Saturday, 5 January 2013

Kaedah Menggunakan Al Quran Untuk Memahami Akhir Zaman Oleh Syeikh Imran Hosein





Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
Kita bersyukur kepada Allah swt, ke atas peluang untuk bersama anda semua
malam ini dan memberitahu anda mengenai satu perkara yang amat penting sekali
al Quran dan akhir zaman. Kita memuji dan mengagungkanNya, kerana Dialah yang
amat patut dipuji dan diagungkan dan selawat dan salam ke atas semua pesuruhNya
dan terutama yang terakhir sekali, yang dirahmati, Rasulullah saw.
Hari ini kita hidup di suatu dunia yang sangat aneh hari ini.
Pada pandangan kita hanya Quran yang dapat menerangkan keadaan yang berlaku
di dunia hari ini. Kita hidup di dunia di mana ada banyak petunjuk Allah
sedang berlaku sekarang ini di dunia. Hanya siapa yang melihat dengan nur Quran.
Boleh memahami apa yang berlaku di dunia yang aneh ini.
Ceramah ini bertujuan untuk menunjukkan yang kita telahpun berada di akhir zaman.
Dan kita akan menggunakan Quran untuk menunjukkan perkara itu.
Walau bagaimanapun sebelum kita pergi kepada Quran yang Quran mungkin akan
menerangkan kepada kita dunia/zaman di mana kita sedang jalani sekarang.
Kita kena membuat suatu jenis 'ghusl'/mandi/bersihkan.
Biasanya kita membersihkan badan kita. Tapi kini kita perlu bersihkan
minda kita sebab ada banyak tenaga jahat di dunia ini yang bertubi2
membasuh minda manusia sejagat.
Dan bila minda kita telah dibasuh maka kita tidak akan dapat melihat.
Hari ini ada seorang manusia dari seluruh manusia sejagat sebagai
sebagai segolongan manusia yang paling banyak basuhan dimindanya
di dalam sejarah. Mereka ialah orang Amerika.
Bagaimanakah caranya kita membersihkan minda kita? Jawapannya ialah dengan al Quran.
Kamu kena sentiasa membaca Quran dari muka depan sehinggalah yang terakhir.
Dan bila kamu telah selesai, ulang balik.
Bukankah datuk kamu selalu melakukannya?
Dan kamu kata sekarang yang ada banyak kesesakan lalu lintas dan
kamu tidak punya masa yang cukup. Tapi kamu kena baca Quran.
Jika kamu tidak ada masa baca Quran, kamu dengar saja imam baca,
betapa merdunya dia baca Quran.
Dengan cara mendengar Quran dalam solat, kamu akan dapat membersihkan
minda kamu. Syaitan menjadi amat marah jika kamu membersihkan minda kamu.
Setelah itu kamu kenalah menelaah Quran.
Tapi Quran bukanlah sama dengan buku geografi. Tidak!.
Kamu memerlukan satu kaedah yang khusus untuk mengkaji Quran.
Ada ayat dalam Quran yang terang dan jelas dan ianya dipanggil ayat muhkamat.
Dan sesiapa sahaja boleh memahaminya. Sebagai contohnya ayat ini.
'sesiapa sahaja yang bertemu anak bulan kenalah berpuasa.'
Bulan apa? Bukannya Julai. Bulan Ramadhan. Inilah ayat muhkamat.
Terang dan jelas. Sesiapa sahaja boleh memahaminya.
Tapi Allah dengan kebijaksanaannya memastikan yang ada ayat dalam
Quran yang bukan berbentuk seperti itu.
Dan jika kamu mahu memahami maksud ayat tersebut, kamu perlu melakukan
banyak penyelidikan.
Inilah dipanggil ayat mutashabihat dan kamu kena mentafsirkannya atau takwil.
Dan pentafsiran ayat tersebut adalah amat penting dalam memahami
peristiwa akhir zaman. Dan memahami dunia hari ini.
Dengan kaedah membersihkan minda, langkah pertama dalam kaedah ini.
Kemudian memahami yang kitab ini adalah datang dari Allah swt.
Bila saja kamu menganggap yang kitab itu datang dari Allah, samada
kamu memahaminya atau tidak.
Bila ia datang dari Allah kamu kena terima dan tunduk pada perintah itu.
Mereka amat membenci jika kamu berkata demikian di universiti .
Bahawa minda manusia kena tunduk dan mematuhi perintah2 dari Allah.
Kita tidak boleh membuat sebarang alasan/sebab atau menghakimi atas semua
perintah Allah. Tidak. Alasan/sebab itu hanya boleh di buat untuk
menentukan samada itu adalah perintah Allah atau tidak. Itulah fungsi
alasan/sebab. Bila kamu telah menerima yang semua perintah ini adalah
dari Allah. Samada kamu memahaminya atau tidak dan sama ada kamu selesa
dengannya atau tidak, kamu kena tunduk mematuhi dan percaya kepadanya.
Dan Allah dapat melihat apa yang ada dalam hati kamu, oh ya!.
Dalam surah an Anfal bahawa Allah memerhatikan antara lelaki itu
dan hatinya. Dan jika ada tidak ada keimanan di dalam hati kamu,
maka dengarlah surah al Isra,
kerana kamu tidak patuh dan tunduk kepada kitab Allah, kamu tidak
betul2 beriman, kamu mempunyai pemikiran yang sekular.
Jadi bila kita baca Quran, Allah meletakkan hijab di antara kita dan orang yang
demikian. Ianya bukan sahaja hijab, tapi mereka diliputi oleh dua
lapisan tutupan. Jadi mereka tidak dapat langsung memahami dan melaksanakan
perintah dalam Quran. Tidak boleh!
