Monday, 7 January 2013

Penaklukan Kota Konstantinopel di Akhir Zaman oleh Syeikh Imran Hosein (embed Malay sub)




Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
Kita doakan malam ini untuk
petunjukNya, untuk perlindunganNya,
untuk belas kasihanNya, untuk
keampunanNya dan untuk cintaNya.
dan kita doakan untuk sejahteraan, dan rahmat keatas semua pesuruhNya,
dan yang terutama untuk yang terakhir sekali, Nabi Muhammad saw yang lebih dari 1400 tahun lalu,
di padang pasir negara Arab telah meramalkan yang orang Islam memenangi penaklukan kota Konstantinopel,
dan memuji tentera dan amirnya.
Malam ini kita akan cuba untuk memperkenalkan subjek ini kerana ia tidak boleh membicarakan menyeluruhnya
dalam satu ceramah sahaja.
Malam ini, insyaAllah apa yang kita buat ialah memperkenalkan asas subjek,
kerana kita tidak boleh membicarakan dengan menyeluruhnya dalam satu ceramah sahaja.
Jadi jika ada bahagian yang tidak dibicarakan itu kerja rumah kamu,
bahkan ada sebahagian dari subjek ini diluar kepakaran saya.
Sebagai contohnya implikasi ketenteraan dalam penaklukan kota konstantinopel.
Kita memerlukan seseorang yang mempunyai kepakaran dalam sains ketenteraan,
jadi kita boleh membina asas tapak subjek tersebut.
kita berharap dan berdoa inshaAllah, yang Allah akan menjadikannya kenyataan untuk
kita menulis karangan yang lebih komprehensif dari ceramah ini.
dan kita akan mulakan dengan menumpukan perhatian kepada sesuatu yang amat aneh,
dan sangat misteri yang berlaku lebih kurang 100 tahun yang lalu.
hampir2 100 tahun yang lalu. Bila Mustafa Kamal dan mereka yang menggelar diri mereka
sebagai Golongan Muda Turki yang dapat menguasai kota Konstantinopel dari pengaruh
pemerintahan Usmaniah dan membuatkan khalifah Sultan berkemas dan berhijrah ke Switzerland,
Bila pengurusan baru mengambil alih negara itu dan kota itu mereka mengisytiharkannya
sebagai Republik Turki, Republik Turki yang sekular.
Tapi bukan itu sahaja yang mereka lakukan, mereka memutuskan secara misteri,
untuk memindahkan ibu negara dari Konstantinopel ke satu tempat, yang pada masa itu di panggil Angora,
Sekarang dipanggil sebagai Angkara.
Dan bukan sahaja mereka merubah ibu negara dari Konstantinopel tapi mereka juga mengubah namanya
ke nama lain, kamu tahu New York, ia juga dikenali sebagai 'Big Apple', jadi bandar mempunyai
beberapa nama tapi New York merupakan nama yang rasmi. Jadi Konstantinopel merupakan nama yang rasmi,
dan ada nama2 yang lain, jadi mereka memilih nama2 lain sprt 'Big Apple',
dan mereka namakan balik kota itu sebagai Istanbul. Tapi bukan itu sahaja.
Musatafa Kamal berbuat lebih lagi sesuatu yang dikenali sebagai kejahatan yang besar atau
'melumpuhkan secara menyeluruh' dengan cara melarang sama sekali penggunan nama Konstantinopel.
Telah digubal undang2 melarang penggunaan kata Konstantinopel.Kalau kamu langgar undang2 itu kamu kena denda.
Kenapa dia melakukan perkara itu? Jawapan saya ialah jika kamu seorang Muslim,
maka Nabi Muhammad saw adalah ketua kamu. jika ketua saya memanggil kota itu sebagai Konstantinopel,
sebagaimana yang baginda lakukan dalam beberapa kejadian maka tiada muslim yang akan
mengubah nama itu dari Konstantinopel. Tidak! Ia satu perbuatan yang melambangkan tidak hormatnya kepada
Rasulullah saw. Pihak musuh boleh menukar nama itu sekerap mana mereka mahu tapi kita
orang muslim akan terus menggunakan nama itu sebagaimana yang dipanggil oleh rasulullah saw
jika kamu melarang kami dari menggunakan nama itu maka kamu telah melakukan satu perbuatan yang
amat zalim. Itulah caranya kita mulakan ceramah kita malam ini.
oleh kerana saya mengikut Rasulullah saw, untuk keseluruhan ceramah ini saya tidak akan menggunakan
nama itu yang dipilih oleh Mustafa Kamal.
Untuk keseluruhan ceramah saya akan menggunakan nama yang digunakan oleh Nabi Muhammad saw guna.
bila baginda bersabda; 'Kamu akan pasti menakluki Konstantinopel.'
kenapa mereka mengubah namanya?
saya ingin membuat usul yang jawapan kepada soalan itu ada pada ilmu akhir zaman
bila kamu belajar ilmu akhir zaman atau islamik escatology, kamu dengan segera sedar,
yang penaklukan kota Konstantinopel telah diramal oleh Nabi Muhammad saw yang ketika masa itu
masih belum berlaku. dan kita akan buktikannya malam ini. InsyaAllah.
penaklukan kota Konstantinopel itu akan berlaku lagi tapi ianya merupakan sebahagian
dari strategi yang mengambil alih empayar Usmaniah untuk menutup apa yang akan berlaku
untuk mengaburi mata kita supaya kita akan lupa subjek itu.
kita akan jadi malas dalam mengkaji subjek itu dan kita akan menganggap
dan tidak peka, banyak ulamak telah membuat telahan dan ianya ada hitam putihnya dalam internet.
mereka tidak dapat memadamkannya sekarang yang mereka membuat kesimpulan
yang penaklukan kota Konstantinopel oleh empayar usmaniah dalam 1453 mengesahkan ramalan.
Itulah kesalahan besar yang mereka lakukan dan mereka akan hidup dengan menyesalinya.
jadi mereka mengubah nama kota itu untuk mengaburkan subjek itu.
larangan penggunaan nama Konstantinopel dalam usaha untuk mengaburkan subjek itu.
yang kita akan melupakan mengenai perkara itu.
tapi bila penaklukan Konstantinopel berlaku dan dari malam ini kita  berharap,
yang subjek ini akan kembali untuk menarik perhatian dunia.
sebab sekarang kita ada internet,kita ada youtube utnuk mencapai keseluruh dunia
hinggakan bukan muslim belajar yang Nabi dalam Islam telah meramalkan
yang kota Konstantinopel itu akan ditakluk di masa hadapan.
dan ketika peristiwa menuju ke arah itu,implikasinya yang Nabi Muhammad saw
akan kembali ke tengah persada dunia sebab tiada sesiapa lagi,
tiada suatu suarapun di seluruh dunia ini dalam sejarah, tiada yang pernah
berkata demikian. Orang Islam akan menakluk kota Konstantinopel di akhir zaman.
Ini akan menyebabkan NATO mengalami kesusahan dalam menghadamkan makanannya.
Ini akan menyebabkan Washington dan London dan Jerusalem dan yang digelar
'kerajaan Islamik Turki' akan mengalami kesusahan dalam menghadamkan makanan mereka.
Sebab Nabi Muhammad saw akan kembali mendapat perhatian di pentas dunia.
selepas mereka mencurahkan banyak masa dan tenaga, melancarkan peperangan
ke atas Islam, memburukkan imej Muslim, memburukkan imej Rasulullah saw,
segalanya akan di tolak tepi bila Nabi Muhammad saw kembali ke tengah pentas dunia.
dan kerajaan Turki akan didedahkan.
