Friday, 18 January 2013
Thursday, 17 January 2013
Pakatan Antara Muslim dan Rum oleh Sheikh Imran Hosein
Pakatan Antara Muslim dan Rum oleh Sheikh Imran Hosein
Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Ada hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa
orang Islam akan membuat pakatan dengan Rum. Siapakah Rum?
Jika kita nak tahu siapa Rum itu, jawapannya mudah sahaja.
Rujuklah Quran sebab Rum ada dinyatakan dalam Quran.
Tiada lain2 pendapat mengenai perkara ini. Bahawa Rum dalam Quran
ialah pihak Byzantine, empayar Kristian yang pernah wujud di Konstantinopel
dan bukannya yang ada di Rome, Italy. Tidak!
Bukannya Kristian barat Eropah yang telah menjadi pakatan anglo Amerika,
dan NATO. Bukan yang itu!
Kamu akan membuat pakatan dengan Rum maknanya dengan Kristian (timur) ini.
Bila orang Islam menakluk Konstantinopel, yang para pahlawannya yang juga pope
dari bahagian dunia Kristian ini, mereka mengisytiharkan yang ibu pejabatnya
sekarang ini telah di alihkan ke Rusia.
Jadi bahagian Kristian (timur) ini yang dinyatakan sebagai Rum ada
ibu pejabatnya di Rusia. Ketika Rasulullah menyatakan yang kita akan membuat
pakatan dengan Rum, tentu sahaja ia berlaku di akhir zaman,
yang kamu akan membuat pakatan dengan Rum di akhir zaman.
Akhir zaman tak akan berlaku sehinggalah kamu melihat adanya bangunan2
yang tinggi. Dan sekarang kamu akan melihat penzahiran ramalan itu,
Iran sekarang ini telahpun berpakat dengan Rusia. Begitu juga dengan Pakistan,
mereka sedang membuat perkara yang sama.
Dan jika NATO menyerang Iran, maka Turki akan menghadapi perang saudara.
Sebab kerajaan Turki yang buta, tuli dan bodoh itu. Jika Turki masih setia
mengikut NATO dan menyokong NATO dalam pencerobohan Libya,
kerajaan tuli itu membutakan kerajaan Turki dalam usaha membuatkan
negara Syria seperti negara Libya. Kerajaan tuli itu masih ada dalam NATO.
Tapi rakyat Turki Islam akan berkata, 'dahlah tu, cukuplah!'. Akan berlaku perang
saudara di Turki. Saya tak kisah jika kerajaan Turki mendengar apa yang
saya cakap. Sebab perkara ini akan berlaku nanti. Dan NATO akan di usir keluar,
dan bila NATO diusir keluar maka ketika itulah berlakunya penaklukan
kota Konstantinopel yang mana ada dalam hadis. Itulah yang akan berlaku.
Saya tak tahu berapa lama lagi.
Tapi persoalannya, jika kita akan membuat pakatan dengan Rum,
kenapa kita hantar orang kita ke Nakus Abyssinia?
Jawapannya, pakatan kita dengan Rum berlaku di akhir zaman.
Soalan: Bagaimana kita nak bezakan Rum dan Makjuj?
Saya percaya Rusia ada dua muka/bahagian.
Satu bahagiannya ialah makjuj, tentu sahaja. Tapi bahagian yang satu
lagi adalah Rum. Dan ini adalah sebahagian dari kaedah Ilahi yang
mana mereka telah tertipu. Sebab bahagian yang satu lagi iaitu, Rum,
sedang naik/muncul. Dan jika para ulamak dalam keadaan jaga sekarang.
Maka akan ada deligasi yang terdiri dari ulamak pergi ke sana, ke Eropah timur,
pergi ke Greece, pergi ke Moscow dan membuat dialog dengan para ulamak dan ilmuan Kristian.
Wednesday, 16 January 2013
Hukuman Zina Dalam Agama Nabi Ibrahim AS oleh Sheikh Imran Hosein
Hukuman Zina Dalam Agama Nabi Ibrahim AS oleh Sheikh Imran Hosein
Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Tajuk kita pada pagi ini adalah amat
penting sekali dan mungkin akan datang
ia akan menjadi tajuk yang
agak kritikal pentingnya
dalam masa lebih kurang
setahun dari sekarang.
Hukuman untuk zina. Iaitu perhubungan jantina
antara dua orang yang belum berkahwin
antara satu sama lain. Tidak kira samada
mereka telah berkahwin atau tidak.
Hukuman untuk zina dalam agama Nabi Ibrahim as.
Ketika kami sedang berceramah kepada
pendengar muslim, tujuan ceramah ini
sebenarnya untuk penganut agama
Yahudi dan orang Kristian.
Dan kita berdoa agar ALLAH swt akan
memperdengarkan ceramah ini kepada setiap
Yahudi dan Kristian di seluruh dunia. Amin.
Kita menghadapai beberapa permasalahan dan
kejayaan ceramah ini adalah berdasarkan
kemampuan kita untuk mengetengahkan
perkara ini dalam cara yang mudah, jadi
saya berdoa agar ALLAH swt akan
membantu kita untuk berbuat demikian.
Yang kedua, tajuk ini sebenarnya amat luas,
dan kita kena cuba untuk memadatkan,
mengenai topik ini dan maklumat yang akan
disampaikan dan analisis dalam jangkamasa
yang telah ditetapkan.
Kita berdoa agar ALLAH
swt akan membantu kita
untuk berbuat demikian.
Kenapa topik ini amat
penting sekarang?
Itulah perkara pertama yang kita
kena beri penerangan.
Mereka memanggilnya sebagai 'musim bunga bangsa Arab',
kebangkitan bangsa Arab,
yang menggulingkan Hosni Mubarak di Mesir
dan menggulingkan Zainuddin bin Ali
di Tunisia, sedang merancang untuk menggulingkan,
Assad di Syria, dan satu lagi di Yaman,
sesetengahnya bukan sekadar 'hujan waktu
musim bunga', sebab sesetengahnya kelihatan
seperti 'yankee jihad'/jihad ala barat sebab
NATO tidak menyembunyikan diri sama sekali.
Mereka dengan aktif
terlibat dalam perkara ini.
Pihak Amerika dan Yahudi
tidak bersembunyi lagi,
mereka terlibat secara aktif.
Kita menganalisa kebangkitan Arab
ini lebih kurang 5 bulan yang lalu,
dan kita membuat kesimpulan bahawa pihak yang
mendapat faedah paling banyak adalah Israel.
Kenapa? Kita menjangkakan bahawa selepas
penggulingan Hosni Mubarak di Mesir,
sebagai contohnya, dan Mesir
merupakan negara yang menjadi kunci.
Tentera bersenjata Mesir dan saya harap anda
tak kisah jika saya berkata perkara ini.
Tentera bersenjata Mesir sekarang ini
sedang meneruskan untuk membentuk
satu pilihanraya yang bebas dan adil di Mesir
dan ianya kesimpulan yang dikecualikan,
yang bila pilihanraya diadakan,
hasilnya adalah parti Islamik di Mesir
akan menang dengan mudah dan
pihak Israel akan senyum.
Kenapa pihak Israel akan tersenyum, kenapa?
Bila kerajaan Islamik datang ke Mesir,
ia akan memberikan kesan domino ke atas
negara Arab yang lain, yang juga sedang
mengalami apa yang dipanggil,
'kebangkitan Arab'.
Jadi beberapa kerajaan yang dipanggil 'kerajaan
Islam', saya tidak menganggapnya sebagai
kerajaan Islam, saya hanya mengenali
khilafah dan Darul Islam.
Beberapa kerajaan Islam akan muncul,
kemudian kamu akan mendapat ada peperangan
kata2, yang bangsa Arab akan menyokong
rakyat Palestin dengan senjata dan
keganasan akan muncul dari dunia Arab.
Dan ianya akan menakutkan Israel.
Sesuatu yang berlaku seminggu lepas yang amat
mudah, saya rasa 11 orang Yahudi terbunuh.
Sinai, amat mudah bagi kerajaan Israel yang
sedang mengalami tekanan yang amat dari dalam.
Dari demonstrasi, dan tiba2 bila Mossad
Israel bertindak, tekanan yang dialami
oleh kerajaan Israel hilang terus.
Tapi rakyat Israel telah bersedia, yang
Islam sedang bangkit, dan pengganas Islam,
akan menjadi ancaman maut kepada Israel.
Bila Mesir menyokong Palestin dan masuk
campur untuk membebaskan penduduk gaza dari
terkepung di gaza, dan bedilan roket dll
maka Israel akan berkata ini adalan
'casus belli' / (keadaan yang membolehkan
peperangan dimulakan), ini merupakan sesuatu
yang mewajarkan mereka melakukan
serangan yang telah lama mereka rancang.
Britain tidak pernah menjadi negara
pemerintah, pax Britanika tidak akan wujud
tanpa peperangan yang Britain
harus mulakan diseluruh dunia.
Tentera British juga pernah ada di Malaysia
dan US tidak akan menjadi negara pemerintah
tanpa melancarkan perang besar dan ada
tentera laut US di seluruh dunia hari ini.
Adalah amat sukar nak mencari tentera
laut US di Amerika sekarang.
Jika kamu dah baca buku
'Jerusalem dalam Quran',
yang telah diterbitkan
10 tahun yang lepas,
dan sekarang kita ada juga dalam BM,
kamu akan tahu mengenai tafsiran kita
mengenai hadis Tamim ad Dari. Kamu boleh
berkata apa sahaja mengenai hadis itu.
Ianya dah terlambat sekarang. Sebab
analisis kita membuktikan bahawa fakta
dalam hadis itu adalah benar. Yang Israel
akan menggantikan Amerika sebagai negara
pemerintah dunia yang ke seterusnya. Itulah apa
yang mereka rancang, bukan saya yang kata.
Dan melihatkan keadaan kerajaan yang ada
dalam Islam hari ini, saya rasa itu bukan
sebab yang tidak membolehkan
Israel berjaya. Tidak.
Tapi Israel tidak boleh menjadi negara
pemerintah dunia hari ini, tanpa melancarkan
perang besar yang saya menjangkakan akan
berlaku pada tahun 2012, sebab itu ada banyak
gembar gembur mengenai 2012.