Jadi inilah permulaan kapada kaedah ini.
Kamu mestilah ada iman dalam hati kamu yang ini merupakan ayat2 dari Allah.
Dan kamu mestilah menyerah dan tunduk kepada perintahNya.
Samada kamu memahaminya atau tidak, samada kamu selesa dengannya atau tidak
bila saya menjadi seorang pelajar, di institut Aleemiyah dalam bidang pengajian
Islam di Pakistan, guru saya yang terkenal, maulana Dr. Muhammad
Fadlurahman al Ansari rhma duduk untuk mengajar pelajaran yang pertama kepada saya.
Inilah pelajaran yang pertama dia ajarkan.
Kita ulang sekali lagi. Samada kamu memahaminya atau tidak,
samada kamu selesa dengan peraturannya atau tidak, bila sahaja
kamu menganggap ianya firman dari Allah, kamu kena tunduk mematuhinya.
Kamu kena beriman kepadanya. Pemahaman akan datang kemudian.
Setelah selesai perkara itu, sekarang kita akan teruskan dengan kaedahnya.
Allah mengajar kaedahnya pada awal Quran. Dengarlah pelajaran ini.
Kamu mungkin pernah dengarnya dalam ceramah saya yang terdahulu.
Pada permulaan Quran, ingat Allah tidak mempunyai sebarang kekurangan.
Dalam penggunaan bahasa. Oh tidak!
Jadi setiap dalam Quran disusun dengan kebijaksanaan Allah.
Pada permulaan Quran, Dia memberikan perintah kepada malaikat supaya
sujud kepada Adam as. Mereka semua sujud kecuali Iblis.
Jika kita menggunakan kaedah yang salah, yang mana malangnya ramai
yang berbuat demikian. Kita mengambil ayat ini sahaja untuk buat tafsiran.
Dalam keadaan terasing. Kita kena membuat kesimpulan dan kita tidak
dapat lari dari membuat kesimpulan yang iblis merupakan malaikat.
Inilah yang berlaku jika kita menggunakan kaedah yang salah.
Jadi Allah mahu mengajar kita mengenai kaedah untuk memahami al Quran.
Oleh sebab itulah Dia membuat ayat seperti ini. Bila kita dan membuat
kesimpulan bahawa iblis merupakan seorang malaikat, dan itulah
yang dikatakan oleh orang Kristian, jadi ibliskan itu diturunkan
ke bumi maka jadilah dia malaikat yang dijatuhkan 'fallen angel'
Bila kita dah buat kesimpulan yang iblis merupakan malaikat,
kemudian kita teruskan bengan bab2 lain dan  tiba2 kita jumpa ayat
Quran yang memberitahu kita yang malaikat tidak mempunyai kemahuan
mereka sendiri. Tidak!. malaikat kena mematuhi perintah Allah.
Apa saja arahan dari Allah, malaikat tidak mempunyai sebarang pilihan.
Mereka mesti mematuhinya. Tapi si iblis tidak mematuhi perintah Allah.
Memberi makna yang iblis mempunyai kemahuan sendiri dan dia dapat
membuat pilihan. Nampaknya kita telah melakukan satu kesilapan.
Sekarang kita mula merasa malu. Sebab kita dah beritahu semua
orang di subang jaya yang iblis merupakan seorang malaikat.
Kulit kita dah kemerahan sebab malu. Mungkin kita dah buat kesilapan.
Kerana menggunakan kaedah yang salah. Allah berfirman, 'mereka melakukan
semua perintah yang Allah berikan'. Malaikat tidak boleh membuat perkara sebaliknya.
Kemudian dalam surah al kahfi dalam Quran, Allah berfirman,
'oh Tuhanku, tengoklah kesilapan besar yang kita telah lakukan'
Inilah yang berlaku jika menggunakan kaedah yang salah.
Inilah 'usulul tafsir'. Kaedah untuk mengkaji Quran.
Dan kaedah ini juga amat penting untuk mengkaji semua perkara.
Jangan! Jangan sekali2 mengkaji ayat Quran secara terpisah dari ayat lain.
Kerana ada kemungkinan yang ianya ayat mutashabihat dan kamu
mungkin tersalah. Sepatutnya, cari semua ayat sekali Quran yang mengenai
perkara yang ingin kita cari itu, mungkin kamu memanggilnya sebagai data
dan sebab Quran tidak akan bercanggah antara satu ayat dgn ayat lain,
tidak ada ikhtilaf dalam Quran. Setelah anda mengumpul semua ayat
yang membicarakan perkara itu kemudian kamu kena menghubungkan semua sekali
sebagai satu kesimpulan yang harmoni tapi untuk menggabungkan kesemua
ayat itu membentuk sesuatu yang harmoni, kamu memerlukan sesuatu selain
dari sebab musabab. Para saintis memanggilnya sebagai 'insight'/cetusan idea.
Semua saintis menerima pendapat bahawa semua penemuan yang hebat adalah
dihasilkan dari buah fikiran/cetusan idea.
Itulah yang akan menggabungkan semua ayat itu. Guru saya memanggilnya
sebagai 'sistem makna' untuk menyatakan perkara itu.
Jadi kita mestilah menempatkan sistem makna ayat Quran berkaitan dengan
peristiwa akhir zaman. Itu bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Kamu kena membuat kajian untuk melakukannya.
Sebagai tambahan, Rasulullah saw diutus, untuk mengajar anda kitab itu,
jadi kita kena pergi kepada gurunya. Maknanya kita kena melihat hadis
setelah kita mengkaji ayat2 Quran, dan setelah menggabungkannya secara harmoni,
kita kena melihat kepada hadis pula dan menggabungkan dengan yang tadi.
Semua hadis yang bersabit mengenai perkara itu secara harmoni.
