu menerimanya.
Jadi kamu mempunyai satu sistem yang menghancurkan/merobek seluruh dunia
dan kamu menjadi bertambah kaya dan Indonesia menjadi bertambah miskin,
sistem kewangan telah menjadi sarang pencuri.
Saya telah memberikan kepada kamu pandangan dari atas mengenai
ringkasan kaji selidik dan pengenalan kepada esketologi Islam,
para pelakon utama esketologi Islam, saya tak punya masa untuk memberitahu
mengenai Yakjuj dan Makjuj dan saya akan membawa anda kepada
fokus utama esketologi Islam iaitu kepulangan Nabi Isa as dan memperkenalkan
kepada kamu  Dajjal, Al Masih yang palsu dan memberitahu kamu
perbezaan diantara 'pelepasan' dan 'khuruj'.
Yang Dajjal telah dilepaskan semasa hayat Nabi Muhammad saw,
tapi 'khurujnya' akan berlaku selepas penaklukan kota Konstantinopel,
yang akan berlaku tidak lama lagi, mungkin 10 atau 15 tahun dari sekarang.
Saya telah menerangkan pada kamu mengenai strategi politiknya,
memperkenalkan kepada manusia satu konsep baru negara, negara republik
yang sekular apa yang saya tidak beritahu pada kamu ialah ilmuan Islam,
gagal yang amat sangat untuk mengenali bahawa sistem negara yang moden
ini adalah berdasarkan syirik. Jadi pilihanraya untuk menubuhkan kerajaan,
dalam negara ini akan menjerumuskan kamu dalam syirik.
Dan kamu akan susah mendapati mana-mana ulamak Islam, di mana-mana sahaja
di dunia ini, jarang sekali yang akan bangun berdiri dan mengatakan
kepada orang Islam, 'jangan mengundi untuk pengganti khilafah, dan
mengesahkan pengganti sistem khilafah itu atau anda akan menjadi syirik!'
'jangan lakukannya!, setialah pada Allah dan Rasulullah saw, setialah pada
sistem khilafah, berjuanglah untuk menggembalikan semula sistem khilafah.
Yang mengiktiraf Allah sebagai yang berdaulat, yang mengiktiraf Allah
sebagai yang tertinggi, yang mengiktiraf undang2 Allah sebagai undang2 yang
tertinggi, apa yang Allah halalkan, kamu menguatkuasakan sebagai halal,
apa yang Allah haramkan, kamu menguatkuasakan sebagai haram,
kita tahu yang perkara itu tidak akan berlaku sehinggalah munculnya
Imam Mahdi. Walau bagaimapun kita mesti terus berjuang untuk itu.
Iqbal, siapa ilmuan Islam yang amat menonjal pada zaman ini, Muhammad Iqbal,
juga tertipu, dia merupakan ilmuan Islam yang hebat. Saya hormati dan
memandang tinggi padanya. Menganggapnya sebagai salah satu dari guru saya.
Dr. Muhammad Iqbal. Tapi dia membuat kenyataan yang negara republik moden,
iaitu parlimen merupakan pengganti yang sesuai untuk khilafah.
Dan sebab itulah Pakistan dalam keadaan huru hara sekarang.
Saya tahu Pakistan tidak suka jika saya bercakap seperti ini,
memang saya menghormati dr Iqbal, jika Imran Hosein melakukan kesalahan
dan walaupun dia ketika itu dalam kubur, saya mahu muridnya untuk
membetulkan kesilapannya. Ianya tidak boleh dianggap tidak menghormati saya,
jika anda membetulkan kesalahan saya jadi ianya bukan tidak menghormati dr Iqbal,
jika saya katakan yang ianya adalah suatu kesalahan yang amat besar sekali.
Saya telah membawa kamu mengenali apa itu negara sekular yang moden,
sistem negara2 bersekutu/UN dan Majlis Keselamatan untuk memberitahu kamu
ke mana arah kita, menuju ke arah kerajaan dunia supaya Dajjal dapat
memerintah dunia dari Jerusalem. Kemudian saya membawa kamu kepada ekonomi dunia,
dan kepada perhambaan kepada sesiapa sahaja yang menolak Dajjal,
supaya melalui ekonomi dia boleh memerintah manusia dan sesiapa yang
menentangnya akan menjadi tidak berkuasa untuk berbuat apa2.
Kemudian saya membawa anda kepada sistem kewangan dan saya menunjukkan
kapada anda sistem yang memperhambakan manusia sejagat dan menghancurkan mereka
dengan duit kertas yang palsu, menipu dan haram. Apa perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya ialah Allah berfirman;
"Adakah sama mereka yang mempunyai pengetahuan dan mereka yang tidak?"
adakah mereka sama? Kita ada dalam perhimpunan ini seorang wanita
yang mengucapkan syahadah di peranchis, 6 bulan yang lepas.
Dan selepas 6 bulan dia berada di sini di Malaysia untuk mendapatkan ilmu.
Adakah sama, siapa yang asyik makan roti canai dan minum teh tarik dengan
mereka yang hatinya dahagakan kebenaran dan ilmu pengetahuan?
Tidak! Mereka tidak sama. Jadi mesej perhimpunan hari ini ialah untuk
mencurahkan sepenuh perhatian anda sekarang kepada pengajian ilmu akhir zaman.
