Persatuan Rahsia dan ramalan akhir zaman
wawancara antara Syeikh Imran Nizar Hosein oleh Morris.
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
Saya rasa berita utama terkini yang sedang berlaku ialah mengenai Lubnan,
mereka mendapati ada satu kapal penuh dengan senjata yang telah diseludup masuk,
ada pergaduhan antara tentera Lubnan yang cuba menyembelahi Syria,
saya nak tahu jika kamu ada ramalan atau gerak hati mengenai perkara yang
sedang berlaku di sana?
Saya rasa gembira kita mulakan dengan tajuk ini Morris,
sebab masa wawancara yang lepas saya ada membuat kenyataan bahawa
saya menganggap sesetengah dari mereka, bukan semuanya yang
bersenjata dan memberontak terhadap rejim Syria,
saya menganggap mereka sebagai 'pengganas'
kenyataan saya itu telah menimbulkan satu kritikan dari mereka
yang merasa sengatnya.
Saya tidak merasa menyesal memberikan kenyataan itu.
Mereka yang bersekutu dengan Zionis samada secara terus dengan NATO,
atau secara tidak langsung melalui Arab Saudi, Qatar dan negara lain,
yang bersekutu dengan Zionis.
Dan juga mereka yang telah dibiayai dan diberikan bantuan senjata,
secara terus atau secara tidak langsung daripada Zionis.
Dalam pemberontakan yang bersenjata terhadap rejim Syria,
dan sesiapa yang melakukan perbuatan yang ganas dan zalim,
dan penyembelihan, semua berbuatan yang mengganas,
yang menggunakan apa sahaja cara yang dianggap sebagai mengganas
mestilah dikenal pasti sebagai pengganas dan saya telah
membuat 'no kualiti' terhadap kenyataan itu.
Bahawa mereka sebenarnya adalah pengganas.
Mereka mestilah mengutuknya sebagai seorang pengganas.
Mengenai berita yang mengatakan bahawa ada senjata yang
telah di hantar ke Syria melalui Lubnan sebagaimana yang
kamu beritahu tadi, ianya tidak mengejutkan saya, saya rasa
Turki telah memainkan peranan yang paling kotor antara semua pihak.
Ini bukanlah bahasa yang selalunya saya gunakan,
tapi saya terpaksa menggunakan bahasa ini sekarang
peranan yang paling jahat yang dimainkan oleh negara Turki,
dan seseorang kena bangun dan memberitahu kepada kerajaan Turki,
terus ke muka mereka.
Bahawa senjata yang telah diseludup memasuki Libya
dengan cara yang sama dan tujuan utamanya adalah
untuk menggulingkan rejim Libya, rejim yang mana
merupakan batu halangan kepada Zionis dan perkara
yang sama berlaku di Syria, supaya kebangkitan
bangsa Arab akan muncul kembali.
Ia berlaku 100 tahun dahulu, sebagaimana saya katakan
kepada kamu, Morris. Dan sekarang sekali lagi,
supaya rejim yang berbaik dengan Zionis dan
turut sama mencuba bersama Zionis,
dan mereka akan menggantikan kerajaan di Syria dan Libya.
Jadi kita akan menyaksikan kebangkitan sekali lagi bangsa Arab.
Dan kita tahu dalam keadaan sekarang, hasil yang akan
berlaku adalah berbeza.
Pada keadaan yang lepas, ada kemenangan yang mudah,
mereka telah mencapai semua tujuan mereka
dan mereka telah berjaya untuk mendirikan
negara Israel di tanah suci sebagai
hasil dari kebangkitan bangsa Arab yang pertama.
Tapi dalam keadaan situasi sekarang, mereka menjangkakan
sesuatu yang lebih lagi.
Dalam keadaan sekarang mereka mengharap agar
negara Israel akan menjadi negara pemerintah dunia,
menggantikan USA.
Ini merupakan satu cabang ilmu yang dinamakan
sebagai ilmu eskatologi dan saya membicarakan
dari sudut ilmu eskatologi Islam.
Sesiapa yang sudah mengenali saya tahu bahawa
saya telah memberitahu perkara ini sejak dari
15, 20 tahun yang lepas bahawa Israel sekarang
ini sedang berusaha atau Zionis sekarang sedang
berusaha untuk membuatkan negara Israel
menggantikan USA sebagai negara pemerintah dunia.
Perbezaan antara kebangkitan Arab yang pertama
dan kedua ialah seorang lelaki yang bernama Putin,
dari satu negara yang bernama Rusia.
Dan malam ini, saya ada seorang murid yang berbangsa
Rusia bersama saya. Dia adalah seorang pelajar
dari UIA.
Bekas timbalan perdana menteri Spanyol, beberapa hari
yang lepas telah mendedahkan satu dialog antara
dia dan Putin, saya tak tahu dah berapa lama ia berlaku,
mungkin dia mengambilnya keluar dari muzium!