Apakah kaedah yang kita akan ambil dalam membicarakan subjek ini dalam
penaklukan kota Konstantinopel di akhir zaman?
ada ayat Quran yang terang dan nyata yang di panggil ayat 'muhkamat'
tapi Allah juga mengutuskan ayat Quran yang tidak jelas dan nyata
dan perlu ditafsirkan dan ianya dikenali sebagai ayat 'mutasyabihat'
begitu juga dengan hadis,adakalanya hadis itu jelas dan nyata,'muhkam'
kota itu akan di takluki dan nama kota itu diberitahu Konstantinopel,
tapi adakalanya hadis itu tidak jelas dan nyata, sebagai contohnya,
khalifah akan  meninggal dan akan berlaku ketidak persetujuan bersama
mengenai pewarisnya, semua orang pastinya tahu, apa yang dimaksudkan dengan itu.
Khalifah akan meninggal dan akan berlaku ketidak persetujuan bersama
mengenai pewarisnya, semasa berlaku ketidak persetujuan itu,
seorang lelaki akan muncul di Madinah dan cepat2 menuju ke Mekah
dan semasa di Mekah dia akan diisytiharkan sebagai Imam Mahdi.
khalifah mana, ada ruang untuk membuat pentafsiran, 'Hizbut tahrir'
telah mencapai keputusan,saya risau yang mereka akan menyesal, taklama lagi,
oleh kerana khalifah akan meninggal dunia sebagai implikasinya,
khilafah akan dipulihkan sebelum Imam Mahdi.
sebab perkataan khalifah telah digunakan, jadi hizbut tahrir sedang
berjuang berdasarkan perkara ini yang ada peluang untuk khilafah untuk
kembali dipulihkan sebelum berlakunya peristiwa Imam Mahdi.
jawapan kita ialah tidak!,perkataan khalifah tidak bermaksud
pemulihan sistem khilafah, ia mungkin bermaksud mana2 pemerintahan.
dalam beberapa tahun sebelum ini telah kita perkatakan yang ianya Raja Saudi.
Raja Saudi akan meninggal dan kamu akan menyaksikan pergaduhan antara
putera2nya yang mana telahpun berlaku sekarang.
jadi kamu ada hadis yang terang dan jelas dan yang lain tidak begitu.
yang memerlukan tafsiran dan tentunya bila anda membuat tafsiran
kamu mesti berkata Allahlah yang lebih Mengetahui.
Kes ini tidak berlaku dengan Konstantinopel, terdapat beberapa hadis yang Nabi Muhammad saw
menyebut nama kota itu semasa mengisytiharkan yang ianya akan ditakluki.
kaedah kita adalah untuk mengikut hadis tersebut yang mana nama kota itu disebut.
atau kota itu dengan senangnya dapat dikenali sebagai Konstantinopel, jadi
tidak ada ruang untuk membuat tafsiran yang salah.
Dengar baik2 terutama mereka yang akan mendengar melalui internet,
jika ada hadis yang bermaksud kota tapi ianya jelas dan terang sebagaimana sinar hari siang
yang ianya tidak jelas dan memerlukan pentafsiran dan sesetengah orang mengandaikannya
sebagai Konstantinopel, tapi orang lain kata ia ialah kota di Syria dll.
Kemudian kita tanyakan soalan di mana sunnah yang menggunakan kebiasaan perkataan,
kenapa Nabi Muhammad saw, pada topik yang sama dengan jelasnya dalam mengenal pasti kota tersebut
tapi dalam hadis lain dia di dakwa mengaitkannya dengan Konstantinopel,
kita kata tidak, mengikut kaedah yang betul kita kena mengikut hadis tersebut
yang dengan jelas mengenalpasti kota itu sebagai Konstantinopel dalam usaha untuk
mengekalkan sunnah dengan menggunakan bahasa yang konsisten/sama.
Jadi kaedah saya ialah dengan cara mengikut kesamaan hadis ini.
Bila kita berbuat demikian, ianya memberikan peluang kepada kita, InsyaAllah,
untuk memberi demonstrasi yang penaklukan kota Konstantinopel, sebagaimana ramalan Rasulullah saw,
yang akan terjadi di akhir zaman.
sebagai akibatnya, untuk membuat kesimpulan yang lebih lanjut
bahawa penaklukan kota Konstantinopel dalam 1453, tidak memenuhi ramalan.
Bila kita menggunakan kaedah ini dan kita menganggap penaklukan kota Konstantinopel akan berlaku,
kita mempunyai kerja rumah untuk dibuat.
Saya menerangkan perkara ini kerana kita ada pelajar disini
dan kamu mesti mahu mengusahakan projek ini.
dan saya mungkin buat pertama kalinya membawa topik ini kepada anda.
dan guru saya, yang di rahmati Maulana Dr Fadlurahman al ansari rhm telah mengajar saya
bahawa jangan mengambil mana2 ayat Quran dengan cara berasingan untuk dikaji.
Jika kamu melakukan perkara itu maka kamu akan mendapat kesimpulan yang iblis adalah malaikat.
oh ya, sepatutnya kamu mestilah mengambilnya secara keseluruhan maklumat dan
mengumpulkan kesemua sekali ayat Al Quran dan menggabungkannya secara harmoni
dan darinya mencapai satu kesimpulan dalam maksudnya
hanya dengan cara itu kamu akan mendapat maksud/makna yang betul dari ayat itu.
Begitu juga jangan sekali2 membuat kesalahan dengan cara mengambil hadis tertentu dengan cara terasing
dan mengkajinya. ianya akan menyebabkan kamu terjebak dalam kesalahan yang amat memalukan.
Itulah ulamak yang pemalas. Sepatutnya kamu mesti mengumpulkan semua maklumat yang
berkaitan dengan topik itu, jadi apa yang perlu kita buat ialah mencapai maksud keseluruhan ilmu
akhir zaman/escatology. Topik yang telah lama saya kaji.
Jika anda mahu belajar ilmu escatology, saya cadangkan kepada kamu,
buku ini(Jerusalem dalam Quran) akan membantu, ditulis 10 tahun yang lalu.
Dan kini kita ada dalam Bahasa Malaysia.
Bila kamu mula2 belajar Islamic Escatology, kamu akan merasa selesa dengan topik itu,
hanya setelah itu kamu akan menggunakan hadis mengenai penaklukan kota Konstantinopel, tapi bukan sebelum itu.
Kerana hanya setelah itu kamu akan dapat melihat hubungkaitnya dengan gambaran suasana yang lebih besar.
Penaklukan kota Konstantinopel pada 1453 berlaku sebelum akhir zaman?
seluruh dunia telah menerima bahawa inilah penzahiran ramalan itu,
tapi jika mereka telah melakukan kerja rumah maka mereka akan tahu bahawa
hadis yang ada dalam sunan Daud yang mana akan saya beritahu nanti.
bahawa penaklukan kota Konstantinopel berada diantara beberapa siri kejadian.
sebelum penaklukan kota Konstantinopel akan berlaku 'malhamah' atau perang besar'
yang akan membuatkan perang dunia 1 dan 2 kelihatan seolah2 seperti biji kacang,
adakah perang besar itu sudah berlaku?
dan kamu beritahu saya penaklukan kota Konstantinopel 600 tahun itu memenuhi ramalan?
mana perginya keupayaan kamu berfikir?
