Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Tajuk kita hari ini adalah amat menarik.
Anda pasti akan seronok mendengarnya.
Perkampungan muslim di akhir zaman.
Dan kita akan mula dengan menjelaskan maksud 'akhir zaman'.
Agama Islam, Quran dan hadis Rasulullah saw telah memberikan kita
gambaran bahwa proses sejarah tidak akan berterusan selamanya.
Sejarah akan berakhir.
Dan ia akan berakhir dengan kejayaan pihak kebenaran
atas semua musuh Islam.
Allah telah berfirman dalam Quran;
'Dialah yang telah mengutuskan pesuruhNya,
Rasulullah saw dengan pimpinan dan agama
atau cara hidup Islam yang sebenar
yang akan mengalahkan semua musuh.'
Sejarah tak akan berakhir
tanpa mengesahkan
untuk kali terakhir wahyu Allah ini.
Kebenaran akan mengalahkan pihak musuh .
Hanya setelah sejarah berakhir dengan kejayaan
melawan semua pihak musuh,
hanya setelah itu, kita tidak tahu berapa lama,
hanya setelah itu dunia kiamat.
Kemudian akan ada hari kebangkitan dan syurga dan neraka.
Sejarah akan berakhir dengan 'akhir zaman'.
Rasulullah saw telah menerangkan tentang 'akhir zaman' itu kepada kita
sebagai zaman fitnah, zaman ujian yang hebat.
Dan baginda telah memberikan tanda2nya
di mana kita dapat kenali bila masanya 'akhir zaman' itu.
Kita tak akan habiskan masa hari ini
dengan memberikan anda penerangan tentang tanda2 itu.
Cukup dengan satu sahaja.
Sebab kita telah memberikan ceramah mengenai subjek itu
banyak kali di masa sebelum ini.
Rasulullah saw berada di dalam masjid
dengan para sahabat bila datang seorang yang asing
dan bertanya lima soalan.
Dan Rasulullah saw menjawabnya dan diakui oleh orang asing tersebut,
ia adalah betul dan kemudian dia beredar.
Kemudian Rasulullah saw bertanya;
'Adakah kamu tahu siapa orang tadi?'
'Dialah Jibrail as'.
Allah telah menghantarnya dalam bentuk seorang manusia
di depan semua orang.
Mungkin untuk kali pertamanya dalam sejarah.
Antara soalan yang ditanya,
soalan yang paling akhir ialah
apakah tanda-tanda hari kiamat.
Rasulullah saw telah memberikan dua tanda.
Satu daripadanya anda semua telah biasa dengannya di KL.
Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini,
dia memberitahu anda akan berjumpa dengan
penggembala bogel yang tak berkasut,
bertanding sesama mereka dalam membina bangunan yang tinggi.
Ada satu iaitu di KLCC,
bangunan berkembar.
Dan di seluruh dunia sekarang ini kita
akan dapat melihat pertandingan ini.
Hari ini di Kuala Lumpur,
esok di Seoul, Dubai kemudian
Jeddah yang mengatakan kami akan mengalahkan kamu semua dan
ianya bermula dengan Manhattan.
Mereka mengatakannya 'Sky Scrapers'
Jika ada tidak dapat melihat pertandingan yang berlaku di seluruh dunia
untuk membina bangunan tinggi
saya cadangkan anda berjumpa pakar mata.
Kita semua tinggal di akhir zaman
dan inilah bukti di depan mata anda.
Ada banyak lagi tanda tapi ini dah memadai.
Apakah implikasi dari hidup di akhir zaman?
Rasulullah saw telah mendatangi para sahabat
yang sedang bercakap sesama mereka
dan dia bertanya, 'Kamu berbual tentang apa?'.
Dan mereka mengatakan yang mereka tengah berbual mengenai
tanda-tanda akhir zaman.
Hadis ini ada dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim.
Dan baginda menyatakan bahawa hari akhirat tak akan tiba sehingga..
Dan baginda memberitahu mengenai 10 tanda.
Selain dari 10 tanda ini ada banyak lagi.
Dan ianya dikenali sebagai 10 tanda besar.
Dan ianya tidak dinyatakan dalan susunan yang sebenar
yang mana ianya akan berlaku,
maknanya yang mana datang dulu dan yang mana datang kemudian.
Tanda pertama dajjal, al-masih yang palsu.
Saya tulis 'Jurusalem dalam Quran',
10 tahun lalu atau lebih
untuk menerangkan tentang subjek ini.
Nombor dua ialah yakjuj dan makjuj.
Jarang dapat berjumpa orang yang mempunyai pengetahuan
yang dalam mengenai subjek ini.
Antara sebab tiada orang tahu ialah
kerana tiada orang mengajar mengenai topik ini.
Bila kali terakhir anda menghadiri khutbah Jumaat
dimana khatib menerangkan mengikut Quran
mengenai yakjuj dan makjuj?
Ianya merupakan manusia biasa
dan bukannya makhluk yang tinggal dalam tanah.
Yang ke 3 ialah turunnya Nabi Isa as.
Suara yang paling berkuasa dalam sejarah
akan memberitahu mengenai
kedatangan Nabi Isa as adalah suara Nabi Muhammad saw.
Nombor empat ialah 'dukhan',
asap.
Kita tidak tahu asap jenis apa.
Saya ada pendapat
tapi tak semestinya anda kena terima.
Anda hanya terima pendapat itu jika anda yakin ia betul.
Pada pendapat saya asap itu bakal datang
dari perang nuklear yang akan berlaku tidak lama lagi.
Dengan ribuan senjata nuklear yang akan meletup.
Asap yang berbentuk seperti cendawan.
Tapi hanya Allahlah yang tahu apa sebenarnya dukhan itu.
Nombor lima ialah 'dabbatul ardh'.
Makhluk dari dalam bumi.
Nombor lima ialah matahari akan muncul dari barat.
Nombor 7, 8 dan 9 ialah 3 gempa bumi,
yang mana sebahagian tanah akan mendap ke bawah.
Satu di timur, satu di barat dan satu di tanah Arab.
Nombor 10 ialah akan berlaku api kebakaran dari Yaman
dan menghambat manusia ke tempat perhimpunan.
Inilah 10 tanda besar yang kita tahu.
Diantara 10 tanda itu ada satu tanda
yang amat istimewa buat kita di akhir zaman.
Nabi Muhammad saw mendapat maklumat dari Allah swt.
Ini ialah hadis Qudsi, disampaikan kepada kita oleh nabi Muhammad saw
dan ianya ada dalam sahih bukhari.
Saya rasa empat kali.
Yang ianya merupakan hari perhitungan
dan Allah swt menyuruh Nabi Adam as
membawa keluar orang untuk dimasukkan
ke dalam neraka Jahannam.
Nabi Adam as bertanya 'Berapa orang?'
Allah berfirman di antara 1000 orang ambil 999
untuk dimasukkan ke dalam api neraka.
Para sahabat menggeletar ketakutan.
Bagindan melihat mereka dan senyum dan berkata ,
'Berita baik untuk anda',
'satu orang yang akan dimasukkan kedalam Syurga adalah dari kumpulan kamu'.
Maknanya orang yang menyembah Allah dan mengikut Rasulullah saw
dan mempunyai beriman kepada Quran.
Maknanya 999 itu adalah golongan yakjuj dan makjuj.
Jadi bila datangnya akhir zaman
dan kamu jumpa bukti-bukti yakjuj dan makjuj
dan anda tahu manusia sedang menuju ke arah neraka jahannam
dan hanya 1 dalam 1000 dapat melepaskan diri.
Tapi malangnya tiada orang yang tahu tentang yakjuj dan makjuj.
Saya tahu sebab saya telah menangis di padang gurun
seorang diri selama 15...17.. tahun sekarang.
Orang akan mengatakan
'Kamu ini tentu sudah gila, kita tidak tahu apa tu yakjuj dan makjuj'.
Mereka langsung tidak tahu bahawa ada dinyatakan
tentang yakjuj dan makjuj dalam Quran.
Mereka gelar saya dengan berbagai-bagai penggilan.
Salah satu caranya kita dapat selesaikan masalah itu ialah
dengan kembali kepada Quran untuk belajar tentang subjek itu.
Begitu juga dengan hadis Rasulullah saw.
Tapi ianya bukan subjek yang senang.