Jadi kita ada sedikit masa untuk bernafas
sekarang, US dollar nampaknya akan jatuh,
bila US dollar telah jatuh,
kita telah perkatakan
mengenai perkara ini sejak
15 tahun yang lepas.
Adakah malaikat yang berbisik kepada saya?
Atau adakah jin yang sedang beritahu saya
15 tahun yang lalu yang US
dollar akan jatuh.
Imran Hosein adalah nabi.
Apalah yang mengarut ni!
Ia adalah merupakan satu analisis, analisis
dari Quran dan hadis yang membawa kita kepada
satu kesimpulan, 15 tahun yang lalu
yang US dollar mesti akan jatuh.
Dan saya menjangkakan, saya harap saya salah!
Saya menjangkakan akan berlaku
satu situasi yang panik
diseluruh dunia terutama
sekali mereka yang menggunakan
mata wang yang 'lemah'.
Semua orang mahu melupuskan semua
duit kertas secepat yang boleh.
Semakin banyak mereka melupuskannya,
semakin naik harganya.
Dan akan berlaku inflasi
yang berterusan.
Dan apabila kamu mahu
melupuskan wang kertas kamu,
apakah pertama sekali
yang akan kamu buat?
Beli makanan. Dalam masa 24, semua pasaraya
akan menjual semua yang mereka ada.
Dan kekurangan makanan akan berlaku.
Bila berlaku
kekurangan makanan maka
akan berlaku rusuhan.
Ada masa hadapan yang amat teruk akan berlaku
pada kita tapi sebelum Israel melancarkan
perang besarnya, sebelum ia menyerang dan
memusnahkan loji dan senjata nuklear Pakistan,
saya menjangkakan pergerakan
Zionis di seluruh dunia
akan membuatkan keadaan
Islam nampak lebih teruk
dari apa yang mereka telah lakukan.
Sebab bila kerajaan Mesir mengumumkan bahawa
mereka adalah kerajaan Islam, akan ada kata2
kenapa kamu tidak melaksanakan hukum syariah.
Kamu ada hukum syariah, laksanakanlah.
Kata2 itu akan datang dari
dalam dan luar negara
dan kerajaan Mesir
terpaksa tunduk dan akan
berkata, ya, kami akan
melaksanakan hukum syariah.
Dan pada waktu itu mereka akan membawa dua
orang yang akan mengaku telah melakukan zina,
mereka telah berkahwin
tapi dengan pasangan lain.
Dan mereka akan pergi
ke mahkamah syariah,
dan berkata bahawa kami mahu
dihukum mengikut hukuman syariah.
Dan mahkamah syariah
itu berkata,
ini saya jangka mungkin
saya silap, mahkamah akan
mengatakan yang mereka
akan dihukum mengikut
hukuman yang dikenakan
kepada penzina dalam Islam.
Mahkamah syariah itu akan mengisytiharkan yang
hukuman mereka adalah di rejam sampai mati.
Sudah 2000 tahun sekarang, manusia
telah meninggalkan undang2 itu.
Yang mula2 meninggalkan
hukuman itu ialah, saya harap
mereka tak merasa terganggu
jika saya menyebutnya,
kamulah, kaum Yahudi! Kamulah
yang telah meninggalkannya,
orang Kristian juga
telah meninggalkannya,
dan sekarang dunia Islam akan digambarkan
sebagai zalim!, maka CNN dan al Jazeera,
kamu tahukan kedua beradik itu akan merakam
pelaksanaan hukuman rejam sampai mati ini.
Dan kedua mereka akan di
balut dengan selimut atau
apa sahaja, menutup
keseluruhan badan mereka,
jadi kamu tidak dapat melihat
wajah mereka, mungkin,
dan akan ada dua lubang
di gali atas tanah,
dan mereka akan diletakkan dalam lubang dan
hanya menampakkan dada dan kepala sahaja.
Dan batu itu kenalah dari saiz yang tertentu
dan bukan terlalu besar atau kecil,
dan batu2 akan menghujani mereka dan akan
berlaku keadaan yang bermandikan darah.
Inilah yang dikatakan
mereka sebagai 'hukuman
biadab, hinggakan media
yang kawal oleh Yahudi
akan mengisytiharkannya sebagai biadab dan
mereka mencari jalan untuk merosakkan
maruah Islam, mereka mahu
menunjukkan Islam sebagai
satu agama yang teruk dan
tujuan utamanya ialah
untuk membuatkan seluruh manusia di dunia
ini tak bersetuju dengan Islam dan muslim.
Mereka boleh merancang apa
yang mereka mahu rancang dan
ALLAH swt juga merancang apa
yang ALLAH swt rancang.
Dan ALLAHlah perancang yang maha hebat
maka hari ini, dari masjid Al Husna
kita katakan kepada mereka,
kita ada perancangan yang lain.
Kita bangga dengan kenyataan
bahawa umat Muhammad
saw adalah satu2nya
golongan di atas muka bumi
hari ini yang telah
bersedia, berjuta dari kita
menunggu, untuk melaksanakan
undang2 yang juga
merupakan undang2 kamu yang mana kamu yang
tidak tahu malu telah meninggalkannya.
Saya bangga dengan kenyataan yang ramai,
hingga jutaan muslim akan meminta supaya
undang2 itu dilaksanakan dan supaya kedua
mereka direjam hingga mati, tidak kiralah
sama ada ianya menyebabkan kita
dinilai samada jahat atau baik.
Itulah yang akan menyebabkan
ALLAH swt redha.
Samada hukuman itu benar2 dibuat atau
tidak, ianya bukan isu sekarang.
Apa yang menjadi issu ialah apa
yang ada dalam hati orang2 Islam.
Kami bersedia hari ini, setelah 2000
tahun yang lepas, kamu meninggalkan
undang2 kamu, kami bersedia
melaksanakan undang2
kamu yang kamu sendiri gagal
untuk melaksanakannya.
Itulah mesej yang kami
mahu sampaikan kepada kamu
hari ini, dari kami di
Sunway, masjid Al Husna.
Jadi inilah buktinya, kami katakan
kepada kaum Yahudi dan Kristian,
hukuman rejam sampai mati
ini untuk penzina, ada
dalam Taurat dan masih
ada di dalam Taurat.
Kamu tidak melaksanakan undang2 itu,
tapi Islam telah melahirkan manusia
yang bersedia untuk melaksanakan undang2
kamu hari ini, 2000 tahun selepas kamu
meninggalkannya. Inilah bukti dan ianya
jelas sejelas sepertimana matahari
bahawa inilah kebenaran dalam Islam.
Dan nabi
Muhammad saw merupakan
seorang nabi yang sebenar.
Sebelum kita cuba membincangkan perkara ini,
dan membincangkan pandangan Islam terhadap
perkara ini, kita perlu belajar tentang
kaedahnya dan saya harap kamu semua bersabar,
saya akan bentangkannya secepat mungkin.
Kaedah untuk mendapat ilmu pengetahuan,
kaedah untuk mencari kebenaran,
kaedah untuk mengkaji kitab
yang ALLAH swt turunkan.
Dalam Quran pada bahagian permulaannya,
ALLAH swt telah memerintahkan kepada iblis,
maaf, memerintahkan kepada malaikat
untuk tunduk dan sujud kepada Adam as.
Kenapa Dia memerintahkan perkara itu? Itu
bukanlah perkara yang kita nak bincangkan.
Quran berkata, 'mereka semua sujud kecuali
iblis' jika kita menggunakan kaedah yang salah,
jika kita mengambil satu ayat dari Quran
atau kitab Injil secara berasingan,
kita akan membuat kesimpulan bahawa
perintah ini diberikan kepada malaikat,
dan mereka semua tunduk, sujud, tapi bukan
iblis, jadi iblis tentulah seorang malaikat.
Inilah perkara yang berlaku jika anda
mengambil ayat ini secara berasingan.
Tapi bila anda mengambil keseluruhan data/ayat
Quran yang berkaitan dengan perkara ini,
kita tidak ada cukup masa
nak lakukannya, tapi
kita dah lakukannya dalam
ceramah yang lepas.
Keseluruhan data dalam Quran memberikan
kita gambaran yang berlainan.
Tidak, iblis bukanlah seorang malaikat.
Atas sebab itu dan ini.
Dan Quran akhirnya memberitahu kepada
kita bahawa iblis/syaitan adalah jin.
Mereka (Kristian) berkata dia adalah 'malaikat
yang jatuh/diusir turun', kita katakan
malaikat tidak jatuh. Tidak! Kita katakan
yang dia bukanlah seorang malaikat.
Jadi tidak timbul lagi persoalan
mengenai malaikat yang jatuh.
Quran berkata yang iblis adalah jin. Makhluk
yang tidak kelihatan yang diciptakan oleh
ALLAH swt, diluar keupayaan
kita untuk melihatnya.
Jadi kita ada pelajaran mengenai
kaedah yang diajar oleh Quran.
Dan kamu jangan membuat
kesalahan dengan mengambil
satu ayat secara berasingan
untuk ditafsirkan.
Begitu juga dengan hadis yang diambil
secara berasingan, tidak! Kerana ia akan
membuatkan kamu melakukan kesalahan tapi kamu
mestilah mengambil data secara keseluruhan.
Mengenai subjek itu. Kadang2
data itu ada diluar dari Quran.
Sebagai contohnya dalam surah al Imran,
sebuah rumah ibadat yang pertama didirikan,
ada satu yang didirikan di Bakka (bukan Makkah),
kenapa Quran menggunakan perkataan Bakka,
sedangkan di ayat lain ianya menggunakan
perkataan Makkah. Kamu tidak boleh menjawab
persoalan itu sehinggalah kamu keluar
dari Quran dan kamu pergi kepada kitab
yang sebelumnya dan disitu kamu akan jumpa
jawapan kenapa ALLAH swt guna perkataan Bakka.
Jadi dengan perkara ini, mengenai hukuman
terhadap zina, ianya merupakan satu
perkara yang amat menarik sekali, kenapa?
