Friday, 4 January 2013

Pax Islamika dan Konsep Pemerintahan Islam oleh Syeikh Imran Hosein



Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
Nabi Muhammad saw bersabda kepada kita mengenai Dajjal, Al Masih yang palsu,
dan baginda memberi penerangan kepada kita supaya kita dapat mengenali
yang Dajjal mempunyai phD dalam bercakap bohong.
Baginda memberitahu kita yang Dajjal akan datang dengan sungai dan api.
Tapi sungainya adalah api dan apinya adalah merupakan air sungai yang sejuk.
Dan sesiapa sahaja yang jatuh dalam sungainya akan bertambahlah dosanya.
Dan sesiapa sahaja yang jatuh dalam apinya, maka akan berkuranganlah dosanya.
Memberi maksud dalam zaman Dajjal ini, sesuatu perkara itu bukanlah
sepertimana yang nampak di mata.
Bila kebenaran dinampakkan seperti kebatilan dan kebatilan akan
dinampakkan seolah2 seperti kebenaran.
Di Shah Alam kamu semua sudah sedar apa yang New Straits Times tidak akan
beritahu kamu bahawa ada 3 jenis kebohongan dalam dunia Dajjal.
Jadi kenapa anda tidak menerangkannya kepada nst?
Bahawa mereka sebenarnya berbohong contohnya mengenai peristiwa 9/11
jika anda buka universiti CNN, lagi satu ialah universiti Al Jazeera,
maka kamu akan dengar kebohongannya.
Dan bila Islam mengambil alih kerajaan dan bila Islam menjadi satu
kuasa di dunia, pihak Dajjal akan berkata, 'mereka(orang Islam) mahu
memerintah dunia', 'mereka nak mewajibkan dan memaksa Islam
kepada seluruh penduduk dunia, jadi kita kena menyelamatkan dunia ini.'
daripada Islam yang jahat'. Inilah yang akan dikatakan oleh universiti
CNN dan al Jazeera.
Jadi kita patut membasuh lumpur ini.
Kebenaran akan datang dan kebatilan akan dikalahkan.
Setiap kali hujan turun, lumpur kebatilan akan dibersihkan.
Beritahu CNN untuk saya. Jadi malam ini kita mahu bersihkan
semua lumpur itu supaya seluruh dunia dapat mendengar bahawa
inilah konsep pemerintahan dunia.
Adalkah kita akan lakukan apa yang Zionis akan lakukan?
Adakah kita akan memerintah dunia dari Jerusalem di hujung pedang
berdarah Zionis. Adakah kita akan memulakan perang yang tak berkesudahan?
Terhadap seluruh umat manusia? Supaya Israel boleh memerintah dunia?
Itu bukan misi kita. Itu adalah misi mereka.
Merekalah yang mahu mengenakan pemerintahan mereka keatas manusia sejagat.
Kita namakannya pax Judaika dan sebab itulah mereka ingin menjatuhkan
negara Amerika pada kali ini. Supaya pax Amerikana akan pergi,
dan pax Judaika akan mengambil alih. Dan Israel akan memerintah dunia.
Tapi kamu dan saya tahu yang Rusia tidak akan tunduk pada Israel.
Dan kamu dan saya tahu yang orang China di Singapura akan pergi
dan mencium kaki Israel. Bukan negara China, tidak!
Jadi kamu dan saya tahu akan ada penentangan bila Israel memerintah dunia.
Kamu dan saya tahu yang memerintah orang Islam, kamu tahu di mana,
saya tak perlu beritahu kamu, tapi Rusia dan China tidak akan tunduk
dan menyerah  kepada Israel.
Tapi Nabi Muhammad saw bersabda bahawa pada akhir zaman, orang Islam
akan membuat pakatan dengan Rum, kamu semua sudah tahu kan.
Bila kamu mahu tahu siapa itu Rum, kamu kena kembali kepada Quran.
Sebab perkataan Rum itu ada dalam Quran dan bila kamu dah melakukannya,
jawapannya adalah jelas dan terang.
Arab Saudi tidak boleh mengubahnya, Qatar tidak dapat mengubahnya,
pihak Zionis di Arab Saudi tidak dapat mengubahnya, pihak Zionis
di Qatar tidak dapat mengubahnya. Tidak!
Jawapannya ialah Rum adalah Byzantine atau empayar Kristian timur,
yang pernah beribu pejabat di Konstantinopel yang di panggil Istanbul sekarang.
Kamu tidak boleh mengubahnya. Rum bukanlah Kristian Eropah barat.
Pihak Anglo Amerika, Judeo Kristian, atau dipanggil NATO sebagai tentera
bersenjatanya. Itu bukanlah Rum!
Bila orang Islam menakluk Konstantinopel, ketua gereja Kristian, yang
dipanggil pahlawan, sebelum pope, ia adalah 'patriot'/pahlawan,
merekalah yang membuat pengisytiharan yang ibu pejabatnya berpindah
ke Moscow, Rusia.
Jadi buatlah apa yang kamu mahu buat, kamu tidak akan terlepas darinya.
Rum hari ini adalah Rusia atau juga dipanggil Eropah timur. Itulah Rum.
Sama ada kamu menyukainya atau tidak ianya tak berkaitan.
Rasulullah saw telah membuat ramalan, dia berkata yang kamu
akan membuat pakatan dengan Rum. Pakatan itu sebenarnya telahpun berlaku.
Saya tak pasti yang kerajaan Malaysia sedar mengenai perkara ini atau tidak.
Iran telahpun berpakat dengan Rum, dengan Rusia. Dan Pakistan pun
sedang menuju ke arah yang sama.
Jika Iran diserang oleh Zionis, akan berlaku perang saudara di Turki.
Sebab kerajaan Turki akan bertindak bagi pihak NATO dan orang2
Turki tidak menyukainya. Turki memainkan peranan yang amat jahat
dalam mengambil alih Libya. Turki memainkan peranan yang amat jahat
dalam membantu NATO untuk mengambil alih Syria.
Dan rakyat Turki Islam tidak menyukainya. Jadi akan berlaku perang saudara
di Turki. Perang saudara itu akan memyebabkan berlakunya penaklukan
kota Konstantinopel, sebagaimana dalam hadis itu.
Sabda Nabi Muhammad saw, di akhir zaman dan bila perang saudara
di Turki berjaya mengusir NATO dari negaranya tentera negara Rum juga
akan berada di Turki, pada masa itu Arab Saudi akan mendedahkan pakatan
dengan Zionis. Oleh kerana inilah perkara yang nampaknya akan berlaku,
pakatan dengan Rum. Malam ini ulamak Islam akan bercakap dari Malaysia
akan menerangkan kepada pemimpin Rusia dan ilmuan Rusia akan
menerangkan kepada pemimpin China dan ilmuan China akan menerangkan
pada Greece di Eropah timur dan untuk menerangkan kepada paderi,
apa konsep Islam dalam pemerintahan dunia.
Supaya mereka tidak akan ditipu oleh apa yang datang dari universiti
CNN dan al Jazeera.
Mereka tentu merasa terkejut mengenai hadis ini bila Putin mendengar
mengenainya, ketua Rusia sebab banyak kerajaan Islam, mereka
menari ikut setiap rentak yang dimainkan oleh Washington.