Saya menulis buku 'Yakjuj dan Makjuj dalam pandangan dunia moden',
3 tahun yang lepas dimana saya telah berikan bukti yang yakjuj dan makjuj
merupakan orang yang mempunyai kuasa besar
yang sedang mengawal dunia sekarang ini.
Pergi dan kajilah bukti tersebut.
Bila yakjuj dan makjuj dilepaskan,
mereka akan merosakkan seluruh dunia ini.
Mereka akan merosakkan sistem politik, ekonomi,
pasaran, sistem kewangan, hubungan jantina wanita dan lelaki,
sistem pelajaran yang betul, sukan dan hiburan.
Dan semua benda telah dirosakkan oleh yakjuj dan makjuj.
Itu adalah pandangan saya
dan anda mungkin ingin berkongsi dengan saya pendapat tersebut
bahawa kita sekarang sedang tinggal di zaman
di mana tidak pernah sama sekali berlaku dalam sejarah selama ini
di mana semua benda telah rosak.
Satu-satunya cara kita dapat menyatakan kerosakan yang menyeluruh
ialah dengan mengaitkannya dengan yakjuj dan makjuj.
Apa perlu kita buat?
Dalam surah Al Kahfi dalam Quran memberikan jawapannya.
Islamic Escatology (Ilmu Akhir Zaman).
Kajilah surah ini.
Surah ini memperkenalkan subjek yakjuj dan makjuj
dan satu2nya surah yang berkaitan dengan dajjal.
Walaupun anda sibuk tolong beri perhatian
atas apa yang saya nak terangkan.
Rasulullah saw bersabda,
bacalah surah Al Kahfi pada hari Jumaat
dan anda akan mandapat 'nur'
atau 'cahaya petunjuk' dari langit dan turun ke bumi.
Dan 'nur' itu akan berada dengan anda
hingga ke hari Jumaat yang ke seterusnya.
Inilah surah Al Kahfi
Kenapa kita perlukan nur itu?
Sebab di akhir zaman, orang yang mengawal minda kita
adalah dajjal dan dia ada phd dalam penipuan.
Kamu mungkin ada phd dari Universiti
dan kamu menganggap bahawa kamu telah berjaya,
tapi saya akan beritahu kamu sesuatu.
Dajjal akan datang dengan 2 benda iaitu sungai dan api,
kata Rasulullah saw.
Lihat cantiknya perumpamaan
yang di beritahu oleh Rasulullah saw.
Tapi sebenarnya sungainya adalah api.
Dan apinya adalah air sungai yang sejuk.
Sesiapa sahaja yang jatuh dalam sungainya
akan bertambah dosanya
dan sesiapa yang jatuh dalam apinya, dosanya akan berkurangan.
Maknanya dia sedang meniti jalan ke syurga
dan seolah2 nampak macam jalan ke neraka.
Dan jalan yang sedang menuju ke neraka akan digambarkan
(dan itulah yang ditunjuk di dalam TV)
seolah2 sedang menuju ke syurga.
Jika kamu tidak mempunyai nur,
kamu akan tertipu kerana kamu akan membuat pertimbangan
berdasarkan pandangan luaran sahaja.
Dan kamu tidak dapat menyelami apa sebenarnya berlaku.
Apa yang nyata di depan mata sebenarnya
berlawanan dengan hakikat yang sebenar.
Salah satu cara anda dapat melihat rahsia realiti
dan benar-benar dapat mengenali apa benda itu
dan bukan apa yang hanya nampak di mata ialah dengan cara
dimana Allah telah memberikan nur dalam hati kamu.
Tapi nur itu tidak dijual dalam pasaran saham.
Jangan kamu susah2 cari disitu.
Ianya bukannya datang dari parti politik atau kerajaan,
nur itu hanya datang dari Allah swt.
Jika kamu ada nur kamu akan dapat
mengecam syirik dalam dunia moden.
Jika kamu tidak ada nur,
walau kamu beritahu kamu banyak kali sekalipun
kamu masih tidak akan faham,
kamu masih tidak mahu menerima.
Dajjal telah menipu manusia.
Saya merasa amat kasihan pada ikhwanul muslimin di Mesir.
Mereka sedang merayakan padahal
mereka sepatutnya meratap dan menangis.
Parti dan kerajaan di Turki percaya yang mereka merupakan juara orang Islam.
Nahda di Tunisia yang juga sedang mewujudkan kerajaan sedang meraikan,
mereka sepatutnya menangis.
Mereka tidak faham syirik dalam zaman moden ini.
Kita dah terangkan kepada mereka tapi mereka tidak dapat terima.
Allah telah memberikan kita sistem politik iaitu
khilafah dalam negara Islam.
Sistem yang mengakui kekuasaan Allah sebagai
'Penguasa' yang berdaulat.
Dan mengakui bahawa Allahlah yang 'Maha Besar',
'Yang Membuat Hukum'.
Apa yang mereka lakukan ialah mereka
telah menghancurkan sistem khilafah
dan prosesnya amat panjang.
Mula-mula mereka cabut sistem khilafah
dari dunia Arab iaitu di Konstantinople.
Dan kekal selama bertahun-tahun
sehingga tiada lagi tinggal sistem khilafah dalam dunia Arab.
Kemudian mereka membubarkan sistem khilafah di Istanbul.
Dan bangsa Arab mengambil langkah terakhir
ingin mengekalkan sistem khilafah yang hanya bertahan
selama sebulan dua sahaja
sebelum pihak British mengamanahkan Saud Ibn Aziz
untuk menghapuskannya.
Kemudian khilafah musnah.
Tiada lagi orang yang sedih sekarang atas kemusnahan sistem khilafah.
Kemudian dajjal membawa penggantinya.
Apa yang dibawa oleh dajjal untuk menggantikan sistem khilafah
didirikan atas dasar syirik.
Ulamak-ulamak Islam gagal dengan teruk
untuk mengesan unsur syirik yang ada di dalamnya.
Walaupun ulamak itu hebat sekalipun, Dr Muhammad Iqbal,
seorang yang amat saya hormati.
Saya menganggapnya sebagai guru saya.
Walau dia sekalipun telah membuat kenyataan
bahawa kerajaan republik moden,
yang datang dari ketamadunan dajjal,
dengan parlimennya merupakan
pengganti yang sempurna bagi sistem khilafah.
Suatu kenyataan yang amat menyesatkan
yang ada jumpa dalam subjek ini.
Dajjal memberikan kepada negara sekular yang moden
yang mana dipraktikkan diseluruh negara didunia ini.
Kita tidak ada masa yang cukup untuk
membincangkan sejarah politik itu malam ini.
Kita seolah2 membuat kenyataan bahawa
Allah tidak lagi berkuasa sebagai 'pemerintah'.
Tidak... sekarang kerajaan negara kitalah yang jadi pemerintah sekarang.
Yang berkuasa sekarang ialah kerajaan negara kita dan bukan Allah.
Bukankah itu syirik?
Kenapa para ulamak Islam kita tidak dapat mengenalpasti perkara ini?
Allah tidak lagi 'Maha Besar' sekarang ini hanya kerajaan yang 'Maha Besar'.
Kerajaanlah yang berkuasa sekarang.
Kerajaanlah sekarang ini berkumpul sesama mereka
dan membentuk persatuan antarabangsa yang dipanggil '
Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu' (PBB).
PBB mempunyai majlis keselamatan
dan piagam PBB menyatakan kuasa tertinggi
dalam memastikan keselamatan negara2 dipegang
oleh majlis keselamatan.
Itulah syirik.
Kerajaan2 itu menyatakan bahawa Allah tidak lagi sebagai
'Penggubal Hukum',
undang2Nya tidak lagi berkuasa.
Hanya undang2 kerajaan negara itu yang berkuasa. Itulah syirik.
Allah membuatkannya sebagai haram seperti meminjamkan duit dengan riba,
kita boleh jadikannya sebagai halal dan jika kamu jejakkan kaki keluar dari hotel ini
kamu akan dapati banyak bank di sekeliling kamu
yang meminjamkan duit dengan interest (riba).
Kamu dah pernah jumpa?
Mereka menjadikannya sebagai halal.
Allah menjadikannya haram tapi mereka menjadikannya sebagai halal.
Jika kamu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah
atau mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah
dan mengikut surah At Taubah, ini adalah syirik!!!
