Mimpi dan visi dalam Islam.
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
Kita juga akan menukar tajuk ceramah malam ini.
Malam ini kita akan membicarakan topik dibuat kemudian.
Topik hari ini adalah amat menarik di sini iaitu mengenai
Mimpi dan visi dalam Islam.
Kamu pun pernah mengalami mimpi sesekalikan?
Mimpi dan visi dalam Islam.
Dan kita juga ingin memaklumkan tundaan kepada ceramah yang sepatutnya
di buat disini kepada 22hb mengenai tajuk kerjasama orang Islam dan Rum
sebab saya dapati tajuk ini lebih rumit dari yang saya jangkakan.
Dan saya tak mempunyai masa yang cukup sekarang untuk menyediakan tajuk tersebut.
Jadi saya lebih suka menunda tarikh tersebut kemasa akan datang.
Bila saya merasa lebih bersedia untuk bercakap dengan tajuk itu.
Jadi Mimpi dan visi dalam Islam. Pengetahuan yang telah ditinggalkan.
Amat jarang sekali kamu dengar seseorang membicarakan mengenai topik ini.
Kita memilih tajuk itu malam ini kerana Nabi Muhammad saw
semasa dalam bulan Rejab telah mengalami rukyah (lintasan hati) yang mana Allah swt..
Ambil Quran dan lihat perkataan 'rukyah'
Bila Allah swt mengangkatnya dalam 'perjalanan'
Ianya bukan hanya pengalaman rohani sahaja, ianya merupakan keseluruhan jasad,
pada hari Isra' dan Mikraj.
Jadi hari ini kita akan membicarakan tajuk yang amat penting
bagaimana mimpi rukyah, dan visi dalam Islam.
Kita akan mulakan dengan ayat dari Surah Yunus dari Quran
Yunus, surah ke 10 dari Quran
dimana Allah swt mengisytiharkan
'Sesiapa yang Allah pilih yang dekat kepadaNya
rapat dengan mereka dan melindungi mereka, wali-wali Allah.
Mereka menjalani kehidupan dimana mereka tidak merasa takut sama sekali
dan tidak ada sebab untuk merasa sedih
Merekalah orang yang mempunyai keimanan dan juga taqwa
rasa takut kepada Allah, sentiasa merasa kehadiran Allah dalam hati mereka
bagi mereka Allah mengatakan ada berita gembira dalam kehidupan didunia ini.
Dan di hari akhirat juga. Berita baik untuk mereka.
Bila Allah berjanji, Allah akan memenuhi janjiNya, ia tak pernah akan berubah.
Bila anda mendapat berita baik ianya merupakan kejayaan yang sebenar.
Nabi Muhammad saw dalam menerangkan ayat Quran ini berkata bahawa 'bushra',
berita gembira yang datang kepada hambaNya yang taat.
Dan berita gembira yang datang dalam bentuk rukyah sadikah dan rukyah salihah.
Visi yang baik dan visi yang benar dan mimpi yang baik dan mimpi yang benar.
Dan mengenai mimpi yang baik dan visi yang baik dan mimpi yang benar dan visi yang benar,
ada lagi sesuatu yang dia katakan yang amat penting untuk akhir zaman ini.
Yang saya akuinya dan anda akuinya, ini merupakan zaman Dajjal, tapi orang lain tak tahu.
Amat sedih sekali. Kamu tidak dapat keadaan realiti hari ini tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
Al-Masih yang palsu. Jika anda berbuat demikian seolah-olah anda 'meniup pada angin'.
Itulah yang dapat saya katakan kepada mereka.
Seseorang yang berilmu pengetahuan tahu bahawa kamu tidak dapat menerangkan
atau membuat rumusan yang betul keadaan realiti dunia hari ini.
Untuk menerangkan kejadian yang tersirat yang kerap berlaku sekarang.
Ianya termasuk perkara yang akan berlaku tak lama lagi.
Kejadian di mana negara Israel dan Zionis dan pakatan 'Anglo Amerika dan kaum Yahudi',
NATO sedang memainkan
peranan yang penting, kamu
tidak boleh melakukannya
tanpa merujuk pada Dajjal.
A-Masih yang palsu. Yang melihat dengan satu mata, yang mempunyai pandangan luaran.
Tapi buta mata hatinya.
Dan Allah swt telah memberikan kita surah Al Kahfi dari Quran,
sebagai surah 'paraxilos'
Surah inilah satu-satunya yang mempunyai kaitan dengan Dajjal.
Dan Rasulullah saw sendiri telah mengesahkannya.
Bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi,
dan kamu akan dapat perlindungan dari fitnah Dajjal, yang melihat dengan satu mata.
Ini adalah 'epistemology', salah satu cabang ilmu pengetahuan untuk mengkaji sesuatu ilmu.
Dan dalam surah ini Allah memberikan jawapan kepada Dajjal dan itulah Khidr as.
Dan Khidr as telah menjadi contoh, contoh ulamak Islam di akhir zaman.
Ulamak yang boleh mengenal dan mengesan realiti hidup dunia hari ini.
Dan mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas atas apa yang berlaku hari ini.
Ulamak contoh itu, lelaki yang merupakan guru kepada Nabi ialah Khidr as.
Dan dia mendapat ilmu terus dari Allah swt.
Mereka yang mempunyai kaedah ini, dan saya harus ulang banyak kali.
Sebab sebenarnya saya sedang gagal dalam membuat mereka kagum, saya gagal.
Satu kaedah yang mengatakan tidak ada lagi ilmu pengetahuan yang datang dari Quran,
dan hadis Nabi Muhammad saw, selain dari apa yang telah diterima dari Rasulullah saw
dan para sahabatnya, golongan muslim yang awal.
Tiada lagi ilmu baru yang datang, tiada lagi ilmu baru yang datang.
Yang mampu menerangkan apa yang ada dalam Quran dan hadis.
Cuba anda dengar hadis yang jarang sekali kita jumpa, samada atas mimbar atau diluar mimbar.
Rasulullah saw bersabda, adakah anda pernah mendengarnya sebelum ini?
Iaitu Nubbuwah atau kenabian terdiri dari 46 bahagian, ada dalam hadis Bukhari,
Nubbuwah atau kenabian terdiri dari 46 bahagian yang berlainan.