Dan mereka mengisytiharkan, parti politik yang menjadi parti
pemerintah mereka mengisytiharkan persaudaraan mereka dengan Amerika
dan juga Britain dan NATO. Jadi hari ini kita akan merujuk Quran,
untuk memberitahu kepada pemerintah Rusia dan China mengenai
apa Quran katakan mengenai mereka yang berkawan dengan NATO,
yang bersengkongkol dengan NATO untuk mengambil alih Libya.
Supaya Libya akan menjadi negara Zionis.
Yang bersengkongkol dengan NATO untuk mengambl alih Syria,
supaya Syria juga dapat menjadi negara Zionis.
Apa yang Quran telah katakan mengenai mereka.
Saya rasa ianya akan memberi faedah kepada Rusia dan China
untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Quran.
Saya rasa kerajaan kita tak kisahpun mengenai Quran.
Saya rasa tak begitu. Dalam surah Al Maidah, Allah swt berfirman,
'wahai orang2 yang beriman, jangan mengambil Yahudi dan Kristian,
sebagai kawan dan sekutu kamu'. Adakah Allah swt bercakap mengenai semua Yahudi
dan Kristian? Tidak! Itu merupakan kaedah yang salah,
untuk mengambil satu ayat Al-Quran secara terasing.
Bila kamu mengkaji keseluruhan Al-Quran ianya jelas dan terang
Allah swt tidak bercakap mengenai semua Yahudi dan Kristian,
jadi Kristian dan Yahudi mana yang kita tak boleh berkawan
dan bersekutu? Jawapannya ada pada ayat yang seterusnya.
Maknanya, 'jangan mengambil Yahudi dan Kristian,
sebagai kawan dan sekutu kamu', yang mereka sesama mereka
adalah kawan dan sekutu. Quran sedang mengjangkakan
yang akan tiba masanya akan berlaku perdamaian dengan
sesetengah Yahudi dan Kristian. Dan akan muncul pakatan
persaudaraan Yahudi dan Kristian. Bila perkara itu berlaku.
Yahudi dan Kristian itulah, bukannya jIran Yahudi sebelah rumah
kamu atau jIran Kristian sebelah Rumah kamu, ianya ialah pakatan
Judeo Kristian. Semua orang Islam dilarang dari mengadakan sebarang
ikatan perhubungan dengan pakatan itu.
Pakatan Judeo Kristian itu telah wujud hari ini dan kita kenalinya
sebagai pergerakan Zionis dan ianya nampak sedang menguasai
dunia bagi pihak Israel.
Quran berkata, jangan berkawan dan bersekutu dengan pakatan
Judeo Kristian. Apakah balasan yang akan di dapati, jika kita
buat sebagaimana yang Arab Saudi lakukan? Bukannya rakyat Arab Saudi,
kerajaannya. Sebab rakyat Arab Saudi sedang membuka mata mereka,
dan mereka langsung tidak menyukai kerajaan mereka.
Apakah hukuman yang kamu akan dapat, saya mahu pihak Rusia mendengarnya.
Saya mahu pihak China mendengarnya, apakah hukuman yang muslim akan dapat
sesiapa yang menyokong NATO, Judeo Kristian, Anglo Amerika, pakatan Zionis.
Quran beritahu, sesiapa yang berpaling kepada mereka, untuk
berkawan dan bersekutu dengan mereka, seperti mana yang dilakukan
oleh Arab Saudi, Qatar dan lain2 lagi, kamu sekarang menjadi
sebahagian dari mereka, kamu telah hilang keIslaman kamu.
Sesungguhnya Allah swt tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang
di lambangkan sebagai zalim, penindas, jahat. Inilah Quran.
Jika penafsIran Quran saya salah datanglah dan beritahu saya.
Beritahu saya yang saya salah. Tiada siapa yang pernah lakukan
perkara itu setakat ini.
Jadi pihak Rusia dan China kena tahu yang bila anda merujuk
pada Quran dan Nabi Muhammad saw, mereka akan tahu apa itu Islam.
Inilah Islam yang akan berpakat dengan Rum bukan yang bersekutu dengan NATO,
bahkan Nabi Muhammad saw dah meramalkan kemusnahan mereka.
Pada pemahaman saya dan Allah swtlah yang paling mengetahui bahawa
kebangkitan bangsa Arab akan membawa kepada penyembelihan kaum Arab.
Ketamadunan moden barat yang sekarang ini sedang dirampas oleh Zionis,
telah memberikan kepada dunia konsep pemerintahan antarabangsa.
Dengan pax Britanika, mungkin ramai dari kamu sudahpun membaca buku saya,
Jerusalem dalam Quran, belum lagi? Kita ada dalam BM sekarang di luar.
Jadi kamu tiada alasan lagi.
Mereka memberikan pada kita pax britanika, kemudian dia memberikan kita
pax Amerikana yang mana kita sekarang ini berada.
Itulah konsep mereka mengenai pemerintahan antArabangsa mereka
yang mana ada kamu ada satu negara yang memerintah dunia menggunakan
apa cara sekalipun. Jadi Britain telah menjadi negara pemerintah.
Kemudian USA berjaya mengalahkan Britain dan menjadi negara
pemerintah dunia yang ke seterusnya. Dan tiada siapa yang dapat
mencabarnya.
Adakah Islam ada konsep yang semata2 mahu memerintah dunia?
Adakah apa2 dalam Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw,
yang membawa kita kepada konklusi/kesimpulan yang orang Islam
mahu memerintah dunia?
Yang orang Islam mahu memaksa negara lain mengamalkan sistem
politik dan ekonomi Islam ke seluruh dunia?
Jadi dengan cara yang sama London jadi ibu negara dunia,
kemudian Washington pula menjadi ibu negara dunia jadi
suatu hari nanti Mekah akan menjadi ibu negara dunia?
Tidak! Bukan itu cara Islam. Kalau kamu dengar CNN dan al Jazeera
kamu akan dapat tahu benda itu.
Pertama sekali, Islam merupakan satu agama dan ianya dibina
berdasarkan kepercayaan. Percaya kepada Allah swt sebagai tuhan yang satu.
Dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruhnya. Itulah Islam.
Dan Allah swt memberitahu di dalam Quran dan saya mahu Rusia dan  China
untuk mengambil perhatian, yang Allah swt berfirman dalam Quran,
surah al baqarah, surah ke dua, yang ianya tidak ada paksaan,
dalam agama. Quran merupakan satu kekuasaan tertinggi dalam Islam,
dan bukannya seorang mufti di Arab Saudi.
Jadi Islam tidak dapat dipaksakan diluar kemahuan seseorang.
Jadi kita tidak boleh membina kekuasaan Islam ke atas manusia sejagat.
Bila kita tidak dibenarkan untuk memaksa kepercayaan kepada Islam
terhadap mana2 manusia sekalipun.
Dalam surah al Kahfi, Allah swt menerangkan dengan lebih indah lagi,
'katakan kepada mereka, yang kebenaran telah datang dari tuhan kamu,
dan semua manusia ada kebebasan untuk memilih.
Kamu boleh pilih untuk menerimanya atau menolaknya dan bila
anada membuat keputusan untuk menolaknya, kami menghormati
keputusan kamu'. Adakah ini berbunyi macam orang yang mahu memerintah dunia?
Tidak sama sekali! Islam juga tidak membenarkan perang sebagai
cara untuk menyebarkan Islam di dunia ini.