Jadi selamat datang ke akhir zaman.
Dimana ada terdapat syirik yang amat berleluasa sama sekali.
Allah merupakah Tuhan yang Maha Penyanyang,
Yang Maha Pengasihani, Yang Maha Pemaaf,
'Beritahu hambaKu jika mereka datang kepadaku memohon ampun
atas kesalahan yang tinggi menggunung
Aku akan memaafkan mereka semua.'
Tapi hanya satu dosa yang tidak akan diampunkan dan itulah syirik.
Tapi bagaimana Allah yang Maha Pengasih,
Maha Pengampun dan Maha Pengasihani
menghantar 999 orang ke dalam api neraka.
Bila kali terakhir khatib membaca hadis ini dalam khutbah? Kamu ingat?
999 masuk api neraka... dalam sahih Bukhari!
Hanya satu cara sahaja dapat menerangkan mengenai hadis ini dan itulah syirik!
Satu-satu dosa yang tidak akan diampunkanNya.
Apakah yang kita lakukan untuk mengelakkan diri dari syirik.
Surah Al Kahfi merupakan satu surah untuk akhir zaman.
Bagaimanakah ianya berakhir?
Seolah-olah ayat ini ditulis bersama tangisan.
Dan siapa sahaja ada dalam hatinya untuk kembali kepada Allah
maka lakukan perkara yang benar.
Dan bukan membayar gaji pembantu rumah Indonesia
dengan gaji yang amat rendah.
Lakukan perkara yang betul dan janganlah berbuat syirik.
Bolehkah kita mengubah dunia itu?
Dunia yang dah dipenuhi dengan syirik.
Pada pendapat saya 'tak boleh'!
Dunia itulah yang akan mengubah kita.
Kita tidak dapat mengubah dunia itu.
Jika kamu tidak sependapat dengan saya, maka teruskanlah, ubahlah.
Jika tidak dapat ubah dunia itu maka apa kamu patut lakukan?
Cuba perhatikan hadis ini; Rasulullah saw bersabda,
jika kamu mendapati sesuatu perkara itu mungkar,
contohnya kamu melihat syirik disekeliling kamu,
Apa perlu kamu buat? Kamu mesti berusaha mengubahnya dengan tangan kamu,
ambil tindakan yang sesuai untuk mengubahnya
dan bukan duduk dan tidak melakukan apa-apa.
Jika kamu tidak mempunyai kuasa untuk mengubah perkara mungkar itu
dengan tangan kamu maka gunakanlah lidah kamu untuk mengubahkannya.
Beritahu mereka.
Dan jika kamu tak berupaya untuk mengubahnya dengan lidah kamu,
kata2 kamu tidak didengari,
sekurang2nya dalam hati kamu mesti membencinya.
Tapi jika kamu masih lagi tinggal dalam dunia syirik itu maka suatu hari nanti
hati kamu tidak akan lagi membencinya.
Hati kamu tidak akan lagi merasakan 'syirik' itu.
Seperti seorang wanita telanjang di dalam pasaraya.
Kali pertama anda menyaksikan wanita yang berpakaian tapi telanjang
kamu merasakan dunia nak kiamat!
Dan setelah sehari demi sehari...
kamu boleh pergi ke pasaraya dan makan tengahari di pasaraya dengan keluarga
dan orang yang bertelanjang itu ada berlegar disekitar kamu,
kamu tak merasakan apa-apa.
Hati kamu tidak akan lagi mengatakan
'Saya benci tempat ini, saya tak nak lagi duduk di sini, saya nak keluar dari sini.'
Hati kamu tak akan merasakan apa-apa lagi. Jadi apa dah berlaku pada kamu?
Jadi kamu sepatutnya mengundurkan diri dari masyarakat tersebut.
Inilah tindak balas yang sepatutnya.
Apa yang dinyatakan dalam surah Al Kahfi,
ada menceritakan mengenai kisah pemuda yang mempunyai iman yang teguh
dan mereka hidup dalam masyarakat yang ada macam hari ini
yang menyembah selain Allah.
Dengan lidah kamu kamu katakan kamu menyembah Allah,
tapi sebenarnya kamu tidak menyembahNya.
Pemuda-pemuda ini bangun dan mereka menyatakan kebenaran
tapi masyarakat itu tidak menerimanya
malah mereka mahu mengenakannya.
Jika mereka duduk sahaja diam-diam,
buat perkara mereka sahaja,
pergi kerja, balik rumah, makan dengan keluarga dan tidur
dan tidur, tidak ada masalah.
Tapi bila kamu bangun dan tuntut kebenaran
dan mencabar kebatilan dan mencabar kesyirikan, kamu akan dikejar oleh mereka.
Apa yang pemuda-pemuda itu lakukan?
Adakah mereka masih tinggal bersama masyarakat itu?
Tidak. Mereka melarikan diri.
Allah mengatakan bahawa bila kamu lari dari mereka,
dari masyarakat yang syirik,
maka berlindunglah di dalam gua.
Allah akan menurunkan rahmat ke atas kamu.
Apa-apa saja keadaan kamu ketika itu Allah akan menolong kamu.
Apa yang patut kamu lakukan di zaman ini?
Dengarlah kata2 Rasulullah saw sebelum masanya sudah terlambat,
ini sahih Bukhari, Abu Said al Khudri ra
meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata;
'Akan tiba masanya dimana harta yang
paling baik dimiliki oleh seorang muslim
ialah kambing biri-biri yang dia bawa ke bukit-bukit,
ditempat hujan turun seperti lembah2 gunung melarikan diri
membawa agamanya dari fitnah.'
Jadi tindakan kita berdasarkan hadis ini dan
berdasarkan satu analisis sahaja yang ada,
syirik zaman moden iaitu kita mesti lari
dan mengasingkan diri dari masyarakat.
Tapi mengasingkan diri dari masyarakat
tidak bermakna tidak melakukan jihad.
Mengasingkan diri dari masyarakat
bukan bermaksud kita tidak lagi melakukan dakwah.
Kita mengasingkan diri demi untuk mengekalkan iman kita.
Kita bimbang jika kita kekal dalam masyarakat itu,
keimanan kita akan lenyap.
Sebab lama-kelamaan hati kita yang melihat kemungkaran tidak akan lagi menolaknya.
Seumpama ibu kamu yang kamu anggap paling dihormati dan sayang
dan ibu kamu berada dalam masyarakat dan dia di caci,
bolehkah kamu duduk diam2 tanpa berbuat apa2.
Bolehkah kamu hidup macam biasa sahaja?
Itu ibu kamu, tapi bagaimana pula dengan Allah?
Jika mereka melakukan pekara sama kepada Allah
dan kamu tidak berbuat apa2 maka kamu fikirkan
apakah yang Allah akan buat dengan kamu.
Tapi jika kamu menarik diri dari masyarakat.
Kenapa kamu menarik diri? ...
ia adalah untuk mejaga iman kita.
Jadi bagaimana kamu nak jaga iman dengan mengasingkan diri?
Jawapannya ialah dengan membentuk kumpulan yang kecil.
Yang akan hidup berdasarkan hukum dan petunjuk Allah.
Saya namakannya kampung muslim (mv).
Dan saya terkejut mendapati muslim di Eropah, di Peranchis,
Belgium, Germany, Holland, Kanada, US,
Greece, Romania dan Rusia ,
mereka lebih bersemangat dan menghargai projek mv.
Sedangkan orang2 kita sendiri
nampak kurang berminat
dan hidup sebagaimana biasa.
Bukan hanya disebabkan syirik di zaman moden ini,
ianya lebih dari itu.
Tapi saya tiada masa untuk membicarakan mengenai riba.
Bacalah buku saya, dengar ceramah,
masa kita tidak cukup untuk itu.
Jika kamu perasan ayat terakhir yang turun dalam Al Quran;
'Wahai orang2 yang beriman,
takutlah kamu kepada Allah dan tinggallah apa yang baki dari riba,
jika kamu orang2 yang beriman
dan jika kamu tidak mahu melakukan itu (Al-Baqarah : 279),
orang yang meminjamkan wang dengan faedah,
tapi bukan riba dalam bentuk itu sahaja tapi termasuk jual beli
yang disamarkan oleh riba,
jual beli yang berdasarkan penipuan.