Selepas saya (nabi Muhammad saw) tiada lagi kenabian tinggal kecuali satu sahaja,
kecuali satu bahagian sahaja. Masih ada satu bahagian kenabian yang masih ada didunia hari ini.
Tak patutkan kita merendahkan kepala kita dengan rasa kehambaan dan berterima kasih pada Allah.
Kerana dengan belas kasihanNyalah masih lagi tinggal dalam dunia hari ini satu bahagian dari kenabian.
Jejak kenabian yang dilupakan, tiada siapa bercakap mengenainya.
Hari ini di surau De Palma, kita mengingati diri kita sendiri,
dia berkata masih ada satu bahagian kenabian yang tinggal di dunia ini.
Iaitu rukyah sadiqah dan rukyah salihah.
Mimpi dan visi yang baik dan mimpi dan visi yang benar.
Adalah salah satu bahagian kenabian yang masih tinggal di dunia ini.
Jadi bagaimana anda boleh kata, tidak ada lagi ilmu pengetahuan yang datang.
Itu kaedah yang salah.
Topik ini amat penting sekali, Quran sendiri membicarakan mengenai mimpi dan visi.
Tapi kita memerlukan tiga jam untuk menerangkan ayat Quran yang membicarakan
mengenai mimpi dan visi. Kita tiada masa untuk melakukannya tapi
anda ada kerja rumah yang perlu diselesaikan.
Ada 3 jenis mimpi dan visi. Kata nabi Muhammad saw ada mimpi yang baik
dan benar dan ianya datang dari Allah.
Dan jika anda mengalami mimpi tersebut, kamu mesti mengerjakan dua rakat salat 'nafr'
solat 'nafilah??' sebagai kesyukuran kepada Allah
dan kemudian bersedekah sebagai tanda kesyukuran.
Dan ada mimpi yang datang dari syaitan dan ianya merupakan mimpi yang jahat.
Ini merupakan mimpi ngeri dan penipuan.
Dan jika anda mengalami mimpi tersebut, kata Rasulullah saw ia merupakan mimpi dari syaitan.
Dan tentunya kamu mesti kenali sendiri, tak perlu hantar e-mail kepada Syeikh Imran;
'Bolehkah kamu beritahu saya adakah mimpi ini datang dari syaitan?'
Kamu sendiri harus dapat membezakannya.
Bila kamu bangkit dari tidur, kamu mesti toleh ke kiri,
tidak ada orang beritahu saya pasal ini.
Tidak pernah ada orang berceramah pasal ini kepada saya.
Saya graduate dari Universiti dalam bidang Islamik tanpa ada sesiapa
memberitahu saya mengenai perkara ini. Sebab ia tidak di ajar.
Toleh ke bahu kiri dan ludah 3 kali tanpa ada air ludah mengalir.
Dan jangan ceritakan mimpi itu kepada sesiapapun, walaupun kepada nenek kamu.
Dan jika anda lakukan demikian, oh, jika anda mahu sambung tidur, jika anda tidur bahagian kanan,
pusing sebelah kiri, tukar, jika anda lakukan demikian,
jika toleh ke bahu kiri dan ludah 3 kali, secara psikologinya
merungkai persoalan itu.
Jika anda menahan diri anda dari menceritakan mimpi itu kepada sesiapa,
mimpi itu akan berlalu dan tidak membahayakan kamu.
Kemudian ada mimpi jenis ketiga dan itulah yang menarik minat ahli psykologi barat.
...(nama psycologist)...dan itu merupakan mimpi yang datang dari hati kamu sendiri.
Yang berbicara dengan diri kamu sendiri. Mimpi datang dari nafsu kamu sendiri.
Kita berharap dapat membawa kamu malam ini kepada semua mimpi yang ada dalam Quran.
No 1 mimpi atau visi nabi Ibrahim as, dimana dia nampak dirinya sendiri menyembelih anaknya.
No. 2 mimpi cicitnya, nabi Yusuf as, dimana dia nampak,
matahari, bulan dan 12 bintang bersujud padanya.
No 3 dan 4, mimpi 2 orang banduan yang dia jumpa semasa dia dimasukkan ke dalam penjara.
Kadang2 jika kamu seorang yang tampan atau kamu seorang gadis yang amat jelita, ia akan menjadi masalah.
Ia boleh menjadi masalah pada kamu.
Jadi semasa dia dipenjara, dua orang banduan datang kepadanya untuk mentafsir mimpi itu.
Dia seorang tukang sembelih raja, dia kata dia nampak dia menuangkan arak kepada raja.
Dan seorang lagi ialah tukang masak, dia kata dia nampak, dia memikul satu bakul besar berisi roti.
Banyak roti di atas kepalanya dan ada '....' sedang memakannya.
No 5, Raja itu sendiri, keturunan Firaun, masyaAllah, ketepatan yang amat tepat dari Quran,
ia tidak mengatakan Firaun, ia kata raja dan kamu tentu mahu tahu kenapa. Itulah kerja rumah kamu.
Dan raja itu mengalami satu mimpi, 7 ekor lembu kurus, 7 lembu gemuk,
dan lembuh kurus melapah lembu gemuk,
Timbunan tuaian jagung
selama 7 tahun, yang bijinya
masih melekat pada tongkolnya
dan hasil 7 tahun jagung
yang hanya ada tongkolnya sahaja, tanpa biji.
Dan ada mimpi dari salah silah keturunan nabi Yusuf as,
beberapa generasi selepasnya iaitu ibu Musa as.
Yang telah diberikah inspirasi untuk meletakkan bayinya di dalam bakul.
Dan meletakkan bakul itu di dalam sungai. Dan Allah mengambil bayi itu.
Dan kisah Nabi Muhammad saw ketika peperangan Badar, jika kita dikalahkan maka
segalanya berakhir. Semua usaha 13 tahun di Mekah dan 18 bulan di Madinah akan musnah.
Ini membicarakan mengenai mengembalikan persoalan moral .
Kemudian ada mimpi atau visi Nabi Muhammad saw selepas peperangan Badar,
selepas peperangan Uhud, selepas peperangan Khandak atau Al Ahzab,
bila pihak kuffar menyumbangkan segala-galanya untuk peperangan,
apa sahaja yang mereka dapat berikan tapi mereka masih tidak berjaya.