Pengajian esketologi Islam kerana hanya esketologi Islam yang dapat menerangkan
realiti politik, ekonomi dan kewangan dunia hari ini. Dan jika anda ada Quran,
dan kamu ada Nabi Muhammad saw dan kamu tidak akan belajar esketologi Islam,
kamu akan menanggung akibatnya nanti.
Kita berdoa agar Allah swt akan meletakkan dalam hati kamu,
nur/kesedaran yang tidak akan meninggalkan diri kamu supaya
di sepanjang hidup kamu yang akan datang, kamu akan mengabdikan diri kamu
dalam menimba ilmu untuk memahami dunia dan bila kamu memahami dunia hari ini,
kamu akan dapat bertindak dengan cara yang sewajarnya.
Sessi soal jawab.
Soalannya ialah apakah pemahaman saya terhadap kemajuan ekonomi dan
adakah kemajuan ekonomi itu sesuatu yang penting kepada ummah?
Bagus, Allah telah memberitahu dalam Quran dan sejarah juga
telah memberitahu kita bahawa tentera yang terdiri dari pelarian,
tidak mempunyai apa perisai atau apa2 kaedah pertahanan, tiada sebarang kuda,
hanya dua sahaja dan tiada juga sebarang unta. Hanya 315 lelaki.
Dan mereka kena menghadapi 1000 tentera, tentera orang kaya dari ekonomi
yang bagus, bagus dalam pertahanan, banyak kuda dan unta.
Firman Allah dalam Quran, 'dah banyak kali berlaku, tentera yang sedikit
mengalahkan tentera yang banyak'. Hari ini kita tahu yang musuh kita kaya,
Arab Saudi adalah kaya, Qatar adalah kaya tapi mereka telah menyembelahi pihak musuh.
Dan sesiapa yang menolaknya adalah miskin, tapi itu tidak membuatkan kita putus asa,
bahawa yang miskin juga boleh mendapat kejayaan dengan bantuan Allah.
Jadi keadaan ekonomi yang bagus bukanlah menjamin yang kamu akan berjaya
dalam perjuangan ketenteraan, perjuangan bersenjata dalam menentang penindasan.
Itu bahagian pertama yang ingin saya kemukakan.
Apakah yang sebenarnya membentuk kemajuan ekonomi, pada kita kemajuan ekonomi
diukur dari tahap kemelaratan dalam masyarakat dan bukan berapa bilion mereka ada.
Dan berapa juta mereka ada. Jadi apakah tahap kemelaratan yang dialami masyarakat.
Kita ingin melihat pembahagian kekayaan di dalam masyarakat. Yang adil dan saksama.
Dan tiada sesiapa yang tidak mempunyai keperluan asas dalam hidup.
Termasuk pakaian dan tempat tinggal. Ibu tunggal, dia bercerai dan suaminya dah pergi
kepada perempuan lain yang lebih muda dan cantik. Dan tinggalkannya dengan
anak2 dan dia kena pergi mencari kerja untuk meneruskan hidup dan memberi makan anak2.
Jika itu ekonomi anda, bukan ekonomi kita. Dalam ekonomi kita,
kita mesti mempunyai peruntukan ekonomi. Wanita itu tidak perlu mencari kerja,
suaminya telah meninggal dunia, dia tidak
perlu mencari kerja, tiada wanita perlu cari kerja dalam sistem ekonomi kita, untuk
sara hidup dia dan anak2nya. Tiada sama sekali. Itulah bezanya antara kamu dan kami.
Wanita itu ada hak untuk membuat sebarang aktiviti ekonomi, dia boleh menjadi
seorang ahli perniagaan wanita, tapi ekonomi Islam ada tanggungjawab terhadapnya.
Untuk memastikan dia dan anak2nya mempunyai asas keperluan hidup,
tanpa perlu mencari pekerjaan. Bagi kita itulah kemajuan ekonomi.
Ada lagi dalam masyarakat kita yang tidak mempunyai keupayaan, tidak dapat berjalan,
atau sakit dan tidak dapat berkerja, kita tidak tinggalkan mereka di tepi jalan,
hapuskan, ubah balik 'sosial sekuriti/keselamatan sosial', kita tidak membina
syarikat insurance. Yang setiap ahli jemaah mempunyai tanggungjawab kepada
mereka yang tidak berupaya dan mereka yang sakit dan sesiapa yang memerlukan.
Itulah ekonomi yang sihat bukannya ekonomi yang kekayaan berkisar
diantara yang kaya sahaja. Dan mereka menjadi bertambah kaya dan yang lain tenggelam
dalam kemiskinan dan kemalaratan. Itu bukanlah keadaan ekonomi yang sihat.
Sesiapa sahaja yang mengikut Dajjal hari ini sedang
melakukan perkara tersebut. Mereka bangga dengan keadaan ekonomi yang membangun,
berapa banyak kamu bayar kepada wanita itu? Kenapa kamu melarikan diri sekarang?
Masuk.. masuk balik dalam dewan. Jangan lari. Berapa banyak kamu berikan pada wanita itu?
Pembantu rumah Indonesia. Dialah orang yang pertama sekali bangun pada pagi hari.
Dan merupakan orang yang terakhir sekali tidur pada malam hari.
Dia terpaksa meninggalkan suami dan anaknya di Indonesia dan datang ke sini
untuk mengangkut sampah anda. Dia bekerja sepanjang hari seperti keldai.
Pada penghujung bulan dia dibayar gaji seperti keldai. Itukah ekonomi yang sihat?