Sebab dua nabi yang sebelum ini
telah diutuskan oleh ALLAH swt kepada
dunia ini, Nabi Isa as, putera Maryam,
dan nabi Muhammad saw, yang berbangsa Arab,
yang merupakan keturunan nabi Ismail as,
mereka semua telah diuji oleh kaum
Yahudi berkaitan dengan perkara ini.
Dan dua orang rabbai yang telah menguji
kedua nabi mengenai perkara ini,
menandakan yang ianya merupakan
perkara yang menarik.
Nabi Isa as sedang duduk dengan
pengikutnya dan memberi ajaran, mereka
datang, rabbai2 itu dan mereka membawa seorang
wanita dan berkata kami dah menemuinya
sedang melakukan penzinaan. Mereka membawa
perempuan itu dan berkata, 'kamu mesti
menghakiminya sekarang, apakah
hukuman yang akan kamu jatuhkan?'
mereka sebenarnya sedang memerangkapnya.
Tapi soalan pertama saya adalah,
kamu tidak boleh melakukan zina seorang
diri, kamu memerlukan seorang lelaki.
Kenapa kamu tinggalkan dia di belakang,
kenapa kamu tidak membawanya bersama?
Adakah hukuman itu hanya untuk
wanita dan bukan untuk lelaki?
Cepatlah rabbai, saya mahukan jawapannya.
Mereka ada jawapannya tapi kita biarkan
dulu perkara itu. Ia nampak pelik pada
saya yang hanya wanita sahaja yang dibawa.
Dan bukan yang lelaki. Nabi Isa as sedang diuji.
'kamu mestilah memberi pengadilan,
apakah hukuman yang akan
dikenakan kepada wanita ini?'
pada waktu itu setiap Yahudi tahu,
ini berlaku 2000 tahun yang lepas,
yang hukumannya adalah direjam sampai mati.
Mereka semua tahu mengenainya.
Tapi mereka tidak melaksanakannya. Dan
mereka mahu mengabaikannya dan mereka
mahu mengubah dari undang2 yang datang dari
ALLAH swt dan menggantikan dengan hukuman
yang mereka sendiri akan buat. Yang
mana ianya di panggil undang2 sekular hari ini.
Apa yang Nabi Isa as buat? MasyaALLAH,
betapa bijaksananya Nabi Isa as.
Dia berkata, 'biar mereka yang tidak mempunyai
dosa, melemparkan batu yang pertama'.
Dia bukan berkata yang undang2 itu
tidak boleh dilaksanakan, tidak!
Dia sedang menyatakan secara tersendiri
bahawa inilah hukumannya, rejam sampai mati'
dia bersedia untuk melaksanakan hukuman itu.
Tapi oleh kerana mereka menyuruhnya
untuk mengadilinya, maka dia berkata,
biar orang yang tidak mempunyai dosa,
meleparkan batu yang pertama.
Kamu tidak boleh melemparkan baru dalam
melaksanakan hukum ALLAH swt sedangkan kamu
sendiri tahu yang kamu juga melakukan dosa.
Itulah apa yang maksudkan.
Mereka mahu angkat tangan itu tapi tidak
boleh, jadi seorang demi seorang mula
bersurai dari tempat itu. Hinggalah
akhirnya tinggallah wanita itu keseorangan.
Jadi Nabi Isa as sudah tiada
cara nak laksanakan hukuman itu.
Dan dia menyuruh wanita itu pergi dan
menasihatkannya supaya mengubah cara hidupnya.
Tapi kenapa mereka melakukan perkara yang
sama ketika nabi yang seterusnya diutus.
Saya amat tertarik dengan perkara ini. Dan
saya ingin menyuruh kamu yang mendengar
ceramah ini melakukan satu kajian yang
kenapa mereka mesti menguji dua orang nabi
dengan satu perkara yang sama?
Nabi Muhammad saw sedang berada di
Mekkah dan selama 13 tahun baginda telah
mengerjakan solatnya di Mekkah, di
satu tempat yang tertentu di Kaabah.
Baginda memilih satu sudut di Kaabah yang
mana bila baginda solat, baginda akan
menghadap Kaabah dan Baitul Maqdis pada
masa yang sama yang mana merupakan kiblat
dalam syariat yang sebelumnya.
Kemudian berlaku hijrah dan baginda berada di Madinah.
Dan bila baginda tiba di Madinah
ada sekumpulan masyarakat Yahudi di Madinah.
Dan kenapa mereka berada di Madinah
adalah kerana mereka tahu ada nabi yang
akan datang ke situ. Semua rabbai yang alim
ada di Madinah. Dan mereka dapati bila
bangsa Arab itu datang, nabi Muhammad saw
merupakan berbangsa Arab, bila baginda datang
dengan muslim lain yang ada lebih kurang
300 orang, mungkin bilangan saya salah.
Mereka melakukan solat dengan mengadap kearah
Jerusalem. Yang mana juga merupakan kiblat kaum Yahudi.
Dan bila baginda mengadap
arah Jerusalem, baginda terpaksa
membelakangkan Mekkah, Kaabah.
Dan tiada bangsa Arab yang melakukan
perbuatan itu dan terlepas. Tidak! Kerana
keseluruhan masayarakat Arab telah
mengiktiraf Kaabah di Mekkah sebagai satu
pusat kerohanian bagi bangsa Arab.
Jadi perkara ini akan menunjukkan sebagai
satu perlakuan yang menyukakan kaum Yahudi,
orang2 Israel, inilah orang yang berbangsa
Arab tapi membelakangkan Mekah dan
menghadap pula ke Jerusalem.
Rasulullah saw melakukannya kerana syariat
yang diperintahkan ke dunia ini adalah
syariat yang dulunya datang kepada Nabi
Musa as dan mengikut syariat Nabi Musa as,
Jerusalem adalah kiblatnya.
Selepas nabi Musa datang pula nabi lain
termasuk Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as dan
kuil/masjid didirikan oleh Nabi Sulaiman
as di Jerusalem. Jadi inilah kiblatnya.
Tapi bukan itu sahaja yang dia lakukan,
dia berpuasa bersama2 dengan kaum Yahudi,
mengikut cara berpuasa yang ada dalam Taurat,
perintah berpuasa itu masih ada lagi
dalam Taurat hinggalah ke hari ini. Puasanya
bermula dari matahari tenggelam hinggalah
ke matahari tenggelam keesokkan harinya. Tidak
boleh makan, minum dan perhubungan kelamin.
Sebagai hasil dari kedua perkara yang
dia lakukan ini; saya bersolat ke arah
yang sama kamu solat, saya puasa sama2
dengan kamu mengikut syariat berpuasa kamu.
Baginda sedang memberikan bukti yang baginda
merupakan nabi ALLAH swt yang sebenar.
Dan membuktikan yang baginda sedang mengikuti
agama yang sama sebagaimana yang mereka
sedang amalkan. ALLAH swt sedang menguji mereka.
Mereka sebenarnya telah melakukan banyak
perkara yang salah. Mereka telah
mengubah kitab ALLAH swt.
Sebagai contohnya,
ALLAH swt telah
melarang meminjamkan wang dengan faedah
dan mereka mengubah kitab ALLAH swt.
Sekarang ini kita Taurat itu mengatakan yang
adalah haram untuk orang Israel, meminjamkan
wang dengan faedah kepada orang Israel yang
lain, ianya masih ada dalam kitab Taurat itu.
Tapi adalah halal bagi orang Israel untuk
meminjamkan wang dengan faedah kepada orang
yang bukan Israel. Adakah kena mereka adalah lipas?
Jadi kamu boleh hakis wang mereka?
Cepat rabbai, kami nak dengar jawapan kamu.
Dalam buku ini, agama Nabi Ibrahim as dan
negara Israel, kami ada memberikan beberapa
perubahan yang telah dilakukan
terhadap kitab Taurat.
Tapi saya nak juga cadangkan kepada
kamu untuk membaca buku karangan
Richard Fraiment, ilmuan Amerika, yang menulis
buku yang bertajuk 'who wrote the bible?'
(siapa yang tulis kitab
Injil?) dan dia mengesahkan
semua yang ALLAH swt
beritahu dalam Quran.
Mengenai perubahan yang
dilakukan kepada kitab Taurat.
Jika kamu padamkan firman ALLAH swt dan
menulisnya dengan tangan kamu dan kamu katakan
yang inilah firman dari
ALLAH swt, sedangkan
ianya bukan, maka kamu
telah melakukan satu dosa
yang besar yang di panggil 'blasphemy' dan
patut dihukum mati dalam syariat mereka.
Dalam Quran ianya di panggil sebagai 'syirik'.
Satu dosa yang ALLAH swt tidak akan maafkan.
Jika kamu mati tanpa bertaubat.
Mereka telah melakukan
banyak jenayah/kejahatan.
Mereka telah membunuh
banyak nabi2 ALLAH swt.
Dan kemudia mereka berbangga kerana telah
membunuh Nabi Isa as. Jadi sebagai hukuman yang
teruk bagi mereka, tapi ALLAH swt telah membuka
satu peluang kepada mereka untuk bertaubat,
peluang terakhir itu datang bersama
dengan nabi yang terakhir, selepas itu
tiada lagi peluang yang lain. Jika kamu
menerima dia, kamu patuhi dia, kamu ikuti dia,
kamu hormati dia, kamu bantu dia, ALLAH
swt bersedia untuk mengasihani kamu.
Tapi kalau kamu menolaknya, maka pintu
untuk keampunan ditutup bagi kamu.
Seluruh langit memerhatikan kamu, selepas
Rasulullah tiba di Madinah, apakah yang
akan berlaku?
Drama ini berterusan selama 17 bulan.
Selepas itu bukti amat jelas sekali
yang mereka telah menolak nabi Muhammad
saw dan mereka juga telah menolak Quran
'catalyst' adalah rabbai mereka, ketua
rabbai adalah Abdullah bin Salam,
telah mengucapkan syahadah dan menjadi muslim.
Begitulah apa yang berlaku.
Apabila hati mengakui kebenaran ini, maka
kamu akan menerimanya sebagai kebenaran.
Saya dapat satu e mail dari seseorang
yang tinggal di Holland, Netherland,
saya telah mendengar ceramah dan membaca buku
kamu dan saya percaya yang ia adalah benar.