Yang kedua bahawa penaklukan kota Konstantinopel akan diikuti 'khuruj' dari dajal.
adakah dajal sudah datang 600 tahun dahulu?
adakah khuruj sudah berlaku? 600 tahun kemudian,
jadi sekarang kita akan melihat keadaan di mana penghapusan kepercayaan terutama di Turki,
Turki TV, radio dan surat khabar melakukan sedaya mungkin untuk membasuh minda rakyat Turki,
dalam mempercayai Sultan Muhammad Al Fateh yang dimaksudkan oleh hadis Nabi Muhammad saw itu.
Saya berharap dan berdoa agar pelajar dari Turki untuk membuat sarikata Turki bagi ceramah ini
supaya ia dapat di fahami oleh rakyat Turki.
Sekarang kita ada banyak soalan yang sukar untuk di jawab.
Jika penaklukan kota Konstantinopel akan berlaku, bagaimana orang Islam boleh
menakluki kota itu yang telahpun berlaku?
Adakah kamu dengar soalan itu?
Bagaimana orang Islam boleh menakluki kota yang telah mereka takluki 600 tahun yang dulu?
Apakah maknanya?
Jadi kita kena tanyakan soalan ini, Jika orang Islam akan menakluki kota Konstantinopel
di masa akan datang dan ianya kota orang Islam, dan tentunya kewajiban orang Islam,
saya sangsi siapakah yang memerintah kota Konstantinopel sekarang?
Siapakah yang mempunyai kuasa tertinggi, strategi ketenteraan atas Konstantinopel
Adakah orang Islam? soalan yang bagus untuk di tanya.
Apakah akibat politik dan ketenteraan, saya pasti kita ada pelajar disini,
yang mengkaji hubungan antarabangsa, politik antarabangsa, jadi anda ada kerjarumah untuk di buat.
Apakah akibat politik dan ketenteraan yang berlaku akhir zaman akibat penaklukan orang Islam
terhadap kota Konstantinopel?
Ceramah ini memerlukan pengiktirafan yang jika ilmu escatology Islam
dapat menjawab soalan tersebut dan bukan pihak lain, dan bukan
para ahli escatology Kristian dan bukan escatologi Yahudi dan
bukan jabatan politik sains di universiti.
hanya Escatology Islam dapat memberi penerangan dan menjawab soalan ini.
dan demonstrasi yang dramatik dan amatlah penting wujudnya pengetahuan Escotology Islam
dalam membuat demonstrasi yang menakjubkan.
Escatology islam juga akan mendedahkan penipuan Zionis yang dikatakan
'jihad yang di sponsor' di Libya dan Syria.
Di bahagian lain, Escatology Islam, dalam menerangkan perkara ini
sekarang membuka kemungkinan kepada dunia untuk mengenalpasti
dan juga pada kepimpinan Rusia untuk mengenalpasti yang Rusia atau
lebih tepat lagi Rusia Kristian , bukan Rusia Aties, Kristian Rusia,
ada peranan yang tertentu yang perlu dimainkan pada akhir zaman.
Bila kita melihat implikasi ketenteraan dalam penaklukan kota Konstantinopel yang akan berlaku nanti.
Sekarang ini mengenai hadis, kita akan bentangkan 4 hadis.
3 darinya adalah dari sunan Abu Daud dan satu darinya dari Muslim.
Yang pertamanya, yang telah diketahui ramai:
'Kamu akan pasti menakluk Konstantinopel'. Siapa 'kamu' itu?
'Kamu' maksudnya orang Islam.
Dan muslim yang berkiblatkan Mekkah dan bukan Washington.
Muslim yang setia kepada Quran dan sunnah dan bukan muslim yang melanggar Quran dan sunnah.
Melanggar perintah Allah dan Quran dan membuat pakatan dengan Zionis untuk
menggulingkan rejim Libya, dan membuat pakatan dengan Zionis untuk menggulingkan
rejim di Syria, bukan mereka!.
'kamu' maksudnya orang yang setia pada Quran dan sunnah.
Sebelum ceramah ini berakhir kita kena membuat demonstrasi yang mereka,
telah melanggar perintah dalam Quran.
Jadi Konstantinopel akan di merdekakan oleh orang Islam tapi ianya juga akan dimerdekakan
menggunakan perjuang bersenjata, perjuangan bersenjata maknanya menggunakan senjata.
Perjuangan bersenjata bermaksud berperang dan sebab itulah Nabi Muhammad saw
telah memuji tentera itu.
baginda memuji tentera itu dan ketua tentera itu perlulah merupakan seorang pakar strategi
lelaki yang berkemampuan untuk memimpin tentera itu dengan jayanya.
jadi kita bercakap mengenai penaklukan ketenteraan terhadap Konstantinopel.
Itu terang dan jelas, saya pasti tiada orang akan membahaskannya.
Sebab utama kenapa saya terpaksa melakukannya kerana ada hadis yang
tidak menyebut kota Konstantinopel dengan jelas dan memberikan gambaran yang berlainan.
Hadis ke dua ianya juga dari sunan Abu Daud, Rasululllah saw bersabda,
Pada ketika itu bila Jerusalem sedang pesat membangun, Jerusalem sedang
menerima perhatian utama dunia, pada ketika itu, bila ia berlaku,
dan ianya sedang berlaku sekarang
ia berlaku 600 tahun dahulu? Kamu senyap saja sekarang.
'Pada masa itu ketika Jerusalem sedang pesat membangun, pada ketika itu
Yathrib/Madinah akan berada dalam keadaan tidak berperanan lagi.'
Samada dalam bidang agama Islam atau apa-apa urusan antarabangsa.
Sebuah bandar yang dilupakan.'Pada ketika itu bila Yathrib/Madinah dalam
keadaan tidak lagi berperanan, pada masa itu peperangan besar akan berlaku'.
Peperangan besar itu ada diterangkan dalam beberapa hadis sebagai
peperangan yang amat dahsyat sekali. Bahkan dari satu siri peperangan akan
berlaku satu perang besar yang amat dahsyat.
Burung akan jatuh dari langit. Malhamah/Peperangan itu belum berlaku lagi.
Bila ia berlaku ianya akan menyebabkan perang dunia 1 dan 2 nampak kecil seolah-olah
sebiji kacang. Kemudian hadis itu bersambung lagi dan ianya akan diterangkan
dalam hadis yang akan datang.
'Dan hanya setelah itu, kamu mengalami 'malhamah'/peperangan, hanya setelah itu,
penaklukan kota Konstantinopel akan berlaku.' kemudian hadis itu berakhir dengan 'bila kota Konstantinopel
di takluk, ianya akan di ikuti dengan 'khuruj' dajal.
Pelepasan dajal dan 'khuruj' dajal merupakan dua perkara yang berbeza.
Saya ada menerangkannya dalam ceramah minggu lepas yang bertajuk 'Dajjal dan simbolisma'.
Ada dalam youtube.Mungkin anda perlu merujuk kesitu untuk dapatkan penerangan.
Dajjal dilepaskan ketika zaman Nabi Muhammad saw.