Berapa banyak anda bayar pekerja Bangaldesh, berapa banyak gaji anda bayar pada
pekerja Indonesia dalam negara yang ekonominya makmur. Saya sedang bertanya
kepada kamu Singapura! Saya bertanyakan kamu kerana kamu merupakan sebuah negara contoh
jangan rasa terganggu bila saya sebut nama kamu Singapura!
Saya ada hak untuk berkata demikian kerana kamu telah dibentangkan kepada dunia
sebagai negara yang mempunyai ekonomi contoh. Berapa juta wanita Indonesia
yang berkerja di Singapura sebagai pembantu rumah jadi kamu boleh jadi makmur.
Supaya isteri kamu boleh makan malam di luar tiap2 malam di restaurant yang mahal.
Sedangkan pembantu rumah ada disitu untuk membantu kamu menjaga rumah dan anak2.
Dan pada hujung bulan kamu membayarnya gaji seorang hamba..tak malu! Itukah
kemajuan ekonomi. Jadi ini merupakan cara yang berbeza kita melihat perkara itu.
Yang diputarbelitkan oleh thesis dari Harvard.
Bagaimana kita hendak bertindak sewajarnya untuk berjaya dalam cabaran
ekonomi dan politik. Bila kita tinggalkan Quran, dan seseorang datang
dan tunjukkan kepada kamu yang kamu dah tinggalkan Quran,
bila kamu meninggalkan sunnah Rasulullah saw,
dan seseorang datang kepada kamu memberitahu kamu apa yang telah kamu lakukan,
dan kamu mengakui perkara tersebut, maka apa yang kamu patut lakukan?
Jawapannya ialah anda kena bertaubat, bertaubat maknanya untuk kembali ke pangkal jalan.
Bertukar dari jalan lain ke jalan yang ditunjukkan oleh Allah dan rasulNya.
Kamu mungkin telah melakukannya lama dulu, kamu semua, jika ulamak dan ilmuan Islam
telah melakukan kerja mereka. Sebab utama kenapa kita asyik gagal dan terus gagal
kerana ulamak dan ilmuan Islam telah gagal yang amat sangat.
Gagal dalam bidang politik, ekonomi dan kewangan. Jawapan saya kepada kamu ialah
kita memerlukan generasi baru ulamak dan ilmuan Islam. Kita tidak akan
mendapat ulamak dan ilmuan generasi baru dengan institusi pembelajaran sekarang.
Tidak! Kita kena mencipta dunia baru bagi ilmuan dan ulamak Islam.
Saya berharap dan berdoa agar internet dapat membantu kita bila mesej kita
dapat sampai kepada golongan muda yang semua bahagian dunia yang berbeza.
Supaya mereka berperanan sebagai ulamak dan ilmuan baru yang akan kembali
memimpin ummah mengikut Quran dan sunnah.
Adakah mungkin yang sebahagian dari strategi untuk mengurangi populasi
penduduk dunia melalui serangan melalui perubatan. Tukar perkataan perubatan
kepada biologikal. Ya kamu betul. Rasululllah saw bersabda yang bangsa Arab akan
dihapuskan oleh wabak. Dulu mereka menggunakan perkataan wabak,
sekarang kita menggunakan perkataan 'epidemik'. Seperti selsema burung,
virus H1N1, aids. Sesetengah dari mereka dicipta di makmal.
Baginda bersabda yang bangsa Arab akan dihapuskan oleh wabak.
Kemusnahan bangsa Arab itu akan berlaku, ia belum terjadi lagi.
Dunia akan menyaksikan perang biologi akan dilancarkan untuk mengurangkan
sebahagian besar populasi bangsa Arab. Baginda bersabda bahawa pada ketika itu,
bila wabak melanda bangsa Arab, yang tidak wabak mahupun Dajjal
boleh memasuki bandar Madinah. Saya tak pasti, periksa balik buku kecil
pasal Madinah kembali ke persada dunia, tengok balik hadisnya.
Samada ia bertahu pasal Madinah dan Mekkah atau Madinah sahaja.
Jadi bila sahaja perang biologi bermula, kamu akan dapati bangsa Arab
tertarik ke Mekkah dan Madinah untuk selamatkan diri dan bukan untuk mati.
Sebab bangsa Arab akan mati seperti kambing mati disebabkan oleh wabak,
itu kata Rasulullah saw.tidak wabak mahupun Dajjal boleh memasuki
bandar Mekkah dan Madinah. Kalau kamu berada di Mekkah dan Madinah kamu
akan terselamat jika tidak kamu berkemungkinan besar akan mati.
Pada ketika itu Mekkah dan Madinah akan kembali masyhur di persada dunia.
Sebab Rasulullah saw bersabda yang perkara ini akan berlaku dan
lihatkan ia kan berlaku sekarang. Jadi perang biologi akan berlaku
dan ianya akan menakjubkan dan membuktikan kebenaran Islam.
Saya ada sebut sebelum ini yang Dajjal berkata pada Tamim ad Dari
bila saya dilepaskan, saya akan memasuki setiap pekan dan bandar
tapi dia tak sebut pasal kampung. Jadi adalah lebih selamat,
adalah lebih banyak peluang untuk terselamat sebagai contohnya
perang biologi nanti. Jika anda tinggal di kawasan yang terpencil,
ianya mengandungi jumlah masyarakat yang kecil, lebih besar bandar itu,
lebih kurang peluang kamu untuk terselamat dan Dajjal telah
menyebabkan pinggir bandar untuk dikosongkan dan semua yang tinggal
di luar bandar pindah ke bandar dan dia lakukannya menggunakan
senjata ekonomi iaitu riba. Kamu hanya akan dapatkan kerja di situ.