Saya balas, jadi saya menjemput kamu untuk
membuat deklarasi ini, 'laillahaillah
muhammadarasulullah', hantarkan kepada
saya e mail, kemudian dia membalas,
dia mengatakan yang dia perlukan sedikit masa.
Saya balas dengan berkata,
'hormatilah kebenaran' maknanya kamu kenalah
betul2 yakin yang ianya betul barulah
kamu terima yang ianya betul.
Jadi ambillah masa kamu.
Tapi 'hormatilah kebenaran' juga bermaksud
bila kamu tahu ia benar maka kamu tidak
akan bertangguh2 lagi. Kamu jangan fikir
akibatnya, seperti 'apa isteri saya akan kata',
'apa keluarga saya akan
kata', 'apa kawan saya
akan kata', 'apa kerajaan
akan buat pada saya'
tidak! Bila sahaja kamu mengakuinya sebagai
kebenaran, 'hormati kebenaran' juga
bermakna kamu tak bertangguh2
lagi dalam menerimanya.
Jadi dia berkata pada saya, 'syeikh, saya
nak mengucap syahadah itu, tapi saya
tak percayakan internet ini. Bolehkah
saya hantarkannya dalam surat?
Saya kata kamu mungkin mati dalam
proses penghantaran surat itu.
Kami tak dapat kuburkan kamu sebagai
seorang muslim, saya katakan kepadanya,
kamu pergi sahaja kepada penduduk muslim
di Holland dan mengucapkan syahadah.
Pagi ini dia balas yang dia akan pergi
ke masjid tempatan dan membuat syahadah.
Alhamdulillah. Saya harap dia
dengar ceramah ini, insyaALLAH.
Kami menanti ucapan syahadah itu dan kami
menunggu2 berita dari saudara kita di Holland.
Jadi inilah kebenaran, maka Abdullah bin
Salam, telah menerima kebenaran ini dan
dia mengucapkan syahadah. Mereka juga
menerima nabi Muhammad saw sebagai
rasul yang benar. ALLAH swt ada
beritahu mengenainya dalam Quran.
Mereka mengenali nabi Muhammad saw
sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka.
Kenapa mereka tidak menerimanya
sebagai nabi? Kenapa?
Jawapannya ialah kerana perubahan yang
telah mereka lakukan di dalam Taurat.
Buku ini menerangkan perubahan yang telah
dibuat. 'Agama Nabi Ibrahim as dan negara Israel'
kitab Taurat telah diubah sehinggalah
Yahudi tidak dapat menerima nabi yang bukan
dari golongan Israel. Dan baginda
merupakan seorang yang berbangsa Arab.
Baginda datang dari keturunan nabi Ismail
as dan bukan dari keturunan nabi Ishak as.
Jadi kalau mereka menerimanya sebagai nabi,
sebagai akibatnya, ianya membuktikan yang
kitab Taurat mereka mengandungi kebohongan
dan sebab itulah mereka menolaknya.
Bila Abdullah bin Salam menjadi seorang
muslim, dia berkata kepada nabi Muhammad saw,
'jangan beritahu mereka, rahsiakannya', panggil
mereka dan tanya mereka apa yang mereka
fikir mengenai saya. Jadi Rasulullah
merahsiakannya dan dia memanggil ketua Yahudi itu.
Dan dia bertanya ketua Yahudi tentang
pandangannya mengenai Abdullah bin Salam?
Dia memujinya, dia berkata yang Abdullah
ialah seorang yang bijak, paling berilmu
antara mereka dan dihormati, dan Abdullah
bin Salam keluar dari persembunyiannya,
dan mengucapkan syahadah depan ketua Yahudi itu.
Kemudian ketua Yahudi itu mencacinya.
Dan dengan cara ini, apa yang tersembunyi
dalam hati telah terserlah keluar,
jadi sekarang ini mereka kena melakukan
sesuatu kerana ianya telah tersebar sekarang,
dan mereka telah membuat konspirasi
untuk menyerang nabi Muhammad saw.
Kita tidak ada masa untuk
meceritakan perancangan mereka.
Tapi pada masa inilah ALLAH swt bertindak,
pintu untuk pengampunan telah tertutup,
mereka berlainan dari kita,
kita berkata yang kita
akan berjumpa dengan ALLAH
swt secara peribadi,
mereka kata tidak!, kami tidak akan dihakimi
secara individu, kami akan dihakimi dalam
bentuk satu komuniti/masyarakat. Satu
masyarakat itu akan masuk syurga.
Jadi pintu pengampunan untuk
masyarakat itu sudah tertutup.
Ada satu ayat Quran yang amat
penting bagi ceramah pada hari ini.
Ia ada dalam surah al Baqarah, ayat 106.
Kamu ada kerja rumah yang perlu dilakukan.
Balik, ambil Quran dan baca ayat itu.
Inilah apa yang ALLAH swt beritahu;
Quran sedang memberitahu mengenai sesuatu
yang dipanggil 'naskh'/pembatalan/mansukh
ALLAH swt berkata yang Dia tidak pernah membatalkan
sebarang ayat/syariat/wahyu sebelum Dia
menggantikan dengan ayat yang lebih
baik atau yang sama dengannya.
Dia tidak mengatakan yang ianya akan
digantikan dengan perkara yang berbeza, tapi
Dia kata ianya akan menggantikan
dengan yang lebih baik atau yang sama.
Jadi jika kamu melihat sebarang
ayat yang di batalkan/mansukh.
Jika kamu lihat, ilmuan Islam/ulamak
mesti melakukan perkara ini.
Jika kamu lihat ayat yang dimansukhkan dan
kamu lihat ayat yang menggantikannya,
keduanya kenalah sama atau salah satunya
kenalah lebih baik lagi dari sebelumnya.
Dan bukannya berbeza atau
berlawanan antara satu sama lain.
Dan perkara inilah juga
yang berlaku sekarang ini.
ALLAH swt melakukan satu pemansukhan/pembatalan.
Apakah yang Dia batalkan?
ALLAH swt telah mambatalkan kiblat yang lama,
syariat yang lama berkiblatkan Jerusalem.
Bila syariat baru datang, dan
kiblat yang baru adalah Mekah.
Tapi Mekah dan Jerusalem adalah Ibrahim
as dan Sulaiman as dan Daud as.
Tidak ada apa konfik antara satu sama lain.
Inilah pemansukhan/pembatalan.
Dan kaedah inilah yang kita akan gunakan
dalam kajian perkara yang berkaitan
hukuman untuk zina.
Dalam agama Nabi Ibrahim as, orang Kristian
berkata yang mereka berasal dari agama
agama Nabi Ibrahim as. Orang Yahudi kata
agama mereka berasal dari Nabi Ibrahim.
Quran memberitahu nabi Muhammad saw, 'kamu
juga kena mengikuti agama Nabi Ibrahim as.'
jadi kita bertiga mendakwa yang agama
ketiganya berasal dari Nabi Ibrahim.
Dan jika kamu mahu mengkaji mengenai
hukuman terhadap zina, kenalah menggunakan
kaedah ini.
Kita pergi balik kepada
syariat yang terdahulu.
Kemudian datang pula pembatalan yang ke dua.
Ingat tak mengenai kita berpuasa bersama-sama
dengan kaum Yahudi.
Mengikut cara dan syariat
mereka berpuasa, iaitu dari
tenggelam ke tenggelam
matahari, tanpa makanan,
minuman dan hubungan kelamin.
Kemudian ALLAH swt telah mengubah undang2
itu dan mengubahnya kepada yang lain
kalau kamu tengok, keduanya nampak sama,
tapi sebab semua penduduk Madinah senyum,
bila undang2 ini diturunkan, undang2 ini lebih
baik dari yang dulu. Kami sukakan undang2
yang ini. Perkara pertama yang kami dapat
adalah mesej ini, menyukakan ramai orang.
ALLAH swt berkata, sekarang
ini halal bagi kamu
pada malam hari puasa untuk
mendatangi isterimu,
untuk hubungan kelamin. Jadi
masyarakat Madinah senyum.
Perkara yang paling indah yang ALLAH swt
dah cipta untuk lelaki adalah wanita.
Jauh lebih cantik dari Sunway Pyramid, perkara
yang paling cantik yang ALLAH swt ciptakan
untuk lelaki adalah wanita.
Walaupun sesetengah
orang di bandar Manhattan
berkata sebaliknya.
Dan sekarang ianya adalah halal
untuk kamu pada malam hari puasa.
Kamu boleh pergi kepada mereka
jadi kaum lelaki senyum.
Dia merupakan pakaian kamu dan kamu merupakan
pakaian mereka, dan kamu berdua adalah
tidak boleh dipisahkan.
Ia bukan wanita milik
satu kumpulan dan lelaki
dari kumpulan yang lain.
Kita semua solat di ruang yang sama dalam satu
masjid, kita tidak ada 2 jemaah dalam solat,
kita ada satu jemaah sahaja.
Rasulullah berkata
bahawa bila wanita sujud,
kamu tak pernah dengar
tentangnya kan. Mereka ambil hadis ini
dan simpannya dalam tempat simpanan.
'bila wanita sujud, mereka kena sujud lebih
lama dari lelaki kenapa? Baginda menerangkan
bahawa ada lelaki yang tak punya cukup kain
untuk menutup auratnya secara sempurna
dan jika wanita angkat
kepala terlalu awal, maka
mereka mungkin terlihat apa
yang tidak sepatutnya.
Jadi wanita solat dibelakang dan lelaki solat di depan.
Kamu tak akan letak wanita didepan
dan lelaki di belakang kan? Tak
akan ada lelaki yang boleh solat,
kamu boleh solat jika wanita ada di depan?
Tidak, kamu mesti fikir pasal wanita.
Jadi memang patut ALLAH swt letak
lelaki di depan dan wanita di belakang.
Sebab mereka boleh solat bila kita
berada di depan tapi kita tak boleh.
Dan tidak ada penghadang/tabir. Jadi kita dan
wanita adalah tergolong dalam satu jemaah.
Dia merupakan pakaian kamu dan kamu merupakan
pakaian mereka, dan kamu bedua adalah
tidak boleh dipisahkan.