Apa yang perlu kita lakukan jika kita menjumpai hadis yang bercanggah.
Sekarang kita ada pelajaran yang kedua, kaedahnya.
Yang Quran akan menghakimi semua hadis dan bukan sebaliknya.
Jadi bila ada berlaku konfik/percanggahan dengan apa yang ada dalam
Quran dan dengan apa yang ada di dalam hadis, kamu mestilah sentiasa
berpegang dengan Quran.
Kita teruskan dengan kaedah. Mengikut apa yang kita tahu ada suatu
dimensi yang khusus terhadap kaedah ini.
Allah berfirman dalam surah al Fushilat ayat 53, perhatikan apa kataNya,
jadi kita kena melatih mata kita untuk memerhatikan perkara yang
berlaku di dunia ini. Menyingkap politik dunia, menyingkap ekonomi dunia,
menyingkap ekonomi kewangan dunia, menyingkap dunia wanita,
dan kita kena menghubung kaitkan antara apa yang berlaku di dalam Quran
dan apa yang sedang berlaku di dunia ini. Ianya bukan tugas yang senang.
Kamu tidak akan dapat lakukannya jika kamu duduk sahaja di rumah dan
minum teh tarik. Kamu kena keluar dan membuat penyelidikan.
Satu revolusi saintifik dan teknologi dah muncul di dunia ini.
Ini belum berakhir dan masih berkembang.
Dunia belum pernah menghadapai perkara seperti ini dalam sejarah.
Adakah semua perkara ini berlaku secara kebetulan?
Jika ianya berlaku secara kebetulan maka seekor lembu juga boleh
melompat ke atas bulan! Kamu bersetuju tak dengan saya?
Jika ianya bukan berlaku secara kebetulan, saya mahu memahaminya.
Tiada sesuatu apapun yang pernah berlaku dalam sejarah yang boleh
menerangkan berlakunya revolusi sains dan teknologi. Tiada!
Dan ianya bukan berlaku secara tidak sengaja jadi tentu ada penjelasan
tentang perkara ini.
Ada perkara aneh berlaku di satu bahagian dunia yang Allah telah beritahu
di dalam Quran sebagai 'al ardhul muqadassah', Tanah Suci.
Perkara yang ganjil berlaku di sana.
Allah swt telah mengusir bani Israel dan mereka hidup sebagai
orang buangan selama 2000 tahun.
Mereka hanya boleh pergi ke Jerusalem sebagai pelancong, tidak ada masalah.
Kamu akan dapat visa pelawat tapi kamu tidak boleh kembali ke Jerusalem
dan mengaku bahawa negara itu kepunyaan kamu. Untuk selama 2000 tahun.
Allah swt telah memusnahkan negara Israel,
selama 2000 tahun tiada Israel di Tanah Suci.
Tapi sekarang, 2000 tahun kemudian, orang2 Yahudi telah kembali ke Tanah Suci
dan mengaku yang negara itu milik mereka.
Negara Israel telah ditubuhkan kembali di Tanah Suci. Adakah perkara
ini berlaku secara kebetulan? Jika kamu kata ya maka kamu ada
sebiji kacang dalam otak kamu. Jika ianya tidak berlaku secara kebetulan
maka apakan penjelasannya? Jawapan saya kepada kamu ialah hanya
Quran sahajalah yang dapat memberi penjelasannya.
Dan jika kamu ada Quran, dan kamu tidak menggunakannya, kamu tidak
mencari jawapan dalam Quran yang mana Quran boleh menerangkan dunia
di mana kamu hidup sekarang ini. Kamu akan menghadapi masalah.
Kamu tidak menghormati al Quran.
Amat teruk jika kita tidak menghormati Quran.
Rasulullah saw membuat pengaduan dan Allah meletakkan aduan itu
di dalam Quran. Dalam surah al Furqan: 30. dan Rasulullah bersabda,
'wahai Tuhanku, umatku telah mengabaikan Quran', umatku telah
meninggalkan Quran. Mereka lebih berminat dengan phD dari MIT.
Tapi bukan dengan Quran. Apakah yang akan Allah buat kepada
manusia yang telah mengabaikan dan meninggalkan Quran dan
ini merupakan pengaduan. Saya akan beritahu kamu apa yang Dia boleh buat.
Salah satu darinya ialah... dan jika kamu masih belum makan malam
lagi, saya cadangkan tak payahlah makan sebab makanan tak akan hadam.
Dalam surah az Zumar, ayat 42 Allah swt berfirman yang Allah akan
mengambil nyawa orang2 yang telah meninggal, dan mereka yang tidak
mengalami maut, semasa mereka masih sedar, Allah mengambil nyawa
mereka ketika mereka sedang tidur. Dia akan memegang nyawa mereka
yang telah ditakdirkan mautnya dan yang selainnya, Dia akan
melepaskannya balik sehingga waktu yang telah ditetapkan.
Jadi kita telah meninggalkan Quran. Kita tiada masa untuk
mempelajari Quran, adalah lebih penting bagi kita jika anak kita,
dapat pergi ke United States untuk belajar. Dan jika kita tidak
dapat menghantar mereka belajar di US atau Britain, maka mereka
akan dimasukkan ke universiti di Malaysia. Jika kita tidak dapat
memasukkan mereka ke universiti maka kita hantar mereka ke
kolej teknikal dan bila kita tidak dapat hantar mereka ke
kolek teknik maka baru kita hantar mereka ke Darul Ulum
supaya mereka boleh jadi mufti, biar mereka jadi syeikh, hafiz
atau ustaz. Adakah ini cara anda menghormati Islam?
Kamu patut malu. Dan lihatlah apa yang Allah akan buat pada kamu sekarang.