Dia berbicara dengan Putin mengenai penjualan
senjata missile kepada Iran dan dia cuba
meyakinkan Rusia supaya tidak menjualnya
kepada Iran.
Katanya, Putin berkata, 'jangan risau mengenai
perkara tersebut, Israel akan menguruskan pasal Iran'.
Itulah kata2nya. Saya rasa mereka akan merasa terkejut nanti.
Jika mereka rasa Israel dan Putin adalah bersahabat,
sebab dalam keadaan sekarang, serangan itu bukan sahaja
akan berlaku ke atas Syria, dan mereka tidak berjaya
melakukan demikian disebabkan oleh Rusia dan China,
serangan itu juga memberi kesan kepada Iran
dan oleh kerana mereka adalah musyrik,
dan saya memilih perkataan yang gunakan dengan berhati2,
mereka ada obsesi dan degil untuk memerintah dunia,
sebagai akibatnya, tidak kira apapun akibat
yang akan berlaku, walaupun akan berlakunya perang nuklear,
walaupun berjuta2 orang yang akan mati, Israel tidak
akan berundur, mereka akan meneruskan juga dengan keras kepala mereka,
dengan usaha untuk melemahkan Iran, Pakistan, Mesir dan Syria.
Dalam proses itu, dia akan melanggar batasan itu.
Bila dia telah melanggar batasan itu,
dia kena berhadapan dengan Putin.
Itu sahajalah komen yang saya ingin luahkan.
Kamu ada sebut mengenai Turki sebentar tadi,
ada seorang lelaki yang di gelar 'pemimpin Islam'
yang di panggil 'Gulen' di Amerika, dan dia
telah dikatakan mempengaruhi polisi Turki,
adakah kamu kenal lelaki ini?
Ya saya biasa dengan permainan yang dirancang ini,
tapi Morris, dalam Quran, Allah swt telah berfirman
bahawa, 'mereka merancang rancangan mereka,
dan Kami juga merancang rancangan Kami dan
rancangan Kamilah yang paling baik'.
Sekarang ini saya ingin berkongsi dengan kamu,
satu ramalan yang telah di buat oleh Nabi Muhammad saw,
yang mana pendengar akan merasa tertarik,
baginda menyebut mengenai peristiwa akhir zaman,
baginda berkata bahawa ketika Jerusalem sedang
pesat membangun, dan sekarang ini Jerusalem sedang
pesat membangun. Jerusalem sekarang ini sedang
mendapat perhatian dunia dalam semua urusan dunia.
Baginda berkata bahawa ketika Jerusalem sedang membangun,
pada ketika itu bandar Madinah, tempat di mana
Rasulullah saw disemadikan, dulu kita mengenalinya
sebagai Yathrib, pada ketika itu bandar itu akan menjadi
terpinggir/terbiar, maknanya tidak memainkan sebarang
peranan penting dalam urusan dunia mahupun urusan
yang berkaitan dengan agama Islam.
Dan itulah keadaan bandar Madinah sekarang.
Jadi baginda bercakap mengenai keadaan sekarang.
Jadi pada ketika Jerusalem sedang membangun,
Madinah/yathrib akan berada dalam keadaan terpinggir.
Pada ketika itu, kata baginda, akan berlaku peperangan besar,
dan peperangan besar itu akan diikuti dengan penaklukan
kota Konstantinopel,
jadi penaklukan kota Konstantinopel pada 1455, rasa sayalah,
oleh kerajaan Usmaniah hanyalah percikan kecil sahaja,
penaklukan yang akan datang inilah yang sebenarnya diramalkan
oleh baginda.
Dan bila berlakukanya penaklukan kota Konstantinopel berlaku,
tentu sahaja akibatnya adalah NATO akan diusir keluar,
jika NATO telah diusir dari Konstantinopel, maka itu adalah
satu kelebihan untuk Rusia.
Bila Konstantinopel di takluk, masa itulah anti-crist/Dajjal,
akan menzahirkan diri. Maknanya akan menzahirkan diri di
dimensi dunia kita sekarang ini dalam bentuk seorang manusia.
Jadi Turki ada peranan yang menonjol untuk dimainkan dalam
peringkat antarabangsa dan dalam urusan dunia muslim di masa yang
terdekat ini.
Di Turkilah adanya kota Konstantinopel dan akan menjadi pentas dunia.
Saya percaya, disebabkan oleh ramalan inilah, menyebabkan Mustafa Kamal,
dan nasionalis Turki yang sekular, menukar nama kota itu dari
Konstantinopel kepada satu nama lain yang ia pernah ada iaitu Istanbul.
Saya tahu mengenai perancangan itu, dari US, dari masyarakat Turki
yang tinggal di US
dan saya tahu hubungkait mereka (Mustafa Kamal dll) dengan
kerajaan sekarang di Turki dan parti yang mewujudkan kerajaan sekarang.