Kamu tidak dapat menerangkan keadaan dunia hari ini tanpa mengaitkan dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan Revolusi wanita moden hari ini tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan wanita yang berpakaian tapi telanjang tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan wanita yang berpakaian seperti lelaki tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan riba yang mengambil alih kuasa ekonomi dunia tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan wang kertas yang haram, menipu dan palsu tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan wang kertas yang mengambil alih kewangan dunia tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan kemerdekaan bangsa Yahudi di tanah suci, 1970, kembalinya kaum Yahudi ke tanah suci
dan mengaku negara itu milik mereka 1917 - 1948,
usaha mengembalikan negara israel di tanah suci pada 1948
dan kekuasaan negara israel semakin berkembang hinggalah hari ini
ia bakal menggantikan negara Amerika Syarikat sebagai negara penguasa dunia
kamu tidak dapat menerangkan semua ini tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
kamu tidak dapat menerangkan bahawa us dollar akan runtuh dan membawa sekali bersamanya
seluruh duit kertas didunia ini kamu tidak dapat menerangkan semua ini tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
Dajjal dilepaskan ketika zaman Nabi Muhammad saw,tapi kamu tidak dapat melihatnya.
kerana dia tidak wujud di dimensi masa dan tempat kita sekarang,
tapi bila dia berada di dimensi masa dan tempat kita sekarang, dia akan
muncul sebagai seorang manusia, seorang Yahudi, lelaki muda, yang berbadan sasa,
berambut kerinting dan dia akan mengaku dirinya sebagai Al Masih.
Inilah yang dinamakan 'khuruj'.
Begitu juga dengan yakjuj dan makjuj.
saya menulis buku mengenai yakjuj dan makjuj, 4/5 tahun yang lepas,
tapi nampaknya ulamak Islam ada masalah dengannya, tidak! tidak! tidak!
yakjuj dan makjuj akan lahir pada ketika itu. Kamu telah melakukan satu kesalahan!
Kamu tidak dapat menerangkan fasad/kejahatan antarabangsa dalam setiap aspek kehidupan hari ini,
tanpa mengaitkannya dengan yakjuj dan makjuj.
Pelepasan yakjuj dan makjuj berlaku ketika zaman Nabi Muhammad saw,
tapi 'khuruj' yakjuj dan makjuj akan berlaku bila Nabi Isaas telah membunuh Dajjal.
dan Allah swt berfirman mengenai yakjuj dan makjuj dalam sahih muslim.
jadi dengan jelas dalam hadis ini yang penaklukan kota Konstantinopel, 600 tahun dahulu,
lebih dari 500 tahun dahulu tiada kena mengena dengan menzahiran ramalan Nabi Muhammad saw.
Kita kupas pula hadis ke 3, sekurang2nya seorang ulamak menyatakan yang ianya hadis dhaif.
tapi hanya satu sahaja, ulamak lain tak sependapat dengannya.
Rasulullah saw bersabda, sunan Abu Daud, dia berkata bahawa peperangan besar / malhamah,
penaklukan kota Konstantinopel dan 'khuruj' Dajjal akan berlaku dalam masa 7 bulan.
500 tahun dahulu, ini adalah 7 bulan,
jika itu adalah penaklukan kota Konstantinopel, 1453 dan 7 bulan selepas ianya berlaku,
dajal sepatutnya telah 'khuruj'
adakah 'khuruj' dajal telah berlaku? adakah dia berada di Turki?
tidak ini merupakan kerja ulamak yang pemalas!
jika kamu telah melakukan kerja rumah kamu, kamu telah tahu mengenai perkara ini
500/600 tahun dahulu bahawa ini bukannya penaklukan kota Konstantinopel yang dimaksudkan
sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah saw.
jadi perang besar/malhamah, penaklukan kota Konstantinopel dan khuruj Dajjal akan berlaku
dalam masa 7 bulan.
dan sekarang kita bicarakan hadis ke 4, yang paling panjang dan ia dari sahih muslim
ianya bukan mudah, agak sukar, diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkata bahawa
Rasulullah saw bersabda, bahawa ' Hari kiamat tidak akan berlaku sehingga Rum
telah turun ke tempat2 dan kemudian tentera dari Madinah akan pergi kepada mereka
dan ianya merupakan manusia yang paling baik dari atas dunia ini pada zaman itu.
bila mereka bebaris mengadap sesama mereka, orang Rum akan berkata kepada orang Islam,
jangan berdiri di antara kami dan sebahagian kamu yang melindungi sebahagian dari
kaum perempuan kami dalam peperangan, jadi tentera Rum akan terdiri dari kaum wanita juga.
kami mahu berperang dengan mereka. Orang Islam berkata 'tidak',
'Demi Allah kami tidak akan membenarkan kamu mendekati saudara kami.
dan mereka akan berperang dan 1/3 dari tentera islam lari dari peperangan
dan Allah tidak akan menerima taubat mereka, 1/3 akan di bunuh dan mereka
akan menjadi syahid yang terbaik pada pandangan Allah dan 1/3 dari bakinya
akan menang, mereka akan menakluk Rum dan mereka tidak akan lagi terlibat dalam fitnah
kemudian mereka akan menakluk Konstantinopel.
Jadi inilah malhamah yang akan berlaku sebelum penaklukan kota Konstantinopel
semasa mereka membahagi2kan but perang, pedang dan pokok zaitun,
syaitan akan menjerit kepada mereka, Al Masih Dajjal telah mengambil alih
tempat kamu di kalangan keluarga kamu yang kamu tinggalkan.
jadi mereka akan pergi, walaupun berita itu bohong sebenarnya,
bila mereka sampai ke Syria, Dajjal keluar dan ketika mereka
bersiap sedia untuk berperang, dalam saf, azan dilaungkan,
Nabi Isa turun dan menjadi imam. Bila musuh Allah melihat Nabi Isa,
mereka mula merasa takut, seperti garam cair dalam air.
Jika kamu biarkan dia mencair dia akan mati tapi Allah membunuhnya
melalui Nabi Isa as dan dia menunjukkan darah pada pedangnya. Ini dari sahih Muslim.
Sekarang kita ada 4 hadis dan kita menghadapi masalah besar sekarang dengan Rum.
Hadis ke empat, dari sahih Muslim, menerangkan kepada kita bahawa
sebelum Konstantinopel ditakluk, tentera Islam akan muncul dari arah utara, Madinah
adalah dari arah utara. Mula2 kita kena kalahkan Rum sebelum dapat menakluk Konstantinopel,
dan tentera Rum, juga di mana wanita akan berkhidmat. Keadaan nampak semakin menarik sekarang.
Siapa Rum? Bila kita merujuk Quran, kita akan dapat jawapan yang jelas'
Rum ialah Byzentyme, Empayar Kristian barat, yang pernah mempunyai ibu pejabat di Konstantinopel.
bila Konstantinopel di takluki oleh usmaniah, ibu negara Rum berpindah ke Rusia.
Moscow. Dan sama seperti bila anda merujuk Quran berkenaan riba,
Quran menerangkan kepada anda sejenis riba dan ianya adalah penjaman yang ada faedah.
sebagaimana dalam Quran, surah Al Baqarah, tapi bila anda rujuk hadis,
topik itu berkembang dan anda akan berjumpa dengan jenis riba yang lain.
dan dalam hadis itu menyebut namanya dan ianya ialah jual beli berdasarkan penipuan.
yang mana keuntungan di ambil dengan cara yang tidak sepatutnya,
dan di Amerika ianya dikenali sebagai 'rip off'.
Jadi dengan kaedah yang sama dengan cara Quran mengenalpasti Rum,
dengan Kristian Timur,itu tidak bermakna yang perkara itu berhenti setakat itu sahaja.