Semoga Allah memelihara kamu dan saya dari perkara ini.
Sebab saya mahu kamu makan malam, malam ini.
Allah boleh mengambil nyawa kamu dan kamu akan dimandikan,
dan mereka akan mengkafankan kamu dan meletakkan kapur barus dll.
Kemudia mereka akan mengadakan solat jenazah ke atas kamu.
Kemudian mereka akan menguburkan kamu, dan kembali.
Kemudian Allah akan mengembalikan nyawa kamu kerana kamu
sebenarnya belum mati lagi. Kamu telah dikuburkan hidup2.
Tapi mereka tidak tahu pasal itu. Segala puji bagi Allah.
Yang mana Dia Maha Bijaksana. Dan kemudian kamu tersedar.
Bila kamu tersedar kamu dapati tempat itu amat gelap.
Di manakan aku? Kamu memanggil isteri kamu.. tiada jawapan.
Kamu cuba untuk bangun tapi tak dapat kerana ruang amat sempit.
Kamu keliru dan kemudian kamu mencium bau kapur barus dan
kamu mula merasa apa yang kamu pakai, kemudian kamu menyedari
yang kamu sedang berada di dalam kubur kamu sendiri.
Dan mereka lupa meletakkan talipon bimbit ketika mereka menguburkan kamu.
Inilah hukumannya. Sekarang kamu akan menangis dan meratap.
Dan kamu mahu bertaubat tapi sekarang masanya sudah terlambat.
Sebab hukuman Allah telah mendatangi kamu.
Terhadap mereka yang Rasulullah mengadu. 'Umatku telah mengabaikan
Quran ini', ' umatku telah meninggalkan Quran ini.'
Sekarang mari kita lihat Quran dan akhir zaman.
Dia mengatakan yang Dia akan menunjukkan tanda2nya di alam semesta
ini dan dalam diri kita juga sehingga terbukti yang inilah kebenarannya.
Ada satu tanda yang Allah beritahu dalam Quran. Tapi banyak sangat
kesesakan lalu lintas di jalanraya sehingga kita tiada masa untuk
membaca Quran. Dalam surah Yunus, kita sekarang akan mencari semua
ayat dan kita akan mengaitkan semuanya, ibarat satu kalung mutiara,
sesuatu yang mempunyai makna yang harmoni.
Dalam surah Yunus ada kisah yang berlaku diantara kebenaran dan
kebatilan. Diantara kebatilan yang amat angkuh, berkuasa,
yang zalim macam Guantanamo, yang menghentak2kan kakinya yang berdarah
yang mengaku 'sayalah tuhan seluruh alam' dan kekuasaan itu adalah palsu
dan menindas orang yang beriman kepada Allah dan berakhlak baik.
Jadi apakah yang akan Allah lakukan? Dia membelah lautan.
'kami belah laut itu dan Kami selamatkan kamu.
Dan bila Firaun dan tenteranya cuba menyeberang, air laut itu
menghempas mereka. Dan bila dua dinding laut yang terbelah itu
bercampur, kamu tidak dapat selamat.
Bila laut bergabung kembali, mereka semua lemas. Semasa Firaun
sedang kelemasan, dia baru sedar yang dia bukan Tuhan dan dia
sedar mereka yang dia dakwa sebagai sesat, mereka itulah yang benar.
Bila kamu sedang nazak dan kamu baru sedar yang kamu salah, itulah
kematian yang paling teruk. Jadi kemudian dia baru mengaku keimanannya
pada Allah. Dan bila dia mengaku beriman kepada Tuhan bani Israel,
kemudian Allah berfirman dan ayat itu ada dalam surah Yunus.
'sekarang Firaun, sebelum ini kamu angkuh menolak Allah dan kamu
melakukan kejahatan, kamu menzalimi manusia. Hari ini kami
akan mengekalkan badan kamu dan badan kamu ini bila ianya
di jumpai akan menjadi tanda kepada orang2 yang kemudian.
Tapi ramai manusia yang mencuaikan tanda2 kami'
Badan Firaun telah ditemui dalam tahun 1897, rasa saya.
Saya ada membincangkan perkara itu dalam buku ini,
'Jerusalemm dalam Quran' dan ada terjemahan dalam bahasa Malaysia,
dan buku dalam BM adalah 2 kali tebalnya dari BI. Mungkin sebab
teh tarik dan roti canai. Malangnya stok buku dah habis.
Kami baru suruh mereka cetak lagi dalam BM tapi buku dalam BI ada.
Badan Firaun telah ditemui dalam tahun 1897, jadi ini merupakan
satu tanda yang besar dari Allah yang zahir di dunia ini.
Apakah mesej yang dibawa oleh penemuan itu. Ianya merupakan
petunjuk terhadap oang yang akan datang selepas kamu.
Jawapannya, orang yang hidup sebagaimana kamu hidup, akan mati
sebagaimana kamu mati. Ringkas dan senang.
Maknanya orang yang sedang mabuk dengan kekuasaan, orang yang
menggunakan kekuasaan untuk menindas, orang yang mensasarkan
orang yang beriman, menghukum mereka dan berlaku ganas terhadap mereka.
Dan menzalimi mereka. Dan orang yang mengaku mereka adalah tuhan.
Jangan menyembah agama, agama kini milik muzium dan sejarah.
Kita dah mengambil alih dari tuhan. Orang2 itu, kerana mereka
hidup sebagaimana kamu hidup, Allah memberi mesej bahawa pada
akhir zaman, mereka akan mati sebagaimana kamu mati.