Dan kamu tahu kaedah
ketenteraan yang lapuk telah
menemui jalan buntu telah
membuka peluang keemasan,
peluang politik, Nabi
Muhammad saw telah diberikan
ugutan yang bila mereka
berperang dengan Mekah,
dia melihat dirinya mengerjakan
tawaf di sekeliling Kaabah,
dan dia bangkit dan beritahu
semua yang dia akan pergi.
Dan ianya membawa kepada Hudaibiah dan apa yang berlaku selepasnya.
Kita tak punya masa untuk itu sekarang.
Adakah ini semua mimpi dalam Quran atau ada lagikah yang lain?
Saya rasa kita dah membuatkan mereka penat. Ianya menyedihkan saya tapi
saya tak ada masa untuk menganalisa mimpi2 itu.
Saya ada menulis sebuah buku berkenaan 'mimpi dalam Islam' tapi malangnya
stoknya sudah habis. Semua buku saya yang lain ada diluar.
Tapi anda boleh membacanya dalam e-book di internet.
Itu merupakan analisis mengenai setiap mimpi tersebut.
Mimpi dan visi yang benar mungkin dalam keadaan di mana anda berjumpa Rasulillah saw.
Baginda bersabda 'Sesiapa yang berjumpa dengan saya sebenarnya telah berjumpa dengan saya
kerana syaitan tidak dapat menyerupai saya.'
Saya terpaksa menahan diri dari menghuraikan pasal ini juga kerana masa tidak mengizinkan.
Mimpi yang baik dan benar boleh jadi mimpi bertemu dengan Nabi-nabi.
Mimpi yang baik dan benar mungkin boleh jadi mimpi mengenai Syurga.
Kadang2 ada juga mimpi mengenai neraka Jahannam untuk menyedarkan kamu.
Seperti yang berlaku pada budak Mesir berumur 17 tahun yang tidak mematuhi ayahnya.
Saya berjumpanya ketika berjalan di New York dan dia duduk depan saya dan menceritakan mimpinya.
Sebelum ini dia tak kerjakan solat dan dia tidur. Dan dalam mimpinya dia nampak
satu lapangan yang penuh dengan manusia.
Tapi apa yang berlaku kepada mereka, adakah mereka gila?
Dia nampak mereka mengoyak-ngoyakkan pakaian mereka
dan koyakkan telinga mereka dan
memukul-mukul dada mereka dan mengangkat tangan mereka kelangit, dan
menyembamkan badan mereka ke tanah.
Lelaki dan perempuan. Perempuan pula tidak kisah akan aurat mereka
dan mereka berpeluh dengan banyak sekali dan mereka merayu-rayu pada Allah akan keampunan.
Tiba-tiba dia sedar mungkin itu hari kebangkitan. Yang dia menyaksikan hari kebangkitan.
Dan dia juga akan mengalami perkara yang sama dan bila dia tersedar, seluruh badannya
dibasahi peluh. Dia ketakutan yang amat sangat dan dia merasa kelaparan yang amat sangat
Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali terus pergi ke kedai,
beli makanan dan makan dengan lahapnya.
Kemudian dia kembali ke katil. Seolah2 dia ditarik untuk ke katil semula.
Bila dia tidur dia bermimpi lagi peritiwa yang sama, ianya bersambung dimana dia tinggalkan.
Dia berkata bila saya tersedar sejak dari hari itu dia tak pernah lagi tinggalkan solat.
Hidupnya telah berubah, jadi mimpinya, mimpi yang baik, memberikan kepadanya pengajaran dari Allah
Tapi mimpi yang baik dan benar bukan hanya mengenai manusia, tidak!
Mimpi dan visi boleh datang kepada orang yang sedang menuntut ilmu.
Setiap penemuan yang besar dan hebat
dan revolusi sains dan teknologi yang mana
kita alami sejak 200 atau 300 tahun kebelakangan ini.
Setiap penemuan besar dalam revolusi sains dan teknologi datang dari saintis yang
menaman... menanam... dan menanam dan tiba2..tiba2...tiba2...jawapan datang kepadanya.
Visi yang benar dan sebab itulah Allah nyatakan dalam Quran;
'Kamu tak akan dapat hasil jika kamu tak tanam'
Hanya seorang sahaja orang yang saya kenal yang dapat hasil tanpa berusaha,
iaitu bank. Macamana mereka boleh dapat hasil sedangkan mereka tak berusaha?
Beritahu mereka mereka sedang merompak apa yang diusahakan oleh orang lain.
Mereka sedang merompak apa yang diusahakan oleh orang lain.
Dan mereka akan mendapat balasan yang dahsyat untuk perbuatan itu.
Jadi anda kena berusaha, anda kena berusaha jika anda ingin mendapatkan 'khabar gembira'.
Dalam perjuangan itu, kamu kembali kepada Quran dan hadis Nabi saw.
Jika Allah memilih kamu Allah akan merahmati kamu yang mana ilmu yang berterusan
mengalir ke dunia ini.
Menjelaskan mengenai Quran
dan hadis yang tidak pernah
dijelaskan sebelum ini.
Sebab masanya telah tiba untuk ilmu itu datang.
Tapi bila anda mendapat mimpi yang baik dan visi yang baik, berhati-hatilah dengan mulut kamu.
Sebab jika anda melapurkannya di CNN, apakah yang akan berlaku?
Mimpi dan visi akan kering. Jadi jangan beritahu mengenai mimpi dan visi kepada
orang lain dengan rasa bangga dalam diri yang saya orang yang penting!
Kedua jangan beritahu mimpi dan visi anda kepada setiap 'Tom, Dick dan Harry'
Kata Yaakub as, kepada anaknya Yusuf as, jangan beritahu mimpi anda atau visi anda
kepada saudara kamu, walaupun mereka anak kepada Nabi Allah.
Jika mereka dengar mengenai visi kamu, mereka akan merancang dengan kejahatan.
Jadi mimpi dan visi dari Allah, mimpi dan visi yang baik, jangan beritahu semua orang.
Cuma berkongsi dengan mereka yang menyayangi anda, yang tidak membahayakan anda,
dan mereka yang dirahmati oleh Allah dengan ilmu mentafsirkan mimpi atau visi.