Yang kita melakukan peperangan yang berterusan, kita melancarkan
pengkalan tentera Islam, kamu tahu macam pengkalan tentera Amerika,
mereka ada 1000 pengkalan tentera diseluruh dunia.
Adakah kita dibenarkan melancarkan perang dan menceroboh?
Sebagaimana yang mereka telah lakukan terhadap Afghanistan?
Sebagaimana yang mereka telah lakukan terhadap Iraq?
Sebagaimana yang mereka mahu lakukan terhadap Iran, Iran tak pernah
menyerang USA. Tidak! Negara mana yang telah Iran serang?
Tapi mereka mahu menyerang Iran. Ini merupakan pencerobohan
yang terang dan jelas. Dan Allah swt melarang kamu dari melakukan
apa yang telah mereka lakukan. Untuk menubuhkan pemerintahan
British dan Amerika dan Israel ke atas dunia di atas pertumpahan
darah menggunakan pedang Zionis.
Apa sebenarnya yang Islam mahukan daripada dunia?
Mari kita mulakan dengan surah al A'raf yang mana Allah swt berfirman,
'dan Musa as berkata kepada umatnya, dapatkan pertolongan daripada
Allah swt, bersabarlah, dunia ini adalah milik Allah swt'.
Dunia ini bukan untuk di kawal dari Washington atau dari London,
atau dari Jerusalem. Dunia ini dikawal dari atas, sebab dunia
ini adalah milik Allah swt. Oleh sebab dunia ini milik Allah swt,
kita tanya Allah swt apa yang Dia mahu dilakukan pada dunia ini.
Dan Allah swt berfirman, dalam surah Yunus,
dan Allah swt mahukan penubuhan 'darussalam' dunia 'salam'/selamat.
Itulah yang Dia mahukan. Apakah dia salam.
Salam bukan sahaja bermaksud aman/damai, salam juga bermaksud keselamatan
sesuatu yang mereka tiada di Guatanamo sekarang ini.
Salam adalah keamanan dan keselamatan dan salam juga maknanya
mengusir kejahatan. Inilah surah Yunus. Jadi tidak akan ada
keamanan dengan dunia ini melainkan ada keadilan.
Dan kerana Allah swt mahu kita menubuhkan keamanan di dunia ini,
adalah perlu untuk memastikan bahawa ada keadilan di dunia ini.
Dengarlah firman Allah swt, ini merupakan surah al Maidah,
wahai orang2 yang beriman, bersabarlah dalam kesetiaan kamu
kepada Allah swt, jadilah saksi kepada kebenaran dalam semua perbuatan,
semua keadilan dan janganlah kebencian kapa kepada seseorang
membuatkan kamu berdosa kerana menyeleweng dari berlaku adil.
Berlaku adillah, kata Allah swt. Ini adalah hampir kepada taqwa.
Dan sentiasa ingat yang Allah swt mengetahui apa yang kamu lakukan.
Jadi Islam menubuhkan garis panduan untuk keadilan yang mana
tidak bergoyah dan tidak pilih kasih. Keadilan untuk seseorang
dan keadilan untuk semua dan bukan hanya keadilan untuk orang melayu
sahaja. Dan tidak adil buat orang lain.
Kamu ada Zionis, mereka mahukan keadilan kepada Zionis dan ketidak adilan
kepada yang lain. Apalah yang mengarut ni.
Dengarlah ayat ini dari surah an Nisa',
Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang menegakkan keadilan,
menjadi saksi kerana Allah swt sekalipun terhadap diri sendiri atau ibu bapa
dan kaum keluarga kamu. Jika dia kaya atau miskin, maka Allah swt lebih dekat
dengan keduanya (Allah swt lebih penting). Lantaran itu janganlah kamu menurut
hawa nafsu (yang menyebabkan) kamu berpaling (tidak berlaku adil).
Sesungguhnya Allah swt itu al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan.
Allah swt berfirman lagi dalam surah al Maidah, yang bermakna
walaupun kamu membunuh seorang manusia secara tidak adil,
ianya sama seperti kamu membunuh keseluruhan manusia dan jika
kamu telah menyelamatkan satu nyawa dari ketidak adilan,
ianya sama seperti kamu telah menyelamatkan semua manusia.
Jadi Islam telah menubuhkan standard/garis panduan kepada
keadilan yang mutlak untuk mengadakan keamanan di atas dunia ini.
Jadi kami tidak mahu jadi negara yang memerintah, tidak!
Kita tidak mahu memerintah dunia. Tidak! Kami hanya mahu dunia
yang aman dan selamat yang mana keadilan akan dilaksanakan.
Jadi bila sahaja orang Islam menawan sesuatu daerah, mereka
ada tanggungjawab dalam daerah itu untuk melaksanakan perintah dan undang2 Allah swt.
Dalam daerah itu. Jadi perintah dan undang2 Allah swt adalah kuasa
yang tertinggi, itulah yang dipanggil... saya nak tahu jika anda ada
perkataan atas perkataan, mungkin datuk anda tahu mengenainya,
sebab kamu tak tahu mengenainya. Kamu sekarang ada sesuatu yang
dinamakan Darul Islam, saya nak tahu jika ikhwanul muslimun di mesir,
masuk dalam pilihanraya?, mengambil alih kerajaan di mesir.
Saya nak tahu samada mereka pernah dengar pasal Darul Islam?
Saya ada pergi ke kelantan, yang juga masuk pilihanraya, samada
mereka pernah dengar sesuatu yang dipanggil Darul Islam.
Bila kamu menguasai sesuatu daerah, muslim, kamu menubuhkan
agama Allah swt di dalam kawasan itu. Allahlah yang menjadi kuasa tertinggi
undang2Nya juga yang tertinggi dalam kawasan itu.
Dialah yang berdaulat. Itulah yang dinamakan Darul Islam.
Dunia barat telah memusnahkannya, Zionis memusnahkannya,
dan mereka menggantikan dengan sesuatu yang lain,
kerajaan sekular yang menyatakan yang Allah swt tidak lagi sebagai
al Malik/raja dan Dia tidak berdaulat hanya negara itu yang berdaulat.
Undang2 Allah swt tidak lagi merupakan undang2 yang tertinggi,
Dia bukan lagi yang mencipta hukum, undang2 negara itu sekarang
ini yang berkuasa. Kuasa Allah swt tidak lagi jadi yang tertinggi,
kekuasaan negara dan parliment yang menjadi kuasa tertinggi.
Ini adalah syirik. Seorang budak sekolahpun tahu yang ini adalah syirik
inilah yang mereka gunakan untuk menggantikan apa yang Allah swt berikan
pada kita. Filosofi politik, yang mana bila kita mengambil
alih sesuatu kawasan, kita lakukan dengan nama Allah swt yang di berkati.
Dan kita akan tubuhkan satu dominasi keamanan dan keselamatan
dan keadilan dalam kawasan itu. Itulah yang dinamakan Darul Islam.
Adakah kita ada pilihanraya? Seorang lelaki satu undi, seorang wanita satu undi?
Dalam Darul Islam, kita tidak mengakui secara individu dari
sebuah negara. Tidak!. kerana Allah swt tidak mencipta kita sebagai
seorang individu sahaja.
Filosofi barat mengatakan bahawa kita adalah seorang individu.