Saya berjumpa dengan seorang lelaki dari Terengganu, isterinya tinggal
di Terengganu dengan 10 anaknya, masyaAllah. Dia membawa teksi di KL,
yang mana dia sepatutnya berada di Terengganu bersama-sama dengan anak2nya.
Dia tidak dapat mencari rezeki yang lebih di terenggu berbanding dengan KL,
jadi beginilah caranya Dajjal menyebabkan pinggir bandar jadi kosong,
dan semua orang berhijrah ke bandar. Mereka telah berjaya hingga ke tahap
hingga kini kita ada apa yang dipanggil bandarmega atau bandar besar
yang mempunyai penduduk 20 juta orang dalam bandar. Dajjal menggosok2kan
tangannya dengan gembira kerana mudah baginya untuk mengawal kamu
membasuh minda kamu dan memusnahkan kamu dan mengambil nyawa kamu.
Jika kamu tinggalkan bandar besar adalah sukar baginya, dia akan
menyebabkannya pening kepala dan memerlukan pil jika kamu tinggal
di tempat yang berselerak di kawasan terpencil.
Jadi apa yang kita sekarang beritahu ialah strategi kita ialah
untuk membina seberapa banyak, kampung muslim di kawasan terpencil,
untuk membuatkan mereka sukar untuk memusnahkan kita. Mereka akan mendapat
balasan yang teruk jika mereka datang untuk memusnahkan kita.
Kita akan katakan yang ia adalah kampung kita dan hanya Quran dan
sunnah yang diterima ramai akan dibenarkan diamalkan di dalam masjid kita.
Jika kamu mengamalkan amalan agama tidak kira berapa lama yang dah kamu amalkan,
tidak kita betapa berfaedahnya ia, jika ianya tidak berdasarkan Quran
dan sunnah yang diterima ramai, kita akan katakan, jangan amalkan dalam masjid kita.
Jangan bawa ia ke kehidupan awam penduduk kampung itu, kamu boleh amalkan
secara peribadi dan jika ada sesiapa yang datang ke pintu kamu
dan katakan bidaah dan haram sebab apa yang kamu lakukan secara persendirian,
kita akan halau ia keluar dari kampung kita lebih cepat dari 'keretapi ekspress'
sebab dia merupakan agen fitnah. Itu merupakan urusan hidup peribadi kamu.
Kehidupan peribadi kamu mesti dihormati. Inilah strategi kami.
Jadi kamu tidak boleh menuduh kami sebagai mengamalkan ajaran sesat.
Sebagaimana yang berlaku di Malaysia, tidak lama dahulu, Darul Arqam?
Kamu tidak boleh menuduh kami mengamalkan ajaran sesat sebab kami ingin
menjadi sebaik mungkin dalam memenuhi tuntutan Quran dan sunnah.
Untuk melindungi diri kami. Kampung itu akan menggunakan dinar dan dirham
sebagai wang. Dan jika kamu datang dengan polis untuk merampas dinar dan dirham,
kami akan menggunakan beras sebagai wang. Ada banyak beras di jawa.
Kamu juga akan mengharamkan beras? Bodohnya kamu. Kami akan gunakan gula
sebagai wang tapi kami tidak akan gunakan wang kertas kamu yang palsu,
menipu dan haram. Kamu tak mungkin akan menyuruh kami gunakan duit elektronik sebab
kami berada diluar capaian kawasan elektronik. Dalam kampung yang
sempurna, kamu tidak boleh menggunakan talipon bimbit sebab
kami mahu berada diluar jangkauan kamu, kawasan capaian talipon kamu.
Oleh kerana kami diluar kawasan capaian talipon kamu,
jadi radiasi dari menara talipon kamu tidak akan mengenai kami.
Jadi semua wanita akan mencari seorang suami. Seorang suami yang dapat
memberikan mereka seorang bayi lelaki. Selamat datang ke kampung kami.
Sebab hanya disitulah kamu dapat mencari seorang suami yang akan
memberinya seorang bayi lelaki. Semua lelaki lain hanya dapat memberikan
bayi perempuan. Kenapa? Ianya disebabkan oleh radiasi yang merosakkan kromosom
kromosom lelaki akan menjadi terlalu lemah sebab itu Rasulullah saw bersabda
bahawa "seorang lelaki perlu melayan 50 orang wanita"
apakah 'geneologi' Imam Mahdi?
Rasulullah saw berkata yang imam akan datang dari benih dan dia
menunjukkan puterinya Fatimah rdha dan cucunya imam hasan dan husin
dari mereka benih Nabi Muhammad saw. Jadi Imam Mahdi merupakan
dari bangsa Arab. Jadi bangsa Indonesia tidak memenuhi kelayakan itu.
Dia akan berbangsa Arab dan bercakap dalam bahasa Arab.
