Friday, 11 January 2013

Pesanan Kepada Para Ulamak oleh Syeikh Imran Hosein (embed Malay sub)




[ Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e ]
Oh Tuhanku, inilah hadis yang akan membuatkan kamu menangis.
[ Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com ]
Dan saya mengkaji hadis ini 2 minggu yang lalu. Rasulullah saw bersabda
[ Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com ]
'Ada sesuatu yang saya risaukan terhadap umatku, lebih daripada Dajjal'.
Apakah dia? Mengenai Dajjal baginda katakan, fitnah yang paling besar
yang umat manusia akan alami sejak dari nabi Adam as sehinggalah ke hari kiamat,
merupakan fitnah Dajjal. Tapi dalam hadis ini baginda katakan , 'sesuatu
yang saya risaukan terhadap umat saya, lebih lagi dari Dajjal, dan Abu Zar ra menjadi takut,
hadis itu adalah dari Muslim dan Imam Ahmad, mengikut catatan di sini, saya ada teksnya di rumah.
Abu Zar ra menjadi takut, dan dia bertanya, 'wahai Rasululah, apakah perkara yang
anda lebih risaukan daripada Dajjal terhadap umatmu' kemudian Rasulullah saw
menjawab, 'imam yang tersalah jalan (ulamak yang tersalah jalan), inilah yang saya risaukan
terhadap umat saya, lebih dari kerisauan saya terhadap Dajjal'.
Soalan: bolehkah anda menerangkan bagaimana untuk kita hormati ulamak
yang tersalah jalan dan bagaimana caranya kita melindungi diri kita dari dipesongkan
oleh mereka?. No 1, bagi ulamak Islam untuk menyelamatkan diri dari
perangkap Dajjal, dia mestilah mengikut jejak langkah nabi Khidr as.
Jadi tolong rujuk balik ceramah saya yang saya sampaikan 1 minggu yang
lepas, mengenai Khidr dan akhir zaman. Kamu mungkin mempunyai hati yang ikhlas,
tapi tetap menjadi terpesong. Seseorang yang bangun pada waktu pagi dengan
keimanan dalam hatinya, pada akhir zaman, bila malam menjelma, imannya
akan tercabut darinya. Lelaki yang tidur pada malam hari dengan keimanan
dalam hatinya, akan hilang keimanannya bila pagi menjelma, sabda Rasulullah saw.
Bila anda perhatikan Khidr as, kamu dapat, yang pertama sekali ialah kaedah.
Islam protestan tidak akan dapat menangani akhir zaman. Tidak!
Biar saya kongsikan dengan kamu apa yang saya pelajari hari ini.
Begitulah cara ilmu datang, sedikit demi sedikit. Semalam, kami adakan
zikir mingguan di pangsapuri saya, dan kami membaca surah Al Kahfi,
sebab Rasulullah saw bersabda 'bacalah surah Al Kahfi pada hari jumaat,
kamu akan mendapat nur dari langit hingga ke bumi dan nur itu kekal
bersama kamu hinggalah hari jumaat yang ke seterusnya. Dan membaca
10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi untuk
perlindungan dari fitnah Dajjal. Jadi kamu mungkin mahu melakukannya,
bacalah surah Al Kahfi setiap Jumaat. Setelah kami selesai membacanya,
saya biasanya memberikan sedikit tazkirah dan semalam saya memberikan
tazkirah mengenai beberapa ayat mengenai pemuda yang ada dalam gua.
Dan Allah nyatakan dalam quran, 'dan mereka akan katakan' siapakah
mereka itu? 'Mereka akan katakan yang jumlah pemuda itu adalah tiga
orang, dan anjingnya yang ke empat. Tiga orang pemuda di gua.
Dan mereka akan teruskan tekaan mereka. Mereka akan berkata, tidak,
ada 5 orang dan anjingnya yang ke 6. dan mereka akan meneruskan
tekaan mereka. Mereka adalah 7 orang dan anjingnya yang ke 8.
Dalam proses itu Allah swt menekankan akan kaedah mereka. Dalam
mengkaji, mereka telah meninggalkan kaedah yang betul.
Mereka inilah golongan yang menekankan kepada hampas/sekam padi
dan tidak memberi perhatian kepada biji beras itu.