ALLAH swt tahu apa yang
kamu buat secara sembunyi,
yang mana kamu sepatutnya
menjauhkan diri kamu
dari isteri kamu pada malam hari berpuasa.
ALLAH swt memandang kamu dengan belas kasihan
dan ALLAH swt mengampunkan kamu. Dan sekarang
kamu boleh mendekati isteri kamu dan mencari
apa yang ALLAH swt telah
tetapkan bagi kamu.
Jadi kita makan dan minum
pada malam hari sehingga
tiba waktu subuh, jangan
habiskan sepanjang
malam dengan makan dan minum.
Sehinggalah tiba
waktu subuh dan puasa
bermula dari masa tersebut.
Dan ianya bersambung
hinggalah tiba waktu malam.
Ini adalah syariat baru
dalam berpuasa dan kita
semua senyum kerana ianya
lebih baik berbanding
dari yang lama. Ianya tidak bertentangan dengan yang lama.
Ianya lebih baik dari yang lama.
Ianya syariat yang lebih mudah. Inilah
yang dinamakan 'naskh'/pembatalan.
Jadi tak perlulah cari di
dalam Quran, tolonglah!
Tak perlu untuk cari ayat
Quran yang bertentangan
dengan satu sama lain. Itu adalah perbuatan yang bodoh!
Itu adalah kaedah yang tak betul.
Ianya adalah wahyu terdahululah
yang telah dibatalkan.
Tapi saya ada di dalam
kelas di institut
Aleemiyah dalam mata
pelajaran Islam di Karachi,
Pakistan, ketika saya masih
lagi seorang pelajar.
Kamu tahulah kadang2 kamu
tertidur dalam kelas,
tapi kali ni, ketika saya
sedang tidur, saya tiba2
tersentak bangun kerana guru saya berkata,
kita sedang membincangkan surah an Nur,
dan dia ada hadis untuk menyokongnya.
Katanya ada
ayat Quran dulu dan
sekarang ianya tiada lagi
dalam Quran. Mestilah
saya tak cakap mengenai
perkara itu dalam kelas
tapi saya katakan pada
diri saya sendiri, apa yang mengarut ni!
Mengarut apa yang saya dengar ni!
Bahawa dulu pernah ada ayat dalam Quran dan
sekarang ianya tiada lagi dalam Quran.
Saya tunggu hinggalah kelas berakhir dan saya
ke tingkat atas untuk menemui Dr Muhammad
Fadlurahman al Ansari rhma, guru saya.
Dan saya
katakan padanya, 'maulana
inilah apa yang mereka
katakan di dalam kelas tadi', dan dia berkata
pada saya, 'anak, mereka dah salah'.
Tidak ada ayat dalam Quran
yang pernah dibatalkan.
Dan tiada ayat dalam Quran
pernah di 'lupakan'.
ALLAH swt telah pun memberi
jaminan akan al Quran.
Dan jika ada sebarang
perubahan yang berlaku dalam
Quran, siapakah yang sepatutnya memberitahu kita?
Seorang yang dipilih sebagai guru!
Nabi Muhammad saw dan bukanya mana2 maulana
di Mesir ke, di Pakistan ke. Tidak!
ALLAH swt telah melantik nabi Muhammad saw,
jadi bagindalah yang kena beritahu pada kita.
Yang ALLAH swt ubah itu dan ini dan
menggantikan dengan itu dan ini. Itu mengarut.
Nabi Muhammad saw tidak pernah
memberikan maklumat sebegitu.
Baginda tidak pernah memberitahu sebarang
perubahan pada Quran. Dan jika ada seseorang
memberitahu saya, tak kiralah siapa dia dan
berita itu sampai pada saya, maka saya akan
katakan yang itu tidak benar, itu salah!
Tidak kira siapa kamu.
Seseorang telah memalsukan hadis dan
meletakkan nama para sahabat Rasulullah saw
jadi pembatalan dan ayat yang telah dilupakan
sebagaimana ALLAH swt telah tetapkan
bukanlah bermaksud mana2 ayat yang ada dalam
Quran, ia bermaksud wahyu yang datang sebelum
turunnya Quran.
Satu lagi soalan, nabi Muhammad saw telah
wafat dan kita ada Quran dengan kita sekarang
adakah mungkin apa yang ada
sekarang di dalam Quran
boleh dibatalkan? Kamu
dengar tak soalan tu?
Adakah mungkin apa yang ada
sekarang di dalam Quran,
adakah di masa hadapan
ianya boleh dibatalkan?
Tidak! Kenapa kamu tak mengelengkan
wajah kamu semua? Tidak! Tidak mungkin.
Tapi ada hadis dalam sahih Bukhari yang
bila Nabi Isa as kembali, baginda akan
membatalkan jizyah. Jizyah ada dalam Quran.
Dan ada hadis yang mengatakan yang
dia akan membatalkan jizyah. Ini merupakan
satu lagi pembatalan yang akan datang.
Satu ayat dalam Quran akan dibatalkan
jika dirujuk pada sahih Bukhari.
Adakah kamu akan mempercayainya?
Adakah kamu percaya
yang apa sahaja dalam
Quran pernah dibatalkan
atau boleh dibatalkan, pernah
dilupakan atau akan dilupakan?
Saya rasa dah tiba masanya
ulamak Islam perlu
diajar mengenai perkara ini
dengan cara yang betul.
Saya rasa dah tiba masanya ulamak Islam
sekarang ini untuk berhenti melakukan apa
yang telah lama mereka lakukan.
Ada seorang yang memberitahu yang ada 49
ayat yang telah dibatalkan, dia membuat
senarainya sendiri. Apakah hak/kuasa yang kamu ada?
Adakah nama kamu muhammad saw?
Dan ada seorang lagi datang dan membawa
35 senarai dan yang lain bawa 25 senarai.
Adakah ini 'disneyland'? Kemudian datang
shawuli al dahlawi, yang mengatakan mereka
semua adalah salah, 300 tahun yang lalu dan
dia mengarang satu buku saya rasa namanya
'kitabul kabir fi usulul tafsir', katanya
mereka semua salah, hanya ada 5 sahaja.
Semoga ALLAH mengampunkannya, dia merupakan
seorang guru yang hebat, dr Israr rhma.
Saya amat menyayanginya, saya menghormatinya
dan saya tidak akan bertolak ansur
dengan sesiapa yang ingin mengubah
pandangan saya terhadapnya.
Walaupun seorang lelaki membuat kesalahan,
saya pun ada buat kesalahan.itu tidak bermakna
kamu kena memandang rendah padanya
dan tidak menghormatinya. Tidak!
Saya berlainan pendapat dengannya, dr Israr
ahmad, sebagaimana saya tidak bersetuju
dengan ramai lagi yang lain tentang
beberapa isu, tapi saya menghormatinya.
Lelaki yang berilmu dan
lelaki yang bangun dan
berkhidmat dalam misi
Islam sepanjang hidupnya.
Kenapa saya tidak menghormati mereka? Dr Israr
ahmad rhma berkata, saya boleh jadikannya
tiga dari lima senarai, maulana Dr. Muhammad
Fadlurahman Al Ansari berkata, tidak!
Tidak ada langsung! Tidak ada satu pun
ayat Quran yang dilupakan/dibatalkan.
Dan malam ini kita ada persetujuan bahawa
tidak ada masa depan yang akan berlaku
apa2 pembatalan bila Nabi Isa as kembali.
Kemudian datang pula pembatalan yang ketiga,
dengan cara yang sama mereka menguji
Nabi Isa as. Ianya menarik perhatian saya
sebab saya kena memahami kenapa, saya masih
belum lagi tahu kenapa?, mereka tahu
jawapannya tapi saya tidak tahu.
Mereka kemudiannya datang kepada nabi yang
ke seterusnya, nabi Muhammad saw dengan
ujian yang sama.
Mereka membawa 2 orang, saya tak pasti yang
ianya 2 orang tapi kali yang terakhir,
mereka telah meninggalkan
lelaki itu di belakangkan?
Dan mereka katakan yang keduanya telah
melakukan perbuataan zina dan telah membuat
pengakuan melakukan zina. 'Wahai
Muhammad saw, kamu adili mereka'
ianya merupakan satu ujian dan perangkap dari mereka.
Bagaimana nabi Muhammad saw
akan bertindak, dalam kes Nabi Isa as, nabi
Isa bersedia untuk melaksanakan hukuman itu.
Tapi dia berkata, biar orang yang tidak
berdosa dahulu melemparkan batu pertama,
tiada sesiapa yang dapat merejam wanita itu
maka Nabi Isa as menyuruh wanita tu pergi.
Mereka membawa 2 orang yang telah
mengaku melakukan zina, mereka berkata
'wahai Muhammad saw, kamu
adili mereka' mereka
sebenarnya melemparkan
'boomerang' kepadanya.
Saya rasa boomerang adalah satu istilah orang australia.
Bila kamu lemparkannya, ia akan
datang balik kepada kamu. Jadi mereka telah
balingkannya dan ia datang balik kepada mereka.
Baginda bertanya, 'apakah hukuman yang kamu
akan berikan?' pada pemahaman saya adalah,
saya minta kaum Yahudi
betulkan saya jika saya salah.
Pada pemahaman saya ialah, majlis undang2
Yahudi, majlis kehakiman mereka telah pun
membuat keputusan 2000 tahun yang lalu untuk
meninggalkan undang2 ini, iaitu hukuman
untuk zina. Inilah keputusan yang diambil
oleh mahkamah Yahudi, untuk meninggalkan
undang2 ini.
Jadi bila nabi Muhammad saw bertanya
'apakah hukuman yang kamu akan berikan?'
'bawakan kepada saya Taurat', jadi kitab
itu, walaupun telah diubah, mereka masih
menganggapnya sebagai kitab Taurat walaupun
ianya telah tercemar, ia masih dikenali
sebagai Taurat. 'Bawakan saya kitab Taurat'
kemudian seseorang telah diarahkan untuk
membacanya, ayat yang berkaitan
dengan hukuman bagi penzina.
Ketika itu Abdullah bin Salam ada bersama
baginda, dan bila lelaki itu membaca dan
ia sampai kepada perkataan 'merejam', dia
meletakkan jarinya atas perkataan itu,
dan membaca ayat tanpa menyebut perkataan itu.