Itulah 'geneologi'. Tapi saya menjangkakan Mossad Israel telah
mencipta Imam Mahdi dan CIA. Dan bila Iran diserang, Imam Mahdi yang
diciptakan itu akan tampil. Satu dah tampil di Turki. Dia telah mengarang
banyak buku dan banyak tampil dalam tv. Jadi kamu akan berhadapan
dengan Imam Mahdi yang palsu. Cara anda akan mengenalinya ialah
bukan dengan geneologi, cara untuk mengenalinya ialah dengan cara
anda perlu tunggu untuk khalifah untuk meninggal dan akan terjadi
pertelingkahan berkenaan pewarisnya dan seorang lelaki akan muncul
dari Madinah dan segera ke Mekkah dan orang di Mekkah akan pergi kepadanya,
jadi dia merupakan seorang yang terkenal dan memaksanya menerima baiah
untuk mengetuai tentera dan dia akan melakukan perkara berikut di Kaabah
bila dia melakukan demikian, kemudian dia akan mengisytiharkan
yang dia adalah Imam Mahdi. Bila dia mengisytharkan sebagai Imam Mahdi di Kaabah,
kamu boleh menyiasat akan kelayakannya. Jika dia sendiri mengaku dirinya
Imam Mahdi di San Francisco, jangan hiraukan dia. Atau Jakarta.
Mekkah tidak pernah akan jadi bandar syiah dalam maksud yang
akan dihuni oleh orang syiah. Biar saya ulang sekali lagi.
Kerana ada orang yang sukar memahaminya. Mekkah tidak akan
pernah sekali-kali jadi bandar syiah dalam maksud, penduduk Mekkah
akan terdiri dari orang syiah yang ramai. Tidak akan berlaku begitu.
Saya tidak mengjangka perubahan Mekkah dari bandar sunni ke bandar syiah.
Oleh itu saya membuat kesimpulan yang adalah mustahil penduduk Mekkah
untuk keluar dan berbaiah dengan Imam Mahdi yang mengaku syiah.
Ini bukannya kenyataan yang menyerang orang syiah. Ini merupakan satu analisis.
Ia bukan bermaksud untuk menyakitkan hati kamu. Tidak!
Biar kita jadi munasabah, dan biar kita membincangkan berdasarkan
ilmu pengetahuan. Oleh itu kita membuat kesimpulan Imam Mahdi
tidak boleh terdiri dari orang yang berfahaman syiah.
Bukan melalui geneologi yang kita dapat mengenalinya tapi melalui
siri kejadian yang akan berlaku. Bila dia mengisytiharkan dirinya
sebagai Imam Mahdi, 'abdal' dari Syam dan Iraq akan datang dan berbaiah
dengannya. Hadis menggunakan perkataan 'abdal'. Orang sufi telah
merampas penggunaan perkataan 'abdal' dan memberikan makna yang pelik.
Yang bermaksud orang2 tertentu yang memerintah dunia dari sebalik tabir.
Kita katakan tidak! Abdal yang dari perkataan 'badal' bermaksud
'seseorang yang menggantikan', berperang di medan pertempuran.
Tentera kami berbeza dengan kamu 'uncle sam'/usa, dalam usaha kamu
untuk mengajak orang menyertai tentera kamu, kamu menawarkan
'kad hijau'. Kamu menawarkan mereka sebagai penduduk tetap Amerika,
kamu menawarkan kepada mereka rumah dan kad, kursus universiti dll.
Tapi dalam tentera kami bila seorang mati seorang lagi akan menggantikannya.
Dan ianya tidak akan berakhir. Kami mempunyai bekalan yang tidak akan
berkurang. Bila seorang mati seorang lagi akan menggantikannya.
Inilah yang dikatakannya 'abdal'. Jadi mereka akan datang ke Madinah
dan berbaiah dengan Imam Mahdi. Bila perkara itu berlaku ianya
mengesahkan pengakuannya. Dan akan ada tentera yang akan menyerangnya dari Syam
bila tentera itu melintasi Madinah dalam perjalanan ke selatan iaitu Mekkah,
bumi akan terbelah dan menelan tentera tersebut. Itulah kejadian terakhir yang
akan mengesahkan kedatangannya dan bukannya gerhana di langit.
Kronologi peristiwa yang akan berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi.
Adalah lebih baik dan lebih selamat bagi saya untuk berada dalam wilayah
yang mana telah diketahui ramai daripada pergi ke arah perkara yang
tidak diketahui ramai. Saya cadangkan baik kamu berpegang kepada hadis ini.
Amat penting sekali yang bila Jerusalem sedang maju dan Madinah sedang
dirobohkan bangunannya dalam keadaan ditinggalkan, pada masa itu,
carilah perang besar, malhamah. Bila malhamah telah berlaku, kemudian
carilah peristiwa yang seterusnya, penaklukan kota Konstantinopel,
bila berlaku penaklukan kota Konstantinopel, kemudian carilah kejadian
yang seterusnya, penzahlran Dajjal. Ini adalah amat penting, hadis
yang menerangkan kita urutan peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman.
Ada banyak lagi tapi saya rasa elok kita berpegang pada yang ini.
Soalannya adakah kita ada pelan tindakan yang mana sebagai ummah
untuk bertindak sewajarnya dan sepatutnya terhadap cabaran politik,
ekonomi dan kewangan zaman ini. Kita ada caranya sebagaimana saya cakap mengikut
Quran dan sunnah tapi kita memerlukan orang untuk melaksanakannya.