Bila kamu masak beras, ianya di panggil nasi. Apa yang belum
di masak di panggil beras. Betulkah? Ada sekam dan ada biji beras.
Mengikut kaedah yang betul, ialah tidak memberi sepenuh perhatian
kepada sekam padi, tapi sepatutnya memberi perhatian kepada biji beras.
Dan jangan biarkan sekam padi mengalihkan perhatian kamu.
Itulah kaedah yang betul. Jadi Dajjal letak semua sekam pada
di muka kamu dan mengaburkan pandangan kamu. Dan kamu tersepit di situ.
Sedangkan kamu telah meninggalkan intipati utama cerita tersebut.
Kaedah yang salah ini telah berlaku sekarang ini. Inilah Islam protestan.
Merekalah yang asyik mengkritik saya setiap hari. Dan hari ini bahkan
mereka mentertawakan saya, semoga Allah mengampunkan saudara kita ini.
Bukan itu caranya. Jika saya membuat kritikan ke atas kaedah kamu,
saya melakukannya dengan penuh hormat. Saya tidak lakukannya dengan
cara yang tidak elok. Saya bukannya ingin menyakitkan hati kamu.
Saya bukannya menjatuhkan maruah kamu. Ini merupakan lapangan pertempuran
ilmu pengetahuan. Jika kita memberi berbagai pendapat, kita semua dapat
manafaatnya. Saya akan dapat faedah dan kamu juga akan dapat faedahnya.
Dan saya menyelami kaedah yang kamu gunakan dan saya dapati kaedah kamu
adalah salah. Kaedah yang kamu gunakan tidak akan dapat membawa kamu
kepada ilmu akhir zaman. Untuk memahami dunia hari ini. Bagaimana
kita dapat mengenali ulamak yang telah tersalah jalan. Inilah dia.
Usaha kerohanian adalah merupakan punca dapatnya nur. Jika kamu
menjalani usaha kerohanian, maka Allah akan memilih kamu untuk di beri nur
tapi kamu kena berusaha kerana kamu akan dapati orang yang paling
berilmu di tempat dimana 2 lautan bertemu. Dan diapakah dua lautan
itu? Dua lautan itu ialah lautan ilmu pengetahuan yang ditimba secara
luaran, kamu kena belajar politik, kamu kena belajar politik antarabangsa,
kamu kena belajar sejarah, kamu kena belajar ekonomi, kamu kena belajar
ekonomi antarabangsa, kamu kena belajar ekonomi kewangan antarabangsa,
kamu kena belajar perbandingan agama, kamu kena belajar sains,
filosofi sains, filosofi sejarah. Semua perkara ini adalah lautan ilmu yang
didapati secara luaran, jika kamu tak tanam maka kamu tak akan dapat hasilnya.
Dan ada lautan ilmu yang didapati secara spiritual/dalaman.
Allah akan memberikan nurNya kepada sesiapa yang Allah mahu.
Kemudian sampai kepada satu perkara yang amat sukar iaitu membawa
kedua lautan ilmu ini bersama, bersepadu sehingga ianya menjadi sebati
dan harmoni. Kamu perlukan seorang pakar untuk melakukan perkara itu.
Dan itulah guru yang saya ada. Semoga Allah merahmatinya. Maulana
Dr. Mohd. Fadlurahman al Ansari rhma. Yang telah meninggal dunia di Karachi,
Pakistan dan di semadikan disana. Dialah guru saya. Dangan sebab saya
dapat cara penggabungan ilmu itu dari dialah, maka saya dapat membuat
perkara yang saya lakukan, yang tak seberapa sekarang ini.
Tapi saya berdoa agar Allah akan membimbing murid saya.
Di seluruh dunia. Imran Hosein bukanlah seorang yang penting.
Namanya tidak penting, misinyalah yang amat penting. Ilmu pengetahuan ini
adalah penting, perjuangan ini adalah penting. Seorang meninggal,
seorang yang lain akan menggantikannya. Saya berdoa kepada Allah semoga
merahmati, orang yang akan menjadi ulamak Islam akan datang yang mana
semua umat Islam boleh banggakan dan bukannya imam yang tersalah jalan,
yang mana Rasulullah saw katakan bahawa 'saya risau, saya risaukan
imam yang tersalah jalan ini lebih dari pada saya risaukan Dajjal terhadap
umat saya.'
[ Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e ]
[ Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...