Mimpi dan visi yang datang kepada kamu dari Allah, memberikan kamu maklumat
yang tidak semestinya datang kepada kamu secara begitu sahaja sebab Allah memberitahu
kepada kita dalam Quran sebab ayat Al Quran ada dua jenis.
Ada ayat yang menjadi hati Quran, 'ummulKitab', yang jelas dan nyata.
Kamu tak perlu hantar e-mail kepada Syeikh Imran,
'Bolehkah kamu jelaskan maksud mimpi ini kepada saya.'
Tapi Allah dalam kebijaksanaanNya, telah menurunkan ayat Quran yang perlu ditakwilkan.
Takwil bermaksud untuk mentafsirkannya, ianya dipanggil ayat 'mutashabihat'
ianya adalah bermaksud ayat yang perlu ditafsirkan.
Dalam surah Yusuf dalam Quran,
'Allahlah yang mengurniakan kepada kamu dengan pengetahuan ini.'
Bagaimana caranya untuk mentafsir mimpi dan visi.
Ianya tidak diajar di UIA di Gombak. Ianya tidak di ajar di mana2 universiti.
Tidak! Tidak ada seorangpun guru yang boleh memberikan pelajaran ini kepada muridnya.
Tidak! Buku Imam Muhammad Ibnu Sirin, elok jika di baca tapi itu tidak memberikan
makna kepada mimpi anda, Tidak!
Satu-satunya cara untuk anda dapat membuat tafsiran mimpi ialah jika Allah
mengurniakan kepadakamu ilmu itu.
Ilmu yang datang melalui mimpi dan visi yang benar mempunyai statusnya
yang tersendiri yang harus dihormati.
Ianya merupakan salah satu bahagian kenabian yang tinggal di dunia ini.
Sebelum kita teruskan dengan mimpi yang datang dari syaitan,
saya ingin berikan kepada kamu beberapa contoh, jika Imran Hosein
sedang meninggi diri, Allah akan hapuskan ilmu yang dia ada.
Jika Imran Hosein berkata2 dengan perasan bangga dan sombong,
Allah akan ambil balik semua ilmu yang sedikit yang dia ada.
Setelah saya beritahu pasal itu.
Ini adalah satu ayat dari Quran yang mana Allah swt memberikan perintah
'Wahai orang2 yang beriman, jangan ambil Yahudi dan jangan ambil Kristian
sebagai kawan dan sekutu.'
Pergilah ke buku2 tafsir dan bacalah apa yang diterangkan sebagai penerangannya,
tafsir bermaksud menerangkan tentang ayat Quran itu, bacalah semuanya
dan sekarang dengar apa yang saya tanyakan pada anda.
'Adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian?'
atau adakah Dia bercakap mengenai sesetangah Yahudi dan sesetengah Kristian?'
Ini adalah soalan yang penting.
Bila saya mengkaji keseluruhan Quran, ia menjadi nyata tanpa ragu-ragu.
Yang Allah tidak bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian. Tidak!
Contohnya dalam surah Al Maidah (5:82)
'Dan sesungguhnya engkau akan mendapati (golongan) yang paling hampir persahabatannya
dengan orang yang beriman ialah mereka yang mengatakan: “Kami adalah Nasrani.” '
Kita ada seseorang dengan kita malam ini, saya tak boleh beritahu namanya
atas sebab keselamatan, tapi dia seorang lelaki Peranchis dan dia bukan orang Islam,
Dia datang dari asia tenggara ke Peranchis dan dia dapat tahu mengenai ceramah ini
melalui internet dan dia
singgah di Malaysia untuk
datang ke hotel ini dan
menghadiri ceramah malam ini.
Jadi anda tidak boleh mengatakan semua orang Kristian adalah musuh.
Dan menghalau mereka.'Kamu tak boleh berkawan dengan kristian', Bodohnya kamu!
Tapi kita ada malam ini, seorang Kristian .
Jika Allah tidak bercakap mengenai semua Yahudi atau semua kristian
Bukan dia seorang wanita kristian, wanita Amerika yang berkulit putih yang pergi ke Palestin,
Apakah nama dia? Richard Cory, Richard Raqel Cory.
Dia pergi ke Palestine untuk memprotes gerakan Zionis yang memusnahkan
kediaman orang palestine dan di pergi depan traktor yang akan merobohkan rumah2
dan berdiri depan traktor itu untuk mengelakkannya dari memusnahkan rumah2 di sana.
Dan Zionis yang mempunyai hati serigala, memandu traktor itu dan melanggarnya dan membunuhnya.
Adakah wanita itu musuh kamu? Kan Quran berkata kamu tak boleh berkawan dengan orang seperti itu.
Apalah yang mengarut.
Jika Allah tak bercakap mengenai semua Yahudi dan semua kristian,
Yahudi dan Kristian mana? Saya tanya soalan ini.
Dan bila saya tanya soalan itu jawapannya ada di ayat seterusnya,
Allah berfirman '...' itulah jawapannya kepada soalan itu.
'Jangan ambil Yahudi seperti ini dan Kristian seperti ini sebagai sahabat dan sekutu
yang mereka sesama mereka adalah kawan dan sekutu.
Al Quran menjangkakan akan wujud persekutuan antara Yahudi dan Kristian,
Jika wujud nanti persekutuan antara Yahudi dan kristian, jangan bersahabat dengan mereka.
Semasa buku tafsir di tulis masih belum ada lagi persekutuan itu.
Hanya dalam dunia moden sekarang yang ia wujud sekarang.
Ianya merupakan 'Anglo American Judaism Kristian Alliance' yang menghasilkan pergerakan Zionis.
Yang mempunyai NATO sebagai pusat ketenteraan.
Allah mengatakan jangan berkawan dengan kumpulan Yahudi dan Kristian inilah.
Dan sesiapa sahaja yang mengambil mereka sebagai kawan dan sekutu,
dan yang dipanggil 'mujahidin di Libya' dan yang dipanggil 'mujahidin di Syria',
Mereka akan marah dengan saya... saya tahu mereka marah dengan saya,
mereka bersekongkol dengan NATO, untuk menumbangkan kerajaan Libya.
Saya bukannya menyokong kerajaan Libya. Apalah yang mengarut ni,
saya tak pernah menyokong kerajaan Libya atau kerajaan Syria.