Maknanya pada saat2 akhir, bila Allah masuk campur dengan cara
membelah laut, maka Allah akan masuk campur sekali lagi dan mereka
semua akan binasa. Tapi sebelum mereka binasa, mereka akan
menyaksikan kebenaran. Dan mereka akan menyedari bahawa mereka
berada di pihak yang salah dan mereka telah menyeksa orang yang
membawa kebenaran. Siapakah mereka ini? Kita kena tinggalkan
surah Yunus sekarang dan pergi ke surah an Nisa' dan kamu hanya
boleh membuat perjalanan ini, kamu tidak boleh melakukannya
dengan menggunakan kereta sewa. Tidak! Kamu hanya boleh melakukan
peejalanan dari surah Yunus ke surah an Nisa', bila kamu sudah
menggantungkan kalung mutiara kamu. Kamu telah dapat berjumpa dengan
sistem makna. Dalam surah an Nisa' Allah berfirman, beritahu mereka
yang ini semua datang dari Quran jadi mereka tidak boleh menangkap saya,
mereka tidak boleh memanggil saya anti semitik, sebab ianya ada dalam
Quran. 'Kami sudah membunuhnya, Al Masih itu, putera Maryam, Nabi Allah',
siapa yang lakukan itu. Bani Israel. Bukan semua bani Israel, ada sebahagian
dari mereka menerimanya. Tapi penubuhan itu menolak dia dan mereka
merasa bangga bila mereka telah membunuhnya, menyalibnya. Kenapa?
Kerana Nabi Isa as mengaku yang dialah Al Masih. Dan mereka berkata,
tidak! Kamu tidak mungkin Al Masih kerana (nauzubillah) kerana kamu
anak luar nikah. Allah telah menguji mereka dan mereka telah gagal
dalam ujian mereka. Mereka telah gagal dalam ujian bila mereka
mengatakan apa yang mereka katakan terhadap ibunya, maryam.
Allah katakan, 'tidak! Kamu tidak membunuhnya, kamu tidak menyalibnya,
Allah membuatkan seolah2 itulah yang berlaku, sebagaimana Allah
boleh buat yang kamu nampak seolah2 dah mati. Dan Allah telah mengangkatnya,
suatu hari nanti, dia akan kembali tapi mereka tidak tahu pasal itu.
Tiada siapa yang tahu mengenainya, begitu juga dengan pope di Rom,
hanya Quran yang memberitahu kamu mengenai perkara itu.
Kemudian Allah berfirman lagi mengenai hukuman terhadap mereka yang
sedang menunggu mereka. FirmanNya yang bermaksud, bila Nabi Isa as kembali,
kerana dia tidak pernah merasai mati, setiap benda bernyawa akan
merasa kematian, jadi dia kena kembali, logik yang mudah.
Bila dia kembali nanti, orang Yahudi kena menerimanya sebagai Al Masih.
Kemudian mereka akan mati. Mereka akan mati sebagaimana Firaun mati
kamu tahu.. saya tak tahu dari mana saya dapat keberanian, tapi
saya menghadiri perhimpunan lebih kurang 200 orang Yahudi dalam
rumah ibadat mereka, di new york. Dan perkara itulah yang saya
beritahu pada mereka. Bila ceramah itu sudah berakhir, mereka
mengelilingi saya, tiada jalan keluar mereka mahu tahu kenapa
mereka dipaksa menerima sesuatu yang mereka sudah tolak.
Satu2nya jawapan yang saya dapat fikir pada masa itu ialah
pada hari itu tabir yang menutup mata mereka akan disingkap
sebagaimana tabir yang disingkap dari mata Firaun yang sedang
kelemasan dalam air. Kemudian kamu akan dapat melihat dan
kamu kena menerimanya kerana kamu dah melihatnya.
Jadi akhir zaman telah diperkenalkan di dalam Quran dalam dua
ayat ini. Yang bani Israel telah di tipu yang pada akhirnya
mereka akan mati sebagaiman Firaun mati. Tapi sebelum itu,
mereka akan hidup sebagaimana Firaun hidup. Angkuh, penindas,
pada dasarnya tidak bertuhan, zalim dalam perbuatan mereka,
menindas orang beriman, terutamanya pengikut Nabi Muhammad saw.
Allah swt kemudian menyambung untuk memberitahu kita banyak lagi
peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman. Dia berkata yang
Dia telah memberikan Tanah Suci itu pada mereka, buku ini ditulis
untuk tujuan tersebut. Dalam surah al Maidah Allah memberitahu
yang Dia telah memberikan Tanah Suci itu kepada orang Israel,
kenapa CNN tidak melapurkan hal itu? Kenapa kita tidak membaca
mengenainya di New York Times? Pelik kan. Dalam Quran Allah memberitahu
bahawa Allah telah memberikan Tanah Suci itu kepada orang Israel.
Tapi selain dari itu Quran itu ada mengatakan lagi, bahawa
pemberian  tanah itu adalah bersyarat yang kamu kena berakhlak baik,
dan bila kamu telah melanggar syarat untuk berakhlak baik maka kamu
kena keluar. Kamu telah di usir, jadi sudah 2 kali mereka di usir.
Tapi bila kali terakhir mereka diusir, Allah mengharamkan mereka
kembali. Yang mereka tidak boleh kembali sehinggalah tiba masanya
di akhir zaman. Kemudian Allah memberi amaran kepada mereka,
'jika kamu kembali dengan kejahatan kamu, Kami akan memberi kamu
hukuman' ayat Quran itu datang bersama2 untuk menerangkan kepada
kamu untuk menerangkan mengenai peristiwa akhir zaman.
