Thursday, 17 January 2013

Pakatan Antara Muslim dan Rum oleh Sheikh Imran Hosein




Pakatan Antara Muslim dan Rum oleh Sheikh Imran Hosein
Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Ada hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa
orang Islam akan membuat pakatan dengan Rum. Siapakah Rum?
Jika kita nak tahu siapa Rum itu, jawapannya mudah sahaja.
Rujuklah Quran sebab Rum ada dinyatakan dalam Quran.
Tiada lain2 pendapat mengenai perkara ini. Bahawa Rum dalam Quran
ialah pihak Byzantine, empayar Kristian yang pernah wujud di Konstantinopel
dan bukannya yang ada di Rome, Italy. Tidak!
Bukannya Kristian barat Eropah yang telah menjadi pakatan anglo Amerika,
dan NATO. Bukan yang itu!
Kamu akan membuat pakatan dengan Rum maknanya dengan Kristian (timur) ini.
Bila orang Islam menakluk Konstantinopel, yang para pahlawannya yang juga pope
dari bahagian dunia Kristian ini, mereka mengisytiharkan yang ibu pejabatnya
sekarang ini telah di alihkan ke Rusia.
Jadi bahagian Kristian (timur) ini yang dinyatakan sebagai Rum ada
ibu pejabatnya di Rusia. Ketika Rasulullah menyatakan yang kita akan membuat
pakatan dengan Rum, tentu sahaja ia berlaku di akhir zaman,
yang kamu akan membuat pakatan dengan Rum di akhir zaman.
Akhir zaman tak akan berlaku sehinggalah kamu melihat adanya bangunan2
yang tinggi. Dan sekarang kamu akan melihat penzahiran ramalan itu,
Iran sekarang ini telahpun berpakat dengan Rusia. Begitu juga dengan Pakistan,
mereka sedang membuat perkara yang sama.
Dan jika NATO menyerang Iran, maka Turki akan menghadapi perang saudara.
Sebab kerajaan Turki yang buta, tuli dan bodoh itu. Jika Turki masih setia
mengikut NATO dan menyokong NATO  dalam pencerobohan Libya,
kerajaan tuli itu membutakan kerajaan Turki dalam usaha membuatkan
negara Syria seperti negara Libya. Kerajaan tuli itu masih ada dalam NATO.
Tapi rakyat Turki Islam akan berkata, 'dahlah tu, cukuplah!'. Akan berlaku perang
saudara di Turki. Saya tak kisah jika kerajaan Turki mendengar apa yang
saya cakap. Sebab perkara ini akan berlaku nanti. Dan NATO akan di usir keluar,
dan bila NATO diusir keluar maka ketika itulah berlakunya penaklukan
kota Konstantinopel yang mana ada dalam hadis. Itulah yang akan berlaku.
Saya tak tahu berapa lama lagi.
Tapi persoalannya, jika kita akan membuat pakatan dengan Rum,
kenapa kita hantar orang kita ke Nakus Abyssinia?
Jawapannya, pakatan kita dengan Rum berlaku di akhir zaman.
Soalan: Bagaimana kita nak bezakan Rum dan Makjuj?
Saya percaya Rusia ada dua muka/bahagian.
Satu bahagiannya ialah makjuj, tentu sahaja. Tapi bahagian yang satu
lagi adalah Rum. Dan ini adalah sebahagian dari kaedah Ilahi yang
mana mereka telah tertipu. Sebab bahagian yang satu lagi iaitu, Rum,
sedang naik/muncul. Dan jika para ulamak dalam keadaan jaga sekarang.
Maka akan ada deligasi yang terdiri dari ulamak pergi ke sana, ke Eropah timur,
pergi ke Greece, pergi ke Moscow dan membuat dialog dengan para ulamak dan ilmuan Kristian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...