Siapa yang dapat laksanakannya? Ulamak? Adakah sama orang yang ada ilmu
dengan mereka yang tidak? Ilmuan dalam konteks ini bermula dari Quran dan
bukannya degree dari MIT. MIT merupakan sebuah tempat yang terakhir untuk
belajar Quran. Institut teknologi massachusetts (MIT), institusi pengajian Islam
yang mengajar Quran dan mengajar hadis tidak berbuat demikian
yang mana membolehkan Quran dan hadis keadaan realiti dunia hari ini.
Jadi mereka yang telah tamat belajar dari institusi ini, maulana dan mufti,
syeikh dan syuyukh tidak dapat memahami Dajjal dan zaman moden.
Dan tidak dapat bertindak sewajarnya. Cuba lihat ikhwanul muslimun di Mesir
dan nahla di Tunisia atau parti di Turki. Dan jawapan saya ialah
buat masa sekarang ini kita tidak mampu untuk bertindak sewajarnya secara
menyeluruh sebagai ummah. Ianya tiada harapan kerana ia tidak akan berjaya.
Kamu tidak akan dapat mengubah sistem politik yang sedia ada sekarang,
begitu juga dengan ekonomi dan sistem kewangan. Kamu tidak mampu melakukannya
sebagai ummah sebab ulamak telah gagal. Jika kamu rasa saya salah, teruskan
apa yang kamu mahu lakukan. Hizbut tahrir, teruskanlah, saya tidak mencegah kamu.
Jika kita tidak berjaya melakukannya di tahap makro apa lagi yang tinggal
ialah menggunakan tindakan mikro. Sudah 15 tahun saya mengatakan perkara ini.
Apakah tindakan mikro kita? Tindakan mikro kita ialah dengan pergi kemana sahaja
di atas bumi Allah ini, tidak kira betapa jauh dan terpencilnya tempat itu.
Pergilah dan tegakkan agama kamu. Amalkan Islam dalam masyarakat yang kecil.
Di luar bandar yang terpencil dan biar orang datang dan melihat yang 'inilah Islam'
parti pemerintah di malaysia, parti pemerintah tidak dapat melaksanakan perkara itu.
Tapi kamu dan saya dapat melakukannya dan teka apa, surah al Kahfi dalam Quran,
memberitahu kita, inilah surah yang mengandungi ilmu akhir zaman. Surah al Kahfi.
Saya merancang untuk menulis 4 buku dari surah al Kahfi.
'quarted', empat. Alhamdulillah saya telah menulis 3 buah.
Buku pertama merupakan tafsir, 'surah al Kahfi, terjemahan dan komentarnya.
Kita ada diluar. Buku kedua ialah takwil, surah al Kahfi dan pentafsirannya.
Saya harap ianya dapat menjawab soalan kamu.
Yang mana bila pemuda itu pergi ke bandar itu dan
berhadapan dengan syirik, dan tidak dapat mengubahnya, daripada bertolak ansur
dengan perkara itu, mereka berhasrat untuk menarik diri. Bila mereka
menarik diri dari bandar itu, mereka membawa diri ke sebuah gua kemudian
Allah swt menyimpan mereka selama 300 tahun untuk menyampaikan mesej kepada
kita di akhir zaman yang jika kamu juga menarik diri dari masyarakat yang
sedang tenggelam dan syirik dan ditindas. Ingat apa yang mereka bayar pembantu rumah,
mereka membayar upah seperti seorang hamba. Pembantu rumah Indonesia.
Jadi kamu menarik diri dari masyarakat sebegitu dan kamu pergi ke tempat
yang terpencil untuk membina kebenaran yang diajar oleh Islam'
Allah berfirman yang " Allah akan merahmati kamu" itulah jaminan kamu.
Pengamalan Islam yang sebenar dalam bentuk kecil/mikro.
Dan Allah akan melindungi kamu. Kampung Islam itu haruslah menggembalikan Islam
yang sahih/benar. Wanita itu mahu menghadiri solat Jumaat
dan saya akan katakan padanya minta maaf, perempuan tidak dibenarkan.
Mereka ada wang yang cukup untuk membina menara berkembar
tapi mereka tidak dapat membina masjid yang ada cukup tempat untuk wanita.
Jadi wanita tidak dibenarkan masuk dalam masjid.
Dia kata itu adalah suatu yang merbahaya.
Kamu akan mendapat balasannya kerana kamu menafikan hak wanita
untuk menghadiri masjid sebab Allah dan rasulnya memberikan mereka hak itu.
Jadi di masjid kampung kita, kita akan dirikan masjid dimana wanita dibenarkan
mendatanginya termasuk solat Jumaat. Dan bila dia datang ke masjid itu
Rasulullah saw terlah bersabda pada mereka, 'bila kamu sujud,
kamu mesti sujud lebih lama dari kaum lelaki'. Kamu tahu tak pasal itu?
Bila kali terakhir seorang berilmu memberitahu kamu perkara itu?
Kenapa kamu mesti sujud lebih lama dari orang lelaki? Kerana
pada waktu ada lelaki yang tidak mempunyai cukup kain untuk
menutup badan mereka. Dan jika kamu mengangkat kepala kamu terlalu awal,
mungkin kamu akan melihat perkara yang tidak sepatutnya.
Jadi maknanya tiada halangan. Wanita di belakang dan lelaki di depan.
Jika kamu letak wanita di depan dan lelaki di belakang,
kamu tahu apa yang akan berlaku. Tiada lelaki yang akan solat.