Di mana kamu mendapat keuntungan
dengan cara yang tidak sepatutnya,
itu juga merupakan riba.
Jika kamu masih melakukan riba
maka Allah akan mengisytiharkan perang
dan Rasulullah saw akan memerangi kamu.
Dia bercakap dengan kita....bukan orang kafir.
Wahai orang2 yang beriman yang Allah akan memerangi kita
jika kita berterusan melakukan riba.
Adakah kita dalam keadaan melakukan riba sekarang?
Kita sekarang di banjiri dengan riba.
Kamu tahu perkara itu,
jika kamu belum belajar lagi subjek itu, tolong belajar.
Kamu tidak boleh keluar dari riba hari ini.
Saya sendiri tidak boleh keluar dari riba.
Riba berada di keliling kita.
Rasulullah saw bersabda bahawa akan tiba masanya
dimana kamu tidak akan dapat mencari seorangpun
dalam seluruh masyarakat manusia
yang tidak akan melakukan riba.
Jika ada sesiapa yang mengakui
bahawa dia tidak mengambil riba,
sekurang2nya debu2 riba akan berada di atas badannya.
Hembusan nafas riba akan mengenainya.
Bagaimana Allah akan memerangi kita di zaman akhir ini.
Kamu nak tahu?
Surah Israk, satu surah sebelum surah Al Kahfi,
dan dengarlah bagaimana kita akan berperang.
Ini adalah firman Allah.
Dan tidak akan ada satu bandar pun akan terlepas,
tapi kami akan musnahkan mereka semua sebelum kiamat.
Dan mereka yang tidak binasa
akan merasakan hukuman yang dahsyat.
Inilah yang tertulis dalam Quran.
Itulah hukumannya.
Dia menyatakan Aku akan memeranginya.
Setiap negara dan bandar akan binasa.
Mereka yang tidak binasa akan menghadapi
hukuman yang amat dahsyat.
Apa yang kamu akan lakukan?
Bila Nabi Musa as turun dari bukit Sinai
dan dia mendapati mereka menyembah patung emas berupa anak lembu,
ingat, dia pegang Nabi Harun as pada kepala
dan janggutnya dan mengoncangnya,
'apakah yang telah kamu lakukan'.
Bukan saya, Samiri, dialah,
mereka mahu membunuh saya jika saya melarang mereka.
Nabi Musa as kemudiannya berdoa kepada Allah,
'Pisahkan aku dari mereka'.
Jadi jika kamu dapati masyarakat sekarang dibanjiri dengan riba,
dibanjiri dengan syirik,
jika kamu tidak dapat mengubah dunia itu.
Jika kamu tidak dapat menutup sistem perbankan dajjal,
dimana ianya bakal berperanan besar tidak lama lagi.
Jika berlaku perang, jika Turki serang Syria yang saya jangkakan akan berlaku
dalam beberapa hari lagi.
Apa akan berlaku pada dollar Amerika?
Dollar Amerika akan jatuh, kamu dah tahu kan pasal itu?
Penggunaan duit kertas akan batalkan.
Ketika saya membuat ceramah di Brunai
di mana ramai ulamak Islam menghadirinya,
bila saya buat kelakar, tiada siapapun yang ketawa.
Sebab ulamak tidak tahu pasal itu.
Mereka yang tidak ada 'hard currency', jika dollar Amerika jatuh, apa mereka buat?
Mereka akan membuang rupees Pakistan dan membuang takka Bangladesh
dan rupiah Indonesia secepat yang mereka mampu.
Akan berlaku panik, sebab harga roti akan naik 4, 5 kali ganda dalam satu hari.
Dalam proses itu duit kertas tidak akan digunakan lagi.
Bila duit kertas tidak lagi digunakan,
teka apa yang akan mengambil alih?
Jawapannya ialah elektronik.
Duit digital.
Dan siapakah yang menguasai duit elektronik dan digital?
Sistem perbankan Dajjal .
Jika kamu tidak tahu tentang subjek Dajjal, belajarlah!
Berhenti dari apa yang kamu buat dan belajar tentangnya!
Kamu tak akan faham realiti dunia sekarang
jika kamu tidak tahu ilmu akhir zaman.
Dah banyak kali saya katakan.
Ini akan berlaku esok.
Kita dibanjiri dengan riba, disekeliling kita.
Bolehkah kamu ubah sistem itu?
Jika kamu boleh, silakan.
Saya tak akan larang kamu.
Saya tahu saya tidak boleh mengubahnya.
Tapi apa yang perlu saya lakukan.
Jika saya nak kekalkan iman saya inilah yang Rasulullah saw katakan;
'Akan tiba masanya dimana harta yang paling baik
dimiliki oleh seorang muslim
ialah kambing biri-biri yang dia bawa ke bukit-bukit,
ditempat hujan turun seperti lembah2 gunung melarikan diri
membawa agamanya dari fitnah.'
Bukan sahaja disebabkan oleh syirik atau riba, ianya lebih dari itu.
Tapi saya hanya ada masa untuk satu sahaja lagi.
'Kaum terakhir yang akan mendatangi dajjal adalah kaum wanita.'
Dan kaum lelaki perlu balik ke rumah dan mengikat isteri mereka,
anak perempuan mereka, adik perempuan mereka
dari dipengaruhi oleh dajjal.
Apakah pengaruh dajjal ke atas wanita?
Rasulullah saw berkata bahawa wanita akan berpakaian
tapi bertelanjang.
Adakah itu telahpun berlaku?
Oleh itu apa kamu tunggu lagi?
Kalau hari ini sudah teruk,
mereka memakai seluar pendek di pasaraya,
jika kamu berjalan di pasaraya kamu dapat lihat,
daging 'daging' dan daging.
Akan datang mereka akan berjalan di pasaraya
dengan hanya memakai seluar dalam.
Selepas itu mereka akan berjalan dalam pasaraya
dalam keadaan telanjang.
Itukah dunia di mana kamu mahu membesarkan anak kamu?
Inikah yang kamu mahu anak kamu melihat?
Tidakkah kamu rasa perasaan sayang kepada anak kamu?
Rasulullah saw berkata suatu hari nanti
manusia akan melakukan hubungan kelamin
di khalayak ramai seperi keldai.
Tiada seorang perdana menteri pun pernah
mengatakan perkara itu sebelum ini.
Tapi Rasulullah saw mengatakan perkara itu.
Dan buktinya berlambak-lambak.
Dan kita hampir-hampir melihatnya dengan mata kepala kita sendiri.
Dia berkata di akhir zaman seorang lelaki perlu melayan 50 wanita.
Kamu pernah dengar tentang itu kan?
Apakah menyebabkan perkara ini berlaku?
Kenapa ada ratio yang menakjubkan ini berlaku?
Adakah sebab perang?
Telah lama kita berikan jawapannya, tapi ramai yang tidak mendengarnya.
Akan berlaku pengurangan kelahiran bayi lelaki.
Sperma lelaki akan diserang, kromosom semakin lemah.
Salah satu penyebab serangan itu ialah telefon bimbit.
Ia mengeluarkan radiasi. Ia tidak beroperasi secara magik.
Dan radiasi yang datang dari telefon,
laptop komputer dan radiasi dari wifi.
Radiation itu bukan tidak membahayakan.
Radiasi itu memberi kesan kepada kamu,
tapi kerosakan kepada lelaki lebih banyak berbanding kepada perempuan.
Saya pernah memberi ceramah di syarikat Telekom,
dan seorang pekerja berdiri dan memberitahu bahawa kami ada bukti.
Pekerja kami yang bertugas sebagai memasang tiang,
mereka melapurkan bahawa mereka tidak mendapat anak lelaki.
Kita mempunyai bukti ini di Malaysia.
Sebab kromosom jadi semakin lemah jadi kromosom lelaki
tidak dapat bersenyawa dengan telur, maka hasilnya adalah janin bayi perempuan.
Dan inilah kejayaan dajjal.
Dan kita sedang diambang esok,
di mana akan berlaku secara besar-besaran kelahiran ramai bayi perempuan.
Dan bayi lelaki mungkin 1 dalam 1000.
Dunia bagaimanakah akan berlaku nanti?
Dajjal telah menyiapkan perancangan besar.
Dan perancangan itu adalah untuk membuatkan Nabi Muhammad saw
kelihatan seperti amat jahat.