Abdullah bin Salam kata 'berhenti!'
'angkat jari kamu, dan sekarang baca'. Saya
teringin sangat melihat video tentang ini
insyaALLAH. Jadi lelaki
itu terpaksa membacanya.
Dalam kitab Taurat itu, dan saya harap
bangsa Yahudi sedang mendengar sekarang,
dan saya harap penganut Kristian juga
mendengarnya, bahawa dalam wahyu ALLAH swt,
dalam dalam wahyu yang diberi kepada Nabi
Ibrahim as, hukuman untuk zina adalah
direjam sampai mati. Jadi jika mana2
Kristian dan Yahudi mahu mengatakan bahawa
perbuatan ini adalah biadab, maknanya kamu
sendiri telah menghina Tuhan Ibrahim as.
Adakah sesiapa yang bukan Yahudi atau
Kristian yang beragama hindu atau buddha,
mahu mengatakan bahawa ia adalah perbuatan
biadab, saya memberi amaran kepada kamu,
kamu akan berhadapan dengan satu masalah
yang besar pada hari pengadilan kelak.
Kamu akan berada dalam suatu keadaan yang
amat kasihan di hari pengadilan kelak,
kalau kamu membuka mulut kamu untuk
berkata satu perkataan terhadap undang2
merejam sampai mati kerana undang2 itu
datang dari Tuhan Nabi Ibrahim as dan
ianya masih ada hingga ke
hari ini, dalam kitab Taurat.
Maka jika kamu dilepaskan, kamu akan
terperangkap lebih kurang setahun dari sekarang
ingatlah kata2 saya sekarang ini.
Mereka berkata, tentu sahaja mereka tergagap2
sekarang, jadi... jadi... kamu tahu
bila orang kaya, orang besar, bila mereka
melakukan zina, kami terpaksa melepaskan
mereka, saya tak nak menyebut nama mana2 negara
tapi kita dah biasa dengar pasal itukan!
Patut ke saya sebut mana2 nama?, orang2
besar yang ada nama, mereka terlepas,
dan bila orang kebanyakan melakukan
kesalahan itu, mereka dihukum.
Dan ianya tidak membuatkan kami rasa gembira.
'jadi kami buat keputusan untuk
meninggalkan undang2 tuhan dan menggantikan
dengan hukuman yang dicipta oleh manusia.
Itulah yang sedang berlaku di dunia sekarang.
Jadi kami berikan undang2 yang baru ini,
yang kami buatkan wajah mereka hitam,
kenapa tidak jadi merah? Kenapa hitam?
Kami jadikan wajah mereka hitam
dan kami berikan mereka sebatan.
Jadi walaupun dengan undang2 buatan mereka,
mereka ada hukuman sebatan di depan awam,
untuk hukuman zina, dalam undang2 buatan
mereka sendiri. Walaupun undang2 itu
sekarang ini juga mereka
telah ditinggalkan.
Saya meminta kaum Yahudi dan kaum Kristian,
bila kamu meninggalkan undang2 ALLAH swt,
dan kamu membuat undang2 kamu sendiri,
kenapa kamu tak buat undang2 ALLAH swt
dan undang2 kamu sendiri?
Kamu tak tahu malu ke?
Dan ini ialah golongan Islam, jutaan pengikut
nabi berbangsa Arab itu dan hari ini
kami semua bersedia untuk melaksanakan undang2
yang mana juga undang2 kamu yang kamu
telah tinggalkannya.
Jadi mereka kena baca bahawa hukuman untuk
zina adalah direjam dengan batu hingga mati.
Mereka tidak dapat melaksanakannya dan
mereka menggantikannya dengan undang2 ini.
Sebatan depan awam dan
mukanya diwarnakan hitam.
Apakah tindakan nabi Muhammad saw? Adakah
baginda akan berkata mereka yang tidak
berdosa, baling batu yang pertama? Tidak!
Sepertimana Nabi Isa as, nabi Muhammad saw
mengakui yang itu adalah undang2
ALLAH swt, iaitu rejam sampai mati.
Maka dia mengarahkan agar kedua penzina itu
direjam sampai mati. Orang2 Yahudi itu
betul2 tercengang sebab
lebih kurang 600 tahun yang
lalu kali terakhir mereka
melaksanakan hukuman itu.
Selepas mahkamah mereka telah membubarkan undang2 itu.
Jadi nabi Muhammad saw bukan
sahaja solat ke arah Jerusalem, bukan
sahaja baginda berpuasa bersama mereka,
bahkan baginda juga melaksanakan undang2
yang mereka sendiri telah tinggalkan.
Lelaki ini tentu sahaja seorang nabi.
Tapi selepas mereka telah menolaknya,
ALLAH swt telah memberikan kita pembatalan,
mula2 ialah perubahan kiblat dari Jerusalem,
ke Mekah, kedua ialah perubahan undang2
berpuasa, ketiga sekarang berlaku dan ianya
ada dalam Quran dalam surah ke 24, surah an
Nur yang bermaksud cahaya, dalam ayat ke dua,
ALLAH swt telah memberikan undang2 untuk hukum
bagi penzina dalam bentuk syariat yang baru.
Undang2 baru itu telah menggantikan undang2 yang lama.
Undang2 baru tidak pernah
menggantikan undang2 lama secara
'separuh masa' atau 50%, tidak!
Undang2 baru selalu menggantikan
undang2 lama secara sepenuhnya.
Ianya bukanlah kamu
mengarahkan kiblat kamu ke
Mekah pada hari ahad dan
bertukar ke Jerusalem
pada hari selasa. Saya patut guna hari isnin
dan selasa kerana hari berikut adalah
melambangkan tuhan2 mereka dan hari ahad
adalah hari mereka memuja matahari.
Atau kamu menghadap Mekah
pada hari jumaat dan
mengadap balik pada
Jerusalem pada hari sabtu.
Tidak!, yang pertama telah menggantikan secara
keseluruhan sekali dan digantikan dengan
yang baru. Begitu juga dengan pertukaran
kiblat, peraturan berpuasa dan sekarang ini
dengan hukuman untuk zina. Hukuman rejam
sampai mati telah sepenuhnya di batalkan.
Dan ianya digantikan secara sepenuhnya dengan
undang2 baru iaitu sebatan dikhalayak ramai.
Tapi kenapa jutaan muslim diseluruh dunia dan
bersedia hari ini, dan saya bangga dengan
perkara itu. Yang ummah sedang bersedia
pada hari ini untuk melaksanakan undang2
merejam sampai mati. Tentu ada sesuatu hikmah
dan kebijaksaan. Jawapannya ada dalam hadis.
Terdapat sekurang2nya 4 hadis dalam sahih Bukhari
yang memberitahu kita yang undang2 Islam
untuk perbuatan zina,
yang mana salah satunya,
pembatalan hukuman itu
adalah 'separuh masa',
jika mereka yang melakukan zina adalah belum
berkahwin, maka hukuman yang baru dikenakan.
Dan hukuman yang pertama adalah terbatal.
Tapi jika ada orang yang dah berkahwin
melakukan zina, maka undang2 yang lama
di dalam kitab Taurat, tidak dibatalkan
dan masih diguna pakai. Dan ada beberapa,
tak banyak, mungkin 2 atau 3 dalam hadis,
yang mana nabi Muhammad saw melaksanakan
hukuman iaitu rejam sampai mati.
Apa yang hadis tidak lakukan ialah, dan dah
terlambat bagi kita sekarang untuk menerbit
kan satu hadis baru, bukan
untuk kita, mencipta hadis.
Apa yang hadis tidak lakukan ialah bahawa
ia tidak nyatakan pada kita samada hukuman
rejam sampai mati ini, diarahkan oleh nabi
Muhammad saw, berlaku sebelum ayat Quran
turun, dan membatalkan undang2 sebelumnya atau
berlaku selepas itu. Ia tidak beritahu kita.
Tapi ada prinsip asas dan kaedah, kita nak pergi
pula kepada kaedah dan saya tak akan ambil
masa yang banyak. Quran sebenarnya sesuatu
yang sahih ada jaminan dari ALLAH swt.
ALLAH swt memeliharanya. Tiada
hadis yang ada status jaminan itu.
Jadi, dengar baik2 kata2 saya, sebenarnya
ia bukannya kata2 saya, ia adalah kata2
guru saya maulana dr. Muhammad Fadlurahman al Ansari rhma.
Adalah Quran bersifat menghakimi
terhadap hadis dan bukan sebaliknya. Quran
dan hadis tidak ada status yang sama.
Walaupun ianya satu hadis yang sahih, ia
tidak ada status yang sama dengan Quran.
Bahawa bila Nabi Isa as, turun, dia akan
membatalkan jizyah. Jadi ada satu lagi
pembatalan dalam Quran akan datang, tidak!
Quran akan menghakimkan hadis.
Maka jika anda jumpa sesuatu dalam hadis
yang mana bercanggah dengan Quran,
maka kamu kena berpegang kepada Quran.
Itulah kaedahnya, ada satu hadis
dalam sahih Bukhari yang mana Umar
rdha telah melapurkan berkata bahawa
orang akan berkata yang kita tidak akan
jumpa lagi perkataan rejam di dalam Quran,
inilah yang guru saya sedang beritahu di
dalam kelas dan bila saya sedang tidur,
saya terus bingkas bangun, iaitu kita tidak
akan lagi jumpa perkataan rejam di dalam Quran,
maknanya dulu ia pernah ada dalam Quran,
ia tiada lagi dalam Quran sekarang,
samada ianya tertinggal atau dibatalkan
atau dilupakan, apakah perkataan rejam
pernah ada dalam Quran? Dan ia tiada
lagi dalam Quran, bagaimana anda boleh
beritahu dalam hadis? Apa yang mengarut
ni, yang dulu pernah ada ayat dalam Quran
ia adalah sangat jelas dan terang bahawa
ini adalah hadis yang dipalsukan.
Dan bila kita cakap mengenai hadis dalam
sahih Bukhari yang kita anggap dipalsukan
ianya tidak bermakna keseluruhan hadis2
didalamnya dah rosak. Itu mengarut.