Sebuah negara mengandungi individu2 tersendiri, jadi seorang individu
mestilah mengundi. Seorang lelaki satu undi, seorang wanita satu undi.
Tapi itu bukan cara Islam. Firman Allah swt dalam Quran,
dan sebab inilah sistem politik kita lebih stabil, lebih stabil untuk 1000
tahun. 'Tentu sahaja kami ciptakan kamu dari seorang lelaki
dan seorang perempuan' surah al Hujurat. 'Kemudian kami tetapkan
kewujudan sebuah negara dan puak2.' yang mana perbezaan antara
negara dan puak mewujudkan keperbagaian kaum bukan untuk
mereka boleh  menjadi bermusuhan antara satu sama lain, bersaing
antara satu sama lain, dan mewujudkan permusuhan kaum. Yang mana kaum Melayu
lagi bagus dari kaum Cina atau kaum Cina lagi bagus dari kaum Melayu.
Semua itu mengarut! Tidak! Keunggulan bukan berpunca dari perkara kaum
kamu. Itu mengarut! Beritahu mereka, ianya mengarut! Itu tiada dalam Islam.
Keunggulan/kelebihan yang membezakan mereka adalah berdasarkan taqwa.
Jadi dalam sistem politik kita, sesebuah negara bukanlah berdasarkan
keinginan individu sebagaimana yang mereka ada dalam sistem barat mereka
tapi dalam sistem politik berdasarkan dari berlainan kaum dan kumpulan,
dan masyarakat. Dan kita tidak ada pilihanraya. Sirkis yang mereka namakannya
sebagai pilihanraya yang mana kamu boleh membeli orang dan menjualnya.
Dan kamu boleh membasuh minda mereka dengan tv, dan kamu boleh melakukan
berbagai perkara untuk memenangi pilihan raya itu.
Dalam sistem politik kita, kaum itu akan mengadakan perundingan
sesama mereka dan kumpulan itu akan mengenalpasti siapakah antara mereka
yang paling bijaksana, yang mempunyai pengalaman paling banyak,
jadi kaum itu akan melantik presiden. Jadi setiap kaum akan membuat
perundingan mereka sendiri, masyarakat itu akan membuat perundingan
mereka sendiri dan daripada majlis syura itulah akan lahirnya satu
persetujuan. Jadi kita ada satu sistem politik yang dapat melahirkan
satu kestabilan dan ianya boleh merangkumi beribu2 batu dan
merangkum berbagai kaum manusia tapi ianya berfungsi dengan aman.
Ianya dinamakan khilafah. Inilah sistem politik kita.
Jadi kita bukanlah sibodoh yang membuat undi untuk sistem politik
yang datang dari Dajjal.
Kita adalah orang yang sedang menunggu2 kewujudan khilafah dan
kewujudan Darul Islam.
Tapi kamu tidak akan dapat mewujudkan dunia yang stabil melainkan
Darul Islam, sekarang kita menghubungi semua orang di dunia ini,
kita menghubungi Rusia dan pemerintah China dan kita katakan kepada
mereka yang inilah pegangan kita. Kita tak nak memerintah kamu.
Tidak!. kita mahu, kamu dan kita semua bersetuju yang kita semua
mahu dunia yang aman, selamat dan dapat menjauhi sebarang kuasa jahat.
bila rusia berkata 'itulah juga apa yang kami mahukan', jadi
kita dan orang muslim boleh berurusan dan pihak China berkata,
'itulah juga apa yang kami mahukan, kita tidak mahu memaksa
pemerintahan China ke atas seluruh dunia, tidak!. kami juga
mahukan dunia yang aman dan keselamatan dan keadilan.
dan darul islam akan berkata kepada rusia, 'kalau macam itu
mari kita tuliskan satu persetujuan dan kontrak bertulis itu,
atau perjanjian bertulis itu di antara Darul Islam dan Rusia,
sekarang di kenali sebagai sebuah kontrak. Dan bila kita membuat
kontrak ini dengan China, Rusia dan seluruh dunia, kita sekarang
telah menubuhkan satu kumpulan baru. Sekarang ini kita adalah Darul Islam
dan mereka adalah Darul 'ahd/kontrak'. Jadi Darul Islam dan Darul 'ahd/kontrak'
akan bergabung dan berkerja sama untuk mewujudkan dunia yang aman.
Tapi Allah swt berfirman dalam Quran, dalam surah al Maidah,
wahai orang2 yang beriman, bila kamu membuat kontrak atau
persetujuan, bila kamu berjanji kamu kena tunaikan janji kamu.
Jadi pemerintahan antarabangsa yang kita akan bina, akan menjadi
kekuasaan antarabangsa dan bukannya sebuah kerajaan dunia.
Dan bukan persatuan bangsa2 bersatu/UN yang mempunyai majlis keselamatan/
security council yang mempunyai piagam bangsa2 bersatu.
Tidak! Pemerintahan dunia kita akan menjadi di mana akan ada
kontrak dua hala antara Darul Islam dengan semua kawasan lain,
yang berkata 'kami juga mahu melakukan perkara yang sama.'
untuk mencapai dunia yang aman dan mereka akan menulisnya di atas
kertas dan kita katakan bila sahaja kamu berjanji, kamu kena
mematuhinya kerana kami telah diperintahkan oleh Allah swt dalam Quran
untuk menepati janji kami. Adakah mereka menepati janji mereka?
Mereka yang hari ini memerintah dunia? Yang telah memberikan kita
pax Britanika dan pax Amerikana. Bolehkah kamu mempercayai mereka?
Adakah mereka pernah mematuhi janji mereka? Bila pemerintah
Rusia tahu dan pemerintahan China tahu yang pemerintahan Islam adalah
diwajibkan, bila kamu berjanji kamu kena tepatinya.
Semalam, di PJ di surau muhammadiah, kita melihat hadis di akhir zaman,
dalam sahih bukhari yang mana Nabi Muhammad saw meramalkan
yang sungai Euphrates akan mendedahkan segunung emas.
Dan manusia akan berperang untuk mendapatkan emas itu.
Dan 99 dari 100 orang akan terbunuh hanya seorang sahaja yang
akan terselamat. Dan semua orang yang bersaing untuk mendapatkan
emas itu akan berkata 'saya harap sayalah yang akan terselamat'
tapi dia juga berkata yang orang muslim tidak patut mengambil emas itu.
Semalam kita mentafsirkannya. Dan kamu kena dengar ceramah itu yang mungkin
sudah ada di youtube hari ini bahawa gunung itu akan mengandungi banyak sekali
emas, dan emas yang akan datang dari bawah sungai itu adalah minyak
dan minyak itu dipanggil sebagai emas sebab masanya akan tiba,
selepas penemuan minyak itu yang mana minyak itu akan berfungsi
dalam dunia pasaran kewangan sebagai emas.
Maknanya minyak itu akan berfungsi sebagai wang. Dan ianya berlaku
pada tahun 1973. Bila US membuat satu perjanjian dengan
Arab Saudi dan petro dollar kemudiannya wujud. Sebelum ianya berlaku
pada 1971, US yang telah berjanji dalam perjanjian antArabangsa,
dan diwajibkan di bawah undang2 antarabangsa utnuk menebus US dollar
dengan emas, pada harga 35 dollar untuk satu aun ianya ada di dalam
artikel perjanjian dana kewangan antarabangsa yang kita ikrar di Bretton Woods
USA, kita ikrar yang mana2 negara yang membawa US dolar kepada kita,
kita akan menukarnya dan memberikan mereka emas pada harga 35 dollar satu aun.