Perancangan adalah bahawa manusia yang bertammadun
hanya mempunyai seorang isteri.
Dan di telah brainwash lelaki dan wanita hingga ke tahap itu.
Hingga semua orang telah menerima pendapat itu.
Jika lelaki itu ingin keluar dari monogami,
untuk kahwin lebih dari seorang,
masyarakat akan memandang rendah kepadanya.
Dan akibatnya mereka dapat menunding jari,
'tengoklah nabi kamu berapa banyak isteri dia ada',
membuatkan dia nampak jahat.
Apa kamu akan lakukan di dalam masyarakat kamu,
esok, yang tak lama lagi akan tiba.
Beritahu saya apa perancangan kamu jika wanita tidak dapat berkahwin.
Mereka akan mencuri suami orang.
Bila wanita tidak dapat berkahwin,
mereka akan memberikan percuma kepada sesiapa sahaja.
Akan berlaku zina di seluruh dunia.
Rasulullah saw telah memberitahu bahawa di akhir zaman
akan berlaku zina secara berleluasa dan anak luar nikah bertambah ramai.
Penyelesaian kami adalah perkampungan muslim.
Salah satu pelajaran pertama yang di ajar oleh guru saya,
Maulana Dr. Muhammad Fadlurrahman Al Ansari ra,
bila saya meninggalkan universiti Al Azhar
dan belajar dengan beliau di Pakistan.
Suatu keputusan yang paling bijak yang pernah saya buat
walaupun saya suka Mesir.
Pelajaran pertama yang dia ajar saya
dan ianya amat mengejutkan
sebab saya telah menuntut di sebuah kolej yang terbaik di negeri saya,
saya telah mendapat pembelajaran dari barat,
ianya membuatkan saya jadi terkejut.
Dia berkata,
sebaik sahaja kamu menerima Quran ini sebagai firman dari Allah,
apa sahaja di dalam Quran, samada kamu memahaminya atau tidak.
Samada kamu merasa selesa dengannya atau tidak,
kamu mesti terima, itulah Islam.
Sebab seorang wanita muda dari Mesir
ada menulis kepada saya dan dia merasa terganggu,
'Bagaimana Syeikh, mereka boleh ada ramai isteri,
sedangkan wanita tidak boleh ada ramai suami.
Dia meminta penerangan dari saya.
Jadi itulah bagaimana kita mulakan subjek ini.
Bila sahaja kita menerima Al Quran adalah firman Allah,
apa sahaja hukum yang ditentukan kamu harus turuti.
Samada kamu faham atau tidak.
Kefahaman akan datang kemudian.
Tanya saya, saya boleh terangkan pada kamu.
Berapa banyak kamu tahu pada usia kamu 21 tahun
dan apa yang kamu tahu sekarang.
Samada kamu boleh menerimanya atau tidak,
tunduklah dan menyerahlah kepada apa yang dinyatakan dalam Quran.
Jadi sebagai tindak balas pertama ialah Allah dengan kebijaksanaanNya.
Dan Dialah yang Maha Mengetahui.
Dalam kebijaksanaanNya
Dia telah mengiktiraf lelaki untuk mempunyai isteri lebih dari seorang,
atas apa sebab sekalipun, itu masalah peribadi.
Kamu tak tanya Dia , itu bukan urusan kamu.
Tapi Allah telah memberikan had.
Dia berkata 2, 3, 4. Yang mana bukan bermaksud 2+3+4, tidak!
2 atau 3 atau 4.
Tapi dengan syarat bahawa kamu mesti saksama
atau adil dalam perhubungan kamu dengan ister-isteri.
Jika kamu bimbang kamu tidak boleh berlaku adil dengan mereka,
maka kata Allah, cukup seorang sahaja.
Jadi falsafah perkahwinan berbeza dengan dajjal,
maka buatlah keputusan kamu sendiri.
Samada kamu menerima apa yang datang dari Allah
atau apa yang datang dari dajjal.
Kenapa Allah hanya membenarkan wanita mempunyai seorang suami?
Dan kenapa Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih dari seorang isteri?
Dia tidak memberikan penerangan di dalam Quran.
Kita boleh memberikan pendapat kita sendiri
tapi pada akhirnya ianya hanyalah sebuah pandangan sahaja.
Tapi Rasulullah saw diperintahkan supaya mempunyai ramai isteri.
Dan inilah mesej yang Allah mahu sampaikan kepada kita
bahawa dalam perkahwinan poligami lebih dari banyak kebaikannya.
Dan antara kebaikannya adalah mengenai perkara ini.
Kamu tidak akan tahu bagaimana menangani masalah kamu di luar sana,
dimana ada 50 wanita dan 1 lelaki,
kami boleh selesaikannya dalam perkampungan muslim kita.
Dan dalam kampung kita inilah kita akan hidupkan cara Islam.
Adakah apa-apa masalah mengenai perkara itu?
Adakah Islam datang dari kerajaan Mesir? Atau kerajaan Tunisia?
Islam datang dari pesuruh Allah, dan kita mahu hidup cara Islam,
Adakah apa-apa yang salah mengenainya?
Dan kita mahu pergi ke kampung itu dalam pendalaman yang terpencil.
Dan dalam kampung itu kita akan bangunkan agama kita
ke tahap apa yang kita boleh buat.
Adakah apa2 yang tak kena mengenainya?
Kita lakukannya untuk memelihara iman kita.
Jadi saya katakan kepada kamu,
dalam kampung itu kita tidak akan mengadakan undian.
Jika kita mengundi bermakna
kita mengatakan selamat tinggal kepada khilafah.
Dan selamat tinggal kepada negara Islam.
Kamu mengesahkan apa yang dajjal usul kepada kamu.
Ikwanul Muslimin tidak memahami perkara tersebut.
Jadi kita tidak akan mengundi,
jika ianya merupakan suatu jenayah maka beritahu kepada kami.
Jadi kita boleh beritahu mereka supaya pergi ke tempat lain.
Jika tiada tempat lain kita boleh pergi
maka kita boleh pergi ke atas gunung.
Daripada mengingkari Allah dan RasulNya,
kami lebih rela bersembunyi di atas gunung.
Kita tidak akan membuang sebarang undi.
Jika kamu mahu mengundi, kami tidak melarang kamu,
buatlah, itu pilihan kamu, bukan pilihan kami.
Tak bolehkah kami hormat keputusan yang kami buat?
Keputusan yang kami buat berdasarkan pengetahuan,
pengetahuan yang kamu tidak ada.
Dalam kampung itu kita tidak akan menggunakan duit kertas.
Adakah itu suatu kesalahan?
Adakah kami melanggar sebarang undang2?
Dengan mengamalkan kembali apa yang di ajar oleh Rasulullah saw,
duit dinar dan dirham?
Baru-baru ini saya berjumpa dengan Dr. Mahathir.
Bekas PM.
Perkara pertama saya beritahu dia adalah kamu dan Charles de Gaulle
adalah merupakan dua orang pemimpin negara
yang saya kenal yang telah bangun,
Charles de Gaulle lama dulu sebelum kamu
dalam mengumumkan tentang penipuan sistem kewangan skrg.
Dan saya bangga dengan apa yang kamu buat.
Dan dia juga menyeru untuk penggunaan kembali wang Dinar,
walaupun bukan dalam pasaran umum,
tapi dalam perdagangan antara kerajaan. Atau 'balance of payment'.
Jadi dalam kampung kita,
kita akan menggunakan dinar dan dirham,
apa salahnya tentang itu?
Jika kamu tak benarkan kami berbuat demikian,
kami lebih rela pergi bersembunyi di dalam pergunungan
dari menjadi sebahagian dari sistem kewangan elektronik kamu.
Dimana sistem perbankan yang mengambil alih
dan setiap pembelian kita direkodkan.
Itukah yang kamu mahu amalkan?
Wang kertas adalah haram, kamu tak tahu pasal itu tapi saya tahu.
Dan jangan kamu cabar saya nanti kamu akan menyesal.
Bahawa duit kertas adalah haram dan lebih2 lagi
duit elektronik dan lebih merbahaya lagi.
Jadi dalam kampung kita kita akan menjauhi sedapat mungkin
dari syirik dan riba, tapi bukan itu sahaja.
Kamu tak akan dapat datang ke kampung kami
dan membuat fitnah.
Ini orang salafi, itu orang sufi, ini wahabbi dan sebagainya.