Bila anda merujuk hadis, ianya berkemungkinan yang perkara itu boleh berkembang
bila kita merujuk sejarah,kita akan dapati Rum bermula sebagai Rum pangan
yang menyembah tuhan-tuhan. Empayar Rum yang pangan yang mempunyai ibukota di negara Itali.
itulah permulaan Rum dan Rum itu di ambilalih oleh maharaja konstantine dan menjadi
Kristian. Di Bhosporus, di mana dia membina bandar Konstantinopel dan itu kemudiannya
menjadi Rum. Pada ketika Quran diturunkan, Rum pada ketika itu ada di Konstantinopel
tapi sebelum turunnya Quran, Rum berada di Itali dan selepas penaklukan
kota Konstantinopel pada 1453, Rum berpindah ke Moscow. Jadi ada 2 Rum, satu Kristian Timur
dan satu lagi ialah pagan Rum yang kemudiannya menjadi Kristian barat iaitu
Gereja Roman Katolik, Gereja Protestan yang mana keduanya boleh jadi calun.
Ini merupakan Rum yang berhadapan dengan tentera dari Madinah dan Konstantinopel.
kamu ada belajar geografi kan. dan hanya setelah mengalahkan Rum ini, mereka'
akan sampai ke Konstantinopel. dan Rum ini ada perempuan yang berkhidmat dalam tentera.
Saya nak cadangkan kepada kamu, Moscow tidak akan berdiri diantara Madinah dan Konstantinopel
Tentera Rusia tidak akan berdiri diantara Madinah dan Konstantinopel untuk mempertahankan Konstantinopel
kerana Moscow tidak pernah ada pakatan, pihak Rusia tidak pernah ada pakatan dengan Konstantinopel
untuk mempertahankannya. jadi siapa
yang berpakat dengan Konstantinopel?
dan sanggup berdiri
mempertahankan Konstantinopel?
Jawapannya ialah Kristian Barat dan ianya ialah Zionis NATO, Rum
yang kita akan berlawan dan kalahkannya untuk menakluk Konstantinopel.
Adakah peperangan ini dah berlaku? Jika ianya belum berlaku lagi jadi
bagaimana kamu boleh katakan yang penaklukan kota Konstantinopel pada 1453, 570 tahun dahulu
oleh Sultan Muhammad Al Fateh dah menzahirkan ramalan Nabi Muhammad saw.
Saya rasa kita telah ada satu kes yang amat menyakinkan malam ini.
Bahawa peristiwa itu tiada kaitan dengan penzahiran ramalan nabi.
Selepas penaklukan Konstantinopel, ingat peristiwa yang berlaku selepas itu ialah
'khuruj' Dajjal, dan dengan khurujnya Dajjal bermakna akan khuruj bersama
Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa as.Dia dah turun ke belum? Adakah sesiapa
yang pernah jumpa dia? Sudahkah Imam Mahdi datang? Saya tahu ada
orang yang mengaku Imam Mahdi di Turki, dia tulis banyak buku. Tidak!
Biar kita biarkannya berehat sekarang. Tolong hantar mesej pada orang muslim di Turki
yang mereka mungkin terpelajar dalam perkara itu bahawa mengikut ramalan Nabi Muhammad saw
mengenai penaklukan kita Konstantinopel pada akhir zaman belum berlaku lagi.
kerjaan Turki mungkin menghadapi masalah sekarang.
Bagaimana muslim boleh menakluk sebuah bandar yang telah ditakluk oleh mereka?
Sebab kerajaan Usmaniah merupakan orang Islam. dan Konstantinopel hingga kehari ini
majoritinya terdiri dari penduduk beragama Islam,
dan walaupun setelah Mustafa Kamal mengambil alih di bawah kerajaan usmaniah
mereka menunjukkan banyak toleransi dan ramai kaum greek Kristian tinggal di Konstantinopel
dan kumpulan arminia tapi setelah kerajaan republik Turki yang sekular ditubuhkan,
ramai dari mereka terpaksa meninggalkan bandar itu.
jadi bandar Konstantinopel hari ini, boleh di katakan semuanya terdiri dari orang Islam.
Bagaimana muslim boleh menakluk bandar yang sudahpun beragama Islam.
jawapannya ialah, bukan mereka yang tinggal dalam bandar itu tapi mereka
yang mempunyai kuasa memerintah bandar itu.
Turki merupakan ahli dan selesa dengan keadaan itu, ahli dari NATO (North Atlantic Threaty Organisation)
dan NATO merupakan tentera bersenjata kepada Zionis.
NATO melancarkan perang bagi pihak Zionis negara Israel.
Adakah kita dibenarkan untuk membuat pakatan dengan NATO?
Untuk ini kita kena merujuk surah Al Maidah. maaf mungkin anda pernah
dengar berkenaan perkara ini beberapa kali sebelum ini. Tolong bersabar
dan mendengarnya mengenainya sekali lagi.
Jangan mengkaji Al Quran secara berasingan, jangan ambil sebahagian ayat dan pisahkannya.
Tidak! Ambil maksud keseluruhannya. Surah Al Maidah: ayat 51, Allah berfirman,
'Wahai orang2 yang beriman jangan mengambil orang Yahudi dan orang Kristian
sebagai sekutu kamu'. Dan kita tanya soalan adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian?
atau Dia bercakap mengenai sesetengah Yahudi dan sesetengah Kristian.
Bila anda merujuk kepada keseluruhan Quran, jawapannya menjadi sangat jelas,
yang Dia tidak bermaksud semua Yahudi dan semua Kristian, Tidak!.
Banyak ayat dalam Quran. jadi jika Dia tidak bercakap mengenai semua Yahudi dan Kristian
Yahudi dan Kristian mana yang Dia maksudkan? Bila Dia berkata
'jangan mengambil orang Yahudi dan orang Kristian sebagai sekutu kamu'
jawapannya ada di situ, pada ayat yang seterusnya.
Oleh kerana kaedah yang salah, kita tidak pernah nampak jawapannya.
jika anda mengggunakan kaedah yang betul, anda akan dapat melihat jawapannya.
ayat yang seterusnya..
bermaksud 'jangan mengambil orang Yahudi dan orang Kristian sebagai sekutu kamu,
yang mereka sesama mereka merupakan kawan dan sekutu'
Quran itu telah menjangka, akan tiba masanya bila terjadinya persahabatan antara
Yahudi dan Kristian.
Sesiapa yang bersahabat dengan mereka, sebagaimana yang Libya lakukan untuk menggulingkan Ghadafi
dan sebagaimana yang berlaku di Syria, bukan semua di Syria terlibat,
saya bercakap mengenai 'pengganas', yang melancarkan 'jihad' Zionis,
Jika kamu bersahabat dengan mereka dengan pakatan dan persekutuan,
Negara Ziaonis; Arab Saudi, Qatar, proZionis; Turki.
'jika kamu bersahabat dengan mereka dengan pakatan dan persekutuan,
kamu tergolong dari mereka, kamu akan hilang keislaman kamu.'
Oleh itu, penyertaan Turki dalam NATO adalah haram, ia adalah dari Quran.
oleh itu Konstantinopel bukan di bawah penguasaan orang Islam,
Konstantinopel adalah di bawah kawalan dan penguasaan NATO, oleh itu ia adalah di bawah
penguasaan Zionis. Dan itulah caranya kita boleh memahaminya.
Tentera Islam mesti membebaskan, pihak kerajaan Turki boleh melakukan apa sahaja
yang mereka mahu. Mereka tidak dapat menghentikannya.