Jadi wanita dibelakang dan lelaki di depan supaya lelaki boleh solat.
Dan tiada halangan diantara mereka. Tidak ada sebarang pemisah,
tiada langsir, jadi lelaki dan wanita solat di satu ruang yang sama
bukan dalam dua ruang yang berbeza. Jadi bila imam atas mimbar,
wanita boleh melihatnya. Inilah Islam yang sebenar.
Bila solat berakhir, orang lelaki akan datang duduk dahulu dan
wanita dapat bersurai. Mereka tidak pergi pada masa yang sama
inilah Islam dan inilah yang kita akan lakukan di kampung Islam kita.
Jika ada sebarang wanita datang ke kampung itu, bukan semua wanita cantikkan.
Bukan semua wanita mudakan. Mana2 wanita yang datang ke kampung itu
dan dia katakan saya mahukan seorang suami, seseorang kena mengahwininya.
Seseorang kena menawarkan diri untuk mengahwininya. Dan dia ada hak sama ada
untuk menerima atau tidak. Jika seseorang katakan saya tak mahu
suami saya ambil seorang lagi isteri, sebab fiklran kamu masih
belum dapat tunduk pada perintah Allah dan pesuruhNya, tidak! Sikap
keras kepala kamu itu membuatkan kamu enggan tunduk pada Quran,
jadi kami katakan pada kamu, tinggallah di mana kamu ada sekarang
dan jangan datang ke kampung itu. Kerana kamu hanya akan merosakkan
kampung itu. Jadi hampir kesemua lelaki di kampung itu akan mempunyai
lebih dari seorang isteri. Jika kamu lebih suka dengan seorang isteri,
ianya lebih selesakan, begitu juga dengan pendapatan kamu, itu semua
kamu kena korbankan bila kamu sampai ke kampung itu.
Sebab kita akan memasuki dunia di mana wanita akan melebihi bilangan lelaki.
Diantara hak2 yang wanita dapat ialah hak untuk bersuami.
Untuk menyara dan melindunginya. Jadi kami akan cuba untuk kembalikan
agama sebagaimana yang datang dari Allah dan rasulnya.
Dan hingga kita ikhlas dan bersedia untuk melakukan perkara itu dan
mengingkari kehidupan tak bertuhan diluar sana, perlindungan Allah
akan bersama kita. Jadi kita ada pelan tindakan tapi kita tidak ada orangnya
untuk melaksanakannya pada tahap mikro/kecil.
Pada pandangan saya, jika tahap makro tidak mungkin, jawapan saya ialah
pada tahap mikro.
Apa komen saya terhadap apa yang dihadapi oleh Sudan pada hari ini?
Sasarannya ialah Mesir. Kenapa Mesir ialah sasarannya? Sebab seseorang
telah mengubah kitab Taurat, dan menulis dalam Taurat itu yang tanah suci
adalah dari sungai Mesir hingga ke sungai euphrates. Jadi seluruh kawasan
dari Nile hingga ke laut merah, ianya di panggil delta timur,
menjadi milik Israel. Sebab mengapa mereka mengatakan yang ianya
sebahagian dari tanah suci kerana orang Yahudi tinggal di timur delta,
selama beberapa ratus tahun bila Nabi Yusuf as berada di Mesir.
Dalam usaha Israel untuk mendapat timur delta, dia memerlukan lebih
dari pengeboman dan serangan udara, mereka perlu buat pencerobohan darat.
Tapi Mesir merupakan negara yang luas, Mesir akan bertindakbalas dengan
ganasnya, jadi mereka memerlukan perbagai kaedah untuk menyerang Mesir.
Dan sebab itulah mereka dapatkan 'jihad Zionis yang palsu' untuk memasuki
Libya dan menggulingkan kerajaan Libya. Dan jangan datang kepada saya
dengan benda mengarut ini yang saya merupakan penyokong Ghadaffi.
Ambil benda mengarut itu dan buangnya dalam tong sampah. Saya tidak
pernah menjadi penyokong Ghadaffi.
Jihad Zionis dari Arab Saudi, versi Islam itu memasuki Libya
disokong oleh senjata dari Turki, Arab Saudi dan qatar oleh Zionis dan NATO,
untuk menggulingkan rejim di Libya dan bila mereka berjaya,
Libya akan menjadi negara NATO. Kamu tidak boleh keluarkan NATO dari
Libya. Apabila serangan dilancarkan di Mesir, akan berlaku serangan
darat dari timur, Israel, dan serangan darat dari barat, Libya,
NATO akan menyerang dari barat. Dan bagaimana pula dengan bhg selatan?
Sekarang kamu faham kebapa mereka pergi memancing di selatan.
Menaja peperangan mazhab di Sudan dengan aktifnya campur tangan
pakatan anglo Amerika dan Zionis. Aktifnya campur tangan dalam urusan Sudan
untuk menaja peperangan mazhab dan akhirnya memaksa kerajaan Sudan
untuk melakukan apa yang mereka telah lakukan. Jadi selatan Sudan
akan mejadi negara yang tidak mempunyai pertahanan. Bila serangan
dilancarkan, kamu kena merosakkan kestabilan Sudan utara atau Sudan.
Jadi serangan itu akan datang dari tiga arah, pencerobohan darat,
dari utara, barat dan timur dan dari Mediteranean akan ada sekatan laut dan
pengeboman. Saya tak nampak Mesir akan ada peluang untuk selamat.