Tidak! Kami merupakan satu jamaah
dan kita mesti ada satu amir dalam jemaah itu.
Dalam membina jemaah yang bersatu dengan satu amir,
kamu mesti menerima bahawa hanya Quran dan Sunnah
boleh menyatukan kita.
Tidak ada benda lain lagi yang boleh menyatukan kita,
hanya Quran dan sunnah.
Dan kita nyatakan di dalam kampung kita,
kita mulakan dengan membina masjid,
dan kita tidak akan membenarkan apa-apa amalan dalam masjid
melainkan apa yang diterima oleh Quran atau sunnah
yang diterima oleh ramai ulamak.
Jika kamu ada amalan keagamaan,
yang telah lama kamu amalkan dan ianya berguna,
bukannya macam minum wiski,
tapi ianya tidak berasaskan sunnah,
jadi kita katakan 'minta maaf'
tolong jangan amalkan dalam masjid ini,
jika kamu nak buat,
lakukan dalam rumah kamu sahaja
dan jangan buat dalam tempat awam.
Jadi hanya Quran dan sunnah sahaja
yang boleh menyatukan jemaah.
Jadi dalam jemaah kita orang sufi dan salafi
boleh hidup bersama-sama sebagai saudara dalam kg kita.
Jika anda ingin meraikan maulidul Rasul saw,
yang mana bukan macam minum wiski kan,
yang tidak berasaskan sunnah,
jadi jangan amalkan dalam masjid dan tempat awam. Itu sahaja.
Buat sahaja senyap2 dalam rumah.
Jika kamu lakukan dalam rumah dan ada orang datang
dan mengatakan bidaah
dan haram maka kita akan usir orang itu keluar dari kg kita
lebih laju dari federal express.
Sebab ianya merupakan agen fitnah.
Bagaimana kita menyelesaikan masalah pencemaran makanan,
sebab makanan semakin lama semakin banyak yang tercemar.
Dan jika kamu beri bayi kamu
minum susu yang mengandungi hormon,
dan daging lembu yang disuntik dengan hormon,
yang mana ada banyak dijual di pasaraya,
bayi lelaki kamu akan membesar seperti perempuan.
Dan bayi perempuan akan membesar seperti budak lelaki.
Mungkin wajah bayi perempuan itu ditumbuhi bulu.
Itukah yang kamu mahu?
Jadi kita akan menghasilkan makanan kita sendiri.
Jika kamu tidak menghasilkan makanan kamu sendiri
maka lupakanlah projek mv, tutup sahaja projek itu.
Kamu mesti menghasilkan sendiri makanan kami
dan ianya mestilah dengan cara yang paling bersih
dan natural dan suci dan itulah yang kamu beri makan pada anak2 kamu.
Kami ada 4 projek setakat ini.
Satu di Malaysia dan diketuai oleh rakyat Malaysia dan bukan saya.
Dan kami telahpun membeli sebidang tanah
dan telah dibersihkan dan jalannya 90% telah di bina.
Dan mungkinn pada akhir tahun akan ada bercucuk tanam
dan ternakan pada ladang itu.
Dan mungkin rumah kampung yang pertama akan didirikan.
Ada banyak kampung di Malaysia
dan ianya bukan perkara baru kepada kamu.
Jadi inilah projek pertama di Malaysia.
Jika kamu dengar dari luar negara jangan tanya saya
bagaimana nak dapat visa atau permit bekerja untuk tinggal di sana.
Saya tak boleh bantu kamu pasal itu.
Saya cuma boleh beritahu bahawa
kami sedang mengadakan projek itu di Malaysia,
saya tak akan beritahu lokasinya dan mereka merupakan orang muda.
Kita ada satu lagi projek di Tunisia.
Benda pelik berlaku di Tunisia
dan mereka telah menanam 600 batang pokok zaitun
dan di situ telah ada masjid
tapi tiada seorangpun menggunakan masjid itu lagi.
Dan kita cuba dapatkan hartanah itu.
Kita ada projek ke tiga di Cape Town di Afrika Selatan.
Apa yang berlaku di Afrika ialah pihak kulit putih
mengambil semua tanah yang subur
dan ada tanah ladang orang kulit putih yang luas.
Dan selepas perubahan kuasa kepada orang Afrika
dan ianya menjadi merbahaya bagi orang kulit putih
untuk memandu di jalan yang sunyi.
Dan buruh Afrika semakin bermusuhan dengan mereka.
Jadi mereka mahu menjual ladang mereka
dan apa yang kami buat ialah membeli sebuah ladang, ladang contoh.
Mungkin 50 keluarga boleh tinggal.
Dan akan diikuti ladang ke dua, ketiga dan keempat.
Projek ke empat adalah di Mesir.
Dekat dengan sempadan Libya dan jauh dari Kaherah.
Lebih baik kita tak cakap banyak tentang projek itu.
Jadi inilah empat projek yang kita ada dan ada satu lagi di Indonesia.
Medinah Projek di sebuah pulau di Indonesia
yang dimulakan saudara dari Jerman, saudara Habib.
Beberapa anak murid saya yang sudah tinggal di sana.
Tidak semestinya kamu kena pergi ke salah satu projek kami.
Kamu boleh mulakan projek kamu sendiri
sebagai tanda kasih sayang kamu pada anak2 kamu.
Atau kamu boleh pergi ke kg yang sedia ada
dan cuba mengubahnya melalui pembelajaran ke kg muslim.
Tapi ada satu perkara lagi sebelum saya mengakhiri.
Dalam jangkaan kita pada masa akan datang
di mana ramai wanita tidak akan mendapat suami,
sebagaimana yang telah kami nyatakan, dimana ramai wanita tak ada suami.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam sunnah,
biar saya beritahu kamu apa sunnah itu.
Khadijah rha ada mempunyai seorang hamba abdi,
namanya Barakah, bila dia membawa bayi,
Rasulullah saw ke Madinah,
Barakah turut sama mengikutinya dan dalam perjalanan pulang,
dia telah meninggal dunia di sebuah tempat bernama Abwah.
Dan hamba abdi itulah yang membawa Rasulullah saw itu ke Mekkah.
Dia tinggal bersama baginda sehinggalah
baginda berkahwin dengan Khadijah ra,
kemudian baginda membebaskannya.
Dan baginda mengaturkan perkahwinan hamba abdi itu
dengan seseorang sebuah kabilah di luar Mekkah.
Dia melahirkan seorang bayi lelaki, namanya Aiman.
Jadi dia di kenali sebagai Umaiman Barakah.
Kemudian selepas itu suaminya meninggal dunia.
Bila suaminya meninggal dunia dia kembali kepada Rasulullah saw.
Baginda meraikan kedatangannya dengan berkata
'Inilah ahli keluarga kami yang terakhir'
Dan dia berkata kepada para sahabatnya,
'Siapa yang akan mengahwininya?'
Bermakna, 'Saya mahu seseorang mengahwininya'.
Dan Zaid ra, anak angkatnya berkata
'Saya akan mengahwininya'.
Dan selepas dia mengahwininya,
mereka mendapat seorang anak bernama Usamah.
Jadi dia dikenali sebagai Usamah, cucu Nabi saw.
'Siapa yang akan mengahwininya'
Ini merupakan sunnah.
Jadi bila seorang wanita datang ke kg kita dan berkata
'Saya mahukan seorang suami',
seseorang harus mengahwininya.
Walau bagaimanapun jika anda mengusulkan
untuk berkahwin dengannya,
dia ada hak untuk mengatakan 'tidak'.
Itu haknya. Tapi seseorang harus mengahwininya.
Oleh sebab itu saya nak beritahu satu amaran yang lembut,
jika fikiran anda masih dalam keadaan belum boleh tunduk
dan berserah diri kepada Allah.
Tunduk dan menerima apa yang dinyatakan dalam Quran
dan menerima yang Allah telah menetapkan poligami.
Dan kamu bertegas tidak mahu menerimanya,
tidak dengan suami saya.
'Saya tidak mahu dia mengahwini seorang lagi wanita'.
Kita akan katakan kepadanya, Saudari
(dan kita akan katakan dengan cara yang paling lembut)
Jangan datang dan merosakkan kg ini.
Sebab semua yang ada dalam kg ini kena menerima cara hidup yang Allah tetapkan.