Mereka boleh merancang rancangan mereka,
dan Tuhan juga merancang rancanganNya
sebaik sahaja Israel melancarkan serangannya, dan NATO turut sama
menyertai serangan terhadap Syria, Iran, Pakistan dan Mesir,
saya telah mengatakan bahawa akan ada satu reaksi yang negatif yang sangat
kuat di Turki dan ianya akan mencetuskan perang saudara.
Kamu tahu mengenai perkara ini kan?
Saya tahu negara barat telah pergi ke seluruh dunia dan meletupkannya
terutamanya negara Islam tetapi ia juga turut sama terlibat dengan perang
di Asia seperti di Korea dan Vietnam. Tapi setiap kali, apa yang belaku ialah
mereka telah mencipta pelarian dan mengimport mereka ke dalam bandar
besar negara barat termasuk Amerika, UK dan saya nak tahu sama ada ianya
merupakan bukan salah satu tujuan utama perang itu untuk
mempengaruhi komuniti yang asli dan memecah belahkan komuniti yang erat
yang wujud secara semulajadi di negara2 Islam, contohnya di Afghanistan.
Tidakkah mereka telah merancang perubahan sosial terhadap kelas manusia,
supaya tidak lagi wujud kesetiaan pada kaum dan tiada lagi kecintaan
pada tanah air.
Saya ingin memperkenalkan kepada kamu dengan satu perkataan / terminologi
yang mana mungkin kamu biasa mendengarnya semasa kamu sekolah dahulu.
Apa yang mereka mahu lakukan ialah mereka mahu mencipta satu salinan
yang sama dengan diri mereka sendiri.
Kamu faham maksud 'salinan karbon'kan?
Ya.
Seluruh usaha telah di buat untuk mencipta kembali cara hidup mereka
di seluruh dunia ke satu tahap cara hidup yang asli.
Perkara ini tidak berlaku secara kebetulan. Ianya merupakan
seolah satu keperluan yang di panggil globisasi.
Ianya bukan semata2 mencipta kerajaan dunia, dan salah satu langkah
ke arah kerajaan dunia ialah tentera barat telah melancarkan perang
ke seluruh negara bukan barat, peperangan yang aggresif untuk
menjajah India, Afrika, Malaya dan Amerika selatan.
Bila mereka menjajah masyarakat bukan barat, mereka kemudian
mendirikan institusi yang akan membolehkan mereka terus mempengaruhi
negara2 itu dan mengubah mereka melalui perwakilan/perantaraan.
Jadi mereka boleh beri kemerdekaan dan membuatkan mereka mempercayai yang
mereka tidak lagi dijajah dan mereka sekarang telah mempunyai
kebebasan berpolitik.
Dan mereka juga percaya mereka telah mempunyai kebebasan ekonomi,
tapi itu hanyalah cara untuk mengaburkan mata mereka.
Mereka sebenarnya memerintah negara 2 itu melalui wakil/perantara
ianya juga menggunakan kaedah pembelajaran yang telah melalui
proses pembaratan. Dari segi politik, ekonomi, pembelajaran,
budaya bahkan makanan.
Saya baru sahaja memberitahu pada pelajar Pakistan di sini,
bahawa Pakistan telah menghasilkan roti yang amat sedap,
mereka memanggilnya 'Naan'. Kamu pernah merasanya?
Ya ada, roti Naan.
Dan mereka juga ada ayam dan mereka memerapnya dengan rempah
dan memanggilnya 'ayam Tikka'. Ianya merupakan makanan yang sedap.
Ya.
Dan selepas mereka telah membasuh minda orang Pakistan,
mereka kemudiannya membuka kedai 'Mc Donald' di Karachi.
Dan ianya 5 batu panjangnya, orang yang beratur untuk membeli
di Mc Donald. Sedangkan ayam Tikka jauh lebih sedap dari Mc Donald.
Proses pembaratan ini berlaku kerana ada agenda jahat
dan agenda itu ialah untuk mengubah seluruh manusia di dunia ini
kepada satu salinan manusia barat moden.
Dunia Eropah pernah menganut agama Kristian dan dulu pernah
wujud ketika di mana bangsa Eropah ada nilai2 murni agama Kristian.
Kemudian datang satu perubahan dan saya ingin memberi contoh
yang jelas iaitu 'Crusade'/perang salib.
Di mana gereja Kristian barat dan bukannya Kristian timur,
sekarang ini telah diserang oleh satu virus yang amat misteri.
Saya tidak tahu siapa yang import virus itu ke Rome/vatikan.
Dan virus inilah yang menyebabkan Pope melancarkan perang salib.
Dan cuba teka siapa yang menolong membiayai perang salib itu?