Tapi ia hanyalah sesuatu yang penipuan. Mereka tiada langsung niat
untuk mengotakannya. Dan bila Peranchis, pada September, 1971, membawa
banyak US dollar dan mahu menukarnya dengan emas, apa yang US buat?
Ini merupan konsep undang2 antarabangsa mereka. 'Kami boleh berjanji,
tapi tak semestinya kami kena mengotakannya.
Islam ada aspek moral yang lebih tinggi dari Washington.
islam berkata, 'wahai orang2 yang teguh beriman, bersikap benarlah
terhadap pemerintahan kamu, bersikap benarlah kepada perjanjian kamu,
bersikap benarlah terhadap kata2 kamu.
Jadi sekarang kita ada Darul Islam dan kita ada Darul Ahd dan
kita ada perjanjian yang akan mengikat sesama mereka untuk
membina dunia yang aman yang selamat dan keadilan.
Jadi apa kamu buat jika satu tentera datang dan menyerang kamu?
Menyalahkan kamu di Afghanistan, 'kamulah yang menyerang Amerika pada 9/11,
kamu, orang Afghanistan telah menahan tentera udara Amerika selama 2 jam.
Jadi jet pejuang Amerika tidak boleh terbang dan menyelamatkan
kapal terbang yang dirampas. Afghanistan telah menahan tentera udara
amerika selama 2 jam. Kamulah sebenarnya yang merancang peristiwa pada 9/11'.
Kemudian Amerika menyerang Afghanistan, satu negara yang paling miskin didunia.
Tak malu betul! Inilah yang dikatakan sebagai pencerobohan.
Apa yang kamu akan lakukan jika pencerobohan dilakukan terhadap kamu?
Adalah kamu akan pergi ke majlis keselamatan yang tertinggi untuk membuat
aduan? Majlis keselamatan yang didominasi oleh Zionis?
Allah swt menjawabnya dalam surah al Baqarah dan dia berfirman,
berperanglah kerana Allah swt terhadap mereka yang melakukan pencerobohan,
jadi bila mereka melakukan pencerobohan terhadap kamu sebagaimana
yang mereka lakukan di Afghanistan dan di Iraq. Mereka berkata
yang Iraq ada senjata yang boleh membuat kerosakan yang besar,
sebab itulah mereka menyerang Iraq. Tipu! Bila mereka melakukan
pencerobohan terhadap kamu, Allah swt mengatakan bahawa, perangilah mereka
perangilah mereka yang menceroboh kamu tetapi kamu sendiri janganlah
membuat pencerobohan. Allah swt tidak membenarkan sebarang perlakuan
pencerobohan, Allah swt tidak suka orang yang membuat pencerobohan.
Jadi dunia Islam dilarang dari memulakan sebarang peperangan untuk
menceroboh atas apa2 alasan sekalipun. Tapi dunia Islam diwajibkan
berperang terhadap sesiapa yang melakukan pencerobohan.
Bahagian dunia yang melakukan pencerobohan, kita kena bertindak balas
dan memerangi mereka. Itulah yang dikatakan Darul harb sebab
perkataan untuk perang adalah 'harb'.
Jika majlis keselamatan berkata tidak!, tidak! Kamu tidak boleh melancarkan
serangan tanpa keizinan kami maka kita akan katakan tengoklah surah al Hajj.
Dalam surah al Hajj Allah swt swt berfirman,
'kebenaran di berikan' siapakah yang memberikan kebenaran? Allah swt!
'kebenaran diberikan untuk berperang, ianya diberikan kepada sesiapa yang
peperangan telah dilancarkan secara salah'.. Allah swt memberikan kapada kamu
untuk menentang majlis keselamatan yang tidak dapat berbuat apa2.
Tentu sahaja Allah swt mempunyai kuasa untuk membantu kamu bila kamu berperang.
Tapi bukan itu sahaja, yang ini akan membuatkan anda terkejut.
Darul Harb bukan sahaja kawasan yang membuat pencerobohan ke atas kamu,
seperti mana yang mereka lakukan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Darul Harb juga sesuatu yang lain juga. Dan saya rasa pihak Rusia dan China
akan gembira mendengarnya. Allah swt telah memerintahkan orang Islam
untuk berperang dan memerdekakan negara yang menindas di mana sahaja
tempat mereka. Dengarlah ayat ini dalam surah an Nisa'.
Inilah konsep pemerintahan antarabangsa Islam. Kita mahu melihat dunia yang aman.
Yang mana dunia yang penuh keselamatan dan keadilan.
Dimana2 sahaja yang ada penindasan dan kita tidak dapat menghalang
penindasan itu dan senjata kita yang muktamad ialah kita akan
melancarkan perang terhadap mereka yang menindas. Tapi bahasa
yang digunakan dalam ayat Quran ini, bahasa yang dibina amat
jelas sekali. Allah swt meminta umat muhammad saw, 'apa kena dengan kamu?
Apa yang telah berlaku pada kamu?
'wahai umat muhammad saw, apa kena dengan kamu? kenapa kamu tidak bangun
dan berperang kerana Allah swt' berperang dengan siapa? ' berperang bagi pihak
lelaki, wanita dan (anak2 terutamanya di GAZA) yang lemah dan tidak berdaya,
'kenapa kamu tidak bangun dan berlawan  bagi pihak orang yang tertindas,
yang lemah dan tidak berdaya, lelaki, wanita dan anak2 dan
yang menangis (tangisan yang datang dari gaza), 'oh tuhanku,
tolonglah kami, hantarlah kepada kami orang yang akan membawa
kami keluar dari tanah yang penuh penindasan, merdekakan kami
dari penindas dan hantarlah kepada kami orang yang akan melindungi kami,
dan orang yang akan memberikan kepada kami pertolongan.
Jadi konsep Islam terhadap pemerintahan antarabangsa ialah bila berlaku
penindasan/kejahatan/ketidakdilan di mana sahaja di bumi Allah swt ini,
maka setiap dari kita ada tanggungjawab untuk memberikan mereka amaran
kita mengisytiharkan bahawa daerah itu akan menjadi Darul harb tapi itu
tidak bermakna kita terus menghantar tentera. Tidak!
Bila kita dah membuat pengisytiharan yang daerah itu sebagai Darul harb,
sebab mereka adalah penindas, kemudian kita akan meneroka dan mencari
barbagai kaedah yang aman untuk menghalang penindasan itu.
Dan hanya setelah kita berusaha untuk mencari kaedah yang aman untuk
mengelakkan penindasan itu, hanya setelah itu kita akan menyerang mereka.
Jadi kita adalah orang yang akan berurusan. Kita mahukan dunia yang bebas
dari sebarang penindasan.
Allah swt berfirman dalam surah al baqarah, ' jika Allah swt tidak memerintahkan
sesetengah pihak untuk bangun dan menentang penindasan, apakah akibatnya?
Maka akan belakulah banyak fasad di atas muka bumi sebagaimana yang berlaku
pada hari ini. Dan dalam surah al hajj,
' dan jika Allah swt tidak memerintahkan yang orang2 ini kena bangun dan memerangi
mereka yang melakukan penindasan maka akan banyaklah Rumah2 Allah swt, dan ia sebut
masjid dan disebut yang lain dari masjid iaitu gereja, Rumah ibadat Yahudi,
yang mana nama Allah swt selalu disebut, akan dimusnahkan.
Jadi Allah swt telah memberitahu kita mengenai filosofi peperangan yang mana
jika kita tidak berperang terhadap orang yang menindas dan melakukan kejahatan,
dunia akan menjadi kucar kacir.
Tapi konsep peperangan kita mempunyai tatacara, ianya bukan sahaja
kita tidak akan melancarkan peperangan sehinggalah kita dan mencuba berbagai
kaedah yang aman, ianya lebih dari itu.
Ada sebuah buku yang ditulis oleh seorang mesir, ilmuan undang2, syeikh muhammad abu
zahrah mengenai peperangan dan keamanan dalam Islam dan saya amat merasa kagum
bila buku yang saya baca itu ada hadis yang saya tidak pernah baca sebelum ini,
yang Rasulullah saw berkata, saya lupa samada ia datang dari bukhari atau muslim,
tapi ia ada dalam buku itu.
Rasulullah saw bersabda, bila kamu berjumpa dengan musuh di medan peperangan,
jangan kamu merasa teruja untuk memulakan serangan. Tidak!
Jadi kita bukanlah orang yang memulakan dulu peperangan! Tidak! Bukan dalam Islam
Rusia dan China, saya nak kamu dengar mengenai perkara ini.
Dia berkata tunggukah sehingga mereka memulakan dahulu serangan, dan bila mereka
dah mula menyerang, tunggulah sehingga mereka membunuh salah seorang
dari tentera kamu dan setelah mereka membunuh seorang dari kamu maka letakkan mayat
itu di depan mereka dan tanyakan pada mereka adakah tiada lagi jalan penyelesaian
lain untuk kita selesaikan masalah ini?
Jadi orang Islam bukanlah orang yang sukakan pertumpahan darah, tak sabar untuk
berperang. Tidak! Kita lebih suka menyelesaikan masalah secara aman.
Dan hanya apabila kita tidak dapat menyelesaikan masalah itu secara aman,
hanya setelah itu barulah kita akan berperang. Tapi bila kita berperang kita
tidak akan berperang tanpa panduan. Ada tatacara dalam berperang.
Dan Allah swt sebut dalam Quran, dengarlah ayat ini.
'dan jika pihak musuh mahu berdamai maka kamu juga kena berbuat demikian.
dan kamu kena percaya kepada Allah swt kerana hanya dialah sahaja yang maha mendengar'
Dan apabila kita memulakan peperangan ianya bukan peperangan hingga sampai ke akhir,
tidak! Kita diwajibkan untuk berhenti berperang ketika pihak musuh mahu berdamai.
Jika kita ada masa kita akan pergi ke bahagian lain mengenai perkara ini.
Iaitu bila kita berperang dengan kamu dan kami kalahkan kamu maka kami akan
mengambil alih kawasan kamu. Ya itulah balasan yang kamu kena hadapi.
Bila kami ambil alih kawasan kamu, pihak UN akan melakukan apa sahaja yang
mereka mahu. Jika kamu merupakan orang yang ada kitab iaitu seperti orang
Yahudi atau Kristian, dan kamu mahu terus tinggal dalam kawasan kamu yang mana
kita telah ambil alih, maka kita katakan ya, kamu boleh terus tinggal di situ.
Kami benarkan kamu untuk tinggal disitu, kamu boleh tinggal di rumah yang kamu
tinggal sebelum ini. Tapi kamu kena mengakui yang kami sekarang ini berkuasa
atas kawasan itu. Dan ada caranya untuk memberi pengakuan itu.
Allah swt ada memberitahunya dalam Quran dalam surah at taubah.
Bahawa Kristian dan Yahudi, ahli kitab, boleh mendiami kawasan itu dengan syarat,
yang mereka kena bayar cukai. Semua orang bayar cukai, bukan perkara barukan.
Cukai ini dinamakan jizyah. Kamu tak bayar zakat, hanya orang Islam bayar zakat.
Kamu kena bayar jizyah tapi kamu tak boleh tulis cek dan hantar melalui pos.
Tidak!. kamu tak boleh suruh pemandu kamu untuk bayar cukai itu, tidak!
Kamu sendiri kena datang untuk membayar cukai itu dan kamu kena beri ke tangan
penerima, tujuan utama kenapa Allah swt tetapkan peraturan ini adalah kerana semasa
dalam proses membayar jizyah itu, bayar secara peribadi dan melalui pemberian
ke tangan penerima ianya menggambarkan penyerahan diri kamu kepada pemerintahan
Islam di dalam kawasan itu. Yang mana kamu adalah tertakluk kepada pemerintahan Islam.
Dalam kawasan ini. Dan bagaimana dengan sesuatu yang dipanggil visa?
Jika saya nak memasuki negara Malaysia, saya kena dapatkan visa dan
jika visa tidak di berikan pada saya, saya tidak dapat memasuki negara ini.
Inilah dunia hari ini.
Jadi bagaimanakah anda mahu memasuki Darul Islam kalau kamu bukan seorang muslim?
Jika kamu seorang muslim, tidak kira dari mana kamu datang dan bila kamu masuk
Darul Islam dan kamu berkata lailahaillah muhammaduRasulullah, kamu dibenarkan masuk.
Cuba buat perkara itu diindonesia dan tengok apa yang akan berlaku.
Mereka mengatakan negara itu agama resminya Islam.
Bila sahaja kamu mengucap syahadah, tidak kira dari mana kamu datang,
no 1 kamu ada kebebasan untuk memasuki mana2 Darul Islam.
Orang Eropah ada perkara itu diantara kominiti mereka.
No. 2 kamu ada kebebasan untuk tinggal di situ, kamu tidak memerlukan
pelepasan sebagai 'penduduk tetap'
no 3 kamu bebas untuk mencari nafkah, kamu tidak perlukan permit kerja.
No 4 kamu ada hak untuk menyertai syura, proses politik. Kamu tidak perlu apa yang
dipanggil 'hak kerakyatan'
tapi bagaimana pula dengan orang bukan Islam? Dan kamu mahu memasuki Darul Islam
sebagai seorang peniaga dan kamu datang untuk berurus niaga.
MasyaAllah swt, betapa indahnya agama ini!
Dan bukannya biro imigrasi yang akan menentukan samada nak berikan kamu
visa perniagaan atau tidak, bukan dalam Islam.
Mana2 sahaja orang muslim dalam Darul Islam boleh memberikan kamu pass/kebenaran
untuk masuk dan bila sahaja orang Islam itu telah berikan kamu kebenaran itu,
semua orang Islam akan menghormatinya. Jadi tiada lagi biro immigrasi.
Alangkah indahnya agama ini.
Yang setiap orang dewasa muslim ada hak untuk membenarkan orang bukan Islam
untuk memasuki kawasan Darul Islam tapi bila sahaja dia memasuki Darul Islam,
lelaki muslim ini akan bertanggungjawab atas perlakuan orang bukan Islam itu.
Bila kita tengok konsep pemerintahan antarabangsa Islam, yang kita dah lakukan
pada malam ini, kita dapat lihat yang Islam dapat memberikan sesuatu kepada dunia
yang boleh dipratikkan, sesuatu yang masuk akal, sesuatu yang dapat memberikan
keamanan dan keselamatan dan keadilan kepada dunia.
Sesuatu yang dapat memberikan pemerintahan dunia yang stabil yang jauh lebih baik,
dari apa yang dilakukan oleh Zionis sekarang yang mana mereka akan melancarkan
perang ke atas Iran, peperangan yang tidak adil.
Supaya mereka boleh menubuhkan kekuasaan politik dan ekonomi yang dominian terhadap  seluruh dunia.
Kita berdoa agar pihak Rusia dan China terutamanya akan dapat memahami
yang adalah mengarut yang Islam mahu menubuhkan pemerintahan Islam ke atas
seluruh dunia. Ini adalah mengarut. Ini semua datang dari Zionis.
Kami tidak ada perkara seperti itu dalam Islam.
Apa yang kami mahu lakukan ialah untuk menubuhkan Islam keatas negara2
yang diduduki oleh orang Islam dan tinggal dengan cara aman dan damai dengan
seluruh negara lain di dunia dan secara ringkasnya, tiada suatu tempat di atas
muka bumi Allah swt ini akan berlaku penindasan dan ketidakadilan.
Soalan: Oleh kerana tiap tahun kita ada perhimpunan yang dipanggil haji
dimana seluruh umat Islam berkumpul di Mekkah, Hijjaz adakah ada caranya
kita dapat menggunakan peluang ini untuk meluaskan usaha untuk mengembalikan
balik konsep pemerintahan antarabangsa Islam.
Jika kamu baca buku saya, yang ada diluar, yang bertajuk pandangan Islam
terhadap Yakjuj dan Makjuj dalam dunia moden, kamu akan dapati Quran dan hadis,
menerangkan mengenai dunia yang kita hidup hari ini. Yang mana Yakjuj dan Makjuj.
Sekarang ini sedang menguasai pemerintahan dunia.
Jadi selagi mana mereka menguasai dunia ini. Dan mereka masih belum dihapuskan,
pada pendapat saya, kamu tidak dapat mengembalikan khilafah.
Khilafah hanya akan kembali, tiada sesiapa yang dapat menahannya
dengan munculnya Imam Mahdi dan kemunculan Imam Mahdi akan berlaku tak
lama lagi. Terlampau hampir jarak masanya hinggakan sebahagian dari kamu
masih hidup dan melihatnya. Itulah bagaimana hampirnya saat itu.
Jika kita ingin berjumpa di Mekah, tentu sahaja kita kena buat secara rahsia
dan jangan biarkan polis Arab Saudi melihat kita.
Kita boleh jumpa di Mekah, jumpa di KL dan berbincang sesama kita, ya
ia amatlah penting dan perlu untuk membuat perbincangan ini tapi saya
rasa adalah mustahil kita nak dirikan khilafah sehinggalah Yakjuj dan Makjuj
dihapuskan. Hizbuttahrir ada berlainan pendapat dengan saya. Mereka percaya
ada kemungkinan kita boleh dirikan sistem khilafah dan saya katakan
saudaraku teruskan dan cubalah kembalikannya jika kamu berupaya.
Tapi saya tak fikir yang ia akan berjaya.
Soalan: tentu sahaja ia bermakna pakatan politik. Satu larangan terhadap
pakatan politik. Tentu sahaja! Dan tentu sahaja ia bermaksud pakatan ketenteraan.
Tentu sahaja! Ok, bagaimana pula dengan ekonomi?
Islam tidak pernah mengakui penggunaan perniagaan sebagai senjata.
Tidak! Tidak ramai orang yang memahaminya.
Kita tidak pernah menggunakan perniagaan sebagai senjata. Kita tidak pernah
mencemarkan Islam dengan sampah mengenai sekatan ekonomi.
Ini merupakan sampah kamu, dari Washington dan London dan ketamadunan barat,
sampah Zionis mengenai sekatan ekonomi dan sekarang sekatan kewangan
terhadap Iran. Tapi itu tiada dalam Islam.
Dalam Islam kita mengamalkan pasaran yang bebas dan adil.
Dan dalam pasaran itu orang Islam tidak ada sebarang kelebihan di atas
orang bukan Islam. Orang Melayu tidak ada sebarang kelebihan di atas
orang bukan Melayu. Itu tiada dalam Islam. Tidak!
Pasaran dalam Islam adalah bebas dan adil dan semua orang boleh memasuki
pasaran secara samarata, tidak kira samada kamu puja berhala atau batu.
Kamu akan memasuki pasaran secara sama dengan orang Islam.
Itulah pasaran dalam Islam, pasaran yang bebas dan adil.
Jadi kita tidak akan sekali2 membuat sekatan ekonomi/perniagaan/kewangan
jadi tiada dalam Islam yang dipanggil senjata ekonomi.
Kita tidak mempunyai status negara yang amat disukai, tidak dalam pasaran
yang bebas dan adil.
Soalan: adalah mungkin untuk mendirikan Darul Islam sebelum Imam Mahdi muncul?
Saya ada pendapat dan jika saya beri pendapat jangan terimanya sebelum
kamu yakin yang ianya betul. Saya hanyalah seorang manusia. Saya boleh buat
kesilapan. Allah swt lah yang maha mengetahui.
Dalam usaha untuk mendirikan Darul Islam kamu kena ada khilafah.
Kamu tidak boleh ada khilafah di negara sekular.
Saya tak tahu samada kelantan memahaminya atau tidak.
Kamu mestilah dulu kembalikan khilafah, kemudian barulah kamu boleh ada Darul Islam
kamu tidak boleh kembalikan khilafah jika mereka masih menguasai kekuasaan yang mereka
yang ada sekarang iaitu pemerintahan dunia Yakjuj dan Makjuj.
Tapi Allah swt akan memusnahkan mereka, bacalah buku saya yang ada diluar,
pandangan Islam terhadap Yakjuj dan Makjuj di dunia moden.
Dan ada juga satu bab mengenai Yakjuj dan Makjuj daam buku saya yang bertajuk
Jerusalem dalam Quran. Yang juga ada dalam BM.
Sesiapa yang menghadiri ceramah malam tadi, ini merupakan maklumat tambahan
yang saya tak sentuh malam tadi.
Soalannya ialah jika berlaku kejatuhan dolar Amerika, salah satu dari tanda2/sebab
yang kekuasaan dunia sedang bertukar tangan dari US ke negara pemerintah ke tiga,
bilakah akan berlaku kejatuhan dollar Amerika?
US dollar telah pun jatuh, tapi sekarang ianya ditempatkan di ICU,
pusat rawatan rapi, di hospital di Washington maknanya ianya dimanipulasi,
sistem itu di manipulasi. Mereka memang mahu ia jatuh, oh ya!
Itulah perancangannya. Supaya wang baru akan menggantikan wang kertas
mereka tidak lagi memerlukan duit kertas. Duit kertas itu dahpun melakukan
tugasnya dengan menghakis harta manusia sejagat dan meningkatkan kemelaratan
dan kemiskinan didunia ini.
Salah satu sebab Amerika tidak mahu Israel untuk menyerang Iran ialah
kerana mereka tahu bila sahaja Iran diserang, harga minyak akan naik tinggi,
apa yang saya masih tidak faham ialah dan saya rasa malu kerana tidak dapat
memahaminya, ialah kerana harga minyak tidak naik dan turun berdasarkan
pasaran, tidak!.
Pasaran yang bebas dan adil dah lama hilang dari dunia ini.
Ia merupakan pasaran yang dikawal dan merekalah yang menentukan harganya.
Dan ianya dikawal oleh Zionis.
Jadi merekalah yang menentukan berapa tinggi mereka nak harga minyak naik.
Harga minyak telah naik dalam tahun 1973 ianya adalah lebih kurang 4, 5 dollar/tong.
Kemudian naik ke 8 kemudian ke 12 dollar/tong hinggalah ke 50 dollar /tong.
Ketika Imran Hosein sedang tidur. Maaflah, saya rasa amat malu nak katakannya,
saya sedang tidur, saya tidak sedar pasal itu. Allah swt tidak kurniakan ilmu itu
kepada saya. Ianya memakan masa yang lama untuk saya memahaminya.
Sehinggalah sekarang harga itu mencapai lebih dari 100 dollar/tong.
Ianya tidak berlaku secara kebetulan dan ianya tiada kaitan dengan
pasaran. Ini adalah hasil dari pihak Zionis yang menentukan harga ini.
Bila Iran di serang nanti saya tertanya2 apakah harga yang akan mereka letak?
Adakah 300 dollar/tong atau 500 dollar setong?
Dan sebagai tambahan, setelah dollar jatuh dan dikuburkan, apakah mata wang yang
baru yang akan digunakan?
Dengan cara yang sama mereka mahukan 1 pemerintahan dunia, saya rasa mereka
juga mahukan 1 mata wang dan mata wang sedunia yang satu itu, tidak akan jadi
dinar dan dirham. Tidak! Ia akan jadi wang elektronik. Wang digital.
Jadi kita sekarang ini berada diambang peralihan dari satu sistem kewangan
ke sistem kewangan yang ketiga yang mana sistem bank akan mengawal
seluruh kewangan dalam dunia.
Dan siapakah yang mengawal sistem bank? Ini bukannya kenyataan anti semitik.
Seluruh dunia tahu mengenainya. Mereka adalah Yahudi Eropah.
Merekalah yang mengawal semua sistem perbankan di seluruh dunia.
Apa yang saya tertinggal semalam ialah yang saya katakan yang mereka telah
membuat pakatan dengan Arab Saudi, Raja Faisal dalam tahun 1973.
Yang jika Arab Saudi bersetuju menjual minyaknya hanya dalam US dollar,
dan membuatkan seluruh negara Arab yang menghasilkan minyak melakukan
perkara yang sama, dan mengarahkan OPEC melakukannya, sebagaimana mereka
telah lakukan. Maka USA akan menjamin keselamatan Arab Saudi.
Bila Raja Faisal bersetuju dengan syarat itu, dan ianya direka oleh
Henry Kessinger, no 1 memberi nafas baru kepada US dollar, jadi untuk
40 tahun mendatang harga us dollar meningkat naik dan USA akan menjadi
bertambah kaya dan menggunakan kekayaan yang ada untuk melancarkan
lepas satu perang ke perang yang lain dan wang tetap mencurah masuk ke dalam
bank untuk merasuah dan melakukan bermacam2 benda lagi.
Tapi kita tidak, orang Islam tidak dibenarkan. Sebab itulah Rasulullah
berpesan, jangan sentuh emas itu.
No. 2 bila Arab Saudi bersetuju dengan perjanjian ini, ianya bermakna
sejumlah wang yang amat besar akan mengalir kepada negara Arab yang
menghasilkan minyak dan bila mereka mendapat wang tersebut, mereka
akan menggunakan wang tersebut kepada perkara yang Zionis amat sukakannya.
Mereka akan menggunakan wang tersebut untuk menyebarkan sejenis fahaman
Islam ke seluruh dunia yang akan menyerang bahagian kerohanian agama ini.
Jika Imran Hosein berupaya menyampaikan ceramah yang dia sampaikan sekarang ini,
dan dihargai diseluruh dunia ini, jika Imran Hosein dikurniakan dengan
cetusan ilmu/idea yang boleh memahami realiti dunia hari ini, maka ianya adalah
disebabkan oleh aspek kerohanian di dalam, bukan sekadar ilmu ekonomi semata.
Jadi hati agama ini ialah kehidupan spiritual.
Dan bila Arab Saudi telah mendapat semua wang tersebut, mereka dapat
membiayai satu versi Islam yang berbeza yang dapat melenyapkan aspek
spiritual/kerohanian yang merupakan hati kepada agama.
Ini memberikan satu kelebihan kepada Zionis. Tapi ianya lebih dari itu.
Mereka sekarang ini dapat menggunakan US dollar itu untuk merasuah
sebab Arab Saudi merupakan sekutu Israel, dan sekutu US.
Jadi kita ada duit, kita boleh berikan kepada kamu, apa yang kamu perlu buat
ialah ikut rentak kemahuan kami, itu sahaja. Jadi rasuah.
Dan itulah yang mereka telah lakukan sejak 40 tahun yang lepas.
Dan mereka mampu membeli mana2 kerajaan sekarang dalam dunia Islam dengan duit.
Tapi bukan sekadar itu sahaja, apa yang saya lupa beritahu semalam,
sebagai akibat dari harga minyak yang melambung tinggi dan terus naik,
ianya bukan sahaja banyak kekayaan mengalir masuk ke dunia Arab,
negara yang pengeluar, berbanding dengan lain2 negara Islam terutamanya,
ianya lebih dari sekadar itu. Oleh kerana minyak merupakan sesuatu yang
amat penting peranannya dalam ekonomi, pengangkutan bergantung kepada minyak,
pertanian bergantung kepada minyak, perkilangan juga bergantung kepada minyak,
banyak lagi perkara lain yang bergantung pada minyak.
Apa akan berlaku jika harga minyak naik? Semua harga barang lainpun
akan naik sama. Bila semua harga barang terus meningkat naik,
kos kehidupan juga semakin naik, jadi manusia akan jadi semakin miskin.
Apa yang Zionis lakukan ialah menggunakan orang Islam sendiri untuk
menyertai mereka untuk memperhambakan seluruh dunia Islam yang lain.
Jika Bangladesh hari ini amat miskin, terima kasih Arab Saudi kerana
menyebabkannya. Jika Yaman hari ini amat miskin, terima kasih kepada
Arab Saudi atas apa yang telah kamu lakukan.
Sebab itulah harga yang kita kena bayar kepada petro dollar.
Bila petro dollar naik nilainya, harga barangan lain akan turut naik,
kos penghidupan akan semakin naik, dan orang2 kita akan menjadi semakin miskin.
Tapi itu bukanlah perkara yang paling dramatik!
Perkara yang paling dramatik akan berlaku tak lama lagi!
Bila mereka menetapkan harga minyak hingga ke 4, 5, 600 dollar/tong,
perkara itu akan berlaku esok. Bila perkara itu berlaku, apakah yang
akan berlaku kepada kos penghidupan? Apa yang akan berlaku pada semua harga?
Akan berlaku berapa banyak lagi kemiskinan di dalam dunia ini?
Itulah perancangan Zionis yang bakal berlaku.
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...