Mengarut... Betul2 mengarut.
Saya bercakap mengenai kerjasama yang dilarang oleh Allah.
Dan kamu tak mahu dengar apa yang saya cakap.
Inilah tafsiran ayat Quran yang tidak pernah diusulkan sebelum ini.
Oleh kerana ianya tak pernah diutarakan sebelum ini dan inilah kali pertama
mereka mendengarnya maka mereka tidak mahu menerima pendapat ini.
Mereka menutup mata mereka, mereka menutup telinga mereka dan mereka
menutup segala-galanya dari menerima tafsiran ayat Quran ini.
Kenapa? Kerana ianya tak pernah diberitahu sebelum ini.
Ilmu baru tak boleh datang! Betapa sedihnya.
Jadi bila ilmu baru datang, Allah memberikan kamu ilmu pengetahuan yang baru itu.
Ingatlah.. ini bukan Quran dan ini bukan hadis jadi ia tak mempunyai
kekuasaan atas Quran dan hadis. Tidak!
Ini hanyalah visi atau lintasan kebenaran, jadi bila anda mengalami visi itu.
Dan ilmu datang melaluinya, bahagian terakhir kenabian didunia ini,
kamu memberitahu semua orang dan mereka ada pilihan samada nak menerimanya atau tidak.
Sekarang kita membicarakan mengenai mimpi dan visi jenis ke dua.
Dan ianya datang dari syaitan, dari iblis.
Dan mereka ada tujuan mereka sendiri. Tujuannya ialah untuk menjadikan hidup anda sengsara.
Tujuannya adalah untuk menipu anda dan menyesatkan kamu.
Kamu dapat mimpi atau visi dan kamu sedang berjalan di sebatang jalan, pasar malam
dan terdapat cahaya yang terang di sana dan di nampak ramai budak2 muda sedang
bermain bola sepak dan kamu berhenti dengan beg di tangan dan kamu
berhenti untuk melihat mereka bermain bolasepak, kemudian baru anda perasan kejap...
kejap... mereka bermain bola sepak menggunakan kepala aku.
Bila anda melihat mereka bermain bola sepak menggunakan kepala kamu
kamu merasa amat takut, kamu boleh dapat sakit jantung.
Kamu berpeluh2, kamu bangkit dari tidur dalam ketakutan dan ini dikatakan mimpi ngeri.
Yang sengaja dilakukan oleh syaitan untuk membuatkan hidup kamu sengsara.
Jika kamu bertindak balas dengan keadaan yang teruk dia amat gembira dan ketawa sepuas2nya.
Dari sana dimana anda tidak dapat melihatnya.
Tapi mimpi dan visi dari syaitan boleh jadi lebih merbahaya akibatnya.
Kamu kahwin, masyaAllah, kamu seorang yang muda dan belum berkahwin,
beritahu saya lepas ceramah ini sebab saya ada ramai anak perempuan.
Kamu kahwin, masyaAllah dan Allah memberikan anda seorang gadis yang cantik
sebagai isteri kamu, dia berhijab, kepala dia tidak togel.
Dia menutup aurat, dia tidak mendedahkan kecantikan yang Allah kurniakan padanya.
Dia seorang yang sederhana masyaAllah, dia pemalu, nilai2 seorang perempuan ialah pemalu.
Bukan macam anak perempuan uncle sam, yang telah hilang sifat malu dan lemah lembut,
dan menjadi kurang sifat keperempuanan dan mejadi lebih bersifat kelelakian.
Jadi Allah kurniakan kamu dengan isteri yang mengerjakan solat.
Dia menjaga maruah diri ketika suaminya tiada dirumah dan Allah menjaganya.
Dia solehah dan kamu menjalani hidup yang bahagia.
Seolah2 sebahagian syurga telah jatuh ke bumi dan syaitan mula melancarkan serangannya.
Syaitan memulakan serangannya. Dia membuatkan anda bermimpi isteri anda
membuat hubungan sulit dengan lelaki lain.
Dan bila anda bangun waktu pagi anda tidak merasa tenteram dan dari wajah kamu
isteri kamu boleh kesan ada sesuatu yang tidak kena.
Dan kamu bercakap dengan isteri kamu dengan cara yang kasar dan tenung dia.
'Ini yang saya nampak semalam!' hatinya mula hancur berkecai tapi dia senyap sahaja.
Seminggu kemudian syaitan datang lagi, mungkin sesetengah dari kamu pernah mengalaminya.
Dan kamu melihat dalam mimpi, isteri kamu bersama dengan lelaki lain di atas katil.
Bila kamu tersedar kamu marah, mengisytiharkan perang, masyaAllah,
kamu hentak kaki, kamu tidak mahu makan dan hentak pintu kuat2 bila kamu
keluar rumah. Apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini.
Kamu sedar yang kamu sudah tidak mempercayainya. Kamu sudah tidak percayakannya.
Hatinya sudah hancur dan bila sahaja kamu dapat mimpi ke 3, Penceraian berlaku.
Dan syaitan menggosok-gosokkan tangannya dan berkata 'misi sudah selesai'.
'Misi selesai'. Sebab tiada siapa beritahu anda yang Rasulullah saw memberitahu
mengenai mimpi dari syaitan dan bagaimana kamu patut respon terhadap mereka.
Di India, 100 tahun dahulu atau lebih. Dan dia dapat mimpi dan visi, terlampau banyak hinggakan
dia dapat buat satu buku. Dan dalam mimpi dan visi itu dia mendapat 95% daripadanya benar
dan amat menakjubkan hinggakan dia dapat memperbetulkan sebahagian besar ulamak.
Sebagai contohnya Allah berfirman dalam surah Al Baqarah dalam Al Quran.
'Kami tidak membatalkan atau memansuhkan dan tidak kami lupa akan ayat kami tapi
kami gantikan dengan yang lebih baik atau sesuatu yang agak sama, bukan berbeza.'
Bukan berbeza, semakin baik atau sama. Sebab ayat dalam Quran ini, 99%
daripada ulamak membuat keputusan bahawa sesetengah ayat Quran telah membatalkan
ayat Quran yang lain.
Dan sesetengah ayat Quran telah dilupakan dan tidak lagi wujud dalam Quran.