Yahudi Eropah yang menolong membiayai perang salib Kristian barat,
jadi ada perubahan yang berlaku di Eropah.
Di mana kamu dulu ada agama Kristian yang ada nilai2 murni dan
ianya telah dicabul dan setelah itu
datanglah dunia Kristian yang baru.
Dan mereka memanggilanya tamadun Kristian barat moden dan ia
mempunyai lebih banyak kuasa dari apa yang dunia pernah
saksikan sebelum ini.
Dan Eropah inilah dan bukan Eropah yang dulu yang di panggil
'Kristiandom' dan pelakon baru inilah dalam sejarah yang ingin
mengubah manusia kepada satu salinan baru diri mereka.
Apakah penerangan ke atas semua ini?
Esketologi Islam kita, telah memberitahu kita mengenai
Yakjuj dan Makjuj dan kamu tidak akan dapat memahami
Yakjuj dan Makjuj melainkan kamu tahu mengenai politik.
Yakjuj dan Makjuj adalah merupakan manusia biasa.
Mereka dicipta oleh Allah swt dan mereka telah diberikan
satu kekuasaan yang sukar di hapuskan, jadi kamu
tidak akan dapat mengalahkan dan memusnahkan mereka.
HanyaTuhan sahaja dapat melakukannya.
Dalam satu segi mereka merosakkan dunia ini.
Semua benda mereka rosakkan dan dalam satu segi lagi
mereka telah bertindak bagi pihak Israel.
Merekalah yang telah membawa orang Yahudi ke tanah suci.
2000 tahun setelah orang Yahudi itu telah diusir
merekalah yang telah mendirikan balik negara Israel di tanah suci.
Dan Rasulullah saw telah bercakap mengenai Yakjuj dan Makjuj,
dan baginda telah mengenali mereka sebagai orang merancang proses
globalisasi ini.
Kemusnahan struktur keaslian yang kamu perkatakan sebelum ini.
Dan membawa semua manusia kepada satu budaya yang telah diterapkan.
Dan ianya berdasarkan budaya yang tidak bertuhan.
Dan baginda bersabda bahawa tiada satupun antara Yakjuj dan Makjuj
itu yang meninggal tanpa meninggalkan 1000 orang
yang sama dengan mereka.
Jadi setiap satu dari mereka akan mencipta 1000 salinan
dari diri mereka.
Saya merasa amat gembira jika saya mati dan meninggalkan
5 orang murid yang akan menyambung apa yang saya buat.
Saya akan bersyukur jika ada 5 orang murid.
Tapi mereka telah meninggalkan 1000 orang dari diri mereka.
Inilah hasil kerja Yakjuj dan Makjuj.
Seorang wanita muda dari Pakistan, republik Islam Pakistan,
dia lahir diPakistan, dia tinggal di Pakistan di sepanjang hidupnya,
tapi dia bercakap dengan loghat Amerika yang sempurna.
Kadang2 percakapannya adalah lebih baik dari orang Amerika sendiri.
Dan dia merasa bangga dengan loghat Amerika dia.
Bagamana kamu dapat menerangkan mengenai perkara ini?
Yakjuj dan Makjuj tidak akan meninggal tanpa meninggalkan 1000 orang
yang sama dengan mereka.
Dan antara mereka ialah 1000 orang Pakistan, 1000 orang Mesir,
orang China, orang Afrika.
Inilah penerangan mengikut kaedah ilmu esketologi mengenai
kemusnahan budaya asli.
Dalam negara barat ada banyak tipu muslihat melalui persatuan rahsia,
illuminati dan banyak nama yang muncul dan ramai yang mempercayainya.
Sebenarnya saya tak berapa percaya mengenainya.
Mungkin kamu boleh memberikan cetusan idea, saya tidak percaya
yang persatuan rahsia ini merupakan bahagian atas sekali pada piramid
kekuatan atau Yakjuj dan Makjuj (jika kamu suka).
Ianya merupakan satu persoalan yang bebas.
Adakah kamu rasa persatuan rahsia ini ada banyak kuasa di dalam dunia ini?
Di dalam Quran kami telah diperintahkan mengenai hubungan peribadi sesama
manusia, dan juga dalam hubungan kita dengan dunia luar.
Quran telah memerintahkan kita supaya
bercakap dengan benar, jangan becakap dengan lidah bercabang dua,
bercakap benar. Berakhlak mulia dan tidak boleh ada perlakuan
yang munafik. Itulah agama nabi Ibrahim as
kamu tidak boleh mengadakan satu perjanjian damai dengan Konstantinopel,
kerajaan Usmaniah dan pada masa yang sama kamu mengadakan perjanjian
damai dengan emperor Konstantinopel dan kamu sibuk membuat persediaan
untuk berperang. Itu munafik.
Itu bukanlah cara untuk mengikut ajaran nabi Ibrahim as.