Samada kamu boleh terima atau tidak.
Sama ada kamu faham atau tidak.
Bila sahaja ianya datang dari Allah dan RasulNya..
Kita akan mengikutinya.
Kita berdoa semoga Allah swt akan memberkati usaha kita
untuk membina kg muslim.
Soalan: Apakah pandangan Syeikh terhadap
proses mengundi dalam sistem demokrasi dajjal.
Saya telah menghuraikan perkara ini dengan mendalam,
dalam satu subjek sebagai analisis politik.
Terdapat sebuah karangan di laman web saya.
Saya tahu bahawa mereka yang sudah biasa
dengan kaedah mengundi ini akan merasa tidak senang hati.
Tapi saya tak memberi ceramah untuk menyukakan hati sesiapa.
Jika saya menyampaikan ceramah Islam semata2
untuk menyedapkan hati orang, baik saya bawa teksi.
Jika Allah telah mengurniakan kepada saya umur yang panjang ini
dengan sedikit status di dunia ini, salah satu sebabnya ialah
kerana saya tidak takut untuk menyatakan apa yang pelu disebut
tidak mengira apa akibatnya.
Terdapat sebuah karangan di laman web saya.
'Bolehkah seorang muslim mengundi
di sebuah negara sekular yang moden?'
Jangan cuba memberi jawapan jika anda
tidak mengkaji persoalan 'akhir zaman'.
Jangan berdebat dengan saya
sehingga anda mengkaji persoalan 'akhir zaman'.
Baca buku 'Jurusalem dalam Quran'.
Kita ada dalam BI dan dalam BM.
Dan setelah anda mengkaji persoalan 'akhir zaman',
barulah kamu akan dapat mengetahui sistem politik sekarang ini.
Keadaan sistem politik dan ekonomi sekarang.
Bagaimana agaknya,
yang tidak ada pakar ekonomi yang berjaya mejangka
lebih dari 50 dulu yang dollar US akan jatuh dan
Imran Hosein telah berjaya melakukannya.
Bagaimana anda dapat jelaskan .
Lebih 50 tahun dulu, saya katakan yang dollar Amerika pasti jatuh,
bukan akan jatuh tapi pasti jatuh.
Dan ianya akan membawa bersama semua duit kertas di dunia ini.
Dan duit elektronik akan mengambil alih.
Bagaimana agaknya saya dapat ilmu ini?
Jadi berhati-hati sebelum kamu mencabar saya!
Saya telah belajar ilmu 'akhir zaman', dari situlah saya mendapatinya.
Jadi bacalah karangan itu
'Bolehkah seorang muslim mengundi di sebuah negara sekular yang moden?'.
Jika anda mempunyai pandangan berbeza , beritahu saya.
Soalan dari pemuda muslim:
Bagaimana jika ibu bapa pemuda Muslim
tidak membenarkan dia berhijrah ke kg muslim?
Jawapan saya ialah: Selamatkan diri anda dulu.
Hanya jika anda berjaya selamatkan diri anda,
maka anda ada peluang untuk menyelamatkan orang lain.
Jika anda perlu meninggalkan mereka
dan berhijrah ke kampung muslim maka lakukan perkara itu.
Ia sedang berlaku sekarang, kamu tahu tak?
Di US ramai yang sedang 'bangun',
dan ayahnya berkata kepada keluarganya.
'Kita akan kembali semula ke Pakistan'.
Inilah yang sedang berlaku sekarang dan emaknya berkata
'Kamu boleh pergi tapi kami akan tetap di sini'.
Dan anak-anaknya berkata
'Ayah, ayah boleh pergi tapi kami akan tetap tinggal di sini'.
Dah terlambat!..Dah terlambat! ..Dah terlambat!.
Jadi dia kemas pakaiannya dan pergi ke Pakistan.
Soalan dari pemuda muslim; Siapakah yang akan berdakwah jika semua muslim
berpindah ke kg muslim?
Dakwah bagaimanakah yang paling berkesan?.
Untuk keluar dan memberi 1000 ceramah kepada bukan Islam
atau menjemput bukan Islam untuk datang ke kg
dan melihat sendiri bagaimana Islam diamalkan.
Kamu tidak perlu beri ceramah, mereka hanya perlu datang
dan lihat bagaimana cara kamu hidup.
Badan kamu sendiri akan menyatakannya.
Senyuman kg itu sendiri yang akan menyatakannya.
Makanan yang kamu makan akan beritahu.
Kebahagiaan wanita akan memberitahu.
Kesatuan jemaah akan menyatakannya.
Disiplin jemaah itu akan memberitahu.
Dan ianya merupakan satu dakwah yang lebih berkesan dari 1000 ceramah.
Soalan: Dari manakah datangnya sumber tenaga
untuk digunakan di kg itu?
Kamu boleh dapat elektrik dari pencawang tapi
jangan jadi bodoh untuk bergantung kepadanya
kerana mereka boleh menutup suisnya.
Jadi apa yang boleh digunakan sebagai 'pilihan kedua'?
Dalam surah Al Kahfi ada jawapannya.
Jawapannya ialah seorang pemuda sedang tidur di dalam gua itu selama 300 tahun.
Bagaimana mereka boleh terselamat?
Mereka memerlukan tenaga supaya organ utama boleh berfungsi.
Dan Allah menyatakan bahawa cahaya matahari memasuki gua itu,
pada waktu pagi dan pada waktu petang dan badan pemuda2 itu
akan bergerak mengikut cahaya matahari itu.
Jadi dalam surah itu memberitahu bahwa akan berlaku
perubahan cahaya matahari kepada tenaga.
Kita sebutnya sebagai 'tenaga solar' sekarang.
Dan satu yang bank dunia tidak mahu
kamu lakukan ialah menggunakan tenaga solar.
Sebab mereka mahu kamu bergantung kepada mereka.
Jadi kamu boleh menggunakan tenaga solar, tanaga angin,
sumber tenaga lain, India telah melakukan banyak kajian dalam bidang itu.
Kita akan cuba menggunakan sumber tenaga sampingan.
Saya tengok kamu di Malaysia ada lampu jalan menggunakan tenaga solar.
Memasak menggunakan tenaga solar.
Ada orang yang menggunakan tenaga solar
untuk menghasilkan penghawa dingin untuk kereta, saya tidak tahu mana projek itu.
Soalan: Adakah akan ada industri dalam kg muslim?
Saya ada masa untuk menerangkan mengenai industri dalam kg itu.
Itu merupakan persoalan yang amat penting.
Sebab kita tidak mahu kg muslim itu menjadi sebuah hotel.
Setiap hari pukul 6.00 pagi semua lelaki tidak lagi ada.
Dan pada pukul 6.00 petang semua lelaki kembali ke rumah.
Kita mahu masjid itu penuh, 5 kali sehari.
Wanita dibenarkan untuk datang ke masjid untuk solat.
Dan mereka turut dibenarkan untuk menghadiri solat Jumaat.
Saya tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia?
Adakah mereka membenarkannya?
Senyap je kan? Yaa ya.. tak cukup ruang.
Kaum wanita mempunyai kebebasan,
jika mereka nak solat di rumah mereka boleh solat
tapi jika mereka nak datang ke masjid, mereka akan dibenarkan.
Jika kamu datang ke masjid, kami tidak akan letak kamu di atas balkoni,
kita tidak akan letak kamu di bahagian ruang bawah tanah,
kita tidak akan letak kamu di ruang bahagian atas bumbung, tidak!
Kita akan letak kamu di mana Rasulullah saw letak kamu.
Di mana baginda letak kamu?
Baginda bersabda 'Beritahu kepada wanita,
jika mereka sujud,
mereka kena sujud lebih lama berbanding lelaki.
Pernahkah kamu dengar
tentang hadis tersebut?
Ia telah lama tersimpan,
itulah yang telah kita lakukan kepada agama Nabi Muhammad saw.
Sebab baginda berkata ,
pada waktu itu ada lelaki yang tidak mempunyai cukup kain
untuk menutup dengan sempurna.
Mereka bukannya kekurangan dahan2 untuk membuat dinding,
mereka boleh ambil kayu dan buat penghadang,
mereka juga boleh memasang langsir,
tapi mengapa mereka tidak melakukannya?
Bolehkah kita buat perubahan
dari apa yang diajar oleh Rasulullah saw?