Bila saya mendengarnya di dalam bilik darjah semasa pelajaran tafsir, saya katakan
pada diri saya yang tak dapat saya beritahu pada guru. Apa yang mengarut ni!
Saya tak dapat beritahu guru saya. Apa yang mengarut ni!.
Bila kelas berakhir saya berjumpa ulamak, guru saya Maulana Muhammad Fadlurahman Ansari rhm.
Saya berkata, 'Maulana itu yang mereka ajar saya semasa di dalam kelas' Dia kata 'Mereka salah'.
Dan mirza ulamak mesti bercakap perkara yang sama, dia kata tiada ayat dalam Quran
yang dibatal atau mansuhkan.
Hanya mereka yang ditugaskan untuk mengajar Al Quran, bukan syeikh itu atau syeikh ini,
Dan Nabi Muhammad saw tidak pernah sekali-kali mengisytiharkan ada ayat Quran
yang perlu di batal dan mansuhkan.
Tapi 99% dari ulamak2 lama tak percaya.
Mirza Ghulam Ahmad
mengisytiharkan tidak ada
ayat Quran yang di batal
atau dimansuhkan.
Dia betul. Diantara banyak2
isu dia betul. Dan lelaki
ini yakin kerana dia dengar
suara yang memberitahunya.
Syaitan. Dajjal.
Bila nabi Muhammad saw berkata akan ada mujadid akan datang pada
setiap abad dan dialah yang ............
Dan bila Nabi Muhammad saw
berkata yang Imam Mahdi
akan datang, Mirza Ghulam
berkata 'Sayalah Imam Mahdi'
Bila Nabi Muhammad saw yang Al Masih akan kembali. Mirza Ghulam berkata 'Sayalah Al-Masih'
Lupakan pasal itu, Al masih yang akan datang merupakan anak Maryam.
Dan Mirza Ghulam anak seorang wanita Punjabi.
Dan akhir nya dia mengaku dia Nabi Allah. Dia kata ada dua jenis nabi,
yang sepenuh masa dan separuh masa. Dan dia jenis yang separuh masa.
Inilah kes-kes di mana mimpi dan visi yang membicarakan kebenaran yang menakjubkan,
tapi ada juga kebatilan di dalamnya. Macam Aljazeera.
95%, macam buku orang tu
HarunYahya 95% betul tapi
kebatilannya ada dalam 5%
dapat diseludup masuk,
Jadi bila anda mengalami mimpi, untukmengenali yang mimpi ini adalah dari syaitan,
kamu kena bandingkannya dengan Quran, jika ianya bertentangan dengan Quran dan hadis,
maka kamu akan ketahui bahawa ianya bukan yang benar.
Jadi berhati-hatilah sebab Dajjal ada phD dalam penipuan.
Sekarang ini mengenai mimpi jenis ke tiga. Mimpi yang datang dari nafsu kamu sendiri.
Kadang-kadang Allah swt dengan sifat Pengasih dan Penyayangnya,
memilih untuk mengubati, adakah kita ada pakar perubatan hari ini? Ya kita ada dua.
Ini merupakan unsur terapi dalam istilah perubatan. Unsur terapi dalam mimpi dan visi.
Seseorang sedang mengalami
kekecewaan, pernahkan
saya cerita mengenai
seorang budak perempuan.
Baru berumur 5 tahun dan
pada waktu musim panas
ada sebuah trak aiskrim
yang datang ke bandarnya.
Dan trak itu mengeluarkan bunyi muzik dan trak itu datang bila waktu persekolahan selesai.
Dan pada suatu hari trak aiskrim itu datang, dan muzik dimainkan dan semua budak2 berkejaran
sebab waktu itu musim panas, cuaca panas, untuk membeli aiskrim.
Waktu itu dia dalam rumah dan dia dengar bunyi muzik itu dan di meminta duit dari ibunya.
Tapi ibunya tak ada wang. Jadi dia berdiri tepi tingkap dan melihat kanak2 berlari ke arah trak itu.
Dia lihat mereka membeli aiskrim itu, menjilat ais krim itu dan pulang ke rumah masing2.
Dan dia lihat trak aiskrim itu berlalu pergi. Dan air matanya berlinangan di pipinya.
Dan hati kecil itu hancur. Allah swt merupakan Tuhan Yang Maha Pengasih.
Walaupun hati kecil itu hancur, Dia ingin mengubatinya. Jadi hati bertindakbalas melalui mimpi.
Dan pada waktu malam trak aiskrim itu datang kembali dalam mimpinya.
Kemudian dia pergi kepada ibunya dan dapatkan wang dari ibunya.
Ibunya memberikannya wang dan dia berlari kejalan dan dia membeli aiskrim yang dia idamkan.
Dan dia masuk dalam rumah dan duduk menikmati ais krim sepuas-puasnya.
Hingga aiskrim itu berlumuran dimuka dan pakaiannya.
Dan bila dia bangun pada pagi keesokannya, hatinya telah terubat.
Segala puji bagi Allah yang menggunakan mimpi dari hati untuk mengubati hati.
Kemudian ada seorang remaja perempuan yang berumur 14 tahun, ketika dia berkahwin.
Dan tentunya pada zaman Dajjal ini, dia kena berumur 26,
hanya seorang yang gila akan berkahwin pada umur 14 tahun. Ini merupakan umur yang
dirancang oleh Dajjal. 'Umur Dajjal'. Maryam as, baru sahaja baligh,
dia tak lagi boleh tinggal dalam rumah ibadat.
Dan malaikat datang kepadanya dalam bentuk manusia.
Dan malaikat itu bercakap dengannya yang dia akan mendapat seorang bayi lelaki.
Yang dia akan mengandung. Ketika umur berapa? Bukannya 24, bukan 26 tahun
dia baru sahaja baligh, dia mungkin berumur 13 atau sekurang2nya 14 tahun.
Aisyah ra dan hadis mengatakan, sahih Bukhari, Aishah mengatakan Rasulullah saw
mengahwininya ketika umurnya
6 tahun dan disatukan
dengan Rasulullah saw
masa berumur 9 tahun.
Ianya konflik yang nyata dengan Quran.
Jika ada
pemalsuan hadis, ianya
merupakan pemalsuan.
Tidak!, Aishah as harus mencapai umur baligh untuk berkahwin.