Nabi Muhammad saw adalah lebih berkuasa dari perdana menteri Turki.
Bagaimana keadaan ini akan berlaku?
tentera akan datang dari luar dari Madinah, mengalahkan Rum,
dan kemudian terus maju untuk memerdekakan kota Konstantinopel.
Rum  ini mestilah Rum yang bersekutu dengan Konstantinopel, mempertahankan Konstantinopel,
iaitu sekutu Barat, bukan sekutu Rusia.
Bukan semua orang Turki yang telah mengkhianati Islam,
jadi bila tentera itu dalam perjalanan untuk memerdekakan Konstantinopel,
kamu akan dapat melihat perang saudara di Turki di mana penduduk Turki
yang beragama Islam akan bangkit dan melawan mereka yang berpihak kepada musuh Islam
untuk memerdekakan kota Konstantinopel dari kawalan kuasa NATO.
Analisis politik ketenteraan ini, saya tidak akan mengulasnya
kerana saya bukan penganalisa politik ketenteraan.
Mereka yang ada pengetahuan pasal politik kena usahakannya
dan begitu juga dengan strategi politik ketenteraan
jadi saya sudah tentunya menyerahkan hal ini kepada anda untuk mengaturnya.
Apakah implikasi/akibat politik yang akan berlaku dalam penaklukan kota Konstantinopel?
Bila sultan Muhammad Al Fateh menakluk Konstantinopel, perkara pertama yang dia lakukan,
bila dia memasuki kota itu ialah dengan mengambilalih gereja terbesar di situ
Aya Sophia,yang mana merupakan pusat Kristian Byzantyme,
Ia telah wujud sejak lebih dari 1000 tahun, gereja terulung dalam dunia Kristian,
dan sultan Muhammad Fateh, yang mana saya terpaksa menerangkan dengan perasaan malunya,
dan dengan rasa berdosa yang amat sangat dan kebodohan,
saya rasa menyesal menggunakan perkataan ini tapi seseorang perlu mengatakannya,
seseorang perlu mengatakannya, dia membawa perasaaan malu terhadap dunia Islam,
bila dia mengambil gereja Kristian itu, gereja yang masih berfungsi,
bukannya bangunan yang telah ditinggalkan dan menukarkannya kepada masjid.
pandangan kamu mungkin berbeza dengan saya, tapi pada suatu hari nanti
kita akan berjumpa dengannya dan dia mesti memberikan penjelasan
terhadap apa yang telah dia lakukan.
Kita tidak dibenarkan untuk melakukan perbuatan itu. Tidak!
Terutama sekali bila Nabi Muhammad saw bersabda yang pada akhir zaman,
kita akan membuat pakatan dengan Rum.Rum mana?
Tentu sekali bukan Rum yang akan kita perangi untuk sampai ke Konstantinopel.
Tentu sekali bukan Rum yang ada tentera wanita, Rum yang satu lagi ada di Moscow.
Kristian barat. Kamu akan berpakat dengan Rum dan inilah gereja terhebat Rum.
Jika kamu ada kesedaran dalam kepala kamu, kamu tak akan lakukan perkara bodoh itu.
Kejahatan yang amat besar. Ini mereka gereja mereka dan ianya bukan milik kita.
jadi pada hari itu bila tentera Islam takluk Konstantinopel, perkara pertama sekali
yang saya harap amir akan lakukan ialah sebab Rasulullah saw bersabda,
ialah untuk memulangkan balik gereja itu kepada pihak Kristian dan memohon maaf,
bagi pihak umat Muhammad saw.
saya harap kata-kata saya ini akan sampai kepada Moscow.
siapakah orang yang akan dapat menyertai tentera itu?
Siapakah yang akan melancarkan perang jihad itu?
memanglah datang dari Madinah tapi semua orang akan turut serta.
Bolehkah jadi yang dipanggil mujahidin yang bersekutu dengan Zionis,
untuk menggulingkan Ghadaffi di Libya?
Adakah mereka yang di panggil mujahidin yang bersekutu dengan Zionis,
Saudi Arabia, Qatar dan Turki untuk menggulingkan rejim di Syria?
Saya bukan menyokong rejim Syria, jangan buat kesalahan itu.
Saya bercakap mengenai persekutuan dengan orang2 ini, Adakah anda akan
turut sama dalam tentera ini?  Tidak! tidak mungkin.
kerana kami tidak lagi menganggap kamu sebahagian dari kami.
Kamu sekarang menjadi milik mereka, kamu bukan sebahagian dari kami.
Jadi tentera ini tidak akan termasuk mereka yang bersekutu dengan Zionis.
Sebelum kita akhirkannya, kita akan melihat implikasi/akibat ketenteraan.
dan ketika ini saya harus mengaku bahawa saya masih belum bersedia
menghuraikan perkara ini dengan menyeluruh.
Saya mahu mengatakan ya!, malhamah ini akan mencetuskan perang nuklear,
dan perang nuklear itu akan membinasakan semua peralatan untuk perang elektronik.
saya cuma cadangkan sahaja sebab saya tidak ada kepakaran dalam nuklear fizik,
dan perang nuklear untuk membuktikan kata-kata saya itu.
tapi perang nuklear itu dalam malhamah itu akan memberi kesan kemusnahan
terhadap peralatan elektronik, jadi jet pejuang yang bergantung kepada elektronik,
pesawat udara tidak akan berfungsi selepas malhamah itu.
Jadi peperangan udara akan terhapus, apa yang tinggal bagi dua pihak lawan,
tentera Rusia, dan tentera Anglo Amerika, apa yang tinggal selepas malhamah,
jika perang masih berterusan ianya akan berlaku di darat dan laut,
jika ianya berlaku di darat dan laut, jadi apakah pentingnya kota Konstantinopel?
jika kamu lihat kearah utara Konstantinopel, kamu akan dapat lihat laut Hitam,
dan bahagian selatan Konstantinopel ialah laut Mediteranean.
Jika tentera laut Rusia akan terlibat dalam perang ini melawan Israel,
tentera laut Rusia perlu melepasi laut Hitam dan melalui Bosphorus,
untuk ke laut Mediteranean.
Allah swt yang mempunyai pengetahuan atas semua perkara dan perkara yang
akan berlaku, jadi Dia tahu tentang Akhir Zaman.
Allah swt telah mencipta jalan laut ini, Laut Hitam dan Laut Mediteranean
sebagai laluan air dipanggil bosphorus.
dan sesiapa sahaja yang menguasai Konstantinopel akan menguasai Bosphorus seolah2
memegang leher  tentera laut Rusia.
Sebab inilah pakatan Anglo Amerika Zionis sentiasa mahu mengadakan persahabatan di Konstantinopel.
dan pihak usmaniah dengan tepat sekali, rejim persahabatan itu
tidak pernah bergaduh dengan British dan Peranchis.
Mereka sentiasa bergaduh dengan Rum Timur dan bukan Rum barat iaitu Rum usmaniah.
Kemudian bila perang dunia pertama berlaku dan sekarang telah berlaku
kemusnahan empayar Usmaniah, mereka tidak memerlukannya lagi.
Ia telahpun menyelesaikan fungsinya.
Pihak Usmaniah mengadakan pakatan dengan pihak Jerman, di sebalik British dan Peranchis,
pihak Jerman, agak aneh, sebab mereka sentiasa berbaik dengan British dan Peranchis,
Tapi kali ini dengan Jerman dan British dan Peranchis berpakat dengan Rusia,
perang dunia pertama 1914. dan dalam peperangan itu British dan peranchis
telah melakukan satu perjanjian rahsia dengan Rusia yang jika kita memenangi peperangan ini,
dan kita menakluk kota Konstantinopel, Konstantinopel akan dimiliki oleh Rusia.