Mereka dah kembali sekarang dan mereka juga kembali bersama kelakuan
jahat mereka. Menindas orang yang beriman. Tapi Allah berfirman yang
Allah telah mengharamkan mereka yang mereka tidak boleh kembali
sehingga beberapa ketika, akhir zaman. Jadi mari kita tengok ayat
itu sekarang. Yang ada dalam surah al Anbiya', kalung mutiara itu
semakin bertambah. Dalam surah al Anbiya' ada 2 ayat.
Allah berfirman, dan satu2nya cara kamu boleh memahami ayat ini ialah
dengan cara kamu memahami esketologi Islam/ilmu akhir zaman.
Kamu tidak dapat mengkaji mengenai esketologi Islam sehinggalah
ayat tertentu zahir di dunia ini. Kamu kena menunggu.
Sehingga ayat ini dizahirkan (melalui peristiwa yang berlaku) sebelum
kamu dapat memahaminya. Esketologi Islam dalam keseluruhannya.
Jadi sekarang dengar!' bahawa Allah mencipta manusia dan bukannya
makhluk aneh dari mars dan venus atau yang tinggal di tengah bumi.
Tidak! Manusia biasa dari bani Adam, tapi Dia memberikan kepada mereka
kekuasaan yang mana hanya Dia sahaja dapat memusnahkannya. Tapi
kekuasaan yang didasari oleh kepercayaan yang tidak bertuhan.
Jadi mereka orang yang ada phD dalam penindasan. Ada seseorang yang
ada phD disini, di Malaysia, dia marah pada saya, dia kata saya tak
patut cakap pasal phD. Yakjuj dan Makjuj, adalah manusia biasa, tapi
mereka ialah manusia yang diciptakan oleh Allah dan diberikan kekuasaan
yang tidak dapat dihapuskan melainkan Allah sahaja.
Mereka menggunakan kekuasaaannya untuk menindas, merosak dan memusnahkan.
Dan yang pada asasnya tidak bertuhan. Tapi mereka cuba mencetak
cara hidup orang lain supaya semua manusia di dunia ini menyerupai mereka.
Jadi bila Yakjuj dan Makjuj dilepaskan maka semua manusia akan menyertai jemaahnya,
apa dia? Jemaah apa? Jemaah berjeans biru. Dan seluruh manusia akan
makan KFC, Mc Donalds. Siapa nak makan roti canai? Dan seluruh manusia
akan menghadapi penyakit yang sama, tekanan perasaan. Dan semua manusia
akan mati dengan cara yang sama. Semuanya sama keadaannya. Inilah Yakjuj dan Makjuj.
Dan akhirnya mereka akan membawa 999 dari 1000 masuk ke dalam api neraka.
Sahih Bukhari, hadis qudsi. Diulangi sebanyak 4 kali dalam sahih Bukhari.
Jadi ini bukanlah perkara yang boleh digelakkan. Ini merupakan satu
topik yang sangat penting.
Allah bercakap mengenai sebuah bandar yang Dia musnahkan dan penduduk
bandar itu telah diusir dan mereka diharamkan dari kembali menetap di
bandar itu. Sehingga. Sehingga bila?
Sehinggalah Yakjuj dan Makjuj dilepaskan dan untuk itu kamu kena melihat
surah al Kahfi, 'surah al Kahfi di zaman moden', ia akan menerangkan kepada
kamu mengenai tembok yang di bina oleh Zulkarnain.
Kata Zulkarnain selepas tembok itu di bina.
'Tembok ini dibina dengan rahmat Allah, tapi bila masanya sampai sebagaimana
yang Allah telah beri amaran, akhir zaman, Allah akan merobohkan tembok itu.
Dan Yakjuj dan Makjuj akan dilepaskan.'
Jadi Quran itu menyatakan bahawa kamu tidak akan dapat kembali ke bandar itu dan
menyatakan ianya milik kamu, sehinggalah Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Tapi bukan itu sahaja, ada benda lain lagi.
'dan mereka turun dan berselerak ke semua arah' jadi dengan kekuasaan
yang sukar dimusnahkan, mereka mengawal dunia ini.
Dan kamu tahu bagaimana order dunia Yakjuj dan Makjuj. Bila ia berlaku,
maka kamu akan dapat melihat orang Yahudi akan kembali ke Tanah Suci.
Sebab bandar itu adalah Jerusalem.
Jadi sekarang Quran itu sedang menerangkan dunia/zaman yang kamu tinggal sekarang ini.
Kamu menyaksikannya sendiri. Selepas 2000 tahun para Yahudi di bawa
kembali ke Tanah Suci dan mengaku itu tanah mereka tapi kamu tidak memahaminya,
dan bertanya, apakah yang telah berlaku di sana?
Dan tiada sesiapa yang dapat menerangkannya kecuali Quran.
Mereka telah kembali ke Tanah Suci kerana Yakjuj dan Makjuj telah membawa
mereka balik.
Mereka tidak dapat mengaku yang tanah itu milik mereka dan mendirikan
balik negara Israel di Tanah Suci. Hanya Nabi Muhammad saw yang dapat menerangkannya.
Kenapa negara Israel didirikan balik di Tanah Suci.
Sebab mereka menolak Nabi Isa as. Bila mereka melihat dia mati di salib,
mereka kata, tidak mungkin dia adalah Al Masih. Kerana Al Masih kena memerintah dunia.
Membawa kembali zaman kegemilangan. Jadi mereka masih menanti Al Masih untuk datang.
Pergilah ke New York, kamu akan dapat menyaksikannya.
Jadi Nabi Muhammad saw menyatakan Allah mencipta satu makhluk dan
Allah memprogramkan makhluk itu untuk meniru Al Masih.
Dan dia dikenali sebagai Al Masih Dajjal.
Untuk dia meniru Al Masih, dia kena memerintah dunia. Maksud saya
ini adalah perkara logik yang mudah. Kamu tidak memerlukan phD untuk
membuat penilaian itu. Dia kena memerintah dunia.