Ramai ulamak yang melakukan kajian, kajian secara matematik,
dan menyiarkan hasil penemuannya untuk menunjukkan yang mustahil
bagi Aishah ra berumur 6 tahun ketika perkahwinan itu.
Bahkan tak pernah ada perkahwinan di bumi, ianya berlaku di langit.
Jadi di sini ada dua kes yang perkahwinan berlaku dalam usia yang muda
Di kampung kita nanti, anak-anak gadis kita akan kahwin awal.
Jadi dia berkahwin ketika umurnya 14 tahun dan yang lelaki mungkin berumur
lebih kurang 21 tahun. Dan mereka hidup bersama selama 50 atau 60 tahun.
Dan mereka hidup penuh kasih sayang. Saya tak tahu samaada dia ada isteri yang lain
tapi perkahwinan mereka ini amat bahagia.
Dan bila dia dah tua, dia akan berjalan dengan memakai tongkat dan
tangan satu lagi memegang tangan isterinya di taman bunga.
Kamu pernah pegang tangan isteri kamu ketika berjalan-jalan?
Kemudian dia meninggal. Bila dia meninggal hatinya hancur.
Dia tak nak makan. Tak boleh tidur nyenyak.
Dia cuma duduk atas kerusi seolah2 dia berada di dunia yang lain.
Dia tidak lagi bercakap dengan sesiapa. Anak dan cucunya risau.
Kalau dia berterusan begini, dia akan mati.
Kemudian pada suatu malam, dia datang.
Dia duduk disebelahnya di tepi katil dan pegang tangan isterinya.
Dia bercakap padanya, dia buat lawak dan ketawa bersama.
Dia habiskan masa dengan isterinya sepanjang malam.
Dan bila dia bangun pada waktu pagi.'Tengok nenek, dia mula bergerak.
Dia ada di dapur dan berikan arahan tu dan arahan ni seperti mana
sebelum ini. Sesuatu telah berlaku.
Mimpi itu
telah datang untuk mengubat
hati yang hancur itu.
Untuk mengembalikan keadaan kesihatan yang asal dan segala puji bagi Allah.
Tapi sebelum saya akhiri ceramah ini. Hati kamu boleh melakukan sesuatu kepada kamu.
Kamu tengok songkok ni dan janggut dan kamu asyik cerita pasal Quran dan hadis.
Semua orang hormati kamu dan asyik panggil.. syeikh..syeikh..
Dan ambil gambar bersama kamu jadi kamu rasa saya seorang yang terkenal?
Kamu fikir saya seorang yang hebat sekarang dan sangat terkenal
jadi kamu tidur dan usia kamu sekarang, kamu ambil tandas dan letak dalam rumah!.
Dalam usia kamu sekarang, kamu ambil tandas dan letak dalam rumah!
Tapi dalam usia itu, bila kamu tak ada progress tu.
Orang biasanya ada tangki najis di belakang rumah.
Atau kadang2 ada lubang sahaja dan bila ia sudah penuh ia perlu dibersihkan.
Jadi strukurnya boleh di buka jadi kamu perlu panggil orang untuk mengalihkan tutupnya
dan seseorang perlu datang dan cebok apa yang ada didalamnya
pembersih pembentongan. Jadi syeikh yang terkenal tu, di hormati,
semua orang minta tandatangannya dan dia nampak dirinya dalam mimpi,
Dan itu dah jadi kerjayanya dia kena pergi ke pembentongan najis semua orang dan bersihkannya.
Itulah hatinya sedang bercakap dengannya dan berkata kepadanya
'Itulah yang semua orang fikir mengenai kamu tapi itulah diri kamu yang sebenarnya.
Inilah status kamu. Ilmu mengenai status nya sedang bercakap dengannya
dengan cara paling sulit, jadi ianya tidak memalukannya dihadapan orang lain.
Ianya bertujuan untuk menyedarkannya. Kamu sedang tinggal di alam fantasi.
Lebih baik kamu bangun kamu dah terpesong dan kamu sedang dalam jalan kemusnahan.
Dan hati kamu sedang bercakap dengan kamu jadi lebih baik kamu dengar kata hati kamu.
Itulah sebabnya, bila saya tulis buku mengenai mimpi dalam Islam saya kata
beritahu saya pasal mimpi kamu dan saya akan beritahu kamu siapa diri kamu sebenarnya.
Akhir sekali, jika kamu
mahu dapatkan mimpi yang
baik dan benar apa yang
harus kamu lakukan?
Apa yang kamu harus lakukan? Jadi, laksanakan solat, puasa dalam bulan Ramadhan
beri sedekah, apa lagi harus saya lakukan, baca Quran ya, saya tak lakukan zina.
Minum air neraka, apa perlu saya buat?
Pastikan kamu makan malam awal diantara asar dan maghrib atau
terus makan lepas maghrib.
Orang Pakistan selalunya makan malam pada pukul 10 atau 11 malam.
Sebab itu pakistan ada banyak masalah sekarang.
Tiada siapapun makan malam awal. Jadi awalkan makan malam.
Jangan makan banyak. Tidak, makan sederhana sahaja. Yang senang dihadam.
Jadi lepas solat isya sahaja, tidur selepas 1 hingga 1 1/2 jam selepas solat isya',
Syeikh saya tak boleh buat demikian. Saya biasanya tidur pada pukul 1 atau 2 tgh mlm.
Saya kena guna internet, saya tengok tv, tidak..tidak..
Kalau kamu pergi ke rumah saya di Gombak kamu tak akan jumpa Tv
saya tak beli surat khabar dan kamu boleh hidup bahagia.
Tanpa tv dan tanpa suratkhabar, radio pun tak ada.
Jadi tidur awal dan sebelum tidur kamu berdoa,
'Ya Allah, jika ada kebaikan dalam diri saya, tolonglah kurniakan
saya mimpi yang bagus' dan jika Allah suka pada kamu jadi Allah akan
kurniakan kepada kamu mimpi yang bagus.
Tapi saya nak sarankan sesuatu, jika kamu berdoa kepada Allah,
jangan ada benda haram pada diri kamu, macam duit kertas yang palsu ini.
Duit yang palsu dan haram, duit kertas.
Kalau Nabi Muhammad saw datang hari ini dan lihat duit kertas ini,
cuba teka apa yang dia akan kata mengenainya.