Apa yang kita ada dalam dunia sekarang ini adalah sudah rosak
dalam kehidupan awam.
Kamu ada satu kerajaan rasmi, yang melakukan urusan rasmi dengan seluruh
dunia, mengikut cara rasmi, tapi mereka juga mengadakan satu persatuan
rahsia untuk membuat kerja2 kotor.
Kamu pernah dengar Morris mengenai CIA?
Mungkin.
Ya, rakyat Haiti ada satu pengalaman dengan CIA di Haiti kerana
mereka telah melakukan satu kesalahan kerana telah menampar muka
Peranchis, 200 tahun yang lalu.
Dan mengalahkan tentera Peranchis dan mengisytiharkan kemerdekaan
republik kaum kulit hitam Haiti dan masyarakat barat tidak pernah
memaafkan mereka atas sebab itu.
Jadi Haiti telah menjadi sasaran dan diserang secara zalim
hingga ke tahap di mana Haiti yang merupakan sebuah negara Roman Katolik,
bercadang untuk mencipta perkataan baru kepada triniti
iaitu ayah, anak dan CIA.
Itulah trinity yang baru. Dan Haiti memperakuinya.
Kemudian kamu ada mosad Israel dan Iran ada savak dia dan ianya telah
menjadi satu fesyen sekarang untuk menyalurkan ketakutan kamu dalam
cara munafik.
Yang mana kamu ada negara yang rasmi yang berpakaian jaket dan tali leher
dan menunjukkan kepada dunia, satu imej yang dihormati
dan kemudian kamu ada Mosad dan CIA untuk menyerang Amerika pada 9/11.
Dan meletakkan kesalahannya kepada bangsa Arab dan muslim.
Inilah apa yang kamu katakan sebagai Freemason dan Illuminati.
Persatuan rahsia yang melakukan kerja kotor yang mereka mahu lakukan
tapi tidak mahu tangan mereka kotor.
Mereka tidak mahu imej mereka dicemari tapi ianya lebih dari itu.
Quran memberitahu kita yang mereka adalah orang yang mempunyai
kaitan dengan alam lain yang tidak dapat kita kesan secara normal,
tidak menjadi trend bagi universiti untuk membincangkan mengenai
malaikat. Kamu pernah tak dengar mengenai universiti itu?
Tiada universiti yang membincangkan mengenai alam yang tidak nampak,
yang mana disitulah wujudnya malaikat dan juga di dalam Quran yang
di panggil jin dan ada jin yang jahat. Mereka adalah syaitan.
Dan persatuan rahsia ini sentiasa membuat hubungan dengan alam
ghaib itu dan mereka ada ritual syaitan yang mereka kena lakukan
untuk sentiasa berhubungan dengan alam syaitan yang ghaib.
Jadi bila kita sebut mengenai persatuan occult/mistik ini,
mengenai Freemason dan Illuminati, kita bukan sahaja
bercakap mengenai manusia yang sudah tersesat, berakhlak
dalam keadaan munafik, mereka yang melakukan kerja kotor
dalam keadaan rahsia yang mana tidak dapat dilakukan
ditempat awam tapi kita juga bercakap mengenai manusia
yang mempunyai hubungan dengan dunia yang ghaib dan
mereka yang menggunakan hubungan itu untuk tujuan yang jahat.
Adakah kamu akan mengaitkan persatuan rahsia ini dengan Yahudi
yang berkitabkan Thalmud?
Saya percaya ada sedikit kaitan dalam dakwaan itu bahawa dalam
Thalmud ada berlaku penulisan semula/korupsi terhadap
apa yang ada dalam taurat nabi Musa as.
Dan kamu ada hubungkait dengannya dengan occult, yang mungkin
dapat timbul dari Thalmud itu.
Terima kasih, secara peribadi, saya meletakkanya di bahagian
atas sekali dari persatuan rahsia itu.
Dalam Islam percampuran bebas tidak dibenarkan.
Di barat sentiasa memperkatakan mengenai hak manusia dan
saya tak tinggal di kejiranan yang teruk
tapi saya dapat melihat pemuda mabuk di jalanan,
saya yakin mereka bangga dengan hak kemanusian mereka,
untuk mabuk di jalan berakhlak seperti itu tapi saya nak
kamu menjawab dan menerangkan isu mengenai percampuran bebas
dan saya percaya ini adalah tujuan perang,
bahawa percampuran bebas mestilah dipupuk
dan semua manusia mesti mengalaminya.
Kami bukanlah manusia yang bersedia memeluk seorang isteri
lelaki lain dan menari dengannya.
Kami merupakan manusia yang percaya ada ruang yang dibenarkan
antara lelaki dan wanita.
Ruang yang dilarang itu bukan sahaja secara fizikal/ruang, bahkan
ianya juga dari segi moral dan sosial.