Dia kena mendirikan satu pemerintahan yang diktator ke atas semua manusia.
Dia kena menjalankan satu diktator dalam ekonomi manusia sejagat.
Dia kena memasukkan dasar kewangan mereka yang diktator ke atas sistem kewangan.
Dia kena memerdekakan Tanah Suci untuk kaum Yahudi.
Dia kena mengembalikan Yahudi dan mengaku bahawa tanah itu milik mereka.
Dia kena mengembalikan negara Israel di Tanah Suci.
Dan dia kena membuat negara Israel sebagai negara yang memerintah dunia.
Sebelum di zahir sebagai seorang manusia dan membuat pengakuan di Jerusalem,
yang dialah Al Masih, buku saya ini adalah yang terakhir saya tulis,
ia mengambil masa yang lama untuk mengkaji perkara ini.
'pandangan Islam terhadap Yakjuj dan Makjuj di dunia moden'
saya berharap kita dapat menterjemahkannya ke dalam BM. Siapa yang
nak buat kerja sukarela ini, untuk menterjemahkannya untuk saya dalam BM, insyaAllah.
Dan sekarang kita tahu yang dalam akhir zaman, banyak perkara aneh
berlaku di dunia ini supaya satu orang dapat memerintah dunia.
Mereka telahpun memerdekakan Tanah Suci daripada pemerintahan orang Islam.
Pada tahun 1917. mereka telahpun membawa bani Israel ke Tanah Suci.
Untuk mengaku yang Tanah Suci itu milik mereka. Di antara 1917 - 1948.
Mereka dahpun mendirikan balik negara Israel di Tanah Suci pada tahun 1948.
Dan sekarang Israel sedang membangun dan menjadi satu kuasa yang besar.
Dan mereka sedang menunggu2 untuk menggantikan United States of Amerika.
Sebagai satu negara pemerintah dunia yang ke seterusnya.
Bila kita menerbitkan buku ini 10 tahun yang lepas di sini, di Malaysia,
seorang artis Malaysia membuat design ini untuk saya.
Mereka mentertawakan saya. 'Tiada sesiapa yang mengatakan apa yang kamu cakap
sekarang ini Imran'. Bagaimana hanya beberapa orang sahaja memerintah dunia?
Tapi sekarang ini mereka tidak ketawa lagi sekarang.
15 tahun lalu kita nyatakan, hasil dari kajian kita mengenai akhir zaman,
15 tahun dahulu lagi kita nyatakan yang US dollar akan jatuh.
Mereka mentertawakan saya. Dimanakah US dollar sekarang? Di hospital mana?
Semua Yahudi yang tidak tidur sedang membeli emas sekarang.
Buang semua duit kertas dan membeli emas. Kenapa? Kerana dia tahu.
Duit kertas akan tak laku lagi. Duit kertas dunia, sistem kewangan
yang mana jadi tajuk saya untuk ceramah esok di UIA di Gombak,
'Islam dan sistem kewangan antarabangsa'.
Mereka membawa sistem kewangan antarabangsa ini yang penipu, dan haram
duit kertas dalam usaha untuk mengikis harta kamu. Dan setelah mereka
mengikis harta kamu, dan menyebabkan kamu terperangkap ke dalam
kemiskinan dan kemelaratan. Cuba teka apa yang berlaku kepada
anak perempuan kamu. Patutkah saya beritahu kamu.
Dia juga merupakan anak perempuan saya dan anak perempuan kamu.
Dia bekerja di Singapura untuk 300 dollar sebulan.
Dia bekerja seperti hamba. Kamu tahu perkara itu. Kamu tidak memerlukan
seseorang dari kepulauan Trinadad untuk memberitahu kamu apa yang
berlaku di laman belakang kamu. Dia bekerja di untuk 300 dollar sebulan.
Kita tak perlu cakap mengenai apa yang perlu dia lakukan di masjid.
Adakah ada perempuan Singapura yang akan berkerja dengan gaji begitu?
Cepatlah Lee Kwan Yu, itukah nama dia? Ya. Cepat jawab pertanyaan saya.
Bukankah mereka ajar kamu di Harvard untuk menindas manusia?
Adakah itu yang mereka ajar di Harvard? Tiada gadis Singapura akan
berkerja dengan gaji sebegitu. 300 dollar sebulan dan melakukan kerja
jenis itu? Jika tiada gadis Singapura mahu melakukan pekerjaan itu
maka itu adalah gaji seorang hamba. Itulah yang berlaku kepada anak
perempuan kita sekarang. Ini adalah disebabkan oleh kita sendiri.
Kerana kita telah mengabaikan dan meninggalkan Quran.
Apakah balasan yang Allah akan beri pada kita?
Saya kena menghubungi syarikat telekomunikasi beberapa hari yang lepas,
untuk melihat siapa yang telah menjemput saya. Dan ada satu bilik
penuh dengan pekerja syarikat itu. Dan saya tanya dia apakah gaji
seorang pembantu rumah di Malaysia? Ada yang kata RM 300, 400 dan
ada seorang perempuan beritahu RM 600. dan saya tanyakan adakah
mana2 gadis Malaysia yang bekerja sebagai pembantu rumah untuk RM 600?
Dan mereka cakap 'tidak'. Itu jawapan mereka dan bukan jawapan saya.
Jangan tengok saya macam itu. Jika tiada gadis Malaysia mahu bekerja
dengan bayaran sebegitu maka itu adalah gaji seorang hamba.
Itulah penindasan. Jadi mereka telah membawa kepada kita satu
sistem kewangan yang telah membuatkan kita menjadi seorang penindas.
Sebelum saya akhiri, sebab saya tidak dapat ceritakan kepada semua
kisah mengenai akhir zaman kerana ia akan mengambil masa yang lama.
Sebelum saya akhiri, ya kita tahu bila Nabi Isa as akan turun, Dajjal
akan dibunuh. Kita tahu mungkin Dajjal, 20-25 tahun dari sekarang,
akan berdiri di Jerusalem dan menyatakan yang dialah Al Masih.
Kita tahu Nabi Isa as akan kembali dan membunuh Dajjal.
Selepas itu akan berlaku peperangan antara Yakjuj dan Makjuj.
Yang mana ianya adalah menggunakan senjata nuklear.
Dan sebahagian besar penduduk dunia akan terbunuh. Sebahagian besar
penduduk dunia akan mati. Kemudian kita tahu selepas itu peperangan
tidak akan menggunakan lagi peluru berpandu. Anak panah.
Kita tahu yang tentera Islam akan keluar dari Khurasan dan memerdekakan
Tanah Suci tapi itu bukanlah perang itu adalah operasi pembersihan.
Kerana orang Yahudi akan berlindung dibelakang pokok2 dan batu2.
Kamu semua dah tahu mengenainya. Dan kebenaran akan memenangi kebatilan.
Tapi sebelum itu, apakah yang Allah akan lakukan kepada penindas?
Bila Tamim ad Dari menemui Dajjal di pulau itu dan buku ini menerangkan
mengenai hadis itu. Dajjal bertanyakan beberapa soalan.
Kemudia dia berkata ' sayalah Dajjal dan bila saya dilepaskan (kerana
dia dirantai), saya akan memasuki setiap pekan dan bandar',
tapi dia tidak sebut kampung. Jadi kita tahu setiap pekan dan bandar,
akan diserang oleh Dajjal. Dan akan dipengaruhi Dajjal maka akan
berlaku penindasan di setiap pekan dan bandar.
Yang menindas dan yang ditindas. Sekarang saya ingin membawa anda melihat
surah Isra' dan dengar apa yang Allah sebut pasal akhir zaman.
Dan pekan dan bandar di akhir zaman. Saya membawa ayat berkumpul
dan menggantungkanya seperti kalung mutiara untuk kamu.
Tiada satupun pekan dan bandar akan terlepas, tiada, Kita akan
memusnahkannya semua sekali dan sesiapa yang terlepas dari malapetaka itu,
akan dihukum dengan hukuman yang amat dahsyat dan inilah yang ditulis
di dalam Quran, dan kita ada satu hadis Qudsi yang terkenal.
Sekarang kita mula memahami hubungkait antara hadis dan Quran,
yang Allah swt menghantar Jibrail as untuk memusnahkan satu pekan,
yang menindas, sebagai contohnya ada menusia yang dibayar dengan gaji
seorang hamba, itulah penindasan. Kata Jibrail as 'tapi dalam bandar
itu ada hambaMu yang selalu mengerjakan ibadah, selalu berada di dalam
masjid lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, baca Quran,
tapi dia tidak bertindak balas terhadap penindasan. Bila sahaja
ada penindasan, kamu kena buat tindakan, samada dengan tangan kamu,
jika tidak dapat maka dengan lidah kamu dan jika tidak dapat, sekurang2nya
dengan hati kamu. Tapi jika tiada apa2 perasaan dalam hati kamu,
kamu balik rumah dan makan biryani dan tidur, apakah yang Allah
akan buat kepada kamu? 'Jadi ada hambaMu di bandar itu yang selalu
melakukan ibadah tapi tidak bertindak terhadap penindasan'. Allah berkata,
'musnahkan dia dan bandar itu'. Jadi ceramah ini dah berakhir dan anda
boleh bertanyakan soalan. Jadi ceramah ini berakhir dengan kenyataan
yang menyenangkan ini. Yang esok, yang mana tak lama lagi, bila
penindas akan mendapat balasan dari Allah. Itu tak akan berterusan,
kamu tidak dapat mengaburi mataNya. Dia mengenali siapa yang menindas.
Dan siapa yang tidak dan Allah akan memusnahkan setiap pekan dan bandar.
Jika kita terus tinggal dalam pekan dan bandar yang ada penindasan,
maka kita juga akan dimusnahkan. Apakah yang kamu lakukan bila kamu
jumpa dengan penindas? Jika kamu tidak dapat mengubahnya maka kamu
kena tinggalkan kapal itu. Dan inilah buku mengenai surah al Kahfi, pemuda2 dan guanya.
'jika kamu menarik diri dari pekan dan bandar yang mengamalkan penindasan,
sebagai contohnya ada orang yang di bayar dengan gaji seorang hamba,
anak perempuan kamu tidak akan berkerja dengan gaji sebegitu, tidak!
Jika kamu menarik diri dari bandar yang mengamalkan penindasan itu,
bukan sahaja kamu akan diselamatkan dari malapetaka, tapi lebih dari itu,
Allah akan menurunkan kepada kamu dengan rahmat.
Jadi akhir zaman, ada dua mesej, pertama ialah mereka yang benar2 hambaNya,
ada berita baik untuk mereka tapi bagi yang lain ada hukuman yang dahsyat,
kita berdoa agar Allah swt akan merahmati semua yang meluangkan masa,
dan kembali kepada Quran, membersihkan minda, pastikan hati kita
menyerah dan menuruti Quran. Dan kemudian kaji Quran itu, menggunakan
kaedah ini dan berdoa agar Allah akan menurunkan nur ke dalam hati kamu,
kerana tanpa nur itu kamu tidak akan dapat cetusan minda dan kamu tidak
akan dapat mengaitkan dam membuat kesimpulan atas semua ayat Quran dan
membuat kalung mutiara itu.
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...