Jika kamu buat demikian, maka Allah swt
akan berikan kamu mimpi yang baik dan benar.
Sessi soal jawab
Soalan: pendapat syeikh mengenai mimpi Daniel di zaman sekarang
Jika kamu baca buku saya mengenai yakjuj dan makjuj kamu akan dapati
saya menghadkan diri saya hanya menggunakan sumber kita sahaja, Quran dan hadis.
Saya tahu pasal Kristian escatology (ilmu akhir zaman) tapi saya memilih
untuk tidak menggunakannya demi untuk mengekalkan ilmu saya.
Saya harap dan doa akan ada orang lain selepas saya yang akan bina apa
yang telah saya bina. Dan dia akan banding dan samakan escatology kita dan mereka.
Soalan: Apakah bezanya mimpi dan 'samawat'?
Soalan yang bagus. Semalam saya nampak rumah jiran saya terbakar.
Pagi ini pada pukul 10 pagi, kebakaran berlaku,
pada pukul 10;30, bomba datang tapi mereka tak dapat menyelamatkannya.
Dan rumah itu hangus. Ini merupakan mimpi yang benar.
Soalan: bagaimana saya boleh nampak semalam yang hanya akan berlaku pagi ini pukul 10pagi.
Tidak ada jawapan kalau di tanya pada ulamak sekular.
Tidak ada jawapan dari ulamak yang sekular. Jawapan hanya datang dari agama.
Apakah jawapannya? Jawapannya ialah perkara itu wujud sebelum ia berlaku.
Allah mencipta setiap kejadian, kemudian peristiwa itu kena berhenti sebentar di 'samawat'.
Sebelum ia zahir di masa dan tempat ini. Bila ia berhenti tempat persinggahan itu,
Malaikat yang menjaga mimpi, yang mengetahui pasal kejadian itu dan atas
arahan Allah swt, berhubungan dengan anda melalui mimpi.
Salah satu bahagian dari kenabian.
Tapi bila malaikat bercakap sesama mereka sendiri, ada surah dalam Quran,
Surah Jin, Jin boleh mencuri dengar dan dapatkan sedikit maklumat tentang peristiwa yang akan berlaku.
Dan jin akan memberikan maklumat itu kepada manusia itulah sebabnya presiden Reagen
ada salah satu darinya dalam 'white house'.
Jadi beginilah caranya penilik nasib dan bomoh, tapi maklumat yang datang dari
orang sebegini, tidak boleh dipercayai sebab ianya maklumat 'second hand' pihak kedua,
yang mungkin boleh jadi tak tepat dan tak sempurna.
Kalau anda berjumpa seseorang yang menilik tapak tangan atau menggunakan bijirin dan
meramal masa depan, apa yang akan berlaku dimasa hadapan, pada siapa anda akan berkahwin.
Berapa orang isteri yang anda akan dapat, Rasulullah beritahu yang Allah
tidak akan menerima solat anda selama 40 hari.
Jadi mimpi yang benar atau metafizik dari mimpi yang benar merupakan
satu cabang ilmu yang amat penting yang membuktikan kebenaran agama
semua orang mengalami mimpi yang benar. Salah satu cara anda dapat menerangkan
mimpi yang benar adalah dengan cara ini.
Yang ada dunia lain selain dunia ini, ada lagi dunia yang anda tidak nampak 'al ghaib'
peristiwa itu wujud di alam ghaib dan ada satu surah dalam Al Quran yang di namakan al Maarij
yang menceritakan pasal peristiwa yang turun, peringkat demi peringkat sehinggalah
ia zahir di alam dunia ini. Inilah pautan antara mimpi dan samawat.
Soalan: apakah makna bermacam2 mimpi yang biasanya kita lupa bila kita bangun?
Kalau saya ada masa lebih saya akan menganalisa mimpi dalam Quran
saya tak ada masa jadi inilah kerja rumah kamu.
Kamu akan dapati beberapa mimpi yang benar dalam Quran.
Bila anda menganalisa anda akan dapati yang mimpi ini boleh berhubung
yang akan berlaku pada masa terdekat
dan mimpi yang benar boleh menyampaikan berita atau kejadian yang akan
berlaku jauh ke hadapan. Mimpi yang benar boleh menyampaikan ilmu yang
terus kepada kamu secara peribadi.
Mimpi yang benar juga boleh menyampaikan perkara atau ilmu yang berguna
untuk alam sejagat sebagai contohnya, 7 tahun kemarau yang akan memberi kesan
kepada seluruh daerah dan mimpi itu tidak datang pada orang biasa tapi pada raja.
Kalau anda selalu mendapat mimpi yang mengarut ianya tidak penting.
Dan bila anda bangun anda akan lupa segalanya.
Allah ada menyebut tentang orang sebegini, Dia kata 'mereka ada mata tapi tidak melihat'
mereka ada telinga tapi tidak mendengar, ada hati tapi tidak memahami'
sebiji macam haiwan ternakan
beza antara haiwan ternakan dengan orang yang dapat melihat ialah Allah telah
memasukkan 'nur' dalam hati, tapi Allah tidak akan meletakkan nur itu
sehinggalah hati itu layak untuk menerima nur itu.
Hati itu mesti ada keimanan dan di bersihkan, sesuci yang mungkin
kamu mesti berusaha untuk itu. Kamu mesti bangun dan berdiri tegak
mereka yang tidak bangun, tulang belakangnya diperbuat oleh kertas yang dikitar semula
dia akan berkata... aku tak boleh buat itu..buat ini... jika saya lakukan
perniagaan saya akan musnah.
Kalau saya buat demikian saya tak boleh musafir, mereka
akan masukkan saya dalam senarai yang tidak dibenarkan membuat penerbangan.
Jika saya buat demikian mereka akan mengatakan saya sebagai pengganas,
saya akan berpisah dengan kawan saya dan mereka akan menghantar saya ke Guatanamo
jika kamu orang yang berpuasa kerana Allah, Ramadhan tak lama lagi,
dan kamu juga mesti orang yang hidup kerana Allah, masuk akal.
Mereka yang hidup kerana Allah akan sanggup mati kerana Allah'
mereka inilah yang mendapat nur di dalam hatinya
Subtitles written by: www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by: www.SalamMasjid.com
No comments:
Post a Comment