Tapi jika kamu pergi ke rumah Nabi Muhammad saw, jika kamu duduk
salah seorang dari isterinya akan datang dan melayan kamu.
Mereka tidak mempunyai pembantu rumah Indonesia, tidak,
kerana pada ketika itu kita tidak ada duit kertas,
untuk membuatkan manusia melarat dan menghambakan mereka.
Jadi pembantu rumah Indonesia sekarang ini terpaksa
bekerja dengan gaji seorang hamba.
Jadi salah seorang dari isteri baginda akan datang dan melayan kamu.
Dia tidak di larang untuk melakukan perkara demikian.
Kita dibenarkan untuk duduk dengan wanita dan bercakap dengan mereka.
Tapi ianya mestilah perkara yang membicarakan mengenai
perkara2 yang baik, tidak kotor.
Ruang yang dilarang itu juga bermaksud larangan membicarakan
perkara2 yang tidak bermoral.
Tapi bila membicarakan hubungan antara wanita dan lelaki dalam Islam,
saya rasa kita ada sesuatu yang perlu di ajar kepada tamadun
dunia barat moden dan mereka yang ada masalah dengan
monikal winskey.
Bila kita membangunkan kampung muslim kita, setiap wanita
yang datang ke kampung muslim kita dan Morris, bukan semua wanita cantik,
bila kita membangunkan kampung muslim kita, setiap wanita
yang datang ke kampung muslim kita dan berkata dia mahukan
seorang suami, seseorang kena mengahwininya.
Jadi kita tidak ada dalam Islam yang lelaki hanya perlu ada
seorang isteri sahaja.
Seorang lelaki yang baik hanya mempunyai seorang isteri sahaja.
Dalam Islam, seorang wanita ada hak untuk mempunyai seorang
suami. Kita lebih menekankan hak mereka untuk mempunyai
seorang suami berbanding dengan hak lelaki untuk mempunyai
seorang isteri.
Jadi mana2 wanita yang datang ke kampung muslim kita dan dia
berkata saya mahukan seorang suami, seseorang harus mengahwininya.
Jadi kamu bukan sahaja berkahwin semata2 kerana tarikan fizikal,
kamu bukan sahaja kahwin disebabkan oleh sebab 'kimia',
kamu juga berkahwin kerana kasih sayang, kamu juga berkahwin
kerana tanggungjawab moral untuk menjaga wanita dan anak2.
Jadi Rasulullah saw ada mempunyai beberapa pondok dalam bulatan,
ianya bukannya seperti pantai palma barat, ianya merupakan pondok,
dan setiap isterinya akan tinggal dalam pondok masing2.
Dan para wanita akan mempunyai kehidupan yang bahagia sesama mereka.
Dan lelaki itu kena menyara semua isterinya.
Quran memberikan had kepada 4 orang isteri,
tapi kamu hanya boleh kahwin dengan syarat kamu ada cara untuk
menyara mereka dan kamu kena mengamalkan sikap yang sama rata
atau adil dengan hubungan kamu dengan semua isteri2 kamu.
Kamu tidak boleh membeza-bezakan layanan isteri kamu antara
satu sama lain.
Dalam sistem perkahwinan poligami dan dalam sistem kita
yang ada ruang yang tidak boleh langgar, kami telah berjaya
dalam membangunkan satu keluarga yang stabil dan dalam
mengekalkan setiap unit keluarga yang mana terjadinya
kurang kes penceraian, lebih kurang kes rumah tangga
yang bercerai berai, lebih kurang kes anak hasil dari
rumahtangga yang bercerai-berai dan pada hari Krismas
kamu akan jumpa seorang budak lelaki di pasaraya,
melihat2 kad perayaan, dan selepas dia pergi, kamu
cuba menyelidik apa yang dia mahu beli.
Kamu akan dapati dia mahu beli kad Krismas untuk
isteri ayahnya dan suami ibunya.
Kerana mereka dah bercerai dan ayahnya telah mengahwini
seseorang yang lain. Dan ibunya telah mengahwini
seseorang yang lain.
Dan dia tinggal keseorangan dalam kesejukan.
Tamadun barat moden boleh belajar sesuatu dari
perhubungan wanita dan lelaki dalam Islam.
Yang dengan jayanya telah membina satu keluarga yang stabil
dan keluarga yang stabil itu merupakan satu asas masyarakat
yang stabil.
Ke arah mana tamadun barat moden membawa hubungan wanita
lelaki, revolusi wanita, masyarakat sedang musnah.
Masyarakat berpecah belah dan sebab utama mereka
tidak menyedarinya kerana kamu ada CNN, ABC, NBC, surat khabar,
radio dan TV yang selalu sahaja mengalih perhatian
dari keupayaan untuk berfikir.
Keupayaan untuk berfikir secara mendalam tidak dapat lagi
dilakukan. Minda yang di basuh hanya berupaya berfikir
dalam jangka masa sekejap sahaja.