Rusia amat gembira untuk mendapatkan balik ibu kota Byzantine.
Pada tahun 1917, adalah jelas yang mereka akan menang, dan ketumbukan tentera Rusia
bergerak ke arah Konstantinopel. Pihak Yahudi melancarkan revolusi Bolshevik,
menetapkan masa yang bertepatan dengan revolusi Yahudi,
untuk menghancurkan monarki Rusia, 'the Tsar'. Mengambil alih kerajaan.
dan bila Bolshevik mengambil alih kerajaan Rusia,
perkara pertama yang mereka lakukan ialah menarikbalik pihak Rusia dari peperangan.
Kenapa? kerana mereka tidak mahu Rusia untuk mendapat Konstantinopel.
Jadi mereka memaksa Rusia untuk menarik diri dari berperang sebab
merekalah yang berkuasa sekarang.
mereka kemudiannya melakukan satu perkara lagi, mereka menyiarkan
semua perjanjian rahsia di antara British dan Peranchis disatu pihak dan
Rusia di pihak satu lagi. Yang jika berlaku kemenangan, Konstantinopel akan di miliki oleh Rusia.
setelah menarik Rusia dari perang dunia pertama, Mustafa Kamal mendapat peluang
untuk mengambil alih Konstantinopel dan memberikannya kepada NATO.
Sebab Bosphorus merupakan laluan strategik dan kepentingan tentera laut yang strategik,
jika tentera laut Rusia di halang di laut Hitam dan tidak dibenarkan masuk ke Laut Mediteranean.
Jadi kamu mesti selalu ada rejim di Konstantinopel yang bermusuhan dengan Rusia.
Bila penaklukan Konstantinopel berlaku, selepas mengalahkan Rum Barat,
implikasinya adalah, kerana Rasulullah saw bersabda yang kamu akan
membuat pakatan dengan Rum Timur, jadi tentera laut Rusia,
sebab akan tiada lagi perang udara, tentera laut Rusia akan dapat
laluan bebas di Bosphorus.
Jika kamu melihat peta, selat yang kecil antara laut Hitam dan Laut Mediteranean.
Jadi tentera laut Rusia boleh masuk ke laut Mediteranean dan membuat
kuasa yang seimbang, kekuasaan tentera laut, di Mediteranean
dan membuatkannya sebagai peperangan yang lebih seimbang yang
akan membawa kepada kemusnahan negara Zionis Israel.
Apa yang kita lakukan malam ini hanyalah memulakan analisis perkara itu,
yang telah lama di lupakan.
Saya rasa ceramah ini layak dikatakan sebagai yang pertama
Percubaan ilmiah yang serius dalam usaha menangani penaklukan kota Konstantinopel di akhir zaman.
dan kerja rumah yang kamu semua dapat ialah dengan mengambil asas
yang telah saya bina dan membuat sesuatu yang tidak dapat saya capai dalam ceramah
saya yang ringkas ini. Mungkin dengan mengadakan pemahaman yang lebih mendalam
terhadap perkara tersebut.
kita berdoa kepada Allah swt semua yang menluangkan masa untuk
membuat kajian mendalam dalam ilmu akhir zaman dan terutamanya
dalam ramalan Nabi Muhammad saw mengenai penaklukan kota Konstantinopel di akhir zaman.
Ada satu perkara lagi, saya lupa.
bila kita menakluk kota Konstantinopel, kita akan memulangkan aya sophia kepada
pihak Kristian dan kita akan meohon maaf dan kita akan mengembalikan balik
nama kota itu kepada nama yang digunakan oleh Nabi Muhammad saw.
jadi selamat tinggal Mustafa Kamal.
Sessi soal jawab.
Soalannya, dalam ceramah yang lepas, yang tidak saya lakukan di dalam ceramah ini,
saya telah menganalisa kemenangan pihak usmaniah dalam menakluk kota Konstantinopel,
dan saya rasa ada banyak soalan mengenai kemenangan pada 1453, saya langsung
tak rasa bangga dengan perkara itu.
apakah kaitan dengan peristiwa mengenai konflik terkini di Syria dan Turki?
dan keadaan pakatan antara muslim dan Rum yang diramalkan oleh Nabi Muhammad saw?
jawapannya ialah, pihak kerajaan Turki telah melakukan apa yang di Libya.
Maknanya, terdapat sekutu/pakatan yang setia dan jujur dengan NATO,
dan sekutu/pakatan yang setia dan jujur dengan pakatan Anglo Amerika Zionis.
Mereka telah berkhidmat utknya di Libya dan mereka berkhidmat utknya di Syria,
dan Turki Islam bukannya bodoh, Tidak!, pihak Turki Islam mula faham
pengkhianatan besar pihak pemerintah Turki, sama juga bila ramai Saudi Islam,
di Arab Saudi sudah pun sedar, kita tidak perlu kejutkan mereka,
mereka tahu pengkhianat yang memerintah mereka.
bila berlakunya malhamah?
Jerusalem telahpun dalam keadaan membangun pesat,
Madinah telahpun menjadi bandar yang terpinggir, jadi malhamahlah
perkara yang akan berlaku nanti.
pada pendapat saya, dan jika saya beri pendapat saya jangan terima bulat2.
berapa kali patut saya beritahu perkara ini.
jika saya beri pendapat saya jangan terima bulat2, sehinggalah kamu yakin
ianya adalah betul, jika tidak saya akan ada anak murid yang merbahaya.
jika seorang guru melakukan kesalahan, murid tidak akan dapat membetulkannya.
sebab dia menerima ilmu membabi buta tanpa mempersoalkannya.
Tidak! Guru saya tidak melatih saya sebegitu.
Adalah pendapat saya yang Israel bakal keluar dari sebalik tabir,
dan melancarkan perang besar, saya percaya perang besar itu akan berlaku dalam
masa beberapa bulan lagi, mungkin bulan ini ke atau bulan depan ke
ini adalah untuk mempengaruhi pilihanraya US akan datang.
tapi bila perang mula berlaku, ia akan berlaku dalam sedemikian rupa,
seolah2 menyebabkan rantaian reaksi, lepas satu perang ke perang yang lain.
dan perang ini akan berterusan selama mungkin beberapa tahun sehingga
ianya mencapai kemuncak dengan perang besar yang dahsyat.
yang mungkin melibatkan senjata nuklear.
Rusia dipimpin oleh pemimpin yang amat bijak, saya terpaksa memberi
penghormatan kepada Vladimir Putin malam ini sebab saya sedang menjangkakan
pencerobohan Turki ke atas Syria sekarang ini, oh ya menggunakan alasan
menembak jatuh pesawat udara sebab NATO sedang kecewa, mereka telah membuat
apa saja yang perlu di buat tapi tidak dapat menjatuhkan rejim diSyria.
tapi apa yang Putin lakukan ialah, di Geneva, ada sentuhan hebat diplomasi,
saya sendiripun merupakan pelajar hubungan antarabangsa dan saya dah jadi
diplomat selama 5 tahun, jadi saya tahu sesuatu mengenai diplomasi
dan apa yang dicapainya di Geneva adalah sentuhan hebat diplomasi.
dia telah memberikan kepada Syria peluang untuk bernafas, dengan harapan
agar pertumpahan darah akan berkurangan.