Tidak! Dia tidak melakukan perkara itu.
Jadi ketika para wanita datang ke masjid,
lelaki berada di hadapan dan wanita berada di belakang
dan tidak ada sebarang penghadang diantara mereka.
Ianya merupakan satu ruang sahaja dan tidak dua ruang.
Dan barisan saf yang paling baik bagi lelaki ialah di bahagian depan sekali
dan bahagian saf yang paling baik
untuk wanita adalah di bahagian paling belakang sekali.
Jadi mereka mengisi dulu ruang saf paling belakang bagi wanita
dan saf paling depan bagi lelaki hingga lah semakin bertambah dekat
di bahagian tengah.
Dan di bahagian tengah itulah paling bahaya. Berhati-hatilah.
Wanita akan datang ke masjid dan solat dalam masjid,
dalam satu ruang bersama lelaki, tanpa ada penghadang,
dan jika ada sesiapa yang merasa tidak selesa dengannya
kita akan katakan kenapa anda tidak tinggal sahaja di mana tempat anda sekarang.
Kamu tidak perlu datang.
Soalan: Apa nasihat kamu pemuda yang telah yakin
tentang idea untuk membina kg muslim tapi
tidak mempunyai modal untuk membeli tanah, rumah dsbnya.
Kita membeli tanah yang harganya RM 9k/ ekar,
di Damansara rasanya mereka menjual pada harga RM9 atau 10 juta /ekar.
Pergi ke tempat di mana tanahnya paling murah
dan jika kamu tidak mampu membeli walau satu plot tanah yang kecil,
seseorang perlu membenarkan kamu membina sebuah
rumah kampung yang kecil di atas tanahnya.
Sesuatu yang mudah di ubah dan di robohkan.
Jadi jangan cakap saya tidak mempunyai duit.
Soalan: Bagaimana caranya untuk memilih seorang amir dalam kg itu?
Tidak ada dalam Quran atau sunnah yang memberikan
satu-satunya cara untuk melantik amir.
Cara yang digunakan untuk memilih Abu Bakar As Siddiq ra
adalah berbeza dari pemilihan Umar Al faruk dan begitu juga
cara pemilihan Usman ra.
Cara paling asas adalah melalui majlis syura.
Jadi dalam proses itu perlu ada persefahaman
dan persetujuan antara semua ahli.
Jadi tiada orang yang akan terpinggir.
Jadi kita bebas memilih apa sahaja cara kita mahu.
Apa dajjal telah lakukan adalah
dengan cara meberikan kaedah yang telah
memusnahkan apa yang Allah telah cipta.
Mungkin kamu tidak akan sedar akan perkara ini.
Tapi Allah telah memberitahu di dalam Quran;
Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan
dan kami telah tentukan kamu akan berkembang biak menjadi negara
dan kabilah-kabilah, kumpulan dan masyarakat.
Dia tidak menjadikan kita sebagai seorang individu, tidak!
Dia telah menjadikan sesuatu yang lebih pintar dari itu,
dari mencipta individu-individu perseorangan. Dia mencipta kita sebagai sebuah masyarakat.
Dan tujuan menjadikan sebuah masyarakat adalah untuk kamu bersilaturrahim ,
dan inilah akan menyatukan kamu semua dan kamu boleh mengenali satu sama lain
dan ini sepatutnya mencetuskan suatu permusuhan.
Seseorang yang paling baik pada pandangan Allah ialah mereka yang paling bertakwa.
Apa yang dajjal telah lakukan ialah dengan menghapuskan
hubungan ini dari negara dan kabilah.
Dan mencipta sistem politik yang mementingkan diri sendiri.
Jadi pemahaman individu inilah yang menghasilkan apa
yang di panggil undi persendirian akhirnya kamu
lama-kelamaan semakin berpecah-belah, samada kabilah atau masyarakat.
Jadi tidak akan melakukan sesuatu yang dipanggil,
seorang lelaki satu undi dan seorang wanita, satu undi.
Apa yang kita akan ada ialah satu kabilah
dan kabilah itu akan bermesyuarat sesama mereka
dan amir akan menjadi wakil menyampaikan
apa yang dipersetujui oleh kabilah itu.
Jadi dengan perbincangan dan persetujuan bersama,
mereka akan melantik seorang amir.
Suatu cara yang lebih baik dan sesuai
berbanding cara yang dajjal telah guna.
Soalan: Berapa lama lagi kita akan menghadapi perang nuklear?
Tidak lama lagi. Jangan tanya saya berapa lama lagi.
Soalan: Bagaimana caranya kita menubuhkan kg muslim
yang tidak menjadi ancaman dari pihak berkuasa?
Allah telah memberikan kita kenyataan dalam surah Al Kahfi.
Dia berkata jika kamu berpaling dari mereka
dan tidak menyembah selainNya dan lari membawa iman kamu ke dalam gua,
dan jika kamu berbuat demikian Allah akan mencurahkan rahmatNya kepada kamu.
Allah akan menjaga kamu.
Kamu tak boleh nak kata yang jika kamu membina kg muslim
dan kamu tidak diancam tapi walau macamanapun kamu perlu melakukannya.
Bila kamu berbuat demikian,
kamu jangan berputus asa, kamu akan di uji,
kamu akan menjadi satu dalam 1000.
Saya tidak akan berputus asa,
saya tidak akan kembali kepada kesyirikan
dan saya tidak akan kembali kepada riba,
walau saya terpaksa bersembunyi di atas gunung,
saya akan melakukan perkara itu.
Kamu sedang melalui jalan dimana hanya 1 dalam 1000 terpilih.
Jangan pandang rendah pada masyarakat,
berbuat baik dan berkasih sayang, mereka tidak tahu sebenarnya.
Apa sebabnya mereka tidak tahu
adalah kerana ulamak sekarang ini telah gagal yang amat sangat.
Kita bakal menjadi bahan ketawa dunia.
Bila negara Mesir amalkan syariat,
kemudian sebuah keluarga Arab datang
untuk mengahwinkan anak mereka yang berumur 6 tahun
kepada seorang lelaki tua berumur 55 tahun.
Soalan: Dalam buku anda, mengenai yakjuj dan makjuj dalam dunia moden,
kamu mengatakan asas pembinaan kg muslim
berdasarkan Quran dan sunnah untuk membenteras perpecahan dan konflik.
Apakah lagi langkah2 berjaga2 yang di ambil oleh ahli kg itu
supaya tidak dilumpuhkan oleh
sesetengah ulamak islam yang tidak bersetuju
dengan penubuhan kg muslim atau tertekan
dengan kerajaan seluruh dunia.
Saya telah memberikan jawapannya.
Jika mereka tidak membenarkan kita membina kampung itu
kita akan pergi ke kawasan yang paling jauh dan paling terpencil.
Jikalau mereka tak bersetuju dan menghantar tentera
untuk menentang kita maka lebih baik kita bersembunyi dalam pergunungan.
Tapi tunggulah sehingga akan datang di mana Allah
akan memusnahkan setiap bandar dan pekan
dan mereka yang tidak binasa akan menghadapi azab yang dahsyat.
Itulah yang akan berlaku, kamu tidak tahu tentang itu.
Terdapat lagi langkah berjaga2 yang kita boleh ambil
untuk mengekalkan kesepaduan masyarakat
tapi ianya mengambil masa yang lama
untuk menerangkan dan saya akan akhiri sekarang
dan berdoa agar Allah swt memberi rahmat
kepada semua orang yang telah mengambil keputusan.
Yang dah berlaku itu cukuplah,
saya mahu keluar dari dunia yang sudah rosak ini
dan saya mahu membina kg muslim disuatu tempat yang jauh terpencil
yang mana anak2 saya dapat membesar dalam suasana yang sihat
lebih baik dari dunia yang rosak ini
dan membina agama yang Allah dan Rasulnya
akan bangga dengan apa yang saya buat.
Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Assalammualaikum. Tahu tak mana Kampung Akhir Zaman / Islam ? Saya mencari.
ReplyDeleteSalam... dah jumpa ke perkampungan akhir zaman.
DeletePOTOMATE: Titanium Hair, Brim. - Titanium Art
ReplyDeleteI've tried it before. I didn't think it was snow peak titanium possible to remove it without having to. titanium mountain bikes I titanium teeth dog can't seem to iron titanium token remember anything, titanium engagement rings