Kamu mengingatkan saya apa yang Basyar Assad baru bercakap,
dalam wawancara dengan Rusia pada hari ini.
Dia berkata 'kami kalah dalam perang media pada hari yang pertama,
tapi itu bukanlah perkara asas yang penting.
Kamu ada beritahu sebelum mengenai empayar Usmaniah
dan sifat talam dua muka/munafik kerajaan barat,
dan ianya membuatkan saya terfikir mengenai pengaruh Wahabbi,
dan permulaannya dan ianya amat mempengaruhi banyak
negara Arab sekarang dan mungkin juga di Pakistan sama,
tidakkah ianya mengganggu?
Ada dua perkataan yang saya gunakan, salah satunya adalah
Wahabbi, iaitu nama pengasasnya Abdul Wahab dan dari
nama Abdul Wahhab itu, fahaman itu di panggil Wahabbi.
Pengikut Abdul Wahab di panggil Wahabbi.
Tapi mereka tidak menyukai panggilan itu, jadi
mereka dah menggunakan perkataan lain,
mereka memanggilnya sebagai salafi dan ianya merujuk
kepada golongan zaman awal dahulu.
Kamu ada kaum Kristian awal?
Jadi ada golongan muslim yang awal
dan mereka mengatakan golongan salafi adalah
golongan yang berusaha untuk mengekalkan cara hidup
golongan awal muslim, puak salafi.
Tapi soalan kamu diarahkan kepada pengaruh politik
terhadap kemunculan puak wahabbi di Arab Saudi.
Tidak syak lagi, ianya merupakan gabungan dua pendapat
diantara pergerakan keagamaan yang dalam banyak aspek
ada kesamaan dengan protestan Kristian di Eropah.
Pergerakan keagamaan yang menyasar jauh dari aspek kerohanian
dalam agama dan cuba menyekat cara hidup beragama
kepada sudut yang hanya membuat pentafsiran secara terus
pada text/tulisan sahaja.
Agama yang berdasarkan pada tulisan/text semata.
Dan text/tulisan ini perlu diikuti secara pemahaman bahasa
melainkan ditafsirkan sebaliknya oleh Nabi Muhammad saw
dan para sahabatnya.
Ianya menyebabkan kebutaan/jumud.
Dan akibat dari gabungan keduanya, pergerakan agama
dan pergerakan politik yang dipimpin oleh keluarga
Saudi yang mana telah membuat pakatan dengan Britain
pada masa kebangkitan Arab yang pertama.
Bila Britain sedang mencari kerajaan2 yang pro-barat/sokong barat,
dalam usaha untuk memerintah dunia dan mereka dengan jayanya
menubuhkan di tanah Arab, rejim yang pro-barat/sokong barat,
yang di panggil Arab Saudi.
Ini adalah satu tanda utama menggambarkan tanda2 kebutaan dalam
agama dalam pergerakan Wahabbi/ Salafi.
Yang mana mereka tidak dapat bangun dan memberikan cabaran yang
bersifat kelelakian terhadap pengkhianatan terhadap
Nabi Muhammad saw, pengkhianatan terhadap Islam.
Di Arab Saudi yang telah menjadi sekutu dengan dunia barat moden.
Dan juga sekutu dengan Zionis.
Kebutaan Wahabbi itu telah berterusan sehinggalah ke hari ini,
sebab Arab Saudi telah keluar dari sebalik tabir dan
Arab Saudi telah menjadi sekutu yang strategik bagi negara Israel.
Dan begitu juga dengan negara Qatar.
Ada suara yang tidak bersetuju dengan Arab Saudi, tentu sekali,
dan ada ramai penduduk Arab Saudi yang mendengar ceramah saya
tapi pertubuhan agama saudi berterusan mempamirkan kebutaan
yang teramat sangat dan tidak berupaya dalam mengenalpasti
pengkhianatan untuk bangun dan membantahnya dan berusaha
untuk membebaskan tanah Arab daripada mereka yang telah
membawa bangsa Arab menjadi sekutu Zionis.
Ini merupakan pentafsiran politik saya untuk gerakan Wahabbi
saya ingin bertanya mengenai pendirian Rusia kerana nampaknya
ianya semakin menjadi-jadi sikapnya, dia membuat aduan mengenai
ruang udara Israel di Lubnan, atau ruang udara yang di tentukan,
latihan penentang Sirin di Corsova, saya tak tahu nampaknya, Rusia,
Putin tidak menyerah pada kehendak NATO, kamu tahukan.
Kamu boleh dengar saya tak?
Saya rasa Rusia dah 'menandakan garisan pada pasir',
maknanya 'kalau kamu melampaui garisan itu, kamu kena berhadapan
dengan kami. Di situlah kedudukan kita pada hari ini.