US terpaksa membuat persetujuan dengan Putin, Ya,
itulah kecerdikan diplomasi yang dia memaksa US agar bersetuju dengannya.
Jadi nasihat saya kepada pihak Syria untuk menghentikan pertumpahan darah ini,
dan semua aktiviti pengganas ialah anda kena berterima kasih kepada Rusia,
yang telah menyelamatkan kamu sekurang2nya buat masa ini daripada
pencerobohan tentera Turki.
Pihak Rusia tahu bahawa rejim Syria tak akan dapat bertahan.
Tidak perlu ada pengesahan agama atau pengesahan moral yang terdapatnya rejim yang menindas.
Jadi kamu perlu ada perasaan benci kepada benda lain, Rusia tahu perkara itu.
Jawapan kepada masalah sekarang ialah kepada muslim Syria yang Putin
telah memberikan mereka peluang. dan saya tak nak cakap banyak dan
saya kena berhati2 dengan tutur kata saya.
jadi kamu kena sedar dan faham siapa musuh kamu, selepas ceramah ini
kamu akan sedar bahawa Nabi Muhammad saw telah meramalkan yang kita akan
berpakat dengan Rum, bukan Rum Barat tapi Rum timur.
Jadi kamu kena buat perbezaan semua kumpulan di Syria yang  menentang Zionis di Syria,
dan negara Zionis,Israel dan pakatan Aglo Amerika NATO.
dan semua yang menentang NATO, samada anda pro Assad atau anti Assad,
tak kisah semua itu, kamu mesti semua bergabung dalam konferen perlembagaan,
dan membuat persetujuan supaya dapat bergabung dalam satu pertubuhan
untuk menentang mereka yang di sponsor oleh duit Saudi dan senjata Saudi,
dan duit dan senjata Qatar dan duit dan senjata Turki yang berperang pagi pihak NATO.
dan untuk berperang bagi pihak negara Israel untuk mengubah rejim di Syria,
sebagaimana mereka lakukan keatas Libya.
Penggabungan semua tentera di Syria yang anti NATO,tidak boleh berlaku di Syria,
Mereka akan menghantar pengganas kepada kamu di siang hari untuk letupkan kamu.
jadi Putin harus menawarkan diri, imputasi walaupun melibatkan 1000,2000 atau 3000 org.
Mewakili pihak Syria yang anti Zionis, tak kira samaada kamu pro atau anti Assad.
dan kamu semua kena pergi ke Moscow. Dan diMoscow kamu kena mengadakan
pakatan bukannya pilihanraya, kamu adakan pakatan yang akan membuat perubahan rejim di Syria,
dan kamu akan bersekutu dengan Moscow dan membenarkan tentera kekal bermarkas di Syria.
Jika perkara ini berlaku, ulamak islamlah yang kena mengetuainya dan
dengan air mata kesedihan di hati dan mata saya, saya kena meminta berkali2,
di manakah ulamak Islam?.
jadi malhamah ini akan berlaku dalam berperingkat  yang pada kemuncaknya,
akan berlaku perang Nuklear yang akan menjadi perang paling besar.
Bagaimanakah keadaan paras tasik Galilee?
ianya semakin surut, paras air di tasik Galilee menjadi kayu ukur
yang akan menentukan bila, berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk
kembalinya Nabi Isa as.
sebab hadis dalam sahih Muslim sebab pada mulanya yakjuj dan makjuj akan
melalui tasik Galilee untuk minum air ini dan berkata dulu ada air di sini.
soalannya adakah dibenarkan untuk orang Islam untuk bersekutu dengan bukan Islam?
Adakah dibenarkan? Atau adakah kita dibenarkan untuk bersekutu dengan muslim sahaja?
Kita kena membezakan perkataan 'khunna' yang maknanya 'genjatan senjata'
'genjatan senjata sementara dari berperang' ianya perjanjian Hudaibiyah. Hudaibiyah bukannya
perjanjian perdamaian. Perjanjian perdamaian ialah 'sulhah'
Hudaibiyah bukannya 'sulhah'. hudaibiyah merupakan 'khunna'
genjatan senjata selama 10 tahun. kamu tak buat perjanjian perdamaian selama 10tahun.
Allah tidak melarang kamu dengan mengadakan pertalian persahabatan,
pada bahagian akhir surah Mumtahanah.
Ianya tidak dilarang dari mengadakan pertalian persahabatan dan
mengadakan pakatan dengan mereka yang tidak bermusuhan, yang tidak menyerang kita,
yang tidak mengusir dari kampung halaman kita, yang bukan penyerang,
tapi bila kamu berpakat dengan mereka, dalam ayat pertama surah Al Maidah,
bila kamu berjanji kamu mesti tepatinya.
dalam Surah Al Maidah, adalah dilarang berpakat dengan kaum Yahudi dan Kristian
yang mereka sesama mereka bersahabat.
dan tidak dilarang untuk berpakat dengan Yahudi dan Kristian yang lain.
Apakah sifat tentera Islam dalam malhamah itu.
Nabi Muhammad saw berkata bahawa 'Mereka merupakan manusia yang terbaik
di dunia diantara semua manusia di dunia pada masa itu.
Dan dari yang terbaik itu 1/3 dari mereka akan melarikan diri.
1/3 dari tentera itu akan melarikan diri dan Allah tak akan menerima taubat mereka.
jadi kita tidak tahu tentera macamana yang akan ada, tapi ini adalah instruktif,
apa yang kita tahu yang ianya tidak mungkin tentera yang termasuk mereka
yang bersekutu dengan musuh sebagaimana di Libya dan di Syria.
saya katakan yang malhamah akan berlaku antara dua pihak yang terkuat di dunia,
pihak Rusia dan pihak Amerika. Tapi mereka yang berada di tangah kedua2 pihak
tidak akan musnah oleh perang nuklear kerana mereka telah membuat
pertahanan bawah tanah.
jadi bila perang Nuklear bermula mereka masuk bawah tanah untuk menyelamatkan diri.
Mereka tahu apa yang akan berlaku. mereka yang berada di permukaan bumi
dan tidak ada bandar bawah tanah untuk dituju, merekalah yang akan pupus.
Tapi jika dia seorang muslim, yang beriman teguh dalam hatinya dan jika
Allah telah mentakdirkan ajalnya, maka tiada apa yang dapat menghalangnya.
Tapi jika ajalnya belum datang, mereka akan selamat.
Mereka yang tidak berpegang teguh pada Islam, selamat tinggal.
jadi ianya tidak penting bagi kita jika kita kena mati kerana kita
percaya yang kita tidak akan mati jika Allah tidak menentukannya.
Saya percaya yang Zionis memang mahukan malhamah itu. Kerana mereka mahu
mengurangkan populasi penduduk manusia didunia ini.
Israel tidak dapat memerintah dunia dalam keadaan sekarang.
Tapi jika ada kekurangan pada jumlah penduduk dunia, jadi baki yang tinggal
akan memudahkan pihak Zionis untuk menanganinya.
saya percaya sekarang ini kebanyakan manusia hidup di atas dunia ini,
akan terselamat dari malhamah itu.
diantara malhamah dan dukhan.
ya saya dah berikan pendapat saya dan mungkin saya boleh jadi salah.
tapi saya beri pendapat saya yang ad dukhan merupakan asap yang berbentuk cendawan
yang berpunca dari ribuan senjata nuklear.
jadi dukhan akan berlaku serentak dengan malhamah
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...