Adakah mungkin pada tahap makro untuk mengubah sistem kewangan yang sedia ada
duit kertas, yang mana sedang pupus. Selepas sahaja perang meletus,
dollar Amerika akan jatuh, tapi saya dah katakan perkara itu selama
lebih dari 15 tahun, dari mana saya dapat pengetahuan itu?
Yang dolar Amerika akan jatuh, dan bila ia jatuh, ia akan mengheret sekali
duit kertas di seluruh dunia yang berasal dari Bretton Wood.
Dari mana Imran Hosein dapat ilmu itu? Adakah malaikat atau jin
membisikkan ke telinga saya? Sedarlah! Itulah esketologi Islam,
saya bukan menilik masa depan, saya hanya dibenarkan untuk mengetahui
masa depan, jadi jangan mengkritik saya. Saya menganalisa berdasarkan
esketologi Islam dari situlah saya capai kesimpulan itu. Kenapa anda tidak
melakukan perkara yang sama? Kita berada di ambang peristiwa itu
di mana dolar Amerika akan jatuh. Kali terakhir saya dengar beritanya,
dia berada di ICU di Washington, hampir2 mati. Bila dolar Amerika jatuh,
akan tiada lagi duit kertas di dunia ini. Akan terjadi suasana panik,
orang akan membuang rupiah Indonesia, rupee Pakistan dan takka secepat mungkin
kerana harga roti akan naik 4,5 kali ganda dan akan berlaku inflasi.
Jadi dari terperangkap dalam situasi di mana ianya layak dijadikan
kertas dinding jadi lebih baik kita buangkannya secepat mungkin.
Jadi ia kan memberi peluang kepada penggunaan duit elektronik.
Dan duit elektronik diadakan bertujuan seolah  kewangan Guatanamo.
Itulah suasana dahsyat dan jahat yang sedang menanti kita.
Respon saya ialah adalah mustahil, pada tahap makro, untuk
mengubah sistem itu. Melainkan anda dapat menghasilkan
dunia baru ilmuan dan ulamak Islam yang akan dapat memimpin ummah.
Jika mustahil untuk membuat tindakbalas makro, apa yang patut kita lakukan?
Balik rumah dan makan roti canai dan teh tarik?
Jawapan saya, jika tidak mungkin ubah tahap makro, buat sahaja tahap mikro.
Sekurang2nya itu yang kita bawa dengan kita di dalam kubur.
Kita dah cuba buat apa yang kita terdaya. Jadi dalam kampung Islam
kita ada pasaran mikro dan dalam pasaran mikro itu kita tidak akan benarkan
penggunaan duit tipuan, kita tidak akan gunakan duit elektronik,
bila kita berurusan dengan dunia luar, kita tidak dapat mengelakkannya,
tapi di dalam dalam kampung itu sendiri, kita akan cuba sedaya upaya kita
untuk patuh pada Allah swt dan pesuruhnya. Hanya itulah sahaja
jawapan yang saya ada. Tapi dalan surah at Taghabun Allah berfirman,
'takutlah kepada Allah  mengikut kesanggupan kamu'
jadi Allah tidak memaksa kita melakukan apa yang kita tidak terdaya lakukan.
Jadi dalam konteks di mana ulamak telah gagal dengan teruknya,
dan memalukan, ini sahaja pilihan yang kita ada.

1 comment:

  1. http://mybloggeroperaqq.blogspot.com/2017/12/arsenal-permalukan-crystal-palace.html

    ♥ ♠ ♦ ♣ OPERAQQ.NET ♥ ♠ ♦ ♣
    Kami Hadirkan Permainan Baru 100% FAIR PLAY Dari OperaQQ.org :) 1 ID Untuk 7 Games :
    - Domino99
    - BandarQ
    - Poker
    - AduQ
    - Capsa Susun
    - Bandar Poker
    - Sakong Online
    Nikmati Bonus-Bonus Menarik Yang Bisa Anda Dapatkan Di Situs Kami OperaQQ.info Situs Resmi, Aman Dan Terpercaya ^^ Keunggulan OperaQQ.net :
    - Tingkat Persentase Kemenangan Yang Besar
    - Kartu Anda Akan Lebih Bagus
    - Bonus TurnOver Atau Cashback 0.3% Di Bagikan Setiap 5 Hari
    - Bonus Referral Dan Extra Refferal Seumur Hidup
    - Minimal Deposit & Withdraw Hanya 20.000,-
    - Tidak Ada Batas Untuk Melakukan Withdraw/Penarikan Dana
    - Pelayanan Yang Ramah Dan Memuaskan
    - Dengan Server Poker-V Yang Besar Beserta Ribuan pemain Di Seluruh Indonesia,
    - Operaqq.net Pasti Selalu Ramai Selama 24 Jam Setiap Harinya.
    - Permainan Menyenangkan Dengan Dilayani Oleh CS cantik, Sopan, Dan Ramah.
    Fasilitas BANK yang di sediakan :
    - BCA
    - Mandiri
    - BNI
    - BRI
    - Danamon
    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Operaqq.net ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM :D60ED5D7
    - WHATSAPP :+855 964 93 0279
    - LINE : operaqq
    Link Alternatif :
    - www.operaqq.net
    - www.operaqq.info
    - www.operaqq.org
    NB : untuk login android / iphone tidak menggunakan www lagi boss ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...