Putin sedang memberi satu tanda yang jelas, bahawa 'jika
kamu teruskan ke arah mana kamu pergi sekarang, maka kamu
akan berhadapan dengan perang nuklear nanti.'
Pada wawancara yang lepas, kamu ingat ketua pegawai tentera Rusia ,
bercakap mengenai serangan mengejut, kamu ingat tak?
Ya.
Jadi mereka sudah memberitahu dengan jelas, saya rasa China
juga begitu, kedua2nya Rusia dan China.
Bahawa ada satu had yang kamu tidak boleh langgar,
tentu sahaja Israel akan melanggar had itu,
ianya tidak menjadi soal lagi.
Kalau kamu langgar had itu, kamu akan berakhir
dengan perang dunia nanti.
Itulah seperti mana nabi kami telah bercakap iaitu
mengenai malhamah, ia berlaku selepas Jerusalem menjadi
tumpuan dunia dan Madinah menjadi bandar terpinggir.
Hanya setelah itu berlakunya 'malhamah'.
Itulah kedudukan kita sekarang.
Malhamah itu, atau perang besar yang akan berlaku
akan membawa kepada penaklukan kota Konstantinopel
yang mana merupakan topik yang amat menarik sekali Morris.
Penaklukan kota Konstantinopel itu.
Hanya hari ini sahaja Magridaves juga memberi amaran mengenai
kemungkinan berlakunya perang nuklear, jadi nampaknya
keadaan semakin panas sekarang.
Saya lupa nak tanya kamu mengenai Iran.
Ia sekarang sedang membekal Turki dengan lebih banyak tenaga,
lebih banyak minyak dan bekalan elektrik walaupun
dalam keadaan sekatan itu.
Mungkin rundingan P5+1 yang berlaku di antara Iran, mungkin
mengenai kuasa nuklear tapi mungkin juga tidak ada
kaitan langsung dengan perkara itu.
Maksud saya mungkin ada kaitan jika Iran sekarang
membekalkan Turki lebih banyak sumber tenaga dan
mereka baru sahaja membuat rundingan P5+1 di Istanbul,
mungkinkah ada kaitan dengannya?
Saya tak rasa kerajaan Turki akan menyembunyikan
pendiriannya mengenai ketidak persetujuan mengenai
sekatan pada Iran. Kerajaan Turki tidak pernah
menyembunyikan pendiriannya terhadap perkara itu.
Dan dengan cara yang sama, India juga telah memberi
responnya dengan cara membuat rundingan dengan Iran
dan memintas sistem perbankan.
Turki tidak merasa berat sama sekali dan tidak perlu
melakukan sebaliknya.
Turki juga mengikut jejak langkah India dalam
aspek mengenai perhubungan ekonomi dengan Iran.
Adakah apa2 yang saya patut tanya, ada apa2 yang
kamu nak tambah?
Para penonton muslim kita di Turki, di Morroco, di Algeria,
di Pakistan, di India, di US, di Kanada, di Australia,
di Britain, kita ada seorang bangsa British di sini
sekarang, mereka semua nak tahu sesuatu tentang kamu,
kenapa kamu tak beritahu mereka sesuatu mengenai diri kamu.
Saya kerap mudar mandir ke sana sini, saya tak ada akar,
tapi saya berdiri dengan kaki saya dan saya telah mencuba
banyak kerja, saya lahir sebagai seorang Yahudi,
ibu bapa saya banyak mengembara, saya tidak menyimpan
identiti itu, ini merupakan saat yang sangat berharga,
untuk membuat wawancara dengan Syeikh Imran Hosein,
dan menggunakan saluran YouTube dengan sepenuhnya.
Dan saya belum berkahwin, satu perkara yang amat penting,
yang saya belum lakukan lagi, jadi kamu sentiasa dialu2kan
untuk menghantar mesej di YouTube kepada saya.
Ianya sesuatu yang menyegarkan, Morris,
yang kamu dan saya boleh bertukar2 pandangan dalam keadaan
yang tidak bermusuhan, tanpa peperangan,
hubungan yang sebegini.
Ianya memberi mesej kepada seluruh dunia bahawa kita
masih dapat menyelamatkan sesuatu yang kita pernah
miliki dahulu bila orang yang ada idea boleh duduk
bersama, dari timur dan barat dan boleh mengadakan
perbualan yang bertammadun sebelum media Zionis
mengambil alih dalam melancarkan peperangan jahat
mereka ke atas Islam dan cuba menconteng warna2 buruk
ke atas Islam.
Ianya menyegarkan dan menyeronokkan untuk berjumpa
dengan kamu Morris, seseorang yang tidak bersedia
untuk menerima kerja 'mengecat' itu.
Ianya amat2 bertuah bagi saya, saya tidak dapat
memberikan ucapan terima kasih yang cukup untuk kamu.
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
No comments:
Post a Comment