Perkataan Dajjal tidak ada dalam Quran
dan kamu tidak akan faham dunia hari ini
kamu tidak akan dapat memahami apa yang
berlaku di dunia hari ini tanpa ilmu
mengenai Dajjal. Dan semua maklumat yang
kita mengenai Dajjal, ada dalam hadis.
Jika saya menganggap satu hadis di
dalam sahih Bukhari sebagai palsu maka
perkataan ini pernah ada dalam Quran,
adakah anda akan katakan Imran Hosein
telah menyebabkan keseluruhan sistem
hadis dah musnah? Itu perkara remeh.
Sama jika kita ada keberanian dan kita
ada intergriti bila kita dapat menyedari
ada pemalsuan di dalam hadis dan
mengisytiharkannya sebagai palsu.
Begitu juga dengan menjemput Yahudi dan
Kristian, yang bila anda jumpa dalam
kitab kamu yang mana ianya jelas palsu seperti
contohnya, ianya haram bagi orang Israel
untuk meminjam wang dengan interest
kepada seorang Israel yang lain tapi
ianya halal untuk meminjamkan wang kepada
yang bukan Israel dengan interest.
Bila kamu jumpa mana2 pemalsuan, jelas
dan terang, buatlah sebagaimana apa yang
kita sedang lakukan sekarang ini, di masjid Al Husna.
Dan isytiharkannya sebagai
palsu. Itu bukannya bermakna keseluruhan
kitab Injil akan musnah. Tidak sama sekali.
Jadi sekarang kita akan akhiri dengan
mengingatkan pendengar kita, yang ini
bukan sahaja tajuk yang amat penting
tapi ada hari esok yang akan datang bila
perangkap akan mengenakan kita dan ketika
saya merasa bangga dengan umat Islam
yang hari bersedia untuk melaksanakan undang2
ALLAH swt berkaitan dengan merejam hingga
mati, yang mana merupakan undang2 mereka,
bukan lagi undang2 kita, saya bangga,
ada bukti yang ada kebenaran di dalam Islam,
yang kami bersedia untuk melaksanakan
hukuman yang kamu sendiri telah tinggalkan
tapi walaupun saya rasa bangga terhadap
orang Islam, kita juga mestilah mengakui
yang al Quranlah yang menghakimi hadis
dan hadis yang memberitahu bahawa hukuman
untuk zina, jika kamu sudah berkahwin,
merupakan satu syariat yang lama,
dan jika kamu belum berkahwin,
ia adalah syariat baru,
hadis ini adalah palsu.
Dan kita kena menganggapnya sebagai hadis palsu.
Dan bila satu pasangan yang sudah
berkahwin di bawa ke mahkamah di Mesir, saya
berharap dan berdoa yang mahkamah Mesir
ada kebijaksanaan untuk menjatuhkan hukuman
kepada mereka dengan sebatan dikhalayak ramai.
Sessi soal dan jawab
Alhamdulillah kita ada banyak masa untuk soal jawab.
Mula2 kita mulai dengan tajuk ini.
Kemudian selepas ini kita boleh
bicarakan mana perkara yang anda mahu.
Adakah ayat di dalam Quran mengenai hukuman
kepada penzina yang merujuk kepada kitab Taurat?
Tidak ada ayat dalam Quran yang merujuk
kepada hukuman yang ada dalam kitab Taurat.
Kaedah yang Quran itu sendiri berikan, ialah
kamu jangan mengambil sesuatu ayat secara
berasingan. Tidak! Jika kamu lakukan demikian
maka iblis/syaitan akan menjadi seorang
malaikat. Itu merupakan kaedah yang salah.
Saya dah menerangkan pada permulaan ceramah
yang mana kaedah yang betul adalah kamu kena
mencari keseluruhan data dan sebab itulah
saya kena bawa kamu mengkaji kembali ayat2
yang berkaitan dengan pembatalan/mansukh.
Soalan kamu ialah kenapa kita perlu merujuk
kepada kitab Taurat dalam menerangkan
perkara ini. Saya rasa, buktinya jelas dalam ceramah ini.
Ceramah yang saya sampaikan
menyatakan kenapa kamu kena merujuk kitab Taurat.
Sebab kita tidak akan dapat memahaminya
tanpa melakukan perkara itu. Tidak! Saya
berikan kamu satu contoh. Rumah ibadat yang
pertama di bina ada di Bakka. Kamu tidak
akan dapat menerangkannya, kenapa ALLAH swt
menggunakan perkataan Bakka melainkan kamu
mengkaji kitab Taurat. Kamu tidak akan dapat
memberikan penerangannya.
Kenapa saya beritahu dalam ceramah saya yang
saya menjangkakan yang US dollar mesti jatuh.
Tapi kamu tidak perlu terima pendapat saya.
Tidak! Tiada sesiapa yang patut terima
pendapat saya melainkan kamu yakin yang saya betul.
Saya akan terkejut dan kecewa
jika kamu terima pendapat saya semata2
kerana ianya datang dari saya. Tidak!
Jika pendapat kamu berlainan dari saya,
saya katakan mari kita tunggu dan lihat.
Tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku.
US dollar tidak jatuh dengan sendirinya,
ianya merupakan kemusnahan yang telah
dirancang dan dikawal untuk berlaku dan
ahli patriotik Amerika sedang mencuba
sedaya upaya untuk
mengelakkannya dari berlaku.
Tapi pakatan Judeo Kristian Zionis, saya
harap Amerika sedang mendengar kata2 saya
iaitu ahli patriotik Amerika, pakatan Zionis
sedang bertindak bagi pihak negara Israel.
Merekalah yang mengawal kemusnahan US
dollar dan begitu juga dengan ekonomi US.
Saya yakin yang mereka sendiri tidak sedar
apa yang akan berlaku, mereka cuba meneka.
Saya juga sedang meneka. Saya tidak tahu
dan saya tak berkata inilah pandangan saya
tapi saya harap saya salah yang bila akhirnya
US dollar runtuh, ianya akan menyebabkan
satu suasana panik, terutama kepada mereka
yang tinggal di kawasan yang mana mereka
ada matawang yang lemah. Pandangan saya,
dan kamu boleh dapatinya dari buku kecil
yang bertajuk, emas, dinardan perak dirham,
Islam dan masa depan wang. Ianya sangat nipis.
Kamu tidak ada alasan
untuk tidak membacanya.
Kita ada stoknya sekarang dalam edisi baru,
ada maklumat tambahan yang semua duit kertas
dan duit elektronik adalah
penipu, palsu dan haram.
Tapi kamu tak perlu bersetuju dangan saya,
kamu boleh berbeza pandangan dari saya.
Jika kamu mengatakannya halal maka itu
adalah pandangan kamu, tidak perlu bergaduh
sesama kita. Tapi saya dah katakan, kalau
kamu mengejar saya dengan sarung tangan tinju
kerana saya katakan yang wang kertas, duit
ringgit yang kamu gunakan saya kata adalah
merupakan palsu, penipu dan haram. Mufti
kamu mungkin akan berkata benda lain,
kalau kamu mengejar saya dengan sarung
tangan tinju dan kamu mahu memperkatakan
benda jahat pasal saya dan meminggirkan
saya, memaksa saya supaya senyap, maka
saya tidak dapat menerimanya. Saya
akan bersabar selagi mana saya mampu.
Kemudian saya akan bertindak dengan
mencabar kamu dan saya telah mengulanginya
banyak kali. Dan malulah kamu kalau kamu menarik
diri pada hari dimana saya mencabar kamu.
Inilah cabaran saya, gunalah apa juga fatwa
yang kamu ada jika kamu yakin yang kamu betul.
Yang duit kertas ini adalah halal dan
saya katakan ianya haram, marilah dan
biarlah kita berdua mengangkat tangan dan
berdoa kepada Tuhan Nabi Ibrahim as,
Tuhan yang satu, dan memohon kepadanNya untuk
melaknat dengan laknat yang selama2nya,
dan menghukum dengan hukuman yang akan berlaku
sampai bila2, sesiapa sahaja antara kita
yang salah. Saya berharap yang saya
tak perlu melakukan perkara demikian.
Tapi jawapan saya kepada kamu ialah inilah
pandangan saya yang semua duit kertas dan
duit elektronik adalah haram dan sebelum
itu ia akan jatuh dan ianya merupakan
kejatuhan/kemusnahan yang dikawal supaya
negara Israel akan mendapat faedah atas
kesedihan dan kehilangan Amerika.
Dan Israel akan menggantikan US sebagai
negara pemerintah dunia yang seterusnya.
Soalannya ialah jika tidak ada saksi apa
yang kita perlu buat dengan kes zina?
Jika tidak ada saksi maka kita tidak
boleh menganggapnya sebagai zina.
Ianya mungkin zina, ia dah berlaku, tapi
kita tidak boleh katakan yang ianya
berlaku kerana tiada saksi tapi dalam
kedua2 kes itu bila orang Israel menguji
kedua nabi, dalam kes pertama, mereka
adalah saksi itu, 'kami menangkap mereka'
itulah yang dikatakan oleh rabbai
itu, 'kami tangkap mereka'
dan dalam kes yang kedua, mereka berdua mengaku.
Jadi jika kamu ada saksi dan
kamu kena laksanakan hukuman, jika mereka
mengaku maka kamu kena laksanakan hukuman.
Undang2 dalam Islam, syariat yang baru,
yang ALLAH swt turunkan, saya tidak tahu
undang2 yang lepas, dalam syariat yang
lepas, dalam syariat yang baru, kamu kena
ada 4 orang saksi dan nabi Muhammad saw akan
bertanyakan soalan yang terang dan jelas,
yang kita tak akan ulanginya disini,
untuk memastikan ianya adalah perbuatan
hubungan kelamin yang sebenar dan bukan
nya separuh jalan sahaja. Ianya haruslah
perlakuan yang menggambarkan keseluruhan
proses hubungan itu yang mana dia mengaku
telah melakukannya.
Soalannya, hadis dalam sahih Bukhari
berkenaan turunnya putera Maryam.
Ingat tak hadis yang menyatakan turunnya putera Maryam?
