Wednesday, 2 January 2013

Bimbingan dan Strategi Yakjuj dan Makjuj oleh Syeikh Imran Hosein




Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
Kita ada perkara yang belum selesai dari sessi ke dua.
Tidak mustahil bagi saya untuk menyatakan semua sekali perkara
dalam masa satu setengah jam. Jadi tanpa kebenaran dari anda
saya membuat keputusan untuk mengambil sebahagian daripadanya
dan masukannya dalam sessi ke 3. Dan saya berharap agar anda
bersetuju dengan keputusan saya ini.
Kita telah akhirinya dengan ayat dari surah al A'raf.
'Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu:
Bahawa sesungguhnya ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu,
(terus menerus) hingga hari Kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan
mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya
(disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). '
Siapakah mereka? Yang akan dihantar. Bila kita dah memahami
siapakah yang akan di hantar. Kita memahami keadaan realiti
dunia hari ini. Kita akan dapat menjangka perkara yang akan berlaku
esok dan kita akan dapat membimbing dan mengatur strategi.
Rasulullah saw mendatangi para sahabat yang sedang bercakap sesama mereka,
dan dia bertanya apakah yang mereka sedang perkatakan
dan mereka memberitahu baginda yang mereka sedang membicarakan
pasal akhir zaman. Dan kamu akan jumpa jawapan yang terletak dalam
sahih Muslim, yang hari kiamat tidak akan tiba sehingga dan dia sebut,
10 tanda/alamat. Kalau saya ada dalam kelas saya, saya akan katakan
kamu tak boleh makan malam kalau tidak dapat menghafal kesepuluh tandanya.
10 tanda itu tidak diberikan kepada kita dalam urutan yang sebenar
yang mana ia akan berlaku.Tidak! Jadi bukan makna saya sebut pasal Dajjal
dahulu, bukan bermakna ia berlaku dahulu. 10 tanda itu ialah:
No 1 Al Masih Dajjal. Al Masih ialah Nabi Isa as, Al Masih Dajjal ialah
Al Masih yang palsu. Seseorang yang cuba menyerupai dan meniru Al Masih.
Orang Kristian memanggilnya sebagai 'Anticrist'.
No. 2 Yakjuj dan Makjuj. No. 3. Turunnya putera Maryam, Isa as.
No. 4 ad Dukhan, atau asap. No 5 . Dabbatul Ardh, binatang atau makhluk
ganas dari bumi. Ardh bermaksud alam ini, bumi, tanah.
'alardhul muqaddasah' maknanya tanah suci. Jadi Dabathul Ardh boleh jadi
makhluk ganas/ binatang dari alam semesta ini, makhluk/ binatang dari bumi,
makhluk ganas/ binatang dari yang terkurung di tanah suci. Terletak
atau terikat di tanah suci. Kamu buatlah pilihan kamu.
Tapi bila Quran berkata mengenai makhluk ganas ia berkata;
Kini kita ada masalah dengan bacaan, bacaan tidak datang dgn
Jibrail as. Jadi dalam hampir setiap salinan al Quran anda akan jumpa
kamu akan jumpa 'tukallimuhum' yang makhluk itu akan bercakap
dengan mereka. Makhluk yang akan mencederakan mereka.
Konteks ini lebih menyembelahi makna yang kedua berbanding dengan yang
pertama. No 6, matahari akan naik pada sebelah barat.
Dalam Quran , Ibrahim as sedang menghadapi konfrantasi dengan seorang
pemerintah dan pemerintah itu berkata 'kenapa saya harus menyembah
Tuhan kamu?' dan Ibrahim as berkata, 'Tuhan saya mengambil nyawa dan
memberikan nyawa', jadi pemerintah itu berkata, 'saya juga boleh berbuat demikian'
Maknanya saya boleh memberi arahan dan nyawa kamu akan diambil,
dan saya juga boleh mengampunkannya, jadi saya telah beri nyawa padanya.
Nabi Ibrahim as berkata bahawa 'Tuhan saya boleh menerbitkan matahari dari timur'
Dan berkata'kenapa kamu tidak arahkan matahari untuk terbit dari barat?'
'Tuhan saya boleh menerbitkan matahari dari timur', 'jika kamu betul, kenapa
kamu tidak arahkan matahari untuk terbit dari barat?' jadi yang benar
ialah matahari akan terbit dari timur, dan matahari terbit yang palsu ialah
dari barat. Tapi Allah juga nyatakan dari Quran, yang tiada perubahan
kejadian alam ini. Hadis menyatakan yang matahari akan terbit dari barat.
Dan sekarang kita dibanjiri dengan e mail mengenai perubahan grafik
dalam bentuk kejadian polar, perkataan saintifik yang Imran Hosein
tidak faham dan mereka asyik mendatangi saya. Asyik mendatangi saya.
Saya tidak tahu siapa yang mengupah mereka untuk berbuat demikian.
Untuk menyakinkan saya yang matahari benar2 akan keluar dari barat.
Secara bahasa, sebagaimana hadis itu menyatakan yang ianya akan keluar
dari sebelah barat. Jawapan saya, jika itu kepercayaan anda, ikut
andalah. Maaflah saya tidak sependapat dengan anda. Bolehkah anda
membenarkan saya berpegang kepada Quran. Quran memberitahu saya,
dan mata saya juga memberitahu saya yang matahari terbit dari timur
dan Quran memberitahu saya bahawa ciptaan Allah tidak akan berubah.
Kecuali, akan datang suatu hari yang keseluruhan alam semesta ini,
akan berlaku 'takdir' dan akan bertukar kepada sesuatu yang dipanggil;
'ghairul ardhi wassamawat'.
Jadi saya tidak bercakap pasal kejadian itu. Yang bumi akan mengeluarkan
isi dalamnya dan bumi akan bercakap pada hari tersebut.
Kita bercakap tentang peristiwa sebelumnya. Matahari akan terbit
dari timur mengikut apa yang dinyatakan dalam Quran dan bukannya
dari barat. Jadi apa yang saya faham ia adalah bahasa yang simbolik.
Bukannya fahaman secara bahasa. Tapi anda tidak semestinya kena
menerima pendapat saya. Tidak!. walaubagaimanapun alangkah baiknya
jika kamu menghormati saya dengan memberikan peluang kepada saya untuk
berpegang kepada pendapat saya. Dan jangan paksa saya. Saya tidak berbuat
demikian kepada kamu. Adakah saya buat demikian? Jadi jangan lakukan
perkara itu terhadap saya. Jadi no 6, matahari akan naik pada
sebelah barat. Dan saya berfahaman yang ianya yang dunia ini akan mengalami
apakah yang menyebabkan matahari terbit yang palsu? Satu pemerintahan dunia baru
akan zahir yang akan menjadi berlawanan dengan apa yang Allah telah ciptakan.
Betul2 berlawanan dalam setiap aspek terhadap apa yang Allah telah
tetapkan. Dan saya katakan yang dunia itu sedang menghampiri kita sekarang.
Ya, ianya tamaddun barat yang moden yang hari ini telah mengambil alih
kuasa dunia. Kami tidak perlu menerima pendapat saya. Dan baik kita
tidak bertelagah pasal itu. No 7, 8 dan 9, tiga 'khusuf', tiga
gempa bumi dan ianya bukan sekadar gempa bumi, ianya merupakan
pergerakan kerak bumi yang akan menyebabkan pembenaman tanah.
Dan bumi akan menelan apa yang ada, satu di timur, satu di barat
dan yang ke tiga ialah di tanah Arab. No 10, iaitu api akan keluar
dari Yaman. Adakah sesiapa dari Yaman di sini? Tiada sesiapa dari Yaman?
Api akan keluar dari Yaman dan akan menghambat manusia ke tempat perhimpunan
untuk pengadilan. Ini merupakan 10 tanda besar. Dalam 10 tanda besar ini
kamu akan dapati pelakon utama akhir zaman, perkara besar yang berlaku
di akhir zaman. Sekarang kita akan fokuskan kepada Yakjuj dan Makjuj. Kenapa?
Surah al Anbiya' Allah berfirman mengenai tempat yang Dia telah musnahkan
penduduk bandar itu telah dibuang/usir dan Dia telah melarang mereka
dari kembali dan mengaku bahawa bandar itu sebagai milik mereka.
Sehinggalah Yakjuj dan Makjuj telah dilepaskan dan mereka berselerak
ke berbagai arah dan mereka turun dari tempat yang tinggi.
Menggunakan kaedah kita, inilah buku yang telah lakukannya, 'pandangan
Islam terhadap Yakjuj dan Makjuj di dalam dunia moden'. Kita dah
kehadisan stok, walau macamanapun berikan nama anda, insyaAllah
kita akan cuba dapatkan buku itu. Bila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan,
dan mereka turun dari tempat tinggi dan berselerak ke semua arah,
dan setelah itu kamu akan dapati mereka ini akan kembali ke tempat itu
dan mengaku yang bandar itu milik mereka. Menggunakan kaedah kami
kami mendapat kesimpulan yang bandar itu adalah Jerusalem.
Dan bila kamu dapati Bani Irael di bawa balik ke tanah suci, untuk
mengaku bahawa bandar itu mereka punya sebagaimana yang mereka telah lakukan
pada hari ini maka mesti ada penjelasan terhadap peristiwa itu.
Inilah penjelasan kita, Quran menjelaskan dalam surah an Nahl
surah ke 16, 'dan kami telah turunkan sebuah kitab, Quran, yang
ada dalamnya mengenai berbagai perkara. Inilah kitab yang menerangkan
semua perkara. Ia tidak menerangkan bagaimana kamu goreng ikan
kerana anda tidak perlu tahu benda itu dari Allah tapi semua perkara
yang anda perlukan petunjuk dari Allah, Allah akan berikan jawapannya.
Bani Israel telah diusir keluar dari tanah suci 2000 tahun yang lepas
atau lebih dan untuk 2000 tahun mereka hidup seperti orang buangan,
hari ini setelah 2000 tahun, mereka telah kembali ke tanah suci.
Dan mengaku bahawa tanah itu milik mereka dan hari ini saya bertanya,
sebagaimana saya telah banyak kali bertanya ulamak islam,
saya juga beritahu yang saya tak sebut nama mereka tapi saya ada
sebut nama dr. Yusuf Qardawi dalam ceramah umum untuk memberi mesej
tolonglah! Adakah semua perkara ini berlaku dengan cara tidak sengaja?
Adakah berlaku secara kebetulan yang mereka kembali ke tanah suci
selepas 2000 tahun? Untuk mengaku yang tanah suci itu milik mereka.
Adakah secara kebetulan yang mereka telah mendirikan kembali
negara Israel di tanah suci? Adakah berlaku secara kebetulan?
Atau adakah sebarang penjelasan? Jika ada penjelasan disebaliknya
tolong beritahu kami apakah penjelasan itu? Tapi mereka tidak mahu
mejawab pertanyaan saya. Ulamak islam tidak akan menjawab pertanyaan
saya. Tidak!. saya katakan ada penjelasannya dan penjelasannya
ada dalam Quran, bandar itu adalah Jerusalem dan ketika anda melihat
bani Israel di bawa balik ke tanah suci, dan dalam dua ayat dalam surah
al anbiya' yang menerangkannya yang Yakjuj dan Makjujlah yang membawa
mereka kembali. Dan itu bermakna Yakjuj dan Makjuj mengawal kuasa
pemerintahan dunia. Inilah penjelasan saya yang telah saya jumpa
dalam Quran. Apakah penjelasan kamu? Tidak kira apa yang saya buat
tidak kira bagaimana lembut saya bercakap, , tidak kira bagaimana
kuatnya saya berteriak, mereka tidak akan menjawab pertanyaan saya.
Inilah dunia ulamak islam kita hari ini. Sungguh malang, mereka
tidak akan menjawab pertanyan saya. Tapi masa semakin suntuk buat mereka.
Peristiwa akan berlaku. Jadi sekarang kita mengkaji mengenai Yakjuj
dan Makjuj. Kita tidak ada masa hari ini untuk kembali kepada sumber
kajian tapi kita akan pergi kepada surah al Quran al Kahfi (83-85),
para rabbai di Madinah, dan bangsa quraisy telah menghantar deligasi
untuk mendapat tahu dari mereka, 'bagaimana kita nak tahu yang lelaki ini,
Nabi Muhammad saw seorang nabi?' rabbai suruh bertanya kepadanya 3 soalan.
Yang hanya seorang nabi sahaja dapat menjawabnya. Dan Allah swt telah
menghantar kepada mereka 3 jawapan. Salah satu dari soalannya ialah;
Tanya kepadanya mengenai seorang pengembara yang hebat yang
mengembara ke dua penjuru dunia. Kedua, tanya kepadanya mengenai roh,
ketiga, tanya kepadanya mengenai pemuda yang mempunyai kisah yang aneh,
di gua. Dalam menjawab soalan2 itu, Allah swt telah mengulangi balik
soalan itu. Dan kemudian memberikan jawapannya. Jadi kamu dapat lihat
bagaimana ianya bermula, soalan yang pertama....yang kedua ..mengenai roh
tapi bagi soalan yang ketiga, tidak... tidak ada pengulangan kepada soalan itu.
Kenapa tidak? Setiap apa yang berlaku di dalam Quran berlaku dengan ada
sebab tertentu. Pada orang yang suka memerhati dan membuat penilaian,
ada pelajaran disebaliknya. Jadi soalan pertama tanya kepadanya
mengenai seorang pengembara yang hebat yang mengembara ke dua
penjuru dunia. Dan kita diberitahu bahawa pengembara itu di panggil
'Zulkarnain', seorang yang mempunyai dua 'qarn', ianya boleh bermaksud
tanduk, Zulkarnain mempunyai dua tanduk atau boleh jadi bermaksud
suatu umur/masa, Zulkarnain juga bermaksud dua umur, jadi Zulkarnain
boleh jadi lelaki yang ada dua tanduk atau lelaki yang antara 2 umur.
Saya akan beritahu kamu sesuatu mengenainya, yang mesti diingati
'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah
di bumi, dan Kami beri kepadanya sebab (jalan) bagi menjayakan
tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu dia menurut sebab
(jalan yang menyampaikan maksudnya).' dan itu tentu sahaja merupaka
kuasa besar bukan kuasa yang biasa. Dan dia memilih jalan yang betul
untuk menyempaikan maksudnya. ' Dia mengembara ke arah barat,
dan dia sampai ke kawasan yang mana mataharinya sedang terbenam,
dan terbenam dalam air yang hitam dan berlumpur.' jadi penglihatan
menerusi air itu agak rendah.' disana dia menemui manusia dan Allah swt
mahu memberi pengajaran. Zulkarnain mempunyai kekuasaan untuk membuat
apa sahaja yang dia mahukan tapi dia juga mempunyai keimanan kepada Allah
kekuasaan yang berlandaskan keimanan, bagaimanakah kekuasaan itu akan
digunakan. Jadi Allah swt berfirman kepada Zulkarnain, 'kamu ada pilihan'
Samada untuk menggunakan kekuasaan kamu untuk menghukum atau memberi
ganjaran, berlaku baik pada mereka. Bagaimanakah kamu akan menggunakan
kekuasaan kamu?. ayat seterusnya.'Zulkarnain kemudian berkata 'sesiapa
yang melakukan kejahatan(zalim/menindas) saya akan gunakan, saya
akan gunakan kuasa saya untuk memberi hukuman kepada mereka. Dan bila mereka
kembali kepada Kamu, Kamu juga akan memberikan hukuman kepadanya.
Jadi pengkhianat keadilan yang melakukan kezaliman dan kejahatan,
akan dihukum di dunia dan di akhirat, jadi ada kesamaan antara dunia
dan akhirat. Tapi mereka yang melakukan kebaikan, saya akan melayan
mereka dengan baik, memberi balasan pada mereka dan memberikan apa
yang senang pada mereka kerjakan. Jadi bila kekuasaan jatuh ke tangan
orang yang beriman, kekuasaan akan digunakan untuk memberikan hukuman
kepada penindas dan kekuasaan akan digunakan untuk  membantu mereka
yang melakukan kebaikan. Itulah keadaan yang mungkin akan berlaku pada
dunia jika kita mematuhi Quran. Adakah boleh kita mengenalpasti
keadaan air tersebut? Jika kita boleh maka kita dalam perjalanan
untuk mendapatkan kedudukan geografi, kawasan yang kita perkatakan ini.
Kita akan lakukannya sebentar lagi insyaAllah.
Zulkarnain sekarang memulakan perjalanan yang kedua dan dia sedang
menuju ke arah matahari naik. Bila dia mengembara ke tempat yang dia
boleh pergi, al Quran tidak memberitahu kita berapa jauh perjalanan itu,
dia berjumpa dengan orang, kadang2 al Quran menyeksa dengan perkataan
yang pendek, menyeksa hanya dengan 4 atau 5 perkataan itu sahaja
petunjuk yang kamu ada. Kita tidak membekalkan mereka liputan
selain dari tutupan/perlindungan ini. Perlindungan/tutupan
tentang apa? Siapakah mereka?
Kita kena membuat kajian dan memberikan pemahaman kita sendiri.
Nampaknya seolah2 ianya seperti tutupan yang kamu ada dari panas
matahari. Manusia yang hidup cara primitif. Bila kita berbuat
berdasarkan keimanan, bagaimanakan kekuasaan digunakan bila
berhadapan dengan orang yang hidup cara primitif. Adakah mereka juga
mempunyai hak kemanusiaan? Orang asli/orang primitif. Atau adakah
hak mereka kurang dari apa yang orang lain dapat? Sebagai contohnya
di bawah sana ada banyak minyak di bawah tanah itu. Dan syarikat
minyak telah mendapati ada minyak sebanyak bilion tong2 bawah tanah
kawasan itu. Tapi di bahagian atasnya ada orang asli tinggal di situ.
Menjalani cara hidup yang primitif. Siapa yang mendapat kelebihan
hak untuk mengambil minyak itu atau hak kepada orang asli itu untuk
tinggal di atasnya. 'Matahari terbit yang palsu' berkata minyak itu
lebih penting, jadi ambil orang tersebut dan hantar ke Siberia.
Orang tidak penting! Kamu boleh mengenepikan hak mereka, kekuasaan
 diguna untuk mengeksploitasi hasil minyak tersebut untuk keuntungan
mereka. Tapi bukan dengan Zulkarnain.'kazalik' hanya satu perkataan sahaja!
Allah menggunakan satu perkataan sahaja untuk beri respon 'kaazalik'
'dan Zulkarnain Kami memahami' Allah memahami kenapa dia bertindak
demikian. Dia meninggalkan mereka sebagaimana mereka keadaan mereka.
Tidak diganggu langsung. Memberitahu bahawa hak manusia walaupun
dengan mereka yang paling primitif. Cuba tengok presiden Sua Rakoff,
hak kemanusiaan walaupun orang itu dikalangan orang primitif.
Jadi dia tinggalkan mereka sebagaimana ada. Kemudian dia meneruskan
perjalanan ke tiga, ayat 92, mereka bertanya mengenai 2 perjalanan,
dua penjuru dunia, tapi Allah tahu mereka mahu untuk mengetahui bahawa
Nabi Muhammad saw tahu mengenai perjalanan ke tiga. Sebab itu mereka
cuma bertanyakan dua perjalanan sahaja. Dan Allah memberitahu mengenai
jawapan yang ketiga. Setelah memberitahu jawapan yang pertama dan kedua,
Dia sekarang menuju ke arah sasaran soalan itu.iaitu pengembaraan
yang ke tiga. Dan pada pengembaraan yang ketiga itulah yang kamu akan
mendapati salah satu tanda utama akhir zaman. Yang mana itulah sasaran
soalan itu. Mereka ingin tahu bahawa Nabi Muhammad saw tahu mengenai Yakjuj
dan Makjuj. Jadi sekarang dia mengembara ke arah ke tiga,
dia sampai ke kawasan yang ada dua banjaran gunung, ada dua belah gunung.
Dan antara duanya ada laluan. Bolehkan kita cari secara geografi, kedudukan
tempat yang kita perkatakan itu? Adakah mungkin? Dia berjalan
melalui dua banjaran gunung dan disana dia berjumpa dengan satu golongan
yang bahasanya tidak dapat difahami. Sebab bahasa mereka itu adalah unik.
Bahasa yang digunakan itu tiada kaitan dengan kawasan sekitarnya.
Ia merupakan bahasa yang tidak berkaitan dengan semua bahasa yang
digunakan disekitarnya. Ia merupakan bahasa yang unik.
Kini kita dapati ada petanda. Petunjuk penting untuk mencari tempat itu.
Bila mereka telah belajar untuk berbicara sesama mereka, dan
golongan itu berkata kepada Zulkarnain dan berkata padanya,
'wahai Zulkarnain, Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kerosakan,
dalam daerah kami. Dosa yang kita lakukan hanya sebahagian sahaja
yang dikatakan sebagai jenayah. Dosa akan mendapat balasan di akhirat,
tapi bagi jenayah, akan dapat balasan di dunia lagi. Antara perlakuan
jenayah yang kita lakukan ialah ada beberapa peringkat hukuman.
Contohnya jika kamu mencuri, tangan kamu akan dipotong, tapi
hukuman yang paling berat ialah hukuman untuk perbuatan fasad.
Ianya bukan sahaja merosakkan tapi membinasakan. Jadi masyarakat
boleh runtuh dan musnah disebabkan oleh fasad bukan hanya setakat
individu atau keluarga sahaja. Dan fasad boleh jadi dalam berbagai
bentuk, contohnya kaum sodom dan kaum gomorrah dan perlakuan
homoseksual mereka. Itu adalah fasad. Pencemaran pertanian,
itu juga fasad. Ada bermacam2 fasad diterangkan di dalam Quran.
Dan seorang pelajar yang baik tentu mahu buat kajian tentang
fasad di dalam Quran. Jadi Yakjuj dan Makjuj ada phD dalam fasad.
Dan hukumannya mestilah sangat berat, hukuman paling rendah
ialah buang negeri tapi hukuman pada peringkat yang paling atas
ialah dengan memotong kaki dan tangan secara berlawanan dan
menyalibnya hingga mati. Itulah hukuman yang paling teruk dalam Quran.
Dan inilah apa yang Yakjuj dan Makjuj buat. Tapi Allah bercakap
dalam Quran dan saya bersetuju yang Yakjuj dan Makjuj ini amat
berkuasa. Sahih Muslim yang sayapun tidak dapat menghapuskannya.
Jadi mereka ada kuasa yang sukar untuk dimusnahkan. Dan mereka
menggunakan kekuasaannya berlawanan dengan apa yang Zulkarnain buat.
Zulkarnain menggunakan kekuasaannya untuk menghukum penindas.
Tapi Yakjuj dan Makjuj menggunakan kekuasaannya untuk menindas.
Zulkarnain menggunakan kekuasaannya untuk memberi ganjaran pada
yang berbuat kebaikan. Mereka di layan dengan baik.
Yakjuj dan Makjuj menggunakan kekuasaannya untuk melancarkan
peperangan terhadap orang yang beriman. Zulkarnain menggunakan
kekuasaannya dengan menghormati hak kemanusiaan walaupun hak
kemanusiaan penduduk asli australia. Hak kemanusiaan penduduk
asli kaum indian yang cintakan bumi dan menghormati langit, sungai
laut dan pokok2 dan burung jauh dari apa yang rakyat Amerika lakukan.
Bagaimana kamu layan golongan ini? Zulkarnain menghormati hak mereka.
Dan meninggalkan mereka sebagaimana dia jumpa. Tapi bukan dengan Yakjuj
dan Makjuj. Hari ini kaum indian Kanada dan indian Amerika sekarang
terpenjara. Mereka minum arak, pakai seluar jeans, makan mc Donalds,
dan menganggapnya sebagai kemajuan. Itulah mereka hari ini berbeza
dengan mereka sebelum ini.'wahai Zulkarnain, bolehkah kamu menolong
kami. Kamu ada kekuasaan, bolehkah kamu membuat diding penghadang,
untuk melindungi kami dari kaum itu. Dia boleh berkata 'saya tak
perlu buat sebarang tembok, saya akan masuk dan kalahkan mereka.'
dan mereka tidak akan menyentuh kamu lagi'. Seperti seorang wanita
muslim berjalan tepi jalan di Brooklyn, tiada siapa berani nak
mengusik mereka, oh tidak! Bukan seorang wanita muslim.
Bukan di Brooklyn. Jika kamu melakukan kesalahan mengusik seorang
wanita muslim, semua lelaki muslim akan menyerang kamu macam harimau.
Dan kamu akan dapat pengajaran yang tidak dapat dilupakan.
'jadi saya tidak perlu buat tembok saya akan ajar mereka hingga
mereka tidak dapat melupakannya'. Tidak, dia tidak mengatakan
perkara itu. Mereka kata mereka sanggup menbayar upah mereka.
Dia berkata, 'saya tidak perlukan duit kamu' apa yang Allah berikan
pada saya adalah lebih berharga. Dia mengakui yang walaupun dia ada
kekuasaan, kekuasaan yang dia ada tidak mencukupi untuk memberi
pengajaran pada mereka(Yakjuj dan Makjuj). Jadi dia bersetuju
untuk membina tembok. Menyedari yang kekuasaan mereka(Yakjuj dan Makjuj)
amat hebat dan dia tidak dapat mengalahkan mereka. Tolong saya dengan
tenaga manusia yang kamu ada. Dan saya akan membina tembok antara kamu.
Ayat 96, bawakan pada saya kepingan besi, jadi kedudukan tempat itu mestilah
ada lombong besi. Apa yang saya perlu dari kamu ialah tenaga buruh kamu.
Jadi kedudukan tempat itu mestilah ada banjaran gunung, dan sebelah kiri
ada takungan air yang hitam dan berlumpur dan di kawasan di mana ada banyak
bijih besi. 'Bawakan pada saya kepingan besi dan bila dia dah tutup laluan
itu dengan kepingan besi, dia kata tiupkan api dan bawakan saya tembaga cair,
jadi dia tuangkan tembaga cair dan para jurutera, kita ada jurutera di sini,
ini adalah untuk mengelakkan dari karat. Dan setelah dia membina tembok itu,
dia menutupnya, dalam Quran berkata, ada perubahan dari perkataan 'sadain'
ke perkataan 'sadafain'. 'sadain' maknanya dua tembok, dua banjaran gunung,
tapi 'sadafain' ada benda lain. Ianya seperti dua belah seperti cengkerang,
kamu pernah pergi ke pantai, bila kamu buka cengkerang seperti ini, ianya
bersambung pada bawahnya, tapi terbuka pada bahagian bawahnya. Itu bentuk
letupan pada gunung. Jadi bila dia dah membina tembok penghadang itu,
tambaga cair dituangkan dan dia berkata. Yakjuj dan Makjuj tidak dapat
memanjat atau menembusinya. Jadi mereka terperangkap di belakang tembok itu.
Jadi Zulkarnain kata kepada mereka 'tembok ini di bina dengan kebaikan dan
rahmat dari Allah, dan bila tiba masanya, Tuhan saya dah beri peringatan,
mereka (kaum Yahudi) tidak akan mengaku yang tanah suci itu milik mereka
sehinggalah yakjuj dan makjuj dilepaskan. Bila masa itu tiba, untuk
yakjuj dan makjuj untuk dilepaskan, supaya bani Israel akan di bawa kembali
ke tanah suci. Pada masa itu Allah akan meruntuhkan tembok itu dan ia akan
menjadi debu. Siapa 'Alexander the great', jeneral, yang menyembah, Sirius,
Mars dan Venus. Venus ialah tuhan, melainkan Allah adakah dia akan  bercakap
seperti ini, tapi anda dengar ramai orang berkata bahawa Zulkarnain adalah
Alexander the great. Atau Zulkarnain adalah Zurastrian yang pernah jadi
maharaja di Parsi. Zulkarnain mestilah seorang yang menyembah Allah, Tuhan yang
satu. Bila masanya tiba yang mana Tuhan saya dari peringatkan, Dia akan
menyebabkan tembok itu untuk roboh dan runtuh. Kemudian pada masa itu,
Allah akan menyebabkan Yakjuj dan Makjuj bergelombang antara satu sama lain
seperti ombak. Menghempas sesama sendiri. Allah akan menyebabkan manusia
untuk memasuki anarki sejagat, yang manusia melonjak antara satu sama lain.
Bertembung antara satu sama lain. Bila kamu dapati perkara ini berlaku
dimuka bumi ini, kamu tahu sangkakala akan berbunyi.
Dan pada hari tersebut, kami akan tempat neraka untuk semua melihat,
dalam kata lain, dunia akan menjadi ibarat neraka kepada mereka yang
menolak kebenaran. Mereka yang ditutup matanya dari apa yang mengingatkan
kepada Allah, mereka tidak akan dapat mendengar suara kebenaran.'
kemudian akhir sekali, ayat ini, 'Maka adakah orang-orang kafir menyangka
bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah,
selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan
neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. '
Ini merupakan ayat al Quran, yang memperkenalkan subjek Yakjuj dan Makjuj.
Sekarang tengok gambarannya dan tengoklah kalau2 kita dapat mencari tempatnya.
Ini adalah pergunungan Kaukasus, warna putih itu adalah salji dan di sebelah
kiri ada air yang amat hitam dan berlumpur, banyak algae di dalamnya.
Sehingga ia diberikan nama dan nama itu telah ada sejak lama dahulu
ketika ibn kathir lagi ia dinamakan laut Hitam. Ianya di namakan laut Hitam.
Kenapa ianya sangat hitam. Jika kamu pergi ke laut Mediteranean atas kapal
maka kamu akan dapat melihat beberapa meter dalam laut. Tapi jika kamu
pergi ke laut Hitam, kamu akan sukar melihat lebih dari 1 meter di bawah
paras laut. Ibn Kathir mengenali laut ini sebagai laut yang diberitahu
di dalam Quran sebagai 'hammiyah'. Pada bahagian tepi laut Hitam ini,
adalah laut caspian dan antara caspian dan laut Hitam, ada daratan,
jadi kita katakan yang Zulkarnain mengembara di arah sana, ke barat,
dan ke arah ini ke timur. Dan ditakdirkan di bawah laut Kaspian untuk
mengandungi banyak simpanan minyak dibawahnya. Banjaran Kaukasus adalah
banjaran yang tidak berpecah dari hujung sana hinggalah hujung sini.
Tapi diantara banjaran gunung kaukasus ada satu laluan, hanya satu sahaja
diantaranya ianya di panggil 'Darial Gorge'. Ini adalah laut Kaspian,
ini laut Hitam, kamu dapat lihat betapa hitamnya ia. Dan saya ada gambarnya
dalam buku saya, Yakjuj dan Makjuj. Armada kapal tentera laut Rusia yang ada
senjata nuklear ada di sini. Jadi bila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan,
sebagaimana hadis, mereka yang pertama melalui laut Galilee.
Disitulah letaknya laut Galilee, bahagian utara Jerusalem, dan Yakjuj
dan Makjuj sedang menghala ke arah Jerusalem. Perkataan Jerusalem ada
dalam hadis sebagai Baitul Maqdis. Jadi Yakjuj dan Makjuj akan turun
dan perkataan Baitul Maqdis ada di dalam hadis. Yakjuj dan Makjuj akan
pergi ke Baitul Maqdis. Dan dalam perjalanan ke Baitul Maqdis mereka
akan melalui laut Galilee, jadi mereka datang dari utara, dia datang
dari sini. Zulkarnain mengembara ke sini dan kemudian ke sini.
Dan diantaranya ada laluan. Cuba tengok jika kita dapat cari laluan itu.
Itulah darial gorge, ada banjaran gunung di kiri kanannya. Dan ianya
seperti cengkerang yang terbuka. Tengok Quran sedang menerangkan tentang
ini ' salafain'. Cengkerang yang terbuka, jadi kamu dapat lihat
kedua2 belah cengkerang itu. Sebelum ini Quran menggunakan perkataan
'sadain', tapi sekarang ia menggunakan perkataan 'sadafain', dua belah
cengkerang yang terbuka seperti ini. Itu dia, dua belah cengkerang yang
terbuka ada laluan gorge di antaranya. Laut Hitam, laut Kaspian,
salah satu peristiwa besar akhir zaman ialah penaklukan kota konstantinopel,
dan itulah Konstantinopel. Mustafa kamal menamakannya istanbul, dan jika kamu
menggunakan perkataan Konstantinopel, kamu akan di tangkap. Dan pejabat pos Turki tidak
menerima mana2 surat yang ada nama Konstantinopel kerana mereka mahu kita percaya,
dan Empayar Usmaniyah islam mahu kita percaya bahawa penaklukan kota Konstantinopel,
yang diramalkan oleh Nabi Muhammad saw telahpun berlaku dalam tahun 1453.
Salah!. penaklukan kota Konstantinopel akan berlaku nanti. Sebab kenapa penaklukan
kota Konstantinopel berlaku selepas malhamah/peperangan besar , dan mungkin dalam
sessi ke 4, kita boleh bicarakan mengenai malhamah. Penaklukan kota Konstantinopel
amat penting. Kenapa? Sebab Kristian timur, tidak membuat pakatan dengan
pihak Yahudi. Kristian baratlah yang berbuat demikian. Kristian timur adalah
rum dari dalam Quran dan Nabi Muhammad saw berkata yang kita orang islam
akan membuat pakatan dengan rum. Pakatan itu penting kerana kuasa besar
yang berhadapan dengan Israel, ancaman utama Israel adalah dari Rusia.
Senjata nuklear Rusia, tentera laut adalah di sini. Pihak tentera laut
Rusia tidak boleh menggunakan kawasan ini pada musim sejuk kerana ianya
dipenuhi ais dan salji. Jadi bagi tentera Rusia untuk pergi ke Mediteranean,
inilah jalannya. Dan NATO mengawal Istanbul, Konstantinopel bagi pinak Anglo Amerika
pakatan Zionis, sebelum NATO, Empayar Usmaniyah memerintahnya bagi pihak
British dan Peranchis. Empayar Usmaniyah yang melancarkan perang suci
ke atas Kristian timur bagi pihak Kristian barat.jadi penaklukan kota Konstantinopel
perlu berlaku supaya armada tentera laut Rusia boleh keluar dari laut Hitam
dan datang ke sini. Jadi kita dah selesai mengenai lokasi geografi
Yakjuj dan Makjuj. Orang yang tinggal di belakang tembok dalam kawasan
Kaukasus ialah puak Khazar. Puak yang bertukar agama dan menjadi Yahudi.
Mungkin berlaku pada pagi Ahad. Dan sebahagian dari mereka memeluk agama Kristian.
Mungkin pada waktu petang Ahad. Dan sebahagian dari mereka bertukar agama
dari Yahudi kepada Kristian, mungkin pada malam Ahad.
Jadi kamu ada kaum Khazar yang Yahudi, dan ada kaum Khazar yang beragama Kristian.
Tapi mereka tidak menjadi Yahudi disebabkan oleh sebab agama.
Mereka menjadi Yahudi kerana kepentingan politik.
Jadi mereka bukan memperdulikan kan sangat kitab Taurat dan undang2nya.
Jadi mereka menjadi Yahudi sebagai bangsa tapi bukan untuk agama.
Untuk bangsa bukan untuk agama. Mereka inilah yang hari ini mengawal
kekuasaan dunia. Sekarang saya kena membuat pengakuan, dalam buku ini
saya mencapai kesimpulan yang Yakjuj dan Makjuj adalah dua kuasa besar
yang bersaing hari ini. Pihak yang di bawah Rusia, saya kenali ia
sebagai Makjuj dan pihak pakatan anglo Amerika saya kenali sebagai Yakjuj.
Saya rasa ianya tidak mencukupi. Analisis yang lebih tepat, Yakjuj
dan Makjuj berada di dalam kuasa besar itu dan Yakjuj dan Makjuj,
mengambil kedua2 kuasa besar itu kepada kemusnahan. Kerana setelah
kedua2 kuasa besar itu selesai dipergunakan untuk berkhidmat kepada
Israel, Zionis, mereka tidak lagi memerlukannya. Jadi mereka dipergunakan
sehingga mereka bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan perang nuklear.
Akan berlaku kemusnahan yang sama bagi kedua2nya. Mereka akan musnah
tapi bukannya Yakjuj dan Makjuj. Disitulah kesalahan yang saya telah buat.
Yakjuj dan Makjuj tidak akan musnah disebabkan oleh malhamah. Yakjuj dan Makjuj
akan terselamat dari malhamah. Dan Yakjuj dan Makjuj akan menggunakan
kekuasaannya untuk memastikan Israel memerintah dunia. Dan hanya
setelah Nabi Isa as kembali, selepas malhamah itu, hanya setelah itu
Yakjuj dan Makjuj akan musnah. Jadi bila anda baca buku ini, ingat
saya kena masukkan para yang baru untuk memberikan maklumat tambahan.
Rasulullah saw juga bercakap mengenai Dajjal yang Allah telah menciptakan
suatu makhluk dan memprogramkan makhluk itu untuk menyerupai Al Masih yang betul.
Pihak Yahudi telah menolak Al Masih dan menunggu Al Masih yang lain untuk
muncul. Jadi Allah akan menghantar pada dunia seseorang yang akan menyerupai
Al Masih yang betul. Dan dia adalah Dajjal. Dia akan zahir sebagai manusia,
dan dia akan menjadi seorang Yahudi, sebagai seorang pemuda yang berbadan sasa,
dan saya selalu berkata yang rambutnya kerinting.sehingglah seorang Mesir
datang, dia menerangkan kepada saya bahawa tidak syeikh, kaum orthodok
Yahudi harus ada rambut kerinting pada bahagian tepi. Dan itulah yang
Rasulullah saw bercakap mengenainya dan kamu pernah lihat pada buku kecil,
ada rambut kerinting pada sebelah tepi. Dia akan menjelma sebagai manusia,
sebagai seorang pemuda yang berbadan sasa, yang rambutnya kerinting
pada tepinya. Dan si jahat itu akan berdiri di Jerusalem, saya tak
berkata dia akan keluar dari Jerusalem, dia mungkin muncul dari tempat lain
tapi akan berdiri di Jerusalem dan mendakwa dirinya 'saya adalah Al Masih'
dan semua mereka yang ada mata tapi tidak dapat melihat akan mengenalinya
sebagai Al Masih. Dia menipu mereka. Dia dinamakan Dajjal kerana dia pandai
menipu, dia ada phD dalam penipuan. Dalam usahanya untuk mennyamar sebagai
Al Masih, dia kena memerintah dunia dia kena jadikan kekuasaannya sebagai
kuasa paling hebat di dunia. Bila dia dah selesaikannya, dia kena
memerintah dunia dari tanah suci. Hanya setelah itulah dia boleh mengaku
dirinya sebagai Al Masih. Sebuah gempa bumi yang ringkas kena berlaku,
yang akan menjatuhkan masjid al Aqsa. Dan mereka ada kelengkapan untuk
membuat gempa bumi yang ringkas dan mereka akan membina kembali kuil.
Dan dia akan mengisytiharkan diri sebagai Al Masih dan mereka akan menerimanya.
Tapi dia tidak akan jadi Al Masih, dia akan jadi Dajjal. Dalam buku ini
saya ada menerangkan dan ini bukan hadis tapi rumusan secara logik,
dalam usahanya dalam menyerupai Al Masih, pertama dia kena memerdekakan
tanah suci yang sebelum ini dikuasai oleh orang islam. Memerdekakan
untuk kaum Yahudi. Dia dahpun melakukannya. No 2 dia kena membawa balik kaum
Yahudi ke tanah suci untuk mengaku bawa tanah suci itu milik mereka.
Mereka dah pun melakukannya. No 3 dia kena menubuhkan balik negara Israel di
tanah suci dan membuatkan mereka percaya yang inilah Israel yang suci,
dia telahpun melakukan perkara itu. No 4, dia kena menyebabkan negara
Israel sebagai negara yang memerintah dunia. Israel dah pun menguasai
dunia hari ini tapi dia melakukannya di sebalik tabir. Jadi untuk mendapat
pengiktirafan yang Israel negara yang memerintah dunia, tabir itu mestilah di
selak. Israel tidak dapat memerintah dunia ketika Amerika mengawal dunia.
Dalam buku ini saya telah menganalisa satu hadis yang bila Dajjal telah
dilepaskan, dia akan berada di dunia selama 40 hari. Satu hari seumpama
setahun, sehari seumpama sebulan dan sehari seumpama seminggu dll.
Dan saya dah mendapat kesimpulan bahawa dalam sehari umpama setahun,
iaitu tahap pertama, dia menyebabkan Britain sebagai negara pemerintah dunia.
Jadi dunia mengalami pax Britanica. Saya memilih bahasa dengan hati-hati
jadi anda tidak akan katakan pada saya yang hari seumpama setahun bermula
dari hari sekian2. dan memulakan kiraan matematik pada saya. Tidak!,
saya tidak mahu anda lakukan perkara tersebut. Jadi dunia mengalami
pax Britinica, jika anda ada penjelasan lain untuk pax Britanica,
tolong beritahu saya. Inilah penjelasan saya dan sehari umpama sebulan,
berjaya melebihi sehari umpama setahun maka pax Britanica kena beri
laluan pada pax Americana. Amerika menjadi negara pemerintah dunia yang
kedua. Dengan hubungan yang misteri dengan tanah suci dan Israel.
Dan penerangan saya ialah ini adalah tahap ke dua Dajjal. Jika anda
penjelasan yang lebih baik saya ingin mendengarnya. Tapi ada suara yang
amat senyap dan sepi dari para ulamak dan ilmuan islam. Dan suara
yang senyap dan sepi bagi pergerakan islam yang mana banyak telah
mendirikan kerajaan dalam dunia ini. Mereka tak nak dengar perkara ini.
Amat tidak menyelesakan bagi mereka dan suara yang sunyi dan sepi dari
ulamak atau mereka yang dikenali sebagai ulamak yang hebat. Tapi jika
Quran menerangkan semua perkara, apakah penerangan mengenai pax Britanica
dan penjelasan kepada pax Americana. Bagaimana Imran Hosein, seorang yang
bukan pakar ekonomi, yang bukan pakar ekonomi kewangan, yang belajar
ekonomi dan belajar ekonomi kewangan sebagai sebahagian dari
pembelajaran hubungan antarabangsa. Itu tidak menjadikan kamu seorang pakar.
Bagaimana Imran Hosein selama lebih dari 15 tahun dapat mengisytiharkan
secara umum dan mengarang buku yang dolar Amerika akan runtuh. Saya tidak
katakan yang dolar Amerika akan jatuh, saya katakan lebih dari itu.
Saya katakan dolar Amerika mesti jatuh, sistem kewangan mesti jatuh,
dan ianya akan memberi peluang kepada sistem kewangan yang lain.
15 tahun dahulu saya bercakap mengenai sistem kewangan yang bukan
dalam bentuk tunai. Kamu tidak dapat melihat dan memegangnya. Duit elektronik.
Hari ini kita berada di muka pintu/ambang kejatuhan dolar Amerika.
Dari mana saya dapat ilmu itu? Adakah ada jin yang membisikkan
ke telinga saya? Adakah malaikat yang membisikkan di telinga lagi satu?
Bila mereka akan sedar? Ini bukannya hasil dari bisikan dari telinga saya,
ini merupakan ilmu pengetahuan. Ini merupakan hasil kaedah dalam
mengekalkan kajian mengenai akhir zaman. Dari situlah saya dapatkannya.
Jadi bila anda belajar mengenai Dajjal, kamu akan memahami sejarah politik.
Dan kamu akan memahami sejarah ekonomi. Dan kamu akan faham bagaimana
nak respon atau bertindak. Saya akan membincangkan bagaimana nak mengambil
tindakan dalam sessi akan datang. Kita akan membicarakan lebih lagi
mengenai tindakan yang perlu dia ambil. Dajjal akan bergerak ke fasa
1 hari seperti 1 minggu, dan pada masa di mana 1 hari saperti 1 minggu,
Israel kena mengambil alih dari usa/Amerika sebagai negara pemerintah
dunia yang ke seterusnya. Mereka bertanya saya, bagaimana negara Israel yang
kecil, memerintah dunia. Dan saya katakan kepada kamu. Wahai si bodoh!
Adakah mana ahli politik Amerika dalam negara pemerintah dunia hari ini,
yang ada harapan untuk memenangi sebarang pilihanraya, jika dia berdiri
melawan Israel? Kamu si bodoh! Israel mengawal usa/Amerika, president
Israel/perdana menteri, Ariel Sharon, dia yang berkata 'kami mengawal Amerika'
dia yang katakan perkara itu. Jadi bukanlah negara Israel yang kecil,
itu ialah pergerakan Zionis dan pakatan anglo Amerika yang mana sekarang
ini menjadi pakatan Zionis. Itulah Yakjuj dan Makjuj. Merekalah yang
mengawal kekuasaan di dunia. Dan mereka menyerahkannya kepada Israel
untuk memerintah dunia. Untuk Israel memerintah dunia, dia kena mempunyai
kuasa terhadap bangsa Arab. Jadi kamu akan dapati, kebangkitan
bangsa Arab yang pertama, 100 tahun yang lalu. Kamu kena belajar sejarah.
Sekarang ini bukannya kebangkitan bangsa Arab yang pertama, kali pertama
kebangkitan bangsa Arab ialah 100 tahun yang lepas. Dan kebangkitan
bangsa Arab yang pertama memadamkan Empayar Usmaniyah dan menukarnya
menjadi 'negeri pelanggan', Arab saudi, yang mengawal bagi pihak Zionis.
Ianya membawa kepada penzahiran kerajaan dan pemerintah yang akan
bertindak bagi pihak Zionis. Kebangkitan bangsa Arab yang kedua juga
melakukan perkara yang sama. Halangan paling besar ialah negara Syria,
dan negara yang paling penting dalam kumpulan itu adalah Syria.
Bagi mereka untuk memerintah dunia, mereka kena memerintah bangsa Arab,
untuk memerintah bangsa Arab, mereka kena menghapuskannya. Mereka
tak boleh mengawal terlalu ramai bangsa Arab. Oleh itu sabda Rasulullah saw,
'celakalah bangsa Arab! Kerana ada kejahatan yang amat besar sedang
menghampiri bangsa Arab, Yakjuj dan Makjuj. Dan baginda meramalkan bahawa
bangsa Arab akan binasa disebabkan oleh wabak, jadi adanya peperangan
biologi. Kebangkitan bangsa Arab itu sebenarnya akan menjerumuskan mereka
kepada penyembelihan bangsa Arab. Supaya mereka ada jumlah bangsa Arab
yang senang di kawal. Dan bila serangan biologi ke atas bangsa Arab berlaku,
satu2nya tempat di mana kamu boleh berlindung ialah di Mekkah dan Madinah.
Kerana kedua2 Dajjal dan wabak tidak dapat memasuki Mekkah dan Madinah.
Bila Israel memerintah dunia yang mana fasa ketika itu adalah sehari
seperti seminggu, masa yang singkat. Dan masa itu merupakan puncak
penindasan terhadap orang islam dan pada akhir hari tersebut, yang mana
seperti seminggu, kita akan mengalami penzahiran Dajjal dalam bentuk manusia.
Tapi sebelum Dajjal boleh zahir sebagai manusia, dua perkara mesti
berlaku. No. 1 ialah malhamah/perang besar yang akan menampakkan perang
dunia 1 dan perang dunia ke 2, nampak seperti berebutkan sebiji kacang.
Betapa besarnya perang yang akan meletus nanti. Dan selepas itu, apa dia?
Apa yang datang setelah malhamah? Penaklukan kota Konstantinopel, dan setelah
penaklukan Konstantinopel itu akan berlaku 'khuruj'/penzahiran Dajjal.
Dajjal dilepaskan ketika masa hidup Rasulullah saw,
Yakjuj dan Makjuj juga dilepaskan pada masa itu. Dajjal juga
dilepaskan pada masa itu. Tapi Dajjal bukan berada di dimensi alam kita.
Tapi selepas penaklukan kota Konstantinopel, Dajjal akan 'khuruj'/zahir. Jadi kamu
akan dapat melihatnya dalam bentuk manusia. Encik Dajjal sendiri.
Pada masa itu Madinah akan diserang. Dajjal akan bertapak di luar Madinah.
Dalam panas terik di luar Madinah. Bermakna pasukan tentera Israel akan
menyerang. Dan pada waktu itu Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali.
Dan setiap orang kafir dan munafik akan terkeluar ke situ. Jadi mereka
akan menjadi kafir di Madinah dan mereka akan menyertai Dajjal.
Dan malaikat akan meyekat Dajjal dari memasuki Madinah. Dan mengalihkan
serangan itu ke Damaskus. Bila Dajjal sampai ke Damaskus, 3 pelakon utama,
akhir zaman akan berada di satu tempat yang sama pada kedudukan geografi.
No. 1, Dajjal. Akan diikuti oleh 7000 Yahudi dari isfahan memakai selendang
parsi, kata hadis. No 2. namanya saya belum lagi setakat ini, iaitu imam
Mahdi tapi saya ada beberapa ceramah mengenainya dan kita ada di sini.
Imam Mahdi dan dia akan berada di dalam masjid. Dan Dajjal akan berada di luar.
Ketika solat. Pertama kali ketika Al Masih/nabi isa datang, Allah mengarahkan
seseorang untuk memperkenalkan Al Masih. Siapakah dia? 'John the baptist'
kali ke dua al Masih turun, Allah mengarahkan seseorang untuk mengesahkan
dan memperkenalkan dia, siapakah dia? Imam Mahdi. 'John the baptist' berkata
'inilah dia orang yang kamu nanti2, inilah Al Masih' menunjukkan kepada
sepupunya, Nabi Isa as. Imam Mahdi ketika hampir menjadi imam solat,
Nabi Isa as turun, turun dari langit dengan kedua tangannya diletakkan
atas sayap dua malaikat. Ketika dia menghampiri masjid, Imam Mahdi mengatakan
inilah putera Maryam. Inilah Nabi Isa as. Dia akan mengesahkan identiti Al Masih itu.
Kemudian Imam Mahdi akan menjemputnya mengimami solat. Dia berkata, tidak!.
Kamu telah dipilih oleh jemaah maka kamulah yang akan menjadi imam.
Dan dia akan solat bersama kita sama dengan syariat yang sampai kepada
Nabi Muhammad saw. Bila solat berakhir, dia berkata.'bukalah pagar itu'.
Sebab masjid itu dipagari. Dan Dajjal berada di luar. Dan Imam Mahdi berada
di dalam. Dan Nabi Isa as juga berada di dalam. Tiga pelakon utama
akhir zaman berada di satu tempat. Damaskus. Jadi cerita mengenai Damaskus
tidak akan berakhir dengan tentera asing dan pelabur asing yang mengambil
alih bandar itu bagi pihak Zionis. Cerita mengenai Damaskus akan berakhir
hanya pada hari itu. Bila dia membuka pintu pagar itu, Dajjal itu melihatnya.
Dajjal akan cair seperti garam cair dalam air. Dan dia kan melarikan diri.
Melarikan diri. Hari ini dia menghentak2kan kakinya. Penindas yang
mengalirkan darah. Esok, mereka akan melarikan diri. Jadi ini berita
baik untuk gaza. Esok mereka akan melarikan diri. Nabi Isa as akan
mengekorinya dan menangkapnya di tempat bernama lud dan membunuhnya. Pada pendapat saya,
yang bila dia dibunuh dia akan menjadi ghaib kerana dia diprogramkan
untuk berbuat sebagaimana yang dia telah buat. Jadi dia tidak akan
berhadapan dengan Allah untuk dibicarakan dan memberikan alasan kepada
perbuatannya samada di beri ganjaran atau di hukum. Tidak! Sebab Allah
telah menciptakan dia sebagai makhluk yang istimewa. Ciptaan jahat untuk
menguji manusia dan menghukum manusia. Apa tindakan yang perlu kita ambil?
Kepada fasad yang tersebar dari Yakjuj dan Makjuj dan bagaimana kita mahu
bertindak terhadap penindasan yang dilakukan oleh Dajjal.
Jawapan saya ialah, kamu tidak dapat melawan mereka. Ini merupakan kapal
yang sedang tenggelam. Dia akan membawa semua manusia tenggelam bersamanya.
Jika kamu mahu menaiki kapal yang sedang tenggelam itu, kamu tahu yang
ia sedang tenggelam dan kamu tidak dapat menahannya dari tenggelam,
apa yang kamu akan lakukan? Adakah kamu akan kutip wang dan membina
masjid yang bernilai 1 juta dollar. Tidak, jika kamu menaiki kapal itu,
dan ianya sedang tenggelam, dan semua yang ada di atas kapal itu akan
masuk ke dalam api neraka. Kamu tidak dapat menahannya dari tenggelam.
Dan satu perkara yang seorang yang berfikiran rasional dan cerdik akan
lakukan ialah untuk turun dari kapal tersebut. Dan itulah apa yang
pemuda2 lakukan dalam surah al kahfi. Ianya adalah satu filosofi untuk
menarik diri dari dunia yang tidak bertuhan. Untuk mengekalkan iman.
Mari kita akhiri dengan sebuah hadis. Rasulullah saw bersabda, ada
sesetengah orang yang menghadapi masalah dengan Rasulullah saw.
Kenapa dia berkata demikian? Kenapa kita tidak boleh menjadi sebahagian
dari masyarakat yang besar ini? Apa masalah dengan jemaah berjean biru?
Kenapa dia berkata demikian? Inilah katanya, dia kata' masanya akan tiba,
bila orang yang beriman, dalam usaha untuk mengekalkan iman kena membawa diri
ke pergunungan di mana hujan turun, dan mengambil bersamanya beberapa ekor
kambing dan berpindah'. Dengan menarik diri dari dunia yang tidak bertuhan,
untuk mempertahankan iman. Inilah tindakan kita. Sesiapa yang memilih untuk
tinggal di bandar, kamu kena tahu yang setiap pekan dan bandar akan dimusnahkan.
Surah al isra' dan mereka yang tidak musnah akan dihukum dengan hukuman yang
dahsyat. Kita katakan dengan menarik diri ke kawasan yang terpencil,
dan membina satu masyarakat yang menyembah Allah dengan keikhlasan dalam
hati mereka. Kita panggilnya sebagai kampung muslim. Kampung muslim akan
menyatukan orang2 islam, jadi tiada puak2, tidak!. Quran dan sunnah akan
menyatukan orang2 kita. Saya ada lagi perkara untuk diperkatakan mengenai
perkara ini. Ianya mungkin pada sessi akan datang, insyaAllah.
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...