Maryam mana? Hanya ada satu
sahaja Maryam yang telah melahirkan seorang
anak lelaki, waliyat, seorang dara, hanya ada
satu Maryam sahaja, jadi itulah
Maryam yang kamu maksudkan.
Dialah yang akan turun. Mirza Ghulam Ahmad
dari India, pengasas pergerakan Ahmadiah,
yang mana sedang berkembang
di Britain sekarang,
dia telah membuat satu
pengakuan yang hebat,
yang ramalan mengenai turunnya putera
Maryam telah terzahir pada dirinya.
Masalah dia ialah, dia merupakan anak
seorang wanita Punjabi, jadi kamu hanya
perlu kecerdikan asas untuk mengenalinya.
Saya dapat menyedarinya kenapa anda
tidak dapat menyedarinya yang ini merupakan
suatu kebatilan. Dia telah membuat
pengakuan yang palsu dan dia
sepatutnya dikutuk sebagai penipu.
Tapi sesetengah orang tak ada
kecerdikan asas langsung.
Hadis dalam sahih Bukhari yang putera
Maryam akan kembali dan pada waktu itu
di mana dia akan kembali, dia akan patahkan
salib, dan dia akan bunuh khinzir,
dan dia akan hapuskan jizyah. Saya rasa
ada seseorang yang telah melakukan
penulisan semula hadis ini. Sebagaimana
yang mereka menulis semula mengenai
nabi Muhammad saw kahwin dengan Aisyah
rdnha semasa dia berumur 6 tahun.
Pertamanya, baginda tak pernah mengahwininya.
Tidak ada majlis perkahwinan
pernah berlaku disini di atas muka bumi ini.
ALLAHlah yang mengahwinkan mereka.
Berdasarkan hadis, dia diberitahu yang
Aisyah itu dah menjadi isterinya,
ketika umurnya 6 tahun. Saya bukanlah seorang
ilmuan yang khusus mengenai perkara itu.
Tapi ada ramai ulamak yang mempertikaikan
perkara itu yang ia tidak mungkin
berumur 6 tahun bila visi itu datang yang
menerangkan Aisyah rdha adalah isterinya
sama juga dengan kes ini, seseorang tentu
telah melakukan sesuatu dengan menulis semula
hadis ini. Untuk dia mematahkan salib
adalah mudah, saya tak rasa yang dia akan
mengambil kapak dengan tangannya dan mencari2
di mana ada tanda salib, ambil kapak
dan mematahkan salib itu. Saya tak fikir begitu.
Saya rasa ini adalah simbol keagamaan.
Dan saya memahami, mematahkan salib sebagai
menyerlahkan kepalsuan yang berkaitan
dengan kepercayaan berkaitan salib dan kemudian
dia akan membunuh khinzir, saya tak rasa
Nabi Isa as akan mengambil pisau dengan
tangannya dan setiap kali dia tangkap
seelor khinzir, dia akan membunuhnya, tidak,
saya tak fikir begitu. Saya menganggapnya
sebagai simbol keagamaan, maka dia akan
melakukan sesuatu yang dahsyat dengan
mereka yang dia amat memarahinya, jadi
mereka di takrifkan sebagai khinzir.
Menghukum mereka dengan hukuman yang amat
dahsyat kerana mereka angkuh dan bangga
'kami dah bunuhnya!' mereka membanggakan
diri, maka dia akan menghukum mereka
dengan hukuman yang amat dahsyat yang ianya
disimbolkan sebagai dia membunuh khinzir.
Tapi ini adalah pendapat saya, kamu tidak
semestinya menerima pendapat saya sehinggalah
kamu yakin yang ianya betul.
Berapa kali perlu saya ulanginya.
Dan mengenai pembatalan jizyah, nampak
seperti sesuatu yang ditulis kembali,
di dalam hadis itu sebab jika jizyah dibatalkan
ianya akan menandakan bahawa akan berlaku
pembatalan ayat Quran
pada ketika nabi Isa as
kembali, tapi perkara itu
tidak mungkin berlaku
tidak akan berlaku
pembatalan ayat al Quran,
ianya tak pernah berlaku
dan tidak akan berlaku.
Satu berita telah sampai kepada kita yang
tentera bersenjata Israel telah membunuh
5 orang Mesir, saya tak tahu samada
mereka adalah polis ke atau pegawaike.
Israel telah membunuh 5 dari mereka.
Adakah perkara itu berlaku semalam?
Dan kerajaan Israel telah
meminta maaf kepada
kerajaan Mesir atas
pembunuhan orang2 tersebut.
Tapi itu sebenarnya debu untuk menutupi mata
kita, pembunuhan 11 orang di Sinai, Israel,
beberapa hari yang lalu, amat mudah sekalikan
dengan mengambil peluang atas kepanasan
demonstrasi menentang netanyahu dan kerajaannya.
Tiba2 sahaja semuanya hilang.
Sebelum peristiwa 9/11 berlaku, Israel
berada di balik tembok, semua dunia
menentang Israel. Sebelum
peristiwa 9/11 berlaku.
Ada konferen mengenai perbezaan perkauman dan
ras yang di anjurkan oleh UN, saya rasa,
di Johanesberg atau Durban, saya tak
pasti kat mana dan dalam konferen itu,
Israel berjalan keluar dan satu negara yang
tak tahu malu berjalan keluar bersama Israel
hanya satu iaitu US, collin powell.
Tiada sesiapa
bergerak keluar bersama
Israel, hanya seorang sahaja.
Oleh sebab semua negara mengutuk Israel
diatas sebab isu diskriminasi perkauman.
Jadi sehinggalah 9/11 2001, boleh dikatakan
semua negara dunia tidak menyembelahi Israel.
Tiba2 peristiwa 9/11 berlaku,
masanya amat tepat sekali,
tiba2 sahaja semua orang bertukar arah!
Sekarang ini semua negara mengutuk Islam
dan bangsa Arab dan Osama bin Ladin.
Rasulullah saw telah memberi
amaran kepada kita, kata baginda
pada akhir zaman ada pembohong
yang amat besar, jadi berhati2lah.
Kita tidak akan terkejut pada hari
kebangkitan kelak bila kita dapati semua
perkara yang berlaku
sekarang, dan penerangan
rasmi berbeza dari
penerangan yang sebenarnya.
Soalannya ialah hanya ada 14 juta orang Yahudi
dan lebih dari 1 billion muslim, kenapa kita
tidak dapat menangani mereka?
Jawapannya ialah kita tidak mempunyai
kebebasan, kita telah dipenjarakan oleh
kerajaan kita sendiri dan mereka yang
memerintah kita memerintah bagi pihak Zionis.
Pihak Zionislah yang mengawal kerajaan kita.
Ya. Israel bukan bersendirian.
Dalam Quran, dalam surah al Maidah, ada
satu ayat yang pada pemahaman saya,
ianya tidak dapat difahami
sehinggalah tibanya zaman moden ini.
Kalau kamu merujuk semua
tafsir Quran maka kamu
akan dapati apa yang saya
katakan ini adalah benar.
ALLAH swt berfirman dalam Quran, 'wahai
orang2 yang beriman, jangan mengambil
Yahudi dan Kristian sebagai sahabat dan
sekutu kamu', kalau kamu menggunakan kaedah
yang salah dengan mengambil ayat
ini dalam keadaan yang berasingan,
kamu akan mendapati bahawa ALLAH swt
melarang kamu dari bersahabat dengan semua
Yahudi dan Kristian. Kamu tak boleh
berkawan dengan Yahudi dan Kristian, tidak!
Tidak boleh jadi sekutu mereka. Tapi ALLAH
swt tidak mengatakan mengenai perkara itu.
Kemudian Dia menerangkan
siapa yang Dia maksudkan.
Firman ALLAH swt,
jangan mengambil Yahudi
dan Kristian yang tertentu sebagai kawan dan
sekutu, yang mereka sesama mereka adalah kawan
dan sekutu diantara satu sama lain.
Dalam kata lain al Quran sedang menjangkakan
yang masanya akan tiba yang mana akan
berlaku perdamaian yang serius, diantara
sesetengah Yahudi dan Kristian dan akan
wujud persahabatan dan
persekutuan misteri antara
Kristian dan Yahudi. Bila
perkara itu berlaku,
maka jangan mengambil Yahudi dan Kristian
demikian sebagai kawan dan sekutu kamu.
Sesiapa sahaja yang menjadi kawan dan sekutu
mereka sepertimana semua kerajaan dalam
negara Islam hari ini, dan mereka mengisytiharkan
persahabatan mereka dengan Amerika,
oh ya, mereka semua melakukan perkara
itu, dan sesiapa sahaja yang berkawan dan
bersekutu dengan mereka maka kamu
akan termasuk sebagai sebahagian dari
mereka dan mereka bukan lagi seorang muslim.
Persekutuan itu sedang berjalan
dengan Zionis, pakatan Yahudi Kristian.
Pakatan Zionis, Yahudi dan Kristian,
merekalah yang menubuhkan negara Israel.
Yang menyokong Israel dan mengawal
Amerika hari ini. Mengawal kongres Amerika.
US merupakan sebuah negara yang amat berkuasa
pada hari ini, dan dari segi ketenteraan,
merekalah yang menyokong belakang Israel.
Jadi, bukan sekadar 14 juta Yahudi.
Yahudi disokong oleh US, British, Eropah,
NATO, disokong oleh pasukan tentera
yang paling berkuasa hari ini,
dan orang Islam dipenjarakan oleh kerajaan mereka sendiri.
Tapi esok mereka akan bebas.
Esok Imam Mahdi akan datang. Esok
khilafah akan kembali bertapak.
Esok Darul Islam akan wujud.
Semua negara di dunia
ini, sama ada mereka
sukakannya atau tidak,
negara semua bangsa, dengan bendera dan
lagu kebangsaan dan perlembagaan mereka
akan masuk ke dalam bakul sampah sejarah,
dari mana mereka muncul pada kali pertamanya.
Jadi kamu tidak akan membuatkan Imran
Hosein membuat ikrar terhadap negara
dan perlembagaan kamu, bendera
dan lagu kebangsaan kamu.
Subtitles written by:
www.youtube.com/wan1q2w3e
Subtitles embedded by:
www.SalamMasjid.com
Subscribe to